You are on page 1of 2

BAYAM

BAYAM ADALAH SALAH SATU DARIPADA SAYURAN YANG MENJADI PILIHAN


IBU BAPA KERANA MEREKA MEMPERCAYAI KHASIAT YANG ADA PADA
SAYURAN INI. SEBENARNYA, BAYAM ATAU NAMA BOTANINYA SPINACIA
OLERACEA, INI BUKAN SAHAJA BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK TETAPI
BERKHASIAT BUAT SEMUA
Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih
dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk
bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya
dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2,
kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan,
protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid
berlemak omega 3, niasin dan selenium.
Dalam bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya tterdapat 13 jenis
sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan
ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam
kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan
pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden
kanser payudara, ovari dan prostat.
Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam
mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200
peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti
kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.
Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini
adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan.
Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah
radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam
adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit
jantung.
Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan
boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu
kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan
sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan
peningkatan usia.
Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada
penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a
kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata
daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Bayam Penambah darah


Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting
bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami
kekurangan zat besi dalam badan.
Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang
kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi
untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan
pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar
menghadapi masalah ginjal.
Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan
sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi
disebabkan kekurangafolat.
Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana
vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa
menyusui bayi.
Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayam. Namun begitu tetap perlu
mendapat nasihat pengetahuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari.

You might also like