You are on page 1of 88

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM

MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5


BAGI TAJUK KITARAN AIR

NUR FARHANAH BT MOHD AMIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU

2011

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM


MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5
BAGI TAJUK KITARAN AIR

NUR FARHANAH BT MOHD AMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Sains Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU

OKTOBER 2011

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Sains Pendidikan Rendah)

Tandatangan

Nama Penyelia : Dr. HAJAH NIK ZAHARAH BT NIK YAACOB


Tarikh

: 13 OKTOBER 2011

ii

PENGAKUAN PENULIS

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :
Nama Penulis : NUR FARHANAH BT MOHD AMIN (881125-01-5138)
Tarikh

: 13 OKTOBER 2011

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang,


Mohd Amin Bin Abd. Rauf dan Masita Bt Taib,
Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,
semangat dan nasihat yang kalian titipkan...

Tidak dilupakan adik-beradik yang dikasihi,


Mohd Hafiz, Mohd Akmal dan Nur Firzanah,
Terima kasih kerana memberi inspirasi...

Khas buat Mohd Fairus Naim Bin Ahmad,


Terima kasih tidak terhingga atas segala bantuan, curahan idea yang
menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini...

Buat sahabat-sahabat, Khasnya PISMP Sains Ambilan 2008,


Terima kasih kerana menjadi teman yang setia, memahami dan menceriakan hidup ini,
Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan terabadi
di dalam sanubariku buat selama-lamanya...

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian ini.
Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada pensyarah penyelia, Dr. Hajah Nik Zaharah Bt. Nik Yaacob atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit,
Kuala Terngganu amatlah dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua
pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Sains IPG KDRI yang telah banyak memberikan
bantuan dan pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat
handai atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung terima
kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
membantu menjayakan kajian tindakan ini.

ABSTRAK

Subjek Sains merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk menghafal
banyak fakta, istilah, nama-nama saintifik, melabel dan sebagainya. Satu kaedah yang
sesuai dan menepati citarasa murid masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang dikendalikan oleh guru Sains akan mencapai kepuasan dan
memberi kesan yang maksimum. Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat
menggemari muzik dan nyanyian, maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu
kaedah dalam menjalankan aktiviti P&P Sains. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid Tahun 5
bagi tajuk Kitaran Air. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif.
Seramai 10 orang murid Tahun 5 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit
telah dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan
Ujian Pasca, pemerhatian serta soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan
pada nilai min ujian iaitu dari 32.0 kepada 51.0. Berdasarkan analisis borang pemerhatian
dan soal selidik, penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P Sains berupaya meningkatkan
minat murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah
nyanyian berjaya membantu murid mengingat proses Kitaran Air.
Kata kunci: Keberkesanan, Kaedah, Nyanyian, Meningkatkan, Ingatan.

vi

ABSTRACT

Science is the subject which demanded pupils diligence to memorize lot of facts, terms,
scientific names, labelling and so on. Due to this, a method that is suitable and fulfil
pupils interest needs to be applied so that teaching and learning (T&L) process that
conducted by Science teacher will going to reach satisfaction and giving maximum
effect. Realizing the fact that children really like music and song, researcher have choose
singing method to be carry out in the Science T&L process. The aim for this research is
to determine the effectivenss of singing method to enhance Year 5 pupils memorization
for the topic Water Cycle. The research design that been used is qualitative and
quantitative method. Respondents of this research involved 10 pupils of Year 5 Bestari
from Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit . Pre-test and post-test, observation and
questionnaire have been used as the instruments for this research. The analysis of data
showed that the value of mean marks increased from 32.0 to 51.0. Data from the
observation and questionnaire showed that the using of singing method in Science T&L
process is able to increase pupil interest and can provide enjoyable and entertaining
learning environment. This research proves that singing method is really works to help
pupils in memorizing Water Cycle process.
Key words: Effectiveness, Singing, Method, Enhance, Memorization.

vii

KANDUNGAN

Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA

ii

HALAMAN PENGAKUAN

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

1.0

PENDAHULUAN
1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

1.2

Sorotan Literatur

viii

2.0

3.0

4.0

5.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN


2.1

Tinjauan Masalah

11

2.2

Analisis Tinjauan Masalah

12

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN


3.1

Objektif Kajian

19

3.2

Soalan Kajian

19

3.3

Kepentingan Kajian

20

3.4

Definisis Operational / Istilah

20

3.5

Batasan Kajian

23

KUMPULAN SASARAN
4.1

Latar Belakang Sekolah

24

4.2

Latar Belakang Murid

24

PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1

Prosedur Tindakan

25

5.2

Prosedur Pengumpulan Data

31

ix

6.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

35

7.0

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

54

8.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

59

RUJUKAN

60

LAMPIRAN

63

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka Surat

Analisis Keputusan Lembaran Kerja Murid

13

Catatan Bebas Berdasarkan Pemerhatian

15

Analisis Borang Soal Selidik (Sebelum Tindakan)

17

Gred Dan Markah Ujian

36

Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Rawatan


dan Kumpulan Kawalan

36

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan


Rawatan dan Kumpulan Kawalan

39

Perbandingan Nilai Min Ujian Bagi Kumpulan Rawatan


dan Kumpulan Kawalan

43

Tema dan Aspek Yang Diperhatikan Di Dalam


Pemerhatian

45

Kekerapan Tingkah Laku Murid Bagi Kumpulan


Rawatan dan Kumpulan Kawalan

46

10

Analisis Borang Soal Selidik

50

xi

SENARAI RAJAH

Rajah

Muka Surat

Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

25

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan


Rawatan

37

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan


Kawalan

37

Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Bagi Kumpulan Rawatan

40

Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Bagi Kumpulan Kawalan

40

Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

47

Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi


Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

51

xii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

Muka Surat

Lembaran Kerja

63

Borang Pemerhatian (Catatan Bebas)

64

Borang Soal Selidik (Sebelum Tindakan)

65

Lirik Lagu Kitaran Air

66

Ujian Pra

67

Ujian Pasca

70

Borang Pemerhatian

73

Borang Soal Selidik

74

xiii

1.0 PENDAHULUAN
Bahagian ini mengupas tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta refleksi
sorotan literatur yang merangkumi literatur dan kajian yang berkaitan dengan tajuk
kajian.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Darat
Batu Rakit, Kuala Terengganu. Pengkaji diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek
Sains bagi Tahun 5 Bestari sebanyak empat masa seminggu. Semasa berbincang dengan
guru Sains kelas 5 Bestari, pengkaji diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada
murid yang lemah dalam pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Sains juga sangat
lemah. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang masih tidak boleh menulis dan
membaca dengan lancar. Guru Sains kelas ini mencadangkan saya agar banyak
menggunakan kaedah pemusatan guru seperti teknik bercerita daripada menggunakan
kaedah pemusatan murid.
Pada minggu ketiga, pengkaji mengajar tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan.
Objektif P&P pada hari tersebut adalah untuk mengenalpasti empat agen pencaran bagi
tumbuhan beserta contoh-contoh tumbuhan. Sesi

P&P pada hari tersebut berjalan

dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk mendalami tajuk baru ini yang dikira
sangat menarik untuk diterokai. Semasa pengkaji memberikan penerangan, hanya
sebahagian murid sahaja yang kelihatan berminat untuk mendengar. Begitu juga dengan
1

tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar memberi tumpuan terhadap apa
yang pengkaji sampaikan. Namun, semasa menjawab lembaran kerja yang diedarkan,
sebahagian besar murid didapati menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya.
Pada kelas yang berikutnya, pengkaji memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama
dengan meminta murid mengingati kembali agen-agen tumbuhan beserta contoh yang
telah dipelajari pada sesi P&P sebelum itu. Namun apa yang mendukacitakan pengkaji,
sebahagian besar murid tidak berjaya memberikan jawapan dengan tepat. Mereka
menjawab, Saya tak ingat lah cikgu. Sesi P&P diteruskan dengan tajuk yang sama
iaitu Kemandirian Spesis Tumbuhan tetapi pada kali ini pengkaji berfokuskan kepada
ciri-ciri buah atau biji benih yang dipencarkan oleh setiap agen. Seperti biasa, sesi P&P
berjalan lancar. Murid dilihat memberi perhatian di dalam kelas pada awal sesi P&P
sahaja. Selebihnya, murid kelihatan bosan. Apabila ditanya sama ada mereka faham atau
tidak apa yang guru ajar, mereka menjawab Faham cikgu. Apabila selesai memberi
penerangan terhadap satu agen pencaran, pengkaji terus menyuruh murid untuk
menyatakan kembali apa yang dijelaskan sebentar tadi. Murid boleh menjawab soalan
tersebut. Tetapi apabila tiba kepada fasa membuat latihan, kebanyakan murid tidak boleh
menjawab soalan yang dikemukakan.
Situasi ini telah mendorong pengkaji untuk mencari punca dan alternatif lain
yang boleh digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 5 Bestari ini. Berdasarkan
kepada pemerhatian pengkaji, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah
kegagalan dalam menghafal fakta Sains. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang sering
merungut kerana menghadapi kesukaran untuk mengingati fakta-fakta di dalam mata
pelajaran khususnya mata pelajaran Sains. Masalah kegagalan murid untuk menghafal
2

fakta ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh
menimbulkan perasaan bosan untuk belajar, dan secara tidak langsung boleh menjurus
kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan. Bidang Sains tidak seharusnya menjadi
satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja.
Pengkaji ingin membuktikan bahawa Sains itu adalah menyeronokkan.
Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid
untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Sains. Guru yang bijak akan mengambil
peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan
cara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain itu, guru juga harus
kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid dan
seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu mata pelajaran
tersebut. Justeru itu, pengkaji ingin menggunakan kaedah nyanyian untuk membantu
murid menghafal fakta-fakta Sains.
Pengkaji akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid
mengingati fakta bagi sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Sains. Rasionalnya adalah
untuk membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan tajuk
tersebut

hanya

melalui

sebuah

lagu.

