You are on page 1of 9

Politik

1. konsep Islam mula dititikberatkan oleh golongan raja setelah


kemunculan Islam
2. nasab keturunan sultan mula berubah ketika kedatangan Islam dan
dikaitkan dengan tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain
3. Di Melaka, golongan pemerintah mendapatkan nasihat daripada ulama
seperti Maulana Abu Bakar

Ekonomi
1. pengaruh Islam di Melaka melarang para pedagang mengamalkan riba
2. Hukum Kanun Melaka/Hukum Kanun Pahang memuatkan larangan
amalan riba
3. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan untuk
kemakmuran negara
4. memperkenalkan institusi ekonomi
5. penubuhan Baitulmal oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di
Acheh
6. berfungsi sebagai perbendaharaan negara
7. hasil diperoleh daripada zakat
8. hasil diperoleh daripada sedekah
9. harta milik negara iaitu sumber kekayaan
10.Pelaburan dan saham dijual kepada umat Islam
11.Saham dijual kepada umat Islam
12.Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja
13.Islam menggalakkan mencari rezeki yang halal
14.Islam melarang umatnya mengemis
15.Islam menggalakkan orang Islam berdagang
16.Islam mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga
17.Amalan riba tidak dibenarkan
18.Penindasan tidak dibenarkan
19.Penipuan dilarang
20.amalan berjimat cermat
21.berusaha bersungguh-sungguh

Pengaruh Islam di Asia Tenggara.


a) Pemerintahan dan pentadbiran
1. Institusi beraja diubahsuai menjadi institusi kesultanan (warisan kerajaan
Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah).
2. Sultan menjadi ketua negara, mufti menjadi penasihat sultan. Wujud juga
pegawai seperti kadi, khatib, bilal.
3. Gelaran sultan meletakkan raja setaraf dengan kerajaan Islam yang lain.
4. Dalam Hukum Kanun Melaka raja digelar Khalifatul Mukminin (pemimpim
orang mukmin), perkataan ini tercatat dalam wang syiling kerajaan melayu.
5. Gelaran Zillulah filAlam (bayangan Allah di dalam alam) turut digunakan
oleh raja Melaka.
6. Islam menjadi agama rasmi kerajaan Melaka, Acheh.
1

7. Contoh sultan yang berpegang teguh kepada Islam Sultan Malik


(Samudera Pasai), Sultan Iskandar Thani (Acheh).
8. Nama nama Islam digunakan seperti Acheh Darus Salam (negeri), Sultan
Mahmud Syah beerti sultan terpuji.
9. Undang undang syariah yang diperkenalkan seperti kes jenayah, harta
pusaka. Ia termaktub dalam Hukum Kanun Melaka di Melaka dan Kanun
Mahkota Alam di Belanda.
10. Semangat jihad menentang penjajah telah diterapkan contohnya di
Acheh menetang Portugis, di Jawa menentang Portugis dan Belanda.
11. Semanagat jihad ini disebarkan melalui tulisan ulama seperti Syeikh
Nurudin dan Abdul Rauf Singkel.
12. Di Pattani Syeikh Daud menulis tentang penentangan terhadap Siam.

b) Sistem pendidikan.
1. Sebelum Islam pendidikan hanya untuk bangsawan.
2. Dalam Islam pendidikan wajib kepada semua orang Islam.
3. Kesannya wujud institusi formal seperti pondok, istana, pesantren,
madrasah dan surau.
4. Pusat pendidikan terawal di Perlak disebut dayah atau pondik, contohnya
Dayah Bukit Ce Breek, Perlak.
5. Samudera-Pasai menjadi pusat penterjemahan karya agama.
6. Pendidikan pondik berkembang ke Pattani, Acheh, Jawa.
7. Di Patani penuntut pondok termasuk pelajar negeri lain.
8. Di Melaka tiada pondok, pelajar menuntut di rumah ulama, masjid, surau
dan istana.
9. Di Acheh sistem pendidikan lebih sistematik, terdapat peringkat rendah
(rangkang), menengah (muenasah) dan tinggi atau univesiti (Jamiah Bait alRahman). Pelajarnya meliputi pelajar luar Acheh. Di Acheh wanita digalakkan
belajar di dayah dan memegang jawatan pentadbiran.

c) Bahasa dan kesusteraan.


