You are on page 1of 17

ELEMEN 2

Merekod Fakta Sejarah


SMK Seksyen 7 Shah Alam,
Selangor

Tajuk Kajian Sejarah 2010

Perayaan Tradisi Kaum Cina


Di Malaysia

Tahun Baru Cina


Isi Kandungan
Penghargaan 1

Objektif Kajian 2

Kaedah Kajian 3

Hasil Kajian 4

Rumusan 9

Rujukan 12
Penghargaan
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan berkat dan keizinan – Nya saya Ahmad
Luqman Bin Khairuddin telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya seperti
mana kehendak Lembaga Peperiksaan Negara. Setinggi – tinggi ucapan terima kasih kepada
Pengetua SMK Seksyen 7 Shah Alam, Puan Hajah Salehah Binti Mohd. Amin kerana telah
memberi sokongan dan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Tidak lupa kepada
guru matapelajaran sejarah saya, Puan Suzarina kerana telah memberikan tunjuk ajar dan
panduan untuk menjalankan kajian ini mengikut kriteria yang ditetapkan. Tidak lupa sekalung
penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang sanggup mengorbankan masa untuk membantu
saya serba sedikit sepanjang kajian ini dijalankan. Di samping itu, ucapan terima kasih juga di
atas kerjasama daripada rakan – rakan sekelas yang dihargai. Akhir sekali, terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus
ini. Semoga hasil kajian ini akan memberikan sedikit sebanyak impak ilmu dalam pembangunan
modal insan.

Objektif Kajian
Kajian ini ialah bertujuan untuk:

 Mengenal dan mempelajari perayaan tradisi masyarakat cina.


 Menghargai dan mempertahankan perayaan tradisi masyarakat di Malaysia dengan baik.
 Memastikan generasi yang akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah kaum di
Malaysia.
 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan pelajar mengenai
perayaan sesebuah kaum.

Kaedah Kajian
 Penyelidikan: Saya telah menjalankan penyelidikan melalui internet daripada beberapa laman
web mengenai perayaan tradisi kaum cina.

 Pemerhatian: Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Cina. Kaedah ini
dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Tahun Baru Cina.

 Rujukan: Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan buku-buku
yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang berbangsa Cina
bagi mendapat maklumat tentang Tahun Baru Cina.

Hasil Kajian
Perayaan Tradisi Kaum Cina
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah
Gong Xi Fa Cai. Secara amnya kaum yang terlibat di dalam perayaan ini ialah kaum cina.
Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun baru cina mengikut
Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama
haiwan. Pada Tahun 2010, Tahun Baru Cina telah disambut pada 14 Febuari 2010. Perayaan
Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan tahun yang baru yang
merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Latar Belakang Tahun Baru Cina


 Sejarah Perayaan
Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa dan
juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada
zaman kuno. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau
“Tahun Baru”. Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi
menetapkan hari pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut
sehingga sekarang. Menurut mitos orang cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada
musim sejuk, raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan
raksasa itu dikatakan akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan
persekitaran serta pakaian berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut
diraikan bersempena dengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.

4
 Upacara Khusus Dalam Perayaan
Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina. Antaranya ialah
jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun baru cina
sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu, tarian singa akan
diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka dan juga
musibah. Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka yang
telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima belas
merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo
jié ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali
lagi.

 Individu Yang Mengetuai Upacara Khusus


Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah ataupun
orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.

 Persiapan Sambutan Perayaan


Sebelum tibanya hari Tahun Baru Cina, rumah akan dibersihkan secara menyeluruh, kerana
mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa
pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu
dan pengumpul habuk akan disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar
nasib baik itu tidak disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagian
dan kemakmuran dalam bahasa cina. Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan
mengadakan persiapan untuk menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta
sahabat handai mereka. Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi
keluarga yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang.Selepas perayaan Tahun
Baru Cina, keluarga Cina akan bersama-sama mengemaskan kembali rumah kediaman mereka
sebelum pergi meniggalkan sanak saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan makan
bersama-sama sekali lagi dengan menghidangkan makanan tradisional mereka yang dikenali
sebagai Tāngyuán.
Pantang – Larang
Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang dibahagikan
kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang ( Tuah Buruk)’. Antara cara untuk
mendapatkan tuah baik ialah seperti berikut:

1. Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun
baru.
2. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
3. Gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
4. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilaksanakan sebelum hari tahun baru agar
menerima tuah bagi tahun yang akan menjelang.
5. Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan yang
akan berlaku sepanjang tahun. Maka orang Cina mengambil kesempatan untuk berjudi
pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah:
1. Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan perkataan “kasar” atau
“sukar”.
2. Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi “seluar” sama bunyi dengan “pahit”. Namun ada yang menganggapnya
sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar” dalam dialek itu juga sama bunyinya
dengan “kaya”.
3. Mengunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan
“hasil”. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai “memotong hasil” dalam
bahasa Kantonis.
4. Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun
perihal kebersihan sering mengatasi tradisi ini).
5. Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu
keluar tuah bagi tahun baru.
6. Mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina
kerana ini turut dianggap tidak bagus.
7. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek cina bagi
“buku” sama bunyinya dengan perkataan “kalah”.

Kesan – Kesan Perayaan


Terdapat banyak kesan yang boleh diperolehi sepanjang saya menjalankan kajian ini. Antara
kesan-kesannya ialah:

 Perpaduan: melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan


pergi kunjung mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti
seperti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti
mana saranan perdana menteri kita untuk bersama-sama menyokong gagasan 1
Malaysia.

 Perlancongan: kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni


budaya di Malaysia yang mana boleh menarik minat pelancong untuk
mengunjungi kegiatan perayaan di Malaysia. Semakin banyak pelancong yang
akan mengunjungi tanah air kita ini akan menambah pendapatan negara yang
digunakan untuk membangunkan negara kita ini.

 Pengekalan Tradisi: perayaan merupakan suatu tradisi yang mana begitu penting
untuk dikekalkan di samping ianya dijadikan sebagai imej bagi sesuatu kaum.

 Pendidikan/Pengetahuan: perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan


pengetahuan am untuk individu itu sendiri. Pendidikan amat penting dan juga di
ambil berat oleh kerajaan mengenainya. Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu
perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu sendiri.

Rumusan
Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia
kerana keunikan dan kepelbagaian perayaan tradisional yang terdapat di negara yang tercinta ini.
Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi mengenai
perayaan di Malaysia yang mana boleh memupuk rasa cintakan tanah air. Selepas kajian ini, saya
menjadi seorang yang lebih menghormati dan menghayati perayaan tradisional orang cina iaitu
Tahun Baru Cina. Jika semua masyarakat kita dapat mengenali dan memahami perayaan
tradisional sesuatu kaum dengan lebih mendalam, maka akan timbul rasa persefahaman dan
hormat-menghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat
menjalinkan semangat muhibah atau semangat kekitaan antara kaum.Antara langkah-langkah
yang perlu kita ambil ialah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.
Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa
yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan
bekerjasama. Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang
berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka
masyarakat akan mencontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.

Lampiran
10
11

Rujukan
Internet
1. http://www.scribd.com/doc/29360388/Kerja-kursus-SEJARAH
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

12

You might also like