Pengkaji

membuat

keputusan

untuk

mengaplikasikan kaedah nyanyian ini bagi tajuk Keadaan Bahan (States of Matter)
dengan berfokus kepada proses Kitaran Air (The water Cycle). Kanak-kanak, malah
sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan
nyanyian. Oleh itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk menyelitkan elemen seni
dan lagu di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Cara sebegini bukan sahaja dapat

membantu murid mengenali dan menghafal fakta Sains dengan mudah, malah boleh
meransang suasana P&P yang menyeronokkan serta menghiburkan.

1.2 Sorotan Literatur


1.2.1 Literatur Berkaitan
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru
membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti.
(Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada
kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam
setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan
bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka
mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan
kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak
sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.
Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta
bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden
ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan
sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif.
Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud
aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi
pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada

penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil
untuk menghasilkan satu kreativiti dalam P&P dengan menyelitkan unsur muzik iaitu
nyanyian. Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat
menguatkan ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.
Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan
lagi

daya

ingatan

kerana

disamping

mengurangkan

kebosanan,

ia

dapat

mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan


kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat
yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian
daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada
diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat
itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka
panjang.
Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui
kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya
ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam
pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar
melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan
bahawa integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan
otak kiri dan otak kanan.
Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak
kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti

akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal
warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk
mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi lebih aktif. Banyak
kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kiri
dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.
Bertitik-tolak

kepada

fakta

tersebut,

dapatlah

disimpulkan

bahawa

penggabungjalinan antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian)
boleh menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan
kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu
mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi
seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat,
penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah,
dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.
Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart
terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik
dengan membaca, menulis, kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Apa yang
menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam
proses P&P mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi
pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi muzik dengan mata
pelajaran akademik yang lain dapat menyuburkan seluruh kurikulum. Oleh itu, pengkaji
ingin menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji
akan menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan
mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang
6

dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman


pembelajaran yang menyeronokkan.

1.2.2 Kajian Berkaitan


Kajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam P&P juga telah banyak dijalankan
oleh para penyelidik. Antaranya ialah kajian Edith & Kamariati (2005) tentang
Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di
Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran
Sains. Murid mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P yang
menggunakan elemen muzik dan nyanyian yang disampaikan oleh guru. Mereka juga
menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran dari aspek mengingati fakta-fakta
Sains yang penting khususnya dalam melabel gambar rajah. Ini sekaligus dapat menarik
minat murid untuk belajar.
Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula
membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang
menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan
nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu
murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi
lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini terbukti apabila
kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu melukis semula
gambar rajah serta melabelkannya dengan betul. Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti
7

nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan bimbingan guru (pengkaji)
sebelum itu.
Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik
Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak menunjukkan bahawa
pelajaran mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, misalnya pelajaran Sains.
Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang
mundur. Melalui media muzik, guru akan menjadi mudah mengajar pelajaran tersebut.
Kanak-kanak akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran itu
dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat
dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanakkanak.
Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk
Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Hasil kajian
mereka mendapati penggunaan muzik dalam proses P&P dapat menimbulkan rasa
seronok belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir
murid. Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat
pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan.
Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran merupakan salah satu strategi bagi
memastikan P&P di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan dan
secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.
Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan
Muzik Terhadap Pengusaan Sifir telah membuktikan bahawa melalui aktiviti

menggunakan muzik, responden menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian


diagnostik iaitu terhadap penguasaan sifir yang meningkat. Kesemua responden juga
mempunyai persepsi dan pencapaian yang positif setelah diberi pendedahan kepada
kaedah pembelajaran sifir bermuzik ini. Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan
rangsangan muzik bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan
pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang
mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan
dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai
alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P juga ada
dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The
Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam
proses P&P mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, Bruce
Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta.
Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid
yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya dalam pelajarannya.
Maklum balas positif juga diterima daripada responden dimana mereka menyatakan
bahawa mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi diri
murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom


yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P
adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat
umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan
9

nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran


yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid dalam P&P. Irama
dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori
terhadap fakta dan isi pelajaran.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik (nyanyian) dalam proses


P&P telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif.
Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan keberkesanan
P&P di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru sekolah. Justeru,
pengkaji akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan
kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk
menjadi seorang guru yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal
fakta dengan cara nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat
membantu murid menghafal fakta, malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran
yang menghiburkan dan menyeronokkan.

10

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN


Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman
pengkaji dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk
meninjau masalah beserta analisis kepada tinjaun masalah tersebut turut dihuraikan
dalam bahagian ini.

2.1 Tinjauan Masalah


Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dan rumit.
Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan
latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum langkah seterusnya
diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah
dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi murid.
Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin
disasarkan iaitu:
a) Analisis dokumen
Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk
Kemandirian Spesis Tumbuhan (Lampiran A). Pengkaji mengedarkan
lembaran kerja di akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Pengkaji menganalisis lembaran
kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk
yang diajar. Pengkaji mula mengenalpasti masalah apabila melihat ramai murid
tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.

11

b) Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi P&P Sains bagi
tajuk Kemandirian Spesies Tumbuhan. Respon murid terhadap soalan guru
serta tingkah laku murid sepanjang sesi P&P berlangsung juga diperhatikan dan
dicatatkan. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara tidak berstruktur yang
berupa catatan bebas (Lampiran B).

c) Soal selidik
Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti
tanggapan mereka terhadap proses P&P Sains, pengkaji menggunakan borang
soal selidik yang perlu dijawab oleh setiap murid (Lampiran C). Terdapat 12
item yang perlu dijawab oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang
disediakan. Pengkaji memberi penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul
faham kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab dengan
jujur. Pengkaji juga memastikan suasana pada waktu tersebut adalah selesa
supaya responden boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal
selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah


Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji
terhadap murid Tahun 5 Bestari:

12

a) Analisis dokumen
Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam
lembaran kerja seperti di lampiran A :

Jadual 1: Analisis keputusan lembaran kerja murid


MARKAH

JUMLAH MURID

(%)

BIL. MURID

(%)

0-20

29

21-40

43

41-60

19

61-80

81-100

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, pengkaji dapat


mengenal pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab
soalan lembaran kerja tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid
mendapat markah 20% ke bawah, 43% daripada jumlah keseluruhan murid
mendapat markah dari 21% hingga 40% dan 19% daripada jumlah keseluruhan
murid mendapat markah dari 41% hingga 60%. Seterusnya, 9% daripada jumlah
keseluruhan murid berjaya memperolehi markah dari 61% hingga 80%,
manakala 0% murid yang mendapat markah 81% hingga 100%.

Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripada


jumlah keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi

13

markah 40%. Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan murid
lagi berada di bawah peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yang
amat sedikit ini menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai
tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta
Sains. Justeru, pengkaji akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu
murid mengingat fakta sekali gus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam
mata pelajaran Sains.

b) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,
pengkaji dapati murid Tahun 5 Bestari ini mempunyai minat untuk belajar, tetapi
mereka sukar untuk menghafal fakta-fakta Sains. Murid dilihat memberi
perhatian semasa sesi P&P berlangsung. Mereka juga menunjukkan tingkah laku
yang postif di dalam kelas. Tetapi apabila berada di pertengahan sesi, sebahagian
murid kelihatan bosan untuk meneruskan pembelajaran. Murid dikesan
menghadapi masalah dalam mengingat fakta yang telah lama diajar. Berikut
merupakan catatan bebas pengkaji terhadap tingkah laku murid sepanjang sesi
P&P. Lajur catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid terhadap fakta
Sains yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru :

14

Jadual 2 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian


Tarikh

: 17 Februari 2011

Kelas

: 5 Bestari
PERISTIWA

CATATAN

Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun, memberi


salam dan kemudian duduk. Murid-murid senyap.
Guru bertanya murid tentang apa yang telah mereka Berfikir dan cuba
pelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid diam dan mengingat semula fakta
berfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat tangan. tetapi gagal
Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk seorang
murid untuk jawab. Dia bangun dan memberi jawapan
yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid tersebut
juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat tangan dan
jawab. Jawapan tetap salah.
Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini ramai Hampir boleh mengingat
yang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid untuk sebahagian fakta tetapi
jawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain pula masih tidak tepat
angkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak berapa tepat.
Guru mengingatkan murid tentang satu fakta yang telah Boleh mengingat fakta
diajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid berebut- selepas diberi klu
rebut ingin menjawab. Murid terus menjawab tanpa
angkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan jika ingin
jawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid tersebut jawab
dengan tepat. Begitu juga dengan tiga orang murid lain.
Guru meneruskan sesi P&P seperti yang dirancang. Boleh mengingat fakta
Murid-murid kelihatan berminat. Guru memberi yang baru sahaja diajar
penerangan satu persatu. Sejurus selepas guru memberi
penerangan terhadap sesuatu perkara, guru terus bertanya
soalan. Ramai murid boleh menjawab dengan betul. Guru
teruskan mengajar dan bertanya soalan. Murid memberi
respon positif. Murid boleh menjawab soalan dengan baik.
Tiba di pertengahan sesi, sebahagian murid menunjukkan
15

reaksi bosan seperti tidak berminat untuk meneruskan


pembelajaran.
Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran kerja. Tidak boleh mengingat
Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke sekeliling fakta yang telah lama
kelas untuk memantau murid manjawab lembaran kerja. diajar
Guru berhenti di meja seorang murid. Murid itu masih
tidak menulis apa-apa jawapan. Guru bertanya murid itu
masalah yang dihadapi. Murid itu memberitahu dia tak
ingat.
Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-dua Tidak boleh mengingat
murid ini baru menjawab dua soalan. Selebihnya fakta yang telah lama
dibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka melengkapkan diajar
lembaran kerja tersebut. Seorang jawab tak tahu manakala
seorang lagi jawab tak ingat.
Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan lembaran
kerja di rumah. Guru keluar kelas.

c) Soal selidik
Pengkaji menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti
di Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borang
soal selidik yang dijalankan:

16

Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik


%
BIL

ITEM

YA

TIDAK

Saya minat mata pelajaran Sains

100

Pengajaran cikgu membosankan

71

29

Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

100

Aktiviti yang dijalankan sangat menarik

19

81

Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

86

14

Penerangan cikgu mudah difahami

81

19

Saya berasa sukar untuk menghafal fakta

100

Saya tidak faham soalan Sains

67

33

Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

100

10

Belajar Sains itu menyeronokkan

48

52

11

Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah

14

86

12

Latihan yang diberikan sangat mudah

48

52

Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid
mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Sains), item 3 (Bimbingan
yang cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal fakta ) dan item
9 (Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu Pengajaran cikgu
membosankan, 71% murid menjawab YA manakala 29% murid lagi menjawab
TIDAK. Sebanyak 19% murid menjawab YA dan selebihnya iaitu 81% menjawab
TIDAK bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi item 5 (Cikgu
17

memberi tumpuan terhadap saya), 86% murid menjawab YA manakala 14% murid
lagi menjawab TIDAK.
Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula, 81% murid menjawab
YA manakala 19% murid lagi menjawab TIDAK. Seterusnya bagi item 8 (Saya
tidak faham soalan Sains) pula, 67% murid menjawab YA manakala 33% murid lagi
menjawab TIDAK. Bagi item 10 (Belajar Sains itu menyeronokkan) dan item 12
(Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab YA adalah
48% manakala 52% lagi menjawab TIDAK. 14% murid menjawab YA bagi item 11
(Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab
TIDAK.
Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah
utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal fakta Sains (merujuk kepada
item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini
menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai tajuk yang diajar dengan baik.
Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang membosankan,
aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta tidak faham soalan.
Untuk kajian ini, pengkaji akan menumpukan kepada dua masalah utama yang dihadapi
murid iaitu kesukaran menghafal fakta Sains dan selalu lupa apa yang diajar oleh guru.

18

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN


Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian,
kepentingan kajian, definisi operational dan batasan kajian.

3.1 Objektif Kajian


Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
3.1.1

Objektif Umum
Mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan kebolehan
murid mengingat fakta-fakta Sains.

3.1.2

Objektif Khusus
a) Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air
menggunakan kaedah nyanyian.
b) Meningkatkan

minat

murid

mempelajari

Kitaran

Air

menyeronokkan

dan

tajuk

menggunakan kaedah nyanyian.


c) Mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menghiburkan dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

3.2 Soalan Kajian


a) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan kebolehan murid
mengingat proses Kitaran Air?
b) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan minat murid
mempelajari tajuk Kitaran Air?
19

c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P boleh mewujudkan suasana


pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

3.3 Kepentingan Kajian


Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5 dalam
menguasai mata pelajaran Sains iaitu dengan mengingat fakta secara mudah, berkesan,
menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untuk
belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi
panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-guru sekolah dan juga guruguru pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Sains yang menyeronokkan
serta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidak
langsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah menghafal fakta di
kalangan murid khususnya bagi subjek Sains, seterusnya dapat meningkatkan prestasi
murid dalam peperiksaan. Diharap dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat
kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta muridmurid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini.

3.4 Definisi Operational / Istilah


Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah :
3.4.1

Keberkesanan

Menurut Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan,
keberkesanan diistilahkan sebagai satu usaha yang teratur, bersistem, bertatatertib serta
20

optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran


untuk mencapai kejayaan yang paling maksimum (terbaik).
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), maksud keberkesanan
adalah perihal berkesan atau berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb). Dalam
kajian ini, keberkesanan merujuk kepada kesan positif bagi kaedah yang digunakan
dalam membantu murid meningkatkan ingatan mereka daalam menghafal fakta Sains.

3.4.2

Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang
pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau
yang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip
tertentu).
Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma
Perguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara atau
peraturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.
Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan
langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Kaedah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah tindakan yang dijalankan oleh
guru dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kebolehan murid
mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air.

21

3.4.3

Nyanyian

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) mengistilahkan nyanyian sebagai gubahan muzik
yang dilagukan dengan suara. Berdasarkan kajian ini, gubahan muzik yang dilagukan
dengan suara merujuk kepada lagu bagi tajuk Kitaran Air yang akan dinyanyikan oleh
murid sebagai alat untuk membantu mereka mengingat fakta.

3.4.4

Meningkatkan

Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud


menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan meningkatkan
merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap pencapaian serta daya
ingatan murid Tahun 5 Bestari bagi tajuk Kitaran Air.

3.4.5

Ingatan

Merujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), ingatan bermaksud sesuatu yang diingat, sesuatu
yang timbul dalam fikiran. Ingatan juga membawa maksud kuasa untuk mengingat
sesuatu dengan apa yang ada dalam ingatan. Khalid (1993) dalam bukunya yang
bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan pula menggariskan ingatan kepada tiga fasa
iaitu :
a) Penerimaan dan penyerapan
Berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang membolehkan sesuatu
bahan ilmu masuk ke dalam fikiran dan ingatannya.

22

b) Penyimpanan
Berlaku apabila ilmu disimpan dalam fikiran dan ingatan tanpa disedari dan
dirasai secara fizikal.
c) Pemakaian semula atau pemanggilan semula
Berlaku apabila ilmu tersebut digunakan setelah jangka masa berlalu dari fasa
penyerapan (ujian/peperiksaan).
Dalam kajian ini, ingatan merujuk kepada kuasa untuk mengingat fakta Sains khususnya
bagi tajuk Kitaran Air terhadap murid Tahun 5 Bestari.

3.5 Batasan Kajian


Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang responden yang terdiri daripada murid-murid
Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Responden terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang
berbeza tahap pencapaiannya iaitu lemah, sederhana dan baik. Responden juga
mempunyai latar belakang status sosio ekonomi yang rendah. Kajian dilaksanakan pada
waktu mata pelajaran Sains bagi Tahun 5 Bestari dan bertempat di Makmal Sains
Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk di dalam
mata pelajaran Sains Tahun 5 iaitu proses Kitaran Air yang berfokus kepada
penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

23

4.0 KUMPULAN SASARAN


Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang responden yang
digunakan dalam perlaksanakan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan dengan
terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.

4.1 Latar Belakang Sekolah


Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala
Terengganu yang terletak di kawasan luar Bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini
mempunyai 23 orang guru, 15 kakitangan serta 217 orang murid. Terdapat 9 kelas
kesemuanya di sekolah ini iaitu termasuk Prasekolah. Pencapaian Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini berada pada tahap sederhana.

