You are on page 1of 15

AKTIVITI 1

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEPERLUAN KHAS


Keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain
memerlukan bantuan khas, sokongan dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk disini
boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu
atau lebih daripada sebab berikut:

Kerencatan akal
Kecacatan fizikal
Kekurangan penglihatan
Kekurangan pendengaran
Ganguan pertuturan
Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkinmemerlukan bantuan khas untuk sepanjang


hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa
tertentu.

KANAK-KANAK LUAR BIASA.


Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubahsuai untuk
memenuhi keperluannya. Oleh itu, kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka
yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran
dan bakat yang luar biasa. Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai
dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK) atau kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996.
Murid-murid berkeperluan khas beerti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan,
atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Secara umumnya kanak-kanak luar
biasa boleh dikategorikan seperti berikut:

Rencatan akal
Masalah pembelajaran.
Masalah tingkah laku
Masalah komunikasi
Masalah pendengaran
Masalah penglihatan
Kecacatan fizikal dan kesihatan
Kecacatan yang serius dan pelbagai
Pintar cerdas dan pelbagai

MENGENALPASTI MURID BERKEPERLUAN KHAS.


kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan
disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu
proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan
yang berikut :

Kebolehan kognitif
Tingkah laku sosial/
Penguasaan bahasa lisan/ pertuturan
Penguasaan membaca
Kemahiran perkembangan
Kemahiran matematik

KAEDAH MENGENALPASTI KANAK-KANAK LUAR BIASA.

BAGAIMANA MENGENALPASTI MURID BERKEPERLUAN KHAS.


Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian
Langkah 1 Penapisan (Screening)
Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka
yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan
dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.
Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik
darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/rating,
alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko
tinggi
Langkah 2 Pencalonan (Referral)
Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian
Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi
kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.
Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti
aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.
Langkah 3 Penilaian
Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas
Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal
dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar
(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap
kefungsian aspek-aspek tertentu.).

Langkah 4 Kelayakan

Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini
harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima
Pendidikan Khas.
Langkah 5 melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan.

KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BOLEH


DIGUNAKAN UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS INI.
Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas.
Ianya bertujuan untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi disekolah biasa
dan dibilik darjah biasa. Berbeza dengan pengajaran kanka-kanak biasa kerana
mengambilkira perbezaan inter dan intra individu.
Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas.
1. Persekitaran.
Ianya melibatkan kemudahan dan kos. Sebagai contoh bilik resos, guru khas/resos, peralatan
khas dan peralatan pembelajaran.
2. Kurikulum
Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas murid. Aspek-aspek yang perlu ada ialah
kandungan,kemahiran, bahan dan teknologi.
3. Kaedah pengajaran.
Terbahagi kepada dua iaitu pengajaran individu iaitu analisis tuagasan, pengurusan kontigen
dan modifikasi tingkah laku. Yang kedua ialah pembelajaran kooperatif iaitu aplikasi
computer.
4. Penilaian
Satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan pendidikan.
Jenis penilaian ialah sumatif dan formatif.

KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BOLEH


DIGUNAKAN SUPAYA BERSESUAIAN DENGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan
pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat,
minat serta latar belakang murid.

Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang

berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesaui. Usaha ini dapat memastikan murid
terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan,
bermakna dan menggembirakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan
sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama ada dilaksanakan secara
kelas, kumpulan mahupun secara individu.

Berpandukan matlamat dan objektif dalam

kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ialah:

Pendekatan analisis tugasan.


Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa
komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid.
Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar,
memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis
tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan.
Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih.
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.
Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan atau kebolehan

murid.
Guru menjalankan analisis tugasan
Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiran

yang diajar.
Membuat penambahan dan perubahan dimana perlu sehingga murid dapat menguasai
kemahiran yang hendak diajar.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka
melakukan penerokaan, penemuan, dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa
gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan
kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta
mengendalikan emosi. Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:

Aktiviti yang menyeronokkan


Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
Permainan bebas dan terancang
Keanjalan masa
Percubaan idea sendiri
Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian

Pendekatan Pengajaran Bertema


Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid
pendidikan khas. Pemilihan topic atau tema mestilah yang bersesuaian dengan persekitaran
murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut:

Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran.


Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu dan peristiwa

semasa.
Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada pengalaman baru diperoleh secara

tersususn dan sistematik.


Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran.
Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih
khusus.

Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara seperti:

Kesesuaian dengan kehidupan murid.


Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti kemahiran asas

mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputerdan lain-lain.


Kemahiran yang diperoleh daripada yang diajar dapat membantu murid mendapat

kemahiran penyelesaian masalah.


Sumber yang mudah didapati.

Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta
meningkatkan pengetahuan murid.

Pendekatan Pembelajaran Pengalaman.


Pendekatan Pembelajaran Pengalaman adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan
individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu dimana murid diberi peluang
menilai keupayaan diri sendiri. Guru yang melaksanakan kaedah ini seharusnya menjalankan
peranan berikut :

Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran.


Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.
Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh.
Menyususn sumber untuk proses pembelajaran.
Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran.
Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan mengongkong
mereka.

Prinsip-prinsip pendekatan pengalaman ialah :

Guru menentukan matlamat serta objektif untuk individu serta kumpulan.


Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran

yang sesuai dengan kesediaan murid.


Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan dengan

murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada murid.


Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran

baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu.


Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat
tentang apa yang dibuat dan dipelajari.
Pendekatan Pembelajaran Masteri
Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan penganjaran dan
pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran

seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan


pendidikan berkualiti.
Ciri-ciri pembelajaran masteri.
Hasil pembelajaran perlu ditentukan hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki
atau unit pembelajarn aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna,
berkesan menarik dan menggembirakan. Bahan pengajaran mesti sesuai dengan tahap
penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari. Murid mesti
menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
Aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai aras masteri
aktiviti penggayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.
Pendekatan Kolaborasi
(a)

LATIHAN KEMAHIRAN KERJA

Latihan Kemahiran Kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri,
komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan
Kemahiran Kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

Latihan dalaman berbentuk kerja projek.

Melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.


Contoh:

perkebunan dan penjualan hasil tanaman


aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek dan lain-

lain.
memelihara ikan, burung dan lain-lain

Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar


Mendapat barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu
persekolahan. Membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan murid seperti
batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual.
Latihan kerja sebenar

Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi,
dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempat sebenar dan
pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.

b)

BENGKEL TERLINDUNG

Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan
pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang
beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan
agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak
mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu,
menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.
Di bengkel terlindung perlu ada:

c)

penilaian kemahiran vokasional


latihan bekerja secara umum atau khusus
memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas
peluang untuk berekreasi
perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan
bekerja dalam jangkamasa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain

PELBAGAI KAEDAH TERAPI

Terapi Pertuturan
Terapi pertuturan bertujuan untuk:

membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan

berkomunikasi
membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan
asas tertentu

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lisan, meniup belon, meniup
kertas di atas air, mengetap bibir dan sebagainya. Terapi pertuturan dijalankan oleh pakar
pertuturan atau individu yang terlatih.
Terapi Fizikal ( Fisioterapi)
Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas. Ia
bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi
fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor
kasar, motor halus dan perkembangan kercerdasan fizikal mengikut keutamaan.
Terapi Cara kerja
Terapi carakerja merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah
fizikaldan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti
berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid
mencapai kejayaan dalam bidang vokasional atau kerjaya.

Terapi Muzik
Terapi muzik bertujuan mententerakan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru
menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid. Terapi muzik
digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. Aktiviti yang
dijalankan seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik
mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama. Murid melakukan gerakan
menggunakan alatan untk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan
melahirkan satu irama muzik yang tersusun.

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH


Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk:

memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar


rekreasi

bersosialisasi dan berkomunikasi


aktiviti yang menggembirakan
penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
aktiviti bebas dan terancang

Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti rekreasi yang melibatkan

KEPERLUAN

lawatan
motivasi
perkhemahan
perkelahan
berkuda
berenang
aktiviti jual beli
lawatan sosial

FIZIKAL

ATAU

INFRASTRUKTUR

KHAS

UNTUK

MURID

BERKEPERLUAN KHAS.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan,


iaitu Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran dan
Program Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran , dan
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,
bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Keduadua program ini diwujudkan disekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah
menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi murid-murid
berkeperluan khas diperingkat rendah ialah 6 tahun, manakala bagi pelajar berkeperluan khas
peringkat menegah ialah 5 tahun. Namun begitu, tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga 2
tahun maksimum samada di peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan para
pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas 2004).

Justeru, terdapat beberapa keperluan yang penting dan perlu kepada individu berkeperluan
khas ini.

Berikut merupakan keperluan infrastruktur dan fizikal yang diperlukan oleh

individu berkeperluan khas:


1. Sekolah Pendidikan Khas
Peranan untuk membina sekolah bagi individu berkeperluan khas merupakan tanggungjawab
pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Menyedari hakikat kekurangan yang dihadapi oleh
individu berkeperluan khas ini, pihak-pihak tertentu haruslah membina sekolah yang
dikhaskan untuk mendidik

individu ini.

Tambahan, penyediaan kelas dalam sekolah

haruslah dalam bentuk yang kondusif dan ceria.

Ini bagi menarik minat individu

berkeperluan khas ini untuk belajar dalam suasana yang selesa.

2. Tenaga Pengajar
Pihak kerajaan harus menyediakan tenaga pengajar yang menjurus kepada individu
berkeperluan khas ini. Sebagai contoh, mendidik guru pelatih yang pakar dalam bidang
pendidikan khas ini. Hal ini demikian kerana, dengan adanya tenaga pengajar yang pakar
dalam bidang ini, keperluan pendidikan untuk individu berkeperluan khas ini akan dapat
dipenuhi. Maka, meskipun mereka mempunyai kekurangan, tetapi mereka tetap memiliki
ilmu untuk digunakan dalam sesuatu bidang.
3. Bidang Pekerjaan
Menyedari hakikat bahawa setiap insan memiliki mpotensi yang tersendiri, pihak yang
bertanggungjawab haruslah menyediakan keperluan yang secukupnya untuk individu
berkeperluan khas ini. Sebagai contoh, pihak kerajaan dan swasta menyediakan peluang
pekerjaan mengikut kepakaran individu tersebut. Antaranya termasuklah, membuat barangan
kraftangan, kerja kilang dan sebagainya. Setiap kerja yang disediakan haruslah sesuai dengan
kebolehan yang dimiliki oleh individu tersebut.

You might also like