1. Tulisan jawi berasal darpadatulisan Arab (al-Quran) yang diubahsuai dengan
perkataan Melayu.
2. Tulisan ini menjadi tulisan rasmi menggantikan tulisan Palava Dewanagari
( tulisan zaman Hindu Buddha ).
3. Istilah Arab digunakan dalam tulisan jawi bahasa Melayu seperti sultan,
syuur, masjid, alam.
4. Melalui tulisan jawi lahir penulis seperti Tun Sri Lanang.
5. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa lingua franca di Kepulauan Melayu, ia
menjadi bahasa pedagang timur dan barat.
6. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu seperti cerita panji, sastera pengaruh
Arab, sastera seperti syair, guridam.

d) Cara hidup.
1. Sebelum Islam cara hidup Anismisme, Hindu dan Buddha.
2. Kedatangan Islam maka cara hidup Islam diasimilasikan seperti bertudung
dan bersongkok.
3. Islam dijadikan ad din iaitu cara hidup lengkap dan menyeluruh.
4. Kedatangan Islam turut mengubah sistem sosial seperti konsep
persaudaraan, persamaan, tolong menolong dan gotong royong.

e) Kesenian.
1. Kesenian Islam contohnya seni khat, seni bina, seni ukir.
2. Seni khat ada pada batu nisan ( tulisan ayat al Quran ), ukiran kayu, bilah
mata keris, batu bersurat ( Terengganu ).
3. Makam di Pasai mempunyai pengaruh Parsi ( syair Parsi ).
4. Terdapat juga seni khat yang bertatahkan emas, perak.
5. Unsur seni kaligrafi turut mengambil contoh huruf Arab, ayat al Quran dan
tulisan jawi.
6. Seni Islam ini juga dicantumkan dengan unsure tumbuhan.
7. Pengaruh seni bina Islam boleh juga dilihat pada bentuk masjid, kubah,
mimbar, mihrab dan menara azan seperti masjid Ubaidiyah Kuala Kangsar.
3

f) Ekonomi.
1. Baitulmal diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda yang berfungsi
sebagai perbendaharaan negara ( hasilnya diperoleh daripada zakat dan
sedekah ).
2. Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki halal dan melarang
mengemis.
3. Berdagang ekonomi yang halal digalakkan.
4. Perkara dilarang seperti riba, penindasan.
5. Islam juga menyarankan sikap berjimat cermat.

Pada pandangan anda, mengapakah ulama memberikan sumbangan besar


terhadap perkembangan
Islam di Asia Tenggara ?

Berdakwah menyebarkan Islam.


Mengajar asas Islam secara tidak formal.
Mengajar Islam di istana, masjid, rumah dan pondok.
Menubuhkan pondok, pesantren dan dayah.
Menjadi penterjemah kitab Arab ke dalam bahasa Melayu.
Menghasilkan karya penulisan tentang Islam
Menjadi pakar rujuk ulama lain tentang masalah agama.
Menjadi penasihat raja dalam pentadbiran.
Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
Menjadikan kerajaan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah.
Menjadikan Masjid Agung Demak sebagai markas dakwah.
Apakah nilai murni yang boleh kita teladani daripada kesungguhan mereka
menyebarkan Islam?

Gigih menyebarkan dakwah


Tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah
Bersabar walaupun menghadapi pelbagai dugaan
Kreatif yang menyampaikan dakwah
Berani menyuarakan kebenaran
Sanggup menghadapi pelbagai risiko untuk berdakwah
Mengamalkan sifat lemah lembut melayani masyarakat

Huraikan pengaruh agama Islam terhadap sistem pemerintahan dan


pentadbiran di Asia Tenggara.
1. Memperkenalkan institusi kesultanan yang diwarisi daripada pemerintah
kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah.
2. Sistem pemerintahan Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua negara.
3. Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam.
4. Pentadbiran negara dibantu oleh kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia
baitulmal dan penjaga harta wakaf
5. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam dan
menjamin kewibawaan raja di Alam Melayu setaraf dengan pemerintah kerajaan
Islam lain.
6. Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khalifatul
Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin.
7. Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercatat pada mata wang syiling dalam
kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
8. Gelaran Zillullah fil'Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga
digunakan oleh raja-raja Melaka.
9. Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara, seperti
kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.
10. Sultan merupakan khalifah Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan
amanah yang dikurniakan untuk memerintah dengan adil.
11. Unsur-unsur Islam juga telah diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus
Salam.
12. Nama raja menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah bermaksud
pemerintah yang dibantu oleh Allah dan Sultan Mahmud Shah pula bermaksud
sultan terpuji.
13. Memperkenalkan undang-undang syariah misalnya, kes jenayah seperti
kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian
harta pusaka.
14. Sultan Muzzafar Syah memerintah Kerajaan Melayu Melaka memperkenalkan
undang-undang syariah dengan menggubal Hukum Kanun Melaka.
15. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang-undang Islam
ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka.
5

16. Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan Islam
yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.
17. Sultan telah menggunakan semangat jihad di kalangan rakyat menentang
serangan Portugis untuk melindungi kesucian Islam di Acheh.
18. Semangat jihad ini telah disebarkan menerusi tulisan ulama Syeikh Nurudin alRaniri dan Abdul Rauf Singkel menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap
orang Islam sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar.
19. Rakyat di Jawa, bersatu teguh dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau
penjajah Portugis dan Belanda.
20. Syeikh Daud al-Pattani wring menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya
berjihad menentang penjajah Siam.

Huraikan pengaruh agama Islam dalam sistem pendidikan di Asia


Tenggara
1. Kedatangan Islam telah menanam sikap dengan menyeru umat Islam umuk
menuntut ilmu.

