You are on page 1of 17

Teks Pengacara

JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK


DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2015
PERASMIAN OLEH

Yang Berbahagia ,
,

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

-----------------MAJLIS BERMULA--------------------

[ Tunggu hingga dif kehormat duduk dengan selesa,


dan diberikan Buku program sambutan .

JA1: Megah bangsa kerana bahasa, indah budi kerana pekerti. Seikhlas
hati kami dambakan, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Selamat
datang, salam kemesraan Ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
Dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Selancar 2 Tahun 2015

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Ass.mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara
Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
awal bismillah mulalah kita
Asss........warahmatullahhiwabarokatuh....alhamdulillahhirobbilalamin
WasalatuwassalaMuala asroffil Ambiyaiwalmursalin Waala alihi wasohbihi ajmain

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Yang Berusaha,
En Mohamad Ariffin b Sahran ,
Tuan Guru Besar Sk Selancar 2,
Yang Berbahagia ,

Yang Dihormati, Encik Yunus b Demin


Tuan Pengurus Felda Selancar 2
Yang Dihormati , Encik Razali_____________
Tuan Pengurus Felda Selancar 4/5

Yang dihormati
Tuan Puan Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-Sekolah
Gugusan Selancar,
Yang Dihormati,
barisan exco PIBG Sk Selancar 2,

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Yang dihormati
dif-dif jemputan khas, barisan guru kanan, Ahlli J/kuasa
pengelola, Sambutan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah &
Anugerah Cemerlang 2015
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan, serta pelajar-pelajar
yang dihormati sekalian.
------------------------------Bacaan doa---------------Hadirin yang dimuliakan,
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad Syukri b Mustafa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Buah bidara di hujung dahan,


Pucuk tinggi mencecah awan,
Simpuh berdoa pada-Mu Tuhan,
Mohon petunjuk jalan kebenaran.

Amin2 yarabbal alamin,


Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Ustaz Ahmad Syukri b Mustafa yang telah memimpin
bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita
ini sentiasa dalam peliharaan dan perkenan Allah s.w.b.t
jua.
Hadirin hadirat sekalian ,
Busana indah pakaian puteri,
Bertatah intan dengan permata
Majlis dirai kurang berseri
Tanpa ucapan pemanis kata

Majlis dengan ini menjemput En Mohamad Ariffin b Sahran ,


Guru Besar SK Selancar 2, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

*******UCAPAN PERASMIAN***************
Terima kasih Tuan Guru Besar, atas ucapan aluan
sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis
seterusnya
mempersilakan
Yang
Berbahagia
___________________________________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah
Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah bagi sesi 2015 SK Selancar 2.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

********** SELESAI UCAPAN PERASMIAN *********


Majlis menghamparkan sekalung penghargaan dan jutaan
terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Encik-------------------------------------------,
mengungkapkan ucapan perasmian itu tadi.

Dayung perahu ke Kuala Paya


Jeram Panjang tempat singgahan
Ucapan tuan kami tak lupa
Sepanjang hayat jadi kenangan

Persembahan 1
Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan sebuah
___________________________________________

*****SELESAI PERSEMBAHAN 1 ***********

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Terima
kasih
diucapkan
kepada
kumpulan
__________________________________________
atas persembahan yang menarik sebentar tadi.
******* MAJLIS KONVOKESYEN **************
Hadirin yang dimuliakan
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan Majlis Konvokesyen murid-murid prasekolah SK


Selancar 2 sesi 2015.

