Professional Documents
Culture Documents
Bukti Insurans Nyawa
Bukti Insurans Nyawa
BAHAGIAN KELIMA
BIRO pengantaraan insurans: Alternatif menyelesaikan pertikaian
Kes pertama: Rabiah Talib menandatangani borang polisi insurans hayat pada 14 Oktober
1994. Beliau mengesahkan bahawa beliau tidak menghidapi sebarang penyakit.
Syarikat insurans hayat meluluskan permohonannya pada 27 Oktober 1994 dengan syarat:
Perlindungan akan bermula apabila kami menerima bayaran premium yang pertama dengan
sepenuhnya iaitu RM5,244.50. Dan sewaktu pembayaran premium keadaan kesihatan anda
hendaklah sama seperti pada masa anda memohon polisi insurans ini.
Syarikat insurans menerima premium daripada Rabiah pada 30 September 1996. Pada 5
November 1996, Rabiah telah meninggal dunia akibat daripada kanser gastrik yang teruk.
Pewarisnya telah membuat tuntutan kematian dengan syarikat insuransnya.
Laporan perubatan mendapati arwah Rabiah telah didiagnosis menghidap kanser gastrik yang
teruk semenjak September 1996.
Syarikat insurans menolak liabiliti tuntutan kematian tersebut atas alasan bahawa keadaan
kesihatan arwah Rabiah sewaktu premium dibayar tidak sama dengan borang permohonan yang
diserahkan kepada syarikat insurans. Berdasarkan ini, surat kelulusan yang dikeluarkan pada 27
Oktober 1994 adalah tidak sah.
Pengantara insurans telah membuat keputusan berpihak kepada syarikat insurans berdasarkan
penerimaan bersyarat permohonan arwah Rabiah dan maklumat yang diperoleh daripada
laporan perubatan.
Kes kedua:
K. Nathan telah membeli sebuah polisi insurans hayat. Beberapa tahun kemudian, Encik Nathan
dijumpai mati di tepi jalan tidak jauh dari rumahnya. Pewaris polisinya pun membuat tuntutan
kematian daripada syarikat insurans berkenaan.
Syarikat insurans telah menolak tuntutan tersebut atas alasan bahawa laporan toksikologi
menunjukkan kandungan alkohol di dalam darah mendiang Nathan adalah 332 miligram
ethanol/100 mililiter. Mendiang Nathan dikatakan mabuk semasa dia meninggal dunia.
Syarikat insurans berpegang pada peruntukan di dalam polisi yang mengatakan bahawa syarikat
adalah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan yang diakibatkan secara langsung
atau tidak langsung atau dipengaruhi oleh keadaan seseorang yang mabuk atau khayal akibat
daripada pengaruh alkohol, narkotik atau dadah.
Suatu post-mortem dijalankan dan laporan mengatakan punca kematian adalah asfiksia akibat
dicekik. Oleh itu, punca kematian bukanlah disebabkan atau dipengaruhi oleh keadaan mabuk
yang tidak termasuk dalam polisi insurans.
Pengantara insurans telah membuat keputusan berpihak pada pewaris Nathan dan tuntutan
tersebut diluluskan oleh syarikat insurans.
Kes ketiga:
Mohd. Raslan yang membeli polisi insurans kemalangan diri telah membuat tuntutan insurans
terhadap polisinya. Beliau mendakwa bahawa beliau telah terlanggar cermin tepi keretanya dan
mengakibatkan matanya tercedera dan hidungnya berdarah. Beliau terpaksa dimasukkan ke wad
di hospital besar untuk mendapatkan rawatan.