You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2015

Kehadiran:
1. AHMAD BOKHARI BIN OMAR(GURU BESAR)
2. RAMLI BIN ZAINAL ABIDIN(PEN. KANAN 1)
3. ROSDI BIN MOHD NOORDIN(PEN. KANAN HEM)
4. NIK KAMARIAH BINTI NIK KASIM(PEN. KANAN KOKURIKULUM)
5. NORMAH BINTI ALI(PEN. KANAN PPKI)
6. SUKRI BIN ISMAIL
7. EZZUAN BIN ZAINUDDING
8. CHE HAMZAH BIN MOHD NOR
9. MOHD AZDI BIN ABD AZIZ
10. RAZALI BIN MAS HASSAN
11. MOHAMAD HANIF B. ABDUL RAUF
12. TG. ZULKIFLI B. TG AWANG
13. NORFAIZA BINTI MOHAMMAD
14. ZANUN @ ZAINUN BINTI ALI
15. ZALIHA BINTI RAJAB
16. HETTY MARDIANA BINTI HASSAN
17. SUAIBAH BINTI MUHAMAD SALLEH
18. SITI ROHANI BINTI ISMAIL
19. MASLINA BINTI MUHAMMAD
20. FATIMAH SALINA BINTI RAMLI
21. RUSLINA BINTI HUSSIN
22. CHE WAN MAHABUBIAH BT C. WAN ABU BAKAR
23. SHAMSIAH BT. SAFIAI
24. ROSNANI BINTI MAT YUSOF
25. NOOR HAMIDA BINTI AWANG
26. RUSHALIZA BT. WAHAB @ YA
27. WAN HARIZAN BINTI WAN HASSAN
28. SITI RAFIDAH BT. RAWI
29. HASNI BINTI HASHIM
Tarikh
: 4 Februari 2015
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk. Anak Ikan
Masa
: 1.30 tengah hari
Agenda : a. Ucapan aluan pengerusi
b. Ucapan Guru Besar
c. Laporan 2014
d. perancangan kokurikulum 2015
e. Hal-hal lain.
AGENDA 1
Ucapan pengerusi majlis
1. Majlis dimulakan dengan bacaan ummmul kitab Al Fatihah.

2. Terlebih dahulu pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima


kasih dengan kehadiran Guru Besar , Guru Guru Penolong kanan dan semua guru
ke mesyuarat kokurikulum kali pertama 2015, dengan harapan semoga mesyuarat
ini dapat berjalan lancer sebagaimana yang dirancang.
AGENDA 2
Ucapan Guru Besar
1.Guru Besar mengharapkan aktiviti kokurikulum untuk 2015 akan berjalan seperti yang
telah dirancangkan dan meningkatkan lagi kegiatan kokurikulum di sekolah ini.
2.Semua aktiviti yang dijalankan mesti direkodkan dalam buku yang telah disediakan
oleh Pengurusan kokurikulum 2015.
3.Guru Besar juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jurulatih dan
Pasukan dalam permainan yang telah pun dilaksanakan sama ada peringkat zon
atau daerah.
AGENDA 3
Laporan kokurikulum 2014
1.Sir Ezzuan merangkap setiausaha kokurikulum 2015 telah melaporkan dan
membentangkan aktiviti kokurikulum sepanjang 2014.Harapan beliau semoga aktiviti
kokurikulum untuk 2015 akan lebih suksess.

AGENDA 4
Pengurusan kokurikulum 2015
1. Aktiviti kokurikulum untuk 2015 akan dilaksanakan agak kelewatan sedikit
memandangkan pada awal tahun , sekolah terlalu sibuk dengan kegiatan sukan
dan permainan peringkat zon dan daerah.
2. Akitiviti kokurikulum akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah diselaraskan
mengikut aktiviti unit beruniform, kelab atau persatuan dan 1M1S.
3. Semua kegiatan aktiviti hendaklah direkodkan dan dicatat dalam buku laporan
aktiviti yang telah pihak pengurusan sediakan .
4. Buku pelaporan yang telah ditulis perlu dihantar kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk disemak.

5. Senarai nama guru penasihat, murid telah diselaraskan dengan bantuan


penyelaras unit beruniform, kelab dan persatuan serta penyelaras 1M1S.
6. Guru guru penasihat dibawah penyeliaan penyelaras masing-masing dikehendaki
membuat dan menyelaraskan aktiviti tahunan mengikut unit beruniform, kelab dan
persatuan serta 1m1s mengikut kesesuaian dan perlu dihantar kepada Penolong
Kanan Kokurikulum untuk perekodan.
7. Surat siaran untuk ibubapa akan dikeluarkan sebelum aktiviti kokurikulum
dilaksanakan.
(Tindakan:penyelaras dan guru penasihat)
AGENDA 5
Perancangan kokurikulum 2015
1.Perancangan aktiviti kokurikulum 2015 dibentangkan dan sekiranya ada
penambahbaikan boleh dcadangkan untuk kebaikan bersama.
2.Semua guru boleh rujuk berpandukan lembaran yang diedarkan.
AGENDA 6
Hal-hal lain.
1. Masih ada 3 lagi permainan penting yang belum dilaksanakan di peringkat zon
seperti di bawah:
PERMAINAN
TARIKH
TEMPAT
Bola Tampar
6 8 April 2015
Sk Bukit Jerok
Bola sepak
19 23 April 2015
Sk Bukit Tempurong
Hoki
27 - 28 April 2015
Sk Anak Ikan
1. Aktiviiti perkhemahan Tahunan dicadangkan diadakan tahun ini selepas
peperiksaan upsr dijalankan.
2. Aktiviti kokurikulum yang lain akan dibincangkan semula mengikut keperluan dan
kewangan yang diperuntukkan di samping langkah jimat cermat.
3. Segala alatan sukan atau permainan yang digunakan hendaklah disimpan kembali
di dalam stor sukan bagi mengelakkan sebarang kehilangan.
(Tindakan: semua guru)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. .
(EZZUAN B. ZAINUDDING)
Setiausaha kokurikulum ,
Sk Anak Ikan.

.
(NIK KAMARIAH KASIM)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sk Anak Ikan.

You might also like