4.2 Latar Belakang Murid


Seramai 10 orang murid dari kelas 5 Bestari yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki
dan 3 orang murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden
berumur dalam lingkungan 11 tahun. Kesemua responden berketurunan Melayu,
beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Terengganu. Mereka juga berasal dari
keluarga yang berpendapatan rendah dimana kesemua mereka menerima bantuan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 2 orang responden merupakan anak yatim.
Ibubapa responden bekerja sebagai petani, buruh, nelayan dan juga peniaga kecilkecilan. Tahap pencapaian responden di dalam pelajaran adalah berbeza.

24

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan data
yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan
berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan.

5.1 Prosedur Tindakan


Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis
& McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan
pada Rajah 1 di bawah:

(1)
MEREFLEK

(4)

(2)

MEMERHATI

MERANCANG

(3)
BERTINDAK

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

25

5.1.1 Mereflek
Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji dalam
mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P.
Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi mengenalpasti
masalah utama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian,
analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah
mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan besar murid Tahun 5
Bestari, iaitu kesukaran mengingati fakta Sains.

5.1.2 Merancang
Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan kepada
masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula menyediakan kerangka kajian iaitu
objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan
literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta merancang
tindakan. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan murid mengingat
fakta bagi tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian.
Sebagai perancangan awal, pengkaji akan membuat pemilihan melodi lagu yang
dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, pengkaji akan menulis lirik lagu yang
mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses
Kitaran Air. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan proses rakaman lagu Kitaran Air
yang menggunakan suara pengkaji sendiri untuk digunapakai di dalam kajian ini.

26

Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji akan membahagikan murid kelas 5


Bestari kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Pembahagian ini dilakukan berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 bagi subjek Sains muridmurid, dimana setiap kumpulan mempunyai jumlah murid berpencapaian baik,
sederhana dan lemah yang setara. Kumpulan rawatan yang merupakan responden bagi
kajian ini terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 4 orang murid
berpencapaian sederhana dan 3 orang murid berpencapaian lemah. Manakala kumpulan
kawalan terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 3 orang murid
berpencapaian sederhana dan 4 orang murid berpencapaian lemah.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan empat sesi P&P iaitu dua sesi bagi
setiap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengasingan akan dilakukan terhadap
kedua-dua kumpulan bagi setiap sesi P&P tersebut. Kedua-dua kumpulan ini akan diajar
tajuk yang sama iaitu Kitaran Air tetapi dengan menggunakan kaedah yang berbeza.
Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional manakala
kumpulan rawatan pula akan diajar dengan menggunakan kaedah nyanyian. Alat kajian
yang akan digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang bertujuan untuk menilai
tahap ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Pemerhatian berstruktur juga digunakan
sebagai alat kajian untuk melihat minat murid sepanjang sesi P&P yang dijalankan. Alat
kajian terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden untuk
mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

27

5.1.3 Bertindak
Pengkaji memilih kaedah nyanyian sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah
yang dihadapi. Pengkaji telah memilih melodi lagu Tanya Sama Pokok kerana lagu
tersebut telah diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya,
pengkaji menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di
dalam kajian ini iaitu Kitaran Air seperti yang terdapat di Lampiran D. Dalam proses
menyiapkan lirik lagu, pengkaji membuat rujukan di dalam Buku Teks Sains Tahun 5
dan buku-buku rujukan Sains supaya lirik lagu yang dihasilkan bertepatan dengan
kehendak sukatan pelajaran dan mengandungi fakta-fakta penting dalam proses kitaran
air. Setelah lirik lagu berjaya disiapkan, pengkaji telah menjalankan proses rakaman lagu
Kitaran Air yang menggunakan suara pengkaji sendiri. Rakaman lagu tersebut telah
digunapakai terhadap kumpulan rawatan di dalam kajian ini.
Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan tiga
jenis instrumen iaitu:
i.

Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F)

ii.

Borang Pemerhatian (Lampiran G)

iii.

Soal Selidik (Lampiran H)


Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan

rawatan, pengkaji mengedarkan satu set soalan Ujian Pra (Lampiran E) untuk dijawab
oleh kesemua responden. Ini bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid
terhadap tajuk Kitaran Air. Pengkaji menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza bagi
setiap kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, murid kumpulan kawalan dan
28

kumpulan rawatan diasingkan. Kumpulan kawalan menjalani proses P&P menggunakan


kaedah konvensional sebanyak dua kali. Manakala kumpulan rawatan pula menjalani
proses P&P menggunakan kaedah nyanyian, juga sebanyak dua kali.
Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi P&P yang menggunakan kaedah
nyanyian adalah seperti berikut:
i.

Pengkaji menunjukkan gambar rajah Kitaran Air melalui Power Point.

ii.

Pengkaji memperkenalkan empat proses yang terlibat di dalam Kitaran Air


iaitu penyejatan, kondensasi, hujan dan pengumpulan.

iii.

Pengkaji menerangkan setiap proses Kitaran Air secara terperinci.

iv.

Pengkaji memaparkan lirik lagu Kitaran Air melalui Power Point


(Lampiran D).

v.

Pengkaji memperdengarkan lagu Kitaran Air kepada responden.

vi.

Responden menyanyikan lagu Kitaran Air bersama-sama berpandukan


kepada lirik yang dipaparkan.

vii.

Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii.

Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis.

ix.

Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P.


Semasa

keempat-empat

sesi

P&P

berlangsung,

pengkaji

menjalankan

pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang


pemerhatian (Lampiran G). Ini bertujuan untuk melihat minat belajar murid sepanjang
sesi P&P berlangsung. Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P bagi kedua-dua
kumpulan kawalan dan rawatan selesai dijalankan, pengkaji mengedarkan Ujian Pasca

29

(Lampiran F) untuk dijawab oleh responden. Soalan bagi Ujian Pasca adalah setara
dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat proses
Kitaran Air yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah ujian para responden.
Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H). Setelah
selesai kedua-dua sesi P&P, pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada setiap
responden bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya untuk melihat sama ada murid berasa
seronok dan terhibur terhadap kaedah P&P yang dijalankan. Borang soal selidik yang
dibina mempunyai lima skala bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan
secara terperinci di dalam borang soal selidik tersebut.

5.1.4 Memerhati
Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi.
Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan
jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min ujian bagi kedua-dua
kumpulan turut dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, pengkaji mencatat pemerhatian
tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses P&P berlangsung
berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Analisis
pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf.
Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat perbandingan
di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal selidik bagi setiap
item diinterpretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf.

30

Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis dan
diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya
dapat dilihat dengan jelas.
Proses terakhir ialah pemantauan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan
kaedah dan tindakan yang telah dijalankan serta memantau sejauh mana ia dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya keputusan tidak memberansangkan,
maka pengkaji boleh memulakan kitaran sekali lagi sekiranya masa mencukupi. Kitaran
kajian tindakan ini boleh berlaku secara berterusan sama ada berfokuskan kepada
masalah yang sama ataupun masalah lain.

5.2 Prosedur Pengumpulan Data


Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, pengkaji telah
meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid
dalam mengingati fakta bagi mata pelajaran Sains. Pengkaji membuat kesimpulan
bahawa ketidakupayaan mengingati fakta menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam
usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan. Tiga jenis instrumen
digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian (Ujian Pra dan Ujian
Pasca), Pemerhatian dan Soal Selidik di mana setiap instrumen mengukur objektif yang
berbeza.

5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)


Pengkaji menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang diberikan kepada kadua-dua
kumpulan kawalan dan rawatan iaitu Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran
31

F). Soalan ujian adalah berdasarkan tajuk Kitaran Air. Ujian Pra diberikan sebelum
sesi P&P dimulakan yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan
sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji.
Untuk melihat peningkatan tahap ingatan murid mengingat proses Kitaran Air,
Ujian Pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua empat sesi
P&P. Soalan yang setara dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk
menilai tahap ingatan murid bagi tajuk yang diajar. Seterusnya pengkaji melakukan
analisis terhadap data ujian untuk melihat perubahan markah bagi kedua-dua kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan dua kaedah
yang berbeza iaitu kaedah tradisional dan kaedah nyanyian. Peningkatan markah murid
yang tinggi menunjukkan bahawa murid berupaya mengingat proses Kitaran Air
dengan baik. Pengkaji membuat perbandingan perningkatan markah di antara kedua-dua
keputusan ujian tersebut bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5.2.2

Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya pengkaji dapat
mengamati dan mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang P&P berlangsung.
Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku responden
yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Bentuk
pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur di mana pengkaji merekod
pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam borang
pemerhatian (Lampiran G). Terdapat empat tema utama yang diperhatikan merangkumi
minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin di mana setiap satunya
mempunyai dua pecahan aspek. Ke semua aspek-aspek tersebut adalah berkait rapat
32

dengan minat. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau
tidak dalam meningkatkan minat murid Tahun 5 Bestari bagi tajuk Kitaran Air.

