You are on page 1of 3

PETALING JAYA 15 April - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd.

Bakri Omar
berkata, polis akan menugaskan seorang pegawai polis yang akan
bertindak sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah menengah di
seluruh negara.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan menangani gejala salah laku di
kalangan pelajar selain mengeratkan hubungan dengan polis.
``Pegawai yang berkenaan bertanggungjawab mengadakan lawatan,
ceramah, kempen dan perbincangan di sekolah,'' katanya ketika berucap
pada majlis pelancaran Kor Kadet Polis di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama di sini hari ini.
Majlis itu membabitkan 120 pelajar dari sekolah tersebut dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Kampung Medan.
Turut dilancarkan ialah Kelab Pencegahan Jenayah di kedua-dua sekolah
terbabit.
Mohd. Bakri berharap kehadiran polis di sekolah-sekolah tidak dipandang
serong oleh mana-mana pihak.
``Polis akan mendampingi masyarakat dari semasa ke semasa tanpa
mengira golongan sesuai dengan slogan Mesra, Cepat dan Betul.
``Ini termasuk program bersama guru dan pelajar sekolah dalam
membina hubungan yang lebih rapat,'' katanya.
Ahad lalu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis di
setiap negeri berucap pada perhimpunan mingguan di sekolah-sekolah
menengah dan rendah sebagai usaha menangani gejala samseng dan
jenayah di kalangan pelajar.
Mohd. Bakri berkata, kini hampir semua sekolah di seluruh negara telah
mempunyai seorang pegawai perhubungan.
Sempena majlis hari ini, kedua-dua sekolah terbabit dilantik menjadi
sekolah angkat kepada Yayasan Pencegahan Jenayah (YPJM) selepas majlis
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua
pihak sekolah dan YPJM/Polis Diraja Malaysia (PDRM) disempurnakan.
Di bawah program sekolah angkat itu, YPJM akan menaja segala
perbelanjaan membabitkan semua aktiviti kor dan kelab tersebut.
Antara program yang dirancang dalam kor kadet polis ialah lawatan ke
pusat pemulihan dan penjara, aktiviti perkhemahan, karnival bersama ibu
bapa serta program keagamaan.
Setiap aktiviti akan dilaksanakan secara bersama oleh jawatankuasa kerja
yang terdiri daripada PDRM, Citizens Crime Watch dan YPJM.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Rafie Mahat dalam ucapannya
berkata, pelantikan sekolah angkat itu merupakan satu usaha murni yang
harus dicontohi oleh semua pihak.

Beliau berkata, pihaknya menyanjung tinggi sokongan yang diberikan


dalam usaha menangani masalah berkaitan pelajar dan sekolah.
Abdul Rafie yakin dengan penubuhan Kor Kadet Polis akan dapat
memperkukuhkan peribadi di samping membudayakan disiplin di
kalangan para pelajar.
Beliau berkata, sehingga kini talian terus yang diwujudkan untuk
menangani gejala salah laku pelajar telah menerima sebanyak 224 aduan.
Katanya, ia merangkumi aduan terhadap salah laku pelajar, pengurusan
sekolah, pandangan dan pertanyaan.
Menurut beliau, Kementerian Pelajaran juga telah mengarahkan semua
sekolah mengadakan program berbentuk perkhemahan melibatkan
pelajar dari semua kaum ketika cuti sekolah.
Katanya, program seperti ini boleh menyemai nilai-nilai hormat
menghormati dan toleransi khususnya dalam masyarakat pelbagai kaum.
Kongsi Konten di :

PADANG BESAR 31 Mac - Polis hari ini meminta semua guru besar dan
pengetua sekolah supaya melaporkan terus kepada beliau peranan
dimainkan pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan
Sekolah di negeri ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, ini kerana setiap
pegawai perhubungan sekolah yang tidak aktif dalam melaksanakan tugas
mereka akan diberi peringatan supaya meningkatkan mutu pengendalian
di setiap sekolah.
"Kita telah mengadakan sesi lampias minda bersama 150 pegawai
perhubungan sekolah agar mereka lebih inovatif ketika menjalankan
dasar-dasar yang telah ditetapkan.
"Tugas pegawai berkenaan bukan sekadar hadir semasa perhimpunan
sekolah dan memberi ceramah tetapi perlu lebih prihatin terhadap
masalah pelajar dan tenaga pengajar.
"Untuk itu, mereka perlu lebih kreatif dan inovatif ke arah membentuk
sahsiah positif pelajar dan tenaga pengajar," katanya ketika berucap
merasmikan sambutan ulang tahun Kor Kadet Polis ke-40 di sini hari ini.
Beliau meminta setiap pegawai perhubungan sekolah supaya turut
mengawasi kadar jenayah di sekolah tempat mereka ditugaskan.
Katanya, pemerhatian itu perlu bagi memastikan pelajar tidak melanggar
peraturan sekolah dan undang-undang termasuk merokok dan
menunggang motosikal tanpa lesen.
Beliau mengingatkan pihak sekolah memastikan pengawal keselamatan
yang diupah menjaga keselamatan sekolah melaksanakan tugas dengan
betul.

"Banyak kes kecurian berlaku di sekolah sedangkan pengawal


keselamatan ini digaji untuk menjaga persekitaran sekolah," katanya.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm#ixzz44BEqGura
Utusan Melayu (M) Bhd
PDRM Lantik Pegawai Perhubungan Sekolah
Posted on 2015-05-26 by lpkpmadmin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah proaktif dengan melantik pegawai perhubungan sekolah di
10.136 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bagi mencegah pembabitan generasi muda dalam
kegiatan jenayah. Pengarah Jabatan pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Amab Datuk
Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pegawai polis dipertanggungjawabkan di sekolah akan membabitkan diri
dalam kegiatan khidmat nasihat, seterusnya menghantar laporan kepada pihak atasan secara berskala.
sebenarnya , sudah lama kami ingin melaksanakan perkara ini, tetapi kali ini maku meperkasakan program ini.
Setiap Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) wajib menempatkan pegawai di sekolah. Sebaik-baiknya, Ketua Polis
Daerah melantik pegawai berpangkat, namun boleh melantik polis berpangkat sarjan jika kekurangan anggota,
katanya.
Hadir sama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, Timbalan
ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Ahmad Tajudin Jab dan Timbalan ketua polis Pahang, Datuk Fatimah Ab.
Ghani.
Menurutnya, polis mahu mewujudkan persepsi positif iaitu pihak sekolah dan pelajar melihat polis sebagai
rakan. Acryl Sani berkata, melalui perlaksanaan program itu, setiap pegawai polis perlu melakukan lawatan dan
menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah bagi mencegah aktiviti jenayah di sekolah. Harian Metro

You might also like