2. Mewujudkan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti istana, pondok,


pesantren, madrasah dan surau Samudera-Pasai, Pattani, Acheh dan Jawa.
3. Pusat pendidikan Islam formal iaim pondok atau dayah yang terawal di Asia
Tenggara ketika pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara dikenali Dayah
Bukit Ce Breek.
4. Pusat penterjemahan karya agama muncul di Samudera-Pasai, yang menjadi
tempat rujukan kerajaan Islam lain seperti kerajaan Melayu Melaka.
5. Di Pattani, pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat
tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara.
6. Masyarakat tempatan digalakkan menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama,
manakala istana Melaka merupakan pusat pendidikan formal untuk golongan
bangsawan.
7. Sistem pendidikan di Acheh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu
peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pengajian tinggi atau
universiti (Jamiah Bait al-Rahman).
8. Acheh menjadi tumpuan pelajar dari luar untuk mendalami ilmu pengetahuan
Islam sehinggakan digelar Serambi Makkah.
9. Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh, wanita juga digalakkan belajar di
dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.
10. pendidikan Islam seterusnya tersebar meluas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina,
Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.
6

Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang bahasa dan kesusateraan di


Asia Tenggara.
1. Kedatangan Islam juga telah meningkatkan mutu bahasa dalam aspek tulisan
jawi.
2. Angka dalam tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab dan ulama tempatan
mengubahsuai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan Melayu.
3. Tulisan ini kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam.
4. Melalui tulisan jawi, istilah Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu seperti
sultan, syukur, masjid, berkat dan alam.
5. Masyarakat Melayu menggunakan tulisan jawi untuk membaca dan menulis yang
melahirkan sasterawan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul
Rauf Singkel.
6. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca di Kepulauan Melayu yang mampu
bersaing dengan bahasa lain di dunia.
7. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.
8. Bahasa Melayu menjadi mantap menghasilkan cerita-cerita panji yang ditulis
dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu.
9. Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan gaya, tata bahasa dan bentuk
sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat.
10. Fungsi sastera berubah daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk
mengkritik.
11. Bahasa Melayu digunakan dalam bidang perdagangan sebagai bahasa
perantaraan di kalangan pedagang dari Timur dan Barat.

Bagaimanakan cara hidup masyarakat setelah kedatangan Islam ke


Asia Tenggara?
1. Kedatangan Islam mengubah budaya masyarakat dengan cara hidup yang
berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan
bersongkok.
2. Islam dijadikan sebagai 'ad-din' iaitu satu cara hidup yang lengkap dan
menyeluruh.
3. Kedatangan Islam telah mengubah sistem sosial masyarakat yang mempunyai
kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia.

4. Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian seperti sifat
tolong-menolong, hormat menghormati dan bekerjasama menjadi budaya
masyarakat.
5. Kemurnian Islam tergambar dalam cara hidup yang diamalkan orang Melayu
seperti amalan gotong-royong menjadikan kerja berat menjadi ringan kerana
dilakukan bersama-sama.
6. Amalan bersatu-padu dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat
kampung dapat di pupuk dan diperkukuhkan dalam kerja-kerja seharian.

Jelaskan pengaruh kesenian Islam terhadap masyarakat di Asia


Tenggara.

1. Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara dalam
seni khat, seni bina dan seni ukir.
2. Abjad Pengaruh Islam dalam seni khat terdapati pada batu nisan dan ukiran kayu
dengan terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran
dan hukum.
3. Batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat, yang mempunyai bentuk
seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi
4. Makan Naina Hisham al-Din terdapat tulisan syair Parsi dan pada permukaannya
dilukis dengan pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan Masan asan
permaidani Parsi.
5. Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis dan catatan tentang
sejarah sesebuah pemerintahan tempatan.
6. Terdapat juga seni khat yang diukir pada bilah mata keris dengan tulisan ayat
suci al-Quran ditatahkan dengan emas, perak dan permata.
7. Seni khat tertua terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu
bertarikh 1303 M. ditulis dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi.
8. Seni kaligrafi ini mengambil contob huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi.
9. Terdapat unsur seni yang dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan.
10. Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah kediaman,
misalnya rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama.
11. Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah,
mimbar, mihrab dan menara azan seperti bangunan Masjid Ubaidilah di Kuala
Kangsar, Perak.

Huraikan pengaruh Islam dalam bidang ekonomi di Asia Tenggara.

1. Institusi ekonomi seperti baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negara


dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. la telah diperkenalkan di Acheh
oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

2. Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bekerja dan mencari rezeki yang
halal dan melarang perbuatan mengemis.
3. Islam menggalakkan orang Islam berdagang dan mengamalkan unsur-unsur
yang halal semasa berurus niaga.
4. Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan. Nilai-nilai murni dalam
ekonomi disarankan seperti berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguhsungguh.

You might also like