5.2.3 Soal Selidik


Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H) untuk mendapatkan reaksi
responden berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan.
Borang soal selidik diberikan kepada responden berbentuk soalan tertutup yang
menggunakan Skala Likert dimana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi setiap
item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada
objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah difahami, soalan
tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina mahupun agama.
Semasa sesi soalselidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu membaca dan
menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Pengkaji memberi
penerangan yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan
responden. Pengkaji juga mengingatkan responden supaya menjawab soalan selidik
tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut,
pengkaji dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan


Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada
sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap
yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan
33

menghasilkan

keputusan

yang

sama

walaupun

dilakukan

berulang

kali.

Walaubagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada fakta yang tetap dan
tidak berubah.
Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan,
segala instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu. Soalan dan bentuk
borang soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini telah
pun disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum digunakan di lapangan. Begitu juga
dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca, kedua-duanya telah diberi pengesahan oleh
Ketua Panitia Sains sekolah tempat kajian dijalankan.
Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, pengkaji memastikan
bahawa murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya mereka tidak
dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian. Sebagai
langkah berjaga-jaga, pengkaji turut mengelakkan kelakuan yang boleh menimbulkan
kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di kalangan responden. Oleh itu, pengkaji
membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia sebelum ujian
dijalankan.
Selain itu, pengkaji juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan
soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan yang jelas dan
terperinci bagi setiap item yang digunakan. Pengkaji sentiasa mengingatkan responden
agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua tindakan
ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

34

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi.
Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian,
seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data
adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air
menggunakan kaedah nyanyian.
Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra (Lampiran E)
dan Ujian Pasca (Lampiran F) mengenai tajuk yang diajar iaitu Kitaran Air yang
telah dilaksanakan ke atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas keduadua kumpulan rawatan dan kawalan sebelum sesi P&P bermula yang bertujuan untuk
mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang
dikaji. Manakala Ujian Pasca pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah
selesai kesemua sesi P&P untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah
dilaksanakan dalam membantu murid mengingat fakta. Hasil analisis membuktikan
sama ada kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk
Kitaran Air dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum
dan selepas rawatan dilakukan. Jadual 4 di bawah menunjukkan gred dan markah
yang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan.

35

Jadual 4: Gred dan Markah Ujian


Gred

Markah

80-100

60-79

40-59

0-39

Jadual 5: Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan


Kawalan
Kumpulan

Rawatan

Kawalan

Ujian

Gred
A

Pra

Pasca

Pra

Pasca

36

Bilangan Murid

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi


Kumpulan Rawatan
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 2 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan

Bilangan Murid

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi


Kumpulan Kawalan
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 3 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan

37

Berdasarkan Jadual 5 di atas yang telah diterjemahkan di dalam bentuk graf


seperti dalam Rajah 2 dan Rajah 3, dapat dilihat dengan jelas perubahan yang berlaku
pada gred ujian bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan. Bagi kumpulan rawatan
(merujuk kepada Rajah 2), tiada seorang pun murid yang mendapat gred A dan B di
dalam Ujian Pra, seorang murid mendapat gred C manakala selebihnya iaitu 9 orang
murid mendapat gred D. Namun, selepas rawatan menggunakan kaedah nyanyian yang
dijalankan sebanyak dua kali, pencapaian murid di dalam Ujian Pasca menunjukan
peningkatan gred yang ketara. Daripada tiada (0) murid yang mendapat gred A dan B di
dalam Ujian Pra, kini seramai 4 orang murid berjaya memperoleh gred A manakala 4
orang murid memperoleh gred B di dalam Ujian Pasca. Jumlah murid yang memperoleh
gred C meningkat daripada seorang kepada 2 orang. Tiada murid yang memperoleh gred
D sama sekali, berbeza dengan sebelum rawatan dijalankan dimana hampir ke semua
murid memperoleh gred D. Hasil analisis gred markah ujian terhadap kumpulan rawatan
menunjukkan tindak balas yang positif. Ini bermakna, penggunaan kaedah nyanyian
dalam P&P Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air.
Bagi kumpulan kawalan pula (merujuk kepada Rajah 3), seramai 2 orang murid
memperoleh gred C manakala 8 orang murid lagi memperoleh gred D di dalam Ujian
Pra. Selepas kumpulan kawalan menjalani proses P&P menggunakan kaedah
konvensional sebanyak dua kali, terdapat perubahan terhadap gred pencapaian murid.
Jumlah murid yang berjaya memperoleh gred A meningkat seramai 3 orang daripada 0,
manakala jumlah murid yang memperoleh gred B pula meningkat seramai 2 orang, juga
daripada 0. Daripada 2 orang murid yang memperoleh gred C di dalam Ujian Pra, kini
telah meningkat kepada 4 orang di dalam Ujian Pasca. Akan tetapi, masih terdapat
38

seorang murid yang memperoleh gred D di dalam Ujian Pasca walaupun jumlahnya
telah berkurangan sebanyak 7 orang. Peningkatan gred pencapian murid yang dicatatkan
ini menunjukkan bahawa kumpulan kawalan juga menunjukkan perubahan yang positif
dalam mengingati proses Kitaran Air. Namun, peningkatan yang ditunjukkan oleh
kumpulan kawalan tidaklah sebaik peningkatan kumpulan rawatan.

Jadual 6: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan
Responden

Markah (%)
Kumpulan Rawatan

Kumpulan Kawalan

Ujian Pra

Ujian Pasca

Ujian Pra

Ujian Pasca

R1

10

90

20

80

R2

50

70

10

90

R3

30

90

20

80

R4

20

80

20

50

R5

20

90

20

80

R6

10

40

20

40

R7

20

50

20

60

R8

10

60

30

50

R9

10

70

20

40

R10

20

70

10

10

Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai kebolehan murid mengingati
proses Kitaran Air, perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kedua-dua
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipaparkan di dalam Jadual 6 seperti di atas.
Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan keputusan bagi kedua-dua

39

kumpulan juga turut diterjemahkan di dalam bentuk graf yang berasingan seperti di
dalam Rajah 4 dan Rajah 5 di bawah.

MARKAH (%)

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi


Kumpulan Rawatan
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Ujian Pra
Ujian Pasca

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

RESPONDEN

Rajah 4 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca Bagi Kumpulan Rawatan

MARKAH (%)

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi


Kumpulan Kawalan
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Ujian Pra
Ujian Pasca

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

RESPONDEN

Rajah 5 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
40

Kedua-dua graf seperti di dalam Rajah 4 dan Rajah 5 telah dianalisis oleh
pengkaji bagi melihat kebolehan murid dalam mengingat proses Kitaran Air. Terdapat
perbezaan peningkatan markah yang ketara di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi
kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini merupakan satu petanda yang
baik dimana peningkatan markah tersebut menunjukkan bahawa kaedah nyanyian
berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air.
Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat dengan jelas ke semua murid kumpulan
rawatan berjaya mencatatkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca berbanding
Ujian Pra. Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh Responden 1 (R1).
Di dalam Ujian Pra iaitu sebelum rawatan dilakukan, responden ini hanya memperoleh
markah sebanyak 10%. Akan tetapi, selepas menjalani rawatan dengan menggunakan
kaedah nyanyian, markah Ujian Pasca responden ini meningkat secara mendadak iaitu
sebanyak 80% menjadikan markah Ujian Pasca sebanyak 90%. Peningkatan markah
terendah dicatatkan oleh R2 iaitu sebanyak 20% dimana markah Ujian Pra adalah
sebanyak 50% dan meningkat kepada 70% di dalam Ujian Pasca. Walaubagaimanapun,
R2 merupakan murid yang mencatat markah tertinggi di dalam Ujian Pra.
Selain itu, R3, R4, R5, R8, R9 dan R10 juga menunjukkan peningkatan markah
ujian yang memberansangkan iaitu 50% ke atas. Bagi R6 dan R7, peningkatan markah
adalah sebanyak 30%. Secara keseluruhannya, kesemua responden bagi kumpulan
rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian berjaya
menunjukkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Markah
tertinggi yang dicatatkan adalah 90% manakala yang terendah adalah 40%. Ini

41

bermakna, ke semua responden kumpulan kawalan berjaya melepasi tahap peratus lulus
iaitu 40% ke atas.
Melihat kepada Rajah 5, peningkatan markah ujian yang dicatatkan oleh
kumpulan kawalan tidaklah terlalu ketara jika dibandingkan dengan kumpulan rawatan.
Peningkatan markah ujian tertinggi kumpulan kawalan dicatatkan oleh R1 iaitu
sebanyak 60% berbanding 80% oleh kumpulan rawatan. Sebelum menjalani proses P&P
dengan kaedah konvensional, R1 mencatat markah Ujian Pra sebanyak 20%, namun
selepas dua kali proses P&P, markah Ujian Pasca R1 meningkat kepada 80%. Dalam
kumpulan kawalan, terdapat seorang responden yang tidak mencatatkan sebarang
peningkatan markah di dalam kedua-dua ujian iaitu R10. Responden ini mencatatkan
markah sebanyak 10% bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca, sekaligus
menjadikannya tidak lulus ujian.
Seterusnya,

