You are on page 1of 3

Borang Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar

1. Apabila anda mengeja perkataan anda cenderung untuk:


A) Cuba melihat dan membayangkan di kepala perkataan yang dieja
B) Membunyikan perkataan atau menggunakan pendekatan fonetik (mengeluarkan bunyi)
C) Tulis perkataan untuk memastikannya betul
2. Semasa bercakap dengan rakan:
A) Lebih suka mendengar perkataan lihat, gambarkan dan bayangkan?
B) Anda suka mendengar tetapi tidak suka untuk bercakap
C) Menggunakan pergerakan dan air muka. Suka perkataan rasa, sentuh dan pegang.
3. Apabila anda belajar anda lebih mudah terganggu apabila:
A) Keadaan meja tidak teratur
B) Bunyi radio yang nyaring di bilik sebelah
C) Adik bermain di dalam bilik
4. Apabila berjumpa rakan lama anda cenderung untuk:
A) lupa nama tetapi ingat pada mukanya
B) Ingat nama dan perbicaraan lepas tetapi lupa mukanya
C) Ingat akan perkara yang pernah dilakukan bersama
5. Apabila anda ingin memberitahu perkara penting kepada rakan anda:
A) Anda lebih suka bertemu dan bersemuka dengannya
B) Anda cuma akan menghubunginya melalui telefon.
C) Mengajaknya berjumpa sambil melakukan riadah seperti bersukan.

6. Semasa membaca buku anda:


A) gemar membaca buku cerita di bahagian deskriptif di mana anda mampu
membayangkan ceritanya di fikiran sambil membacanya
B) Lebih suka membaca bahagian dialog sahaja untuk membayangkan suara watak dalam
buku.
C) Suka cerita bahagian aksi di mana anda turut membayangkan pergerakan yang
dilakukan.
7. Semasa belajar anda lebih gemar mengingat:
A) menggunakan gambar rajah
B) Mendengar penjelasan orang lain
C) Melihat penceritaan yang berasaskn pergerakan dan mencubanya.
8. Apabila ingin membentangkan sesuatu, anda:
A) suka membuatnya dalam bentuk bergambar dan grafik
B) Lebih gemar membentangkannya secara verbal dan perbincangan
C) Lebih suka menunjukkan aksi sebenar yang terdapat dalam pembentangan.
9. Semasa cikgu mengajar, anda cenderung untuk:
A) melihat muka cikgu
B) Mendengar suara cikgu
C) melihat pergerakan cikgu
10. Di dalam kelas anda gemar:
A) cikgu menggunakan gambar semasa belajar
B) Melakukan perbincangan dengan rakan
C) membuat lakonan dan persembahan
11. Apabila kawan anda meminta tunjukkan ajar:
A) Anda suka menunjukkan jalan kerja
B) Anda hanya menerangkan secara verbal sahaja
C) Lakukan untuk mereka dan biar mereka lihat bagaimana ianya dilakukan

12. Pada masa lapang, anda:


A) gemar membaca komik
B) Mendengar lagu
C) Melakukan aktiviti fizikal( bermain)
13) Untuk mengahafal sifir, anda:
A) menulis semula sifir tersebut
B) membaca dan menyebut semula
C) membuat latihan sifir secara berulang kali
14) Semasa belajar untuk ujian Sejarah anda lebih suka belajar:
A) secara individu dan menghafal
B) berbincang dalam kumpulan atau berpasangan
C) merasai pengalaman itu sendiri dengan meneroka.
15) Semasa menyelesaikan permaian menyusun gambar
A) Anda memerlukan kawsan dan permandangan yang luas
B) Anda memerlukan teman untuk berbual.
C) Anda terus mencuba tanpa mematuhi arahan.
16) Di dalam kelas apakah aktiviti yang paling anda minati?
A) Membaca
B) Perbahasan
C) Menari

You might also like