You are on page 1of 3

Tajuk: Kesepaduan dan Hubungan Etnik di

MalaysiaMalysia
Nama: Nursyafiqah binti Abdul Rahim
No Matriks: 180303
Kumpulan: 22
Nama Pensyarah: Dr. Nur Azah Razali

Nursyafiqah binti Abdul Rahim


180303
Universiti Putra Malaysia

Dr Nur Azah binti Razali

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Berdasarkan video ini,


di Malaysia terdapat tiga era yang memaparkan hubungan etnik di Malaysia. Era
Konflik, Era Tegang Tapi Stabil dan Era Kesepaduan. Peristiwa paling besar yang
mencatat angka terkorban yang tertinggi ialah pada peristiwa berdarah 19 Mei
1969. Ianya melibatkan etnik Melayu dan Cina di Malaysia. Selain itu, peristiwa di
Kampung Medan menyedarkan rakyatrajyat Malaysia bahawa faktor ekonomi itu
penting dalam membentuk perpaduan. Isu perpaduan kaum merupakan satu
usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua
pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam
masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat
khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi
memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam
kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969
daripada berulang kembali. Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum
namun kita masih mampu hidup dan berinteraksi sesama kaum di Malaysia.
Walaupun rakyat Malaysia terkenal dengan kelancangan bersuara di sosial media
dan media massa, tiada pertumpahan darah atau pun peperangan yang berlaku
di era zamanerazaman kesepaduan sosial ini. Hal ini menunjukkan sikap rakyat
Malaysia yang sangat matang dan berfikiran terbuka dalam menerima setiap
kritikan. Melalui hak kebasan bersuara ini, tahap perpaduan di Malaysia dapat
dipupuk, diperbaiki dan dipertingkatkan. Sejarah mengajar rakyat Malaysia,
bersyukur terhadap keamanan yang dinikmati sekarang. Sepanjang
58Sepanjang58 tahun lebih merdeka, apa yang ditekankan adalah konflik.
Namun hubungan etnik positif yang dipaparkan lebih banyak. Pelbagai usaha
telah dilakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, Malaysia pada hari ini menikmati kestabilan politik,
kemajuan ekonomi dan juga paras keharmonian yang boleh dikatakan jauh lebih
baik daripada era konflik dan juga era tegang tapi stabil.

You might also like