R5

turut

menunjukkan

peningkatan

markah

ujian

yang

memberansangkan iaitu sebanyak 50%. Begitu juga dengan R2, R3 dan R7 yang
menunjukkan peningkatan sebanyak 40% di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra.
Selebihnya, iaitu R6, R8 dan R9, peningkatan yang dicatatkan adalah kurang
memberansangkan iaitu sebanyak 20% sahaja. Tidak ketinggalan R4 yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 30%. Secara keseluruhannya, 9 orang responden bagi kumpulan
kawalan berjaya memperoleh peratus lulus 40% ke atas manakala seorang lagi
responden gagal dalam kedua-dua ujian serta tidak mencatatkan sebarang peningkatan.
Peningkatan markah tertinggi bagi kumpulan kawalan (60%) tidaklah setinggi
peningkatan markah bagi kumpulan rawatan (80%). Kesemua responden bagi kumpulan

42

rawatan memperoleh markah lulus di dalam Ujian Pasca berbanding kumpulan kawalan
yang mempunyai seorang responden yang gagal. Oleh yang demikian, dapatlah
disimpulkan bahawa proses P&P bagi tajuk Kitaran Air yang menggunakan kaedah
nyanyian (kumpulan rawatan) adalah berkesan dalam meningkatkan ingatan murid
berbanding dengan proses P&P menggunakan kaedah konvensional (kumpulan
kawalan). Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara bagi kumpulan
rawatan berbanding kumpulan kawalan.
Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, pengkaji telah
membentuk satu jadual yang memaparkan nilai min ujian bagi kedua-dua kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 7 di bawah.
Jadual 7: Perbandingan Nilai Min Ujian Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

Kumpulan

Ujian Pra

Ujian Pasca

Perbezaan

20.0

71.0

51.0

25.0

57.0

32.0

Rawatan
Kumpulan
Kawalan

Merujuk kepada Jadual 7, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian
Pasca yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan ialah sebanyak 51.0 iaitu dari 20.0 kepada
71.0. Bagi kumpulan kawalan pula, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian
Pasca yang dicatatkan ialah sebanyak 32.0 iaitu dari 25.0 kepada 57.0. Dapatan ini
membuktikan dengan jelas bahawa responden kumpulan rawatan yang menjalani proses
P&P dengan menggunakan kaedah nyanyian mampu mengingat proses Kitaran Air
43

dengan lebih baik jika dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan. Ini
seterusnya dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap tajuk Kitaran Air seperti
yang dapat dilihat melalui peningkatan nilai min ujian. Berbeza dengan kumpulan
kawalan yang menjalani proses P&P secara konvensional bagi tajuk yang sama,
peningkatan nilai min ujian yang dicatatkan tidak begitu memberansangkan. Oleh itu,
objektif kajian ini untuk meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air
menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai.

6.2 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitaran Air menggunakan


kaedah nyanyian.
Objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk
Kitaran Air diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur (Lampiran G)
terhadap tingkah laku responden bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji sepanjang keempat-empat
proses P&P berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang
mencerminkan minat murid apabila menjalani proses P&P menggunakan kaedah
nyanyian (kumpulan rawatan) dan juga kaedah konvensional (kumpulan kawalan).
Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama seperti yang
tertera di dalam Jadual 8 di bawah.

44

Jadual 8: Tema dan Aspek Yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian


TEMA

Minat

ASPEK

a) Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses


P&P berlangsung.
b) Seronok belajar menggunakan kaedah yang diajar.

a) Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan


pelajaran.
Tingkah Laku Pasif
b) Berangan-angan atau termenung.

a) Menjawab soalan secara sukarela.


Penglibatan
b) Menggalakkan rakan lain untuk belajar.

Masalah Disiplin

a) Mengganggu murid lain semasa proses P&P


berlangsung.
b) Bercakap atau bermain.

Berdasarkan Jadual 8 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah


dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan
masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid terhadap
proses P&P yang dijalani. Sebanyak dua sesi P&P dijalankan bagi kumpulan rawatan
yang menggunakan kaedah nyanyian. Begitu juga dengan kumpulan kawalan yang turut
menjalani dua sesi P&P yang menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi P&P
memakan masa selama 60 minit. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, pengkaji telah
merekod tingkah laku yang mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek
yang ingin diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit.
45

Analisis borang pemerhatian bagi setiap sesi P&P direkodkan di dalam Jadual 9 di
bawah.
Jadual 9 : Kekerapan Tingkah Laku Murid Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
TEMA

KUMPULAN

KEKERAPAN TINGKAH LAKU

JUMLAH

MURID
Sesi 1

Sesi 2

Rawatan

17

19

36

Kawalan

11

10

21

Tingkah

Rawatan

10

Laku Pasif

Kawalan

16

13

29

Penglibatan

Rawatan

18

15

28

Kawalan

13

Masalah

Rawatan

Disiplin

Kawalan

14

23

Minat

Seperti yang boleh dilihat dalam Jadual 9 di atas, terdapat perbezaan jumlah
kekerapan tingkah laku pada kedua-dua sesi P&P bagi kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Kekerapan tingkah laku murid bagi setiap kumpulan dirumuskan dalam bentuk
peratusan dan diterjemahkan di dalam bentuk graf seperti di bawah.

46

Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut


Tema
Masalah Disiplin

Penglibatan
Tingkah Laku Pasif
Minat
0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

45%

50%

Minat

Tingkah Laku Pasif

Penglibatan

Masalah Disiplin

Kumpulan Kawalan

24%

34%

15%

27%

Kumpulan Rawatan

44%

12%

35%

9%

Rajah 6 : Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Berdasarkan Rajah 6 yang dipaparkan di atas, dapat dibandingkan peratusan


minat murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih besar iaitu 44% berbanding kumpulan
kawalan yang hanya sebanyak 24%. Ini menunjukkan kaedah nyanyian dalam proses
P&P bagi tajuk Kitaran Air berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar. Bagi
kumpulan kawalan pula, sesi P&P menggunakan kaedah konvensional menyebabkan
murid berasa bosan, sekaligus mengurangkan minat mereka untuk belajar.
Bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, hanya 12% murid kumpulan rawatan
didapati bertingkah laku pasif di dalam kedua-dua sesi P&P menggunakan kaedah
nyanyian. Manakala, bagi kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional,
sebanyak 34% murid didapati bertingkah laku pasif bagi kedua-dua sesi P&P yang

47

dijalankan. Dapatan ini membuktikan bahawa kaedah nyanyian mampu mengurangkan


tingkah laku pasif murid. Peratusan tingkah laku pasif yang rendah ini disebabkan oleh
perasaan minat yang mendalam untuk belajar dengan menggunakan kaedah nyanyian
jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.
Seterusnya, perbezaan peratusan yang ketara di antara kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan juga boleh dilihat bagi tema penglibatan. Bagi sesi P&P
menggunakan kaedah nyanyian (kumpulan rawatan), sebanyak 35% murid didapati
menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P. Namun, bagi sesi P&P
menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan), peratusan murid yang
menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P didapati menurun kepada 15%.
Melalui dapatan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penglibatan murid di dalam
proses P&P dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah nyanyian (kumpulan
rawatan). Ini bertentangan dengan penggunaan kaedah konvensional (kumpulan
kawalan) yang tidak berupaya menggalakkan penglibatan murid secara aktif.
Merujuk kepada tema terakhir iaitu masalah disiplin, hanya 9% murid kumpulan
rawatan didapati bermasalah, manakala bagi kumpulan kawalan pula, jumlah murid
yang bermasalah disiplin meningkat kepada 27%. Perbezaan peratusan yang ketara ini
menunjukkan bahawa melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P, masalah
disiplin di kalangan murid dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Akan tetapi,
proses P&P menggunakan kaedah konvensional dilihat tidak berupaya mengurangkan
masalah disiplin murid sebagaimana kaedah nyanyian.

48

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat


murid dalam mempelajari tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian telah
tercapai. Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P ternyata berkesan dalam
meningkatkan minat murid untuk belajar, sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku
pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat
meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid.

6.3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan


dengan penggunaan elemen nyanyian dalam P&P.
Objektif kajian yang ingin dicapai seterusnya adalah mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui penggunaan kaedah
nyanyian dalam proses P&P Sains. Objektif ini diukur berdasarkan kepada borang
soal selidik (Lampiran H) yang dijawab oleh ke semua responden kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan selepas kedua-dua sesi P&P berakhir. Data yang diperolehi
daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kiraan
min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf seperti
yang dipaparkan di dalam Jadual 10 di bawah.