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Oleh yang demikian, majlis berbesar hati mempersilakan,


Yang Berbahagia ___________________________________
dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, En Mohamad Ariffin b Sahran
untuk menyempurnakan Upacara konvokesyen murid-murid Prasekolah.
Dipersilakan.
Kita mulakan dengan adik , dipersilakan.
********** SELESAI MAJLIS KONVOKESYEN *******
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian
Yang
Berbahagia
En.
___________________________________________
, atas kesudian menyempurnakan upacara konvokesyen
sebentar tadi.
******** Persembahan 2 *************
Hadirin , warga dewan sekalian,
Bagi meyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita
menyaksikan
___________________________________________
.
Dipersilakan,

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

***************** SELESAI ********************


************* Penyampaian Hadiah 1 ***********
Pelajar2 PKBP
Pelajar Cemerlang PKBP
Pelajar Cemerlang Kelas Pemulihan/protim
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kumpulan __________________________________
Atas persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Majlis kita pada pagi yang mulia ini, diteruskan dengan
penyampaian hadiah kepada Pelajar2 PKBP, Pelajar
Cemerlang
PKBP
dan
Pelajar
Cemerlang
Kelas
Pemulihan/protim.
Pihak majlis berbesar hati mempersilakan Pn Nong
Rasidah bt Mohamad Safurdin GPK Pentadbiran untuk
mengiringi Tn Pengurus Felda Selancar 2, En Yunus B
Demin untuk menyampaikan hadiah dipersilakan.

10

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

******* Selesai Hadiah 1 *********


Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengurus Felda
Selancar 2, En Yunus B Demin atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Seterusnya ialah penyampaian
Hadiah Kedatangan Penuh.
Untuk meyempurnakan agenda ini, majlis menjemput
__________________________ GPK Kokurikulum sk
selancar 2, untuk menjemput dan mengiringi Tn Pengurus
Felda Selancar 4/5, En Razali B __________________
bagi menyampaikan hadiah.Dipersilakan,

*************Persembahan 3*****************
Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengurus Felda
Selancar 4/5, En Razali b _________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

11

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Hadirin yang dimuliakan,


Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan
seterusnya
daripada
murid-murid
_______________________________________
dengan
persembahan
yang
bertajuk
_______________________________________.
Dipersilakan.

****** Penyampaian Hadiah 2 ********


Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Seterusnya ialah penyampaian hadiah
Kedudukan Terbaik Dalam Kelas & Kualiti 5A / 7A
Dengan ini dijemput GPK Hem Sk Selancar 2, Pn Zuraini
Mat Jusoh untuk menjemput dan mengiringi Yang
Dipertua PIBG , En Johari Hussin bagi menyampaikan
hadiah.Dipersilakan,

12

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

*** SELESAI
5A/7A **

KEDUDUKAN

TERBAIK

&

KUALITI

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Johari b


Hussin , YDP PIBG SK Selancar 2 , atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.
**********Persembahan 4****************
Anak seluang di tepi terusan,
Elok bermain bergurau senda
Marilah sama kita saksikan
Sambil berhibur menjana minda
Hadirin dan hadirat sekalian,
Marilah
kita
saksikan
sebuah
___________________________________________
******* Selesai Persembahan 4 *******

Demikian lah tadi persembahan yang menghiburkan


daripada ___________________________________
Hadirin hadirat yang dimuliakan,

13

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Majlis diteruskan dengan penyampaian


kategori Terbaik Mata Pelajaran.

hadiah

bagi

Oleh demikian, pihak majlis mempersilakan Naib Yang


dipertua PIBG , En. Khamis b Hamzah diiringi Pn Zaiton bt
Abdullah, GPK HEM SK Selancar 2 untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.
**** SELESAI TERBAIK MATAPELAJARAN *********
Terima kasih diucapkan kepada Naib Yang dipertua PIBG ,
En. Khamis b Hamzah atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
********** PENYAMPAIAN HADIAH 3 ******
Sidang dewan yang dimuliakan,
Kini tibalah kita Majlis kemuncak kita pada pagi ini, iaitu
penyampaian hadiah
______________________________
_______________________________
______________________________
_______________________________

14

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ini majlis


sekali lagi berbesar hati mempersilakan En Mohamad
Ariffin b Sahran Tuan Guru Besar untuk mengiringi
Yang
Berbahagia,
_________________________________________
Untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.
********** SELESAI ********************
HADIAH PERASMI
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami kepada
Yang Berbahagia En Hassan b Ahmad, Pegawai Pelajaran
Daerