You are on page 1of 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN PN HJH SOFIAH BT OMAR DAN PN NORIYAH BT ABD

RAHIM

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH


Tarikh
: 20 November 2015
Masa
: 8.30 malam
Tempat
: Dewan FELDA Selancar 5
PERKARA/
PEMBACA
Ketibaan
Tetamu
k. Ros

BUTIRAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita
akan bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Hjh Sofiah bt Omar
Guru Multimedia dan pusat Sumber Sekolah serta Puan
Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir SK FELDA Selancar
2.
dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.
Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Malam yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian
Kasih sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Hjh Sofiah bt
Omar Guru Multimedia dan pusat Sumber Sekolah serta Puan
Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir SK FELDA Selancar
2.

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia dan Salam SK FELDA Selancar 2
yang Sentiasa Cemerlang.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad
Syukri b. Mustafa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********** (Doa)

CATATAN

Ucapan
Alu-aluan
K. Ros

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad Syukri b. Mustafa atas
bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Diraikan
Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia dan pusat Sumber
Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir
SK FELDA Selancar 2.
Yang Berusaha
En Mohd Ariffin b Sahran
Guru Besar SK FELDA Selancar 2
Yang Dihormati, Pn. Nong Rasidah bt Mohd Safurdin
Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati, Pn. Zaiton bt Abdullah
Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
Yang Dihormati, En. NorAsmadi b Abdul Majid
Penolong Kanan Kokurikulum
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru serta anak-anak yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan
Yang Diraikan Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia dan
pusat Sumber Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim,
Pembantu Tadbir SK FELDA Selancar 2.
Terlebih dahulu majlis mengucapkan syukur Alhamdulillah
kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun pada malam ini untuk meraikan Pn.
Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia dan pusat Sumber
Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir

SK FELDA Selancar 2 dalam Majlis Sanjungan Budi,


Lambaian Kasih

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Perjuanganmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
perjuangan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn. Hjh Sofiah
bt Omar Guru Multimedia dan pusat Sumber Sekolah serta
Puan Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir SK FELDA
Selancar 2.

Ucapan Guru
Besar
K. Ros

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis berbesar hati mempersilakan, Yang Berusaha Tuan
Guru Besar SK FELDA Selancar 2, En Mohd Ariffin b Sahran
Untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan

Ucapan Yang
Dirai
Pn Noriyah

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan


sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan kita yang
pertama iaitu Pn Noriyah bt Abd Rahim.
Untuk makluman sidang dewan, pada awal perkhidmatan, beliau
berkhidmat di SK Keratong 1 bermula 4 November 1985
sehingga Tahun 1989. Mulai 1 Februari 1989 Puan Noriyah
memulakan perkhidmatan beliau di SK Selancar 2 sehingga 3
November 2005. Selama 30 tahun beliau menabur bakti di SK
Selancar 2 dan telah banyak jasa yang diberikn untuk semua
guru.
Oleh demikian, marilah sama-sama kita mendengar ucapan
perpisahan yang akan disampaikan oleh PN Noriyah bt Abd
Rahim. Dipersilakan.

Ucapan
Yang Dirai
Pn Sofiah

Hadirin yang dimuliakan,


Sebelum saya menjemput Puan Hjh Sofiah, berikut merupakan
sedikit maklumat tentang beliau sebelum mencurahkan bakti di

k.ros

SK Selancar 2. Puan Hjh Sofiah dilahirkan di Pekan, Pahang


pada 6 Julai 1965. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kg
Pahang Tua, Pekan, SMK Tanah Putih, Pekan diikuti SMK Kg
Sueharto, Ulu Selangor dan SMK Raja Chulan sebelum
melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris Tahun
1986 hingga 1988 dalam bidang Pengajian Melayu.
Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegang kepada
prinsip hidupnya yang suka berterus terang dan buat sehabis
baik diiringi tawakkal sepanjang tindakan. Sikap prihatinnya
terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan
mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan
mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik
kepada semua anak didiknya.
Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru di SK
Ganchong, Pekan bermula 3 Januari 1989 hingga 15 Jun 2003.
Kemudian beliau meneruskan bakti ke SK Bandar Tun Razak
bermula 16 Jun 2003 hingga 15 Oktober 2004 sebelum
berpindah ke SK Selancar 2 pada 16 Oktober 2004. Di sinilah
destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan
beliau pada usia persaraan 50 tahun. Sikap keprihatinannya
terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah
usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah
lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit. Banyak masanya
dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai
seorang guru.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Pn Hjh Sofiah bt Omar. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
**
Jemputan
makan

Terima kasih Pn Hjh Sofiah bt Omar atas ucapan sebentar


tadi.
Tanpa melengahkan masa, dipersilakan kepada semua jemputan
untuk menikmati makan malam. Marilah sama-sama kita
menjamu selera di meja hidangan yang telah disediakan.
Dipersilakan..

Persembahan
Multimedia

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan

multimedia sempena persaraan Yang Diraikan,Pn Hjh Sofiah


bt Omar dan Pn Noriyah bt Abd Rahim.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Diraikan, Pn Hjh
Sofiah bt Omar Dan Puan Noriyah bt Abd Rahim untuk naik
bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.
*** Persembahan multimedia
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan, Pn Hjh Sofiah
bt Omar Dan Puan Noriyah bt Abd Rahim. Terima kasih
kepada Pn Hasnida bt Hanafi dan Cik Nursyuhada Zkafle dan
individu yang menjayakan persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.
Persembahan
k.Ros

Penyampaian
Hadiah &
cenderamata

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia dan pusat
Sumber Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu
Tadbir SK FELDA Selancar 2.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan
_____________________________________ mengiringi
________________________________________Yang
Diraikan Pn Hjh Sofiah bt Omar untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada
wakil-wakil
Rujuk senarai hadiah

Penutup
K.ros

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru
Multimedia dan pusat Sumber Sekolah serta Puan Noriyah bt
Abd Rahim, Pembantu Tadbir SK FELDA Selancar 2.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan

Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia dan pusat Sumber


Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir
SK FELDA Selancar 2.
atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang
Berusaha en Mohd Ariffin b Sahran mengiringi Yang Diraikan
Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia dan pusat Sumber
Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir
SK FELDA Selancar 2.
sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Hadirin yang dimuliakan,
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk yang diraikan, Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia
dan pusat Sumber Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim,
Pembantu Tadbir SK FELDA Selancar 2.
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Penutup

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


Pn. Hjh Sofiah bt Omar Guru Multimedia dan pusat Sumber
Sekolah serta Puan Noriyah bt Abd Rahim, Pembantu Tadbir
SK FELDA Selancar 2
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama

memeriahkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.


Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

You might also like