49

Jadual 10 : Analisis Borang Soal Selidik


BIL

ITEM

Saya berasa seronok selepas mengikuti

NILAI MIN
Kumpulan
Rawatan

Kumpulan
Kawalan

5.0

2.0

5.0

1.9

4.8

1.0

pelajaran hari ini.


2

Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti


hari ini.

Saya berasa mudah untuk menghafal


fakta.

Pengajaran guru membosankan.

1.4

4.6

Saya berasa teruja untuk menunggu

4.8

1.5

4.6

1.4

5.0

1.5

4.4

1.5

aktiviti yang akan diperkenalkan


seterusnya.
6

Saya berasa bersemangat untuk belajar


Sains.

Saya sangat suka dengan kaedah


pembelajaran yang digunakan.

Saya boleh menggunakan kaedah yang


guru perkenalkan pada hari ini untuk
tajuk lain.

50

MIN

Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi


Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
5
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

KUMPULAN
RAWATAN
KUMPULAN
KAWALAN

ITEM

Rajah 7 : Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan

Berdasarkan Rajah 7 di atas, min bagi item 1 kumpulan rawatan adalah melebihi
kumpulan kawalan sebanyak 3.0. Nilai min kumpulan rawatan yang tinggi menunjukkan
bahawa keseluruhan responden kumpulan rawatan berasa seronok selepas mengikuti sesi
P&P menggunakan kaedah nyanyian berbanding dengan kumpulan kawalan yang
mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah konvensional. Bagi item 2 pula, nilai min
yang diperolehi bagi kumpulan rawatan iaitu 5.0 adalah lebih tinggi berbanding
kumpulan kawalan iaitu 1.9. Ini bermakna, kaedah nyanyian yang digunakan untuk
kumpulan rawatan berjaya membuatkan responden berasa seronok dan terhibur.
Responden kumpulan kawalan pula tidak berasa seronok dan tidak terhibur dengan
kaedah konvensional yang digunakan di dalam sesi P&P.

51

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini juga, didapati responden
kumpulan rawatan menyatakan mereka berasa mudah untuk menghafal fakta dengan
penggunaan kaedah nyanyian berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan
kaedah konvensional. Kenyataan ini didinterpretasikan daripada nilai min yang
dicatatkan bagi item 3 iaitu 4.8 bagi kumpulan rawatan, dan 1.0 bagi kumpulan kawalan.
Untuk item 4 iaitu pengajaran guru membosankan, nilai min yang diperolehi bagi
kumpulan rawatan hanya 1.4, berbanding nilai min kumpulan kawalan yang lebih tinggi
iaitu 4.6. Ini menunjukkan, responden kumpulan rawatan tidak bersetuju dengan item 4
tetapi dipersetujui oleh responden kumpulan kawalan.
Nilai min bagi item 5 yang tinggi iaitu 4.8 menunjukkan bahawa responden
kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah nyanyian berasa teruja untuk menunggu
aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. Berbeza pendapat dengan kumpulan
kawalan yang menggunakan kaedah konvensional, mereka tidak bersetuju dengan item 5
kerana nilai min yang diperolehi adalah sebanyak 1.5 sahaja. Item 6 pula membuktikan
bahawa kaedah nyanyian yang digunakan mampu membuatkan responden kumpulan
rawatan berasa bersemangat untuk belajar Sains berbanding kumpulan kawalan dengan
perbezaan min sebanyak 3.2.
Responden kumpulan rawatan juga menyatakan mereka suka dengan kaedah
pembelajaran yang digunakan. Ini boleh dilihat melalui nilai min yang tinggi bagi item 7
yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan. Manakala, nilai min yang rendah yang
dicatatkan oleh kumpulan kawalan menunjukkan bahawa responden kumpulan kawalan
tidak bersetuju dengan item 7. Bagi item terakhir iaitu item 8, nilai min yang dicatatkan
oleh kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Ini
52

bermaksud, kumpulan rawatan bersetuju dengan item 8 dimana mereka boleh


menggunakan kaedah yang guru perkenalkan (nyanyian) untuk tajuk lain. Bagi
kumpulan kawalan pula, responden tidak bersetuju dengan item tersebut.
Secara keseluruhannya, soal selidik yang dijalankan terhadap kedua-dua
kumpulan rawatan dan kawalan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Berdasarkan item-item yang disoal serta analisis nilai min antara kedua-dua kumpulan
yang dilakukan, kaedah nyanyian yang digunakan bagi tajuk Kitaran Air dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

53

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci
sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam
meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air. Responden kumpulan rawatan
yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian menampakkan peningkatan
markah ujian yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani
proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Peningkatan markah ujian tersebut
menunjukkan responden kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang
terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu Kitaran Air yang secara tidak langsung
membantu mereka untuk menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi
markah yang baik.
Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa
iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana
disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong
penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan
bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah
menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik
maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan.
Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu
dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.
Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka
akan berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk
54

nyanyian. Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara
tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan
itu, penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P Sains adalah amat tepat bagi
meningkatkan ingatan murid terhadap proses-proses yang terlibat dalam Kitaran Air.
Integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan
otak kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan
fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik,
matematik, sains dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara
seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi
lebih aktif sekiranya aktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara
otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) yang diaplikasikan di dalam
kajian ini telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini dapat
dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara yang ditunjukkan oleh kumpulan
rawatan yang menjalani sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian.
Penggunaan kaedah nyanyian juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat
murid untuk belajar. Kaedah nyanyian bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar,
malah ianya sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan
penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah
disiplin di kalangan murid. Selain itu, kaedah nyanyian juga dilihat dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini dibuktikan melalui
dapatan soal selidik yang menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang
menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian merasa lebih terhibur dan seronok
untuk belajar jika dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan yang menjalani
55

proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd.
Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan
cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya
ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik
untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.
Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan
oleh Edith dan Kamariati (2005) tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Kedua-dua
dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, responden menunjukkan reaksi
positif terhadap mata pelajaran Sains. Responden juga mempamerkan rasa seronok
untuk mengikuti proses P&P yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Prestasi
dalam pembelajaran turut meningkat terutamanya dari aspek mengingati fakta-fakta
Sains. Kaedah nyanyian dalam P&P juga sekaligus dapat menarik minat murid untuk
belajar.
Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982)
mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak yang
menunjukkan bahawa pelajaran akan mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu,
khasnya mata pelajaran Sains. Melalui penggunaan kaedah nyanyian, ia akan
memudahkan guru untuk mengajar pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi
lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran. Dengan ini jelaslah menunjukkan
bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam
pengajaran pada peringkat kanak-kanak.

56

Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula
membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang
menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan
nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu
murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi
lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini selaras dengan
dapatan kajian ini yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden
mampu menjawab soalan ujian pasca dengan baik berbanding dengan ujian pra,
menimbulkan perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden untuk
meminati subjek Sains.
Kamariah Aminah (2005) menekankan bahawa penggunaan rangsangan muzik
dalam P&P adalah bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menjadi lebih
menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, muzik mampu
memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini
menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Berdasarkan kepada kenyataan
beliau tersebut, maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai
alternatif untuk menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan murid.
Ternyata kaedah nyanyian mampu memberikan keseronokan kepada murid yang
seterusnya dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat untuk belajar
telah berjaya dipupuk di dalam diri murid, maka secara tidak langsung juga dapat
meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

57

Brewer (2007) di dalam kajiannya menegaskan bahawa integrasi muzik dalam


P&P adalah sangat efektif. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan
kaedah muzik dan nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman
pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid
dalam P&P. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat
menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran. Bertepatan dengan kajian beliau,
kajian yang dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana para responden
dapat mengingat proses Kitaran Air dengan mudah menggunakan kaedah nyanyian.

Bagi mendapatkan kesan yang maksima terhadap proses P&P, adalah penting
bagi seorang guru untuk memancing perhatian murid-muridnya dengan aktiviti yang
menarik dan menyeronokkan. Ini kerana, apabila murid belajar dalam suasana yang
gembira, tambahan pula aktiviti yang disediakan selari dengan minat mereka, secara
tidak langsung motivasi mereka untuk belajar akan meningkat. Motivasi dan minat yang
mendalam tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan murid dalam pelajaran.
Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan seperti kaedah nyanyian bukan
sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah terbukti berkesan dalam
membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut.

58

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P Sains sememangnya berkesan dalam
membantu murid mengingat fakta, meningkatkan minat serta menimbulkan keseronokan
belajar. Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan
sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti:
i)

Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain
dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.

ii)

Mengaplikasikan kedah nyanyian bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek Sains


bukan sahaja bagi Tahun 5, malah bagi murid-murid lain juga secara
menyeluruh.

iii)

Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih


terperinci dalam memantapkan dapatan kajian.

iv)

Mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa
menggunakan melodi yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan
murid untuk belajar.

v)

Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian


kinestatik) supaya proses P&P menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat
menggalakkan penglibatan aktif murid.

vi)

Menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu beserta iringan


melodi supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini
yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(TMK) dalam P&P.
59

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran


Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya:
Penerbit BPPDP, KPM.

Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom. Muat
turun pada 30 Feb 2011. http://www.newhorizons.org/strategies/arts/brewer.htm

Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.


Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Campbell, B. (1990). Research on Multiple Intelligences In The Classroom. Muat turun


pada 2 Mac 2011. http://www.context.org/ICLIB/IC27/Campbell.htm.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau,
Sabah. Muat turun pada 2 Mac 2011. http://www.docstoc.com/docs/33520737

Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education. Muat turun pada 10 Feb 2011.
http://www.isme.org/article/view/89/1/26.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam
Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran:


Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and
Distributors Sdn. Bhd.

60

Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan.
Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.

Hermann, N. (1991). The Creative Brain. Journal of Creative Behaviour. 25(4):275-295.

Kamaliah Aminah Abdullah. (2005). Kajian Penggunaan Ransangan Muzik Terhadap


Penguasaan Sifir di Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Omar, Dungun.
Muat turun pada 31 Mac 2011. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/

Kemmis & McTaggart. (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Khalid Mohamed Nor, Ph.D. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur:
Cahaya Pantai (M) sdn. Bhd.

Mohd Noor Yusof. (1982). Kajian Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan
Pada Kanak-Kanak. Jernal Pendidikan Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan
dan Pemakanan Kuala Terengganu. 22(6):45-52.

Mok, S.S. (2002). Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma
Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum. 9
(1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noraini Ahmad. (2003). Menguatkan ingatan. Muat turun pada 23 Feb 2011.
http://books.google.com.my

Noraini Wahidah Ali. (2010). Meningkatkan Kemahiran Mengingat Murid Tahun Lima
Bagi Tajuk Energy Menggunakan Teknik Peta Minda. Kajian Tindakan tidak
diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala
Terengganu, Terengganu.

61

Prescott, J.O. (2005). Music In The Classroom. Muat turun pada 14 Feb 2011.
http://teacher.scholastis.com/products/instructor/Jan05music.htm.

Routier, W. (2003). Read Me a Song: Teaching Reading Using Picture Book Songs.
Orlando: International Reading Assosiation.

Savin, C.F. (2001). Tune-In To Biology: Music In The Science Classroom. Muat turun
pada 14 Feb 2011. http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin.

Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
IPGKTI. 9(4):27-31.

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan
Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Zainuree Mohd Saad. (2003). Kajian Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di
Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi SMK Buyong Adil. Tesis
Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

62

Lampiran A

LEMBARAN KERJA: Kemandirian Spesies Tumbuhan


Nama : ______________________________________
Kelas : ______________________________________
Lengkapkan jadual di bawah.
BIJI BENIH / BUAH
1

AGEN PENCARAN

CIRI-CIRI

Pokok Kelapa
a) ________________
b) ________________
c) ________________

Angsana
a) ________________
b) ________________
c) ________________
d) ________________

Durian
a) ________________
b) ________________
c) ________________

Biji Getah
a) ________________
b) ________________
(20 markah)
63

Lampiran B

PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR (CATATAN BEBAS)

Tarikh

: ____________________

Kelas

: ____________________
Peristiwa

Catatan

Sumber: Diadaptasi daripada BPPDP (2008).

64

Lampiran C
BORANG SOAL SELIDIK

Nama : __________________________________

Kelas : __________

BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHAN


JAWAPAN ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.

BIL

ITEM

Saya minat mata pelajaran Sains

Pengajaran cikgu membosankan

Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

Aktiviti yang dijalankan sangat menarik

Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

Penerangan cikgu mudah difahami

Saya berasa sukar untuk menghafal fakta

Saya tidak faham soalan Sains

Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

10

Belajar Sains itu menyeronokkan

11

Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah

12

Latihan yang diberikan sangat mudah

YA

TIDAK

Sumber : Diadaptasi daripada Munirah (2010).

65

Lampiran D

KITARAN AIR
Air di sejat kan
Oleh matahari
Membentuk wap air
Naik ke udara
Wap air jadi sejuk
Alami kondensasi
Lalu ia menjadi
Titis-titis air

Titis-titis air
Gabung jadi awan
Bila awan berat
Turunlah hujan
Lalu terjadilah
Proses pengumpulan
Hujan pon mengalir
Ke laut dan sungai

66

Lampiran E

SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT


21020 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

UJIAN PRA

NAMA

: ______________________________________

KELAS

: ______________________________________

ARAHAN :
1. Kertas soalaan ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A dan
Bahagian B).
2. Sila jawab ke semua soalan.
3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ialah 30 minit.

67

Bahagian A: Lengkapkan carta aliran di bawah. (12 markah)

KITARAN AIR

Air daripada laut, sungai dan kolam akan ____________________ oleh


matahari dan membentuk ____________________ .

Wap air akan naik ke udara. Kemudian, wap air menjadi ________________
dan mengalami proses ______________________ .

Titis-titis kecil air bergabung menjadi awan.

Apabila awan menjadi terlalu berat, titis-titis kecil air akan turun
sebagai ___________________ .

Air hujan akan mengalir semula ke laut, sungai dan kolam.


Proses ini dinamakan ____________________.

68

Bahagian B : Namakan proses-proses yang terlibat dalam kitaran air. (8 markah)

A
C

A : ___________________________________________

B : ___________________________________________

C : ___________________________________________

D : ___________________________________________

69

Lampiran F

SEKOLAH KEBANGSAAN DARAT BATU RAKIT


21020 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

UJIAN PASCA

NAMA

: ______________________________________

KELAS

: ______________________________________

ARAHAN :
1. Kertas soalaan ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A dan
Bahagian B).
2. Sila jawab ke semua soalan.
3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ialah 30 minit.

70

Bahagian A : Namakan proses-proses yang terlibat dalam kitaran air. (8 markah)

A
C

71

Bahagian B: Lengkapkan carta aliran di bawah. (12 markah)

KITARAN AIR

1. Air daripada laut,


sungai dan kolam akan
____________________
oleh matahari dan
membentuk
____________________ .

2. Wap air akan naik ke


udara. Kemudian, wap air

5. Air hujan akan mengalir


semula ke laut, sungai dan
kolam. Proses ini
dinamakan

menjadi _______________
dan mengalami proses

____________________.

______________________ .

4. Apabila awan menjadi


terlalu berat, titis-titis kecil
air akan turun sebagai
_________________ .

3. Titis-titis kecil air


bergabung menjadi
awan.

72

Lampiran G
BORANG PEMERHATIAN
Kelas : __________________

Tarikh : _________________

Tajuk : __________________

Tandakan (/) pada tingkah laku yang berkaitan berdasarkan selang masa di dalam jadual di bawah.
NO.

SELANG MASA (MINIT)

10

15

20

25

30

35

40

45

50

55

JUMLAH (%)

TINGKAH LAKU MURID


1.

MINAT
a) Memberikan sepenuh tumpuan semasa
proses P&P berlangsung.
b) Seronok belajar menggunakan kaedah
yang diajar.

2.

TINGKAH LAKU PASIF


a) Membuat kerja lain yang tiada kaitan
dengan pelajaran.
b) Berangan-angan atau termenung.

3.

PENGLIBATAN
a) Menjawab soalan secara sukarela.
b) Menggalakkan rakan lain untuk belajar.

4.

MASALAH DISIPLIN
a) Mengganggu murid lain semasa proses
P&P berlangsung.
b) Bercakap atau bermain.

Sumber: Diadaptasi daripada Noraini Wahidah (2010).

73

Lampiran H
BORANG SOAL SELIDIK

Nama : ________________________________

Kelas : ________________

Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut:


1 = Sangat tidak setuju
2 = Tidak setuju
3 = Kurang setuju
4 = Setuju
5 = Sangat setuju
BIL.
1

SOALAN

Saya berasa seronok selepas mengikuti


pelajaran hari ini.

Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti


hari ini.

Saya berasa mudah untuk menghafal


fakta.

Pengajaran guru membosankan.

Saya berasa teruja untuk menunggu


aktiviti yang akan diperkenalkan
seterusnya.

Saya berasa bersemangat untuk belajar


Sains.

Saya sangat suka dengan kaedah


pembelajaran yang digunakan.

Saya boleh menggunakan kaedah yang


guru perkenalkan pada hari ini untuk
tajuk lain.

Sumber : Diadaptasi daripada BPPDP (2008).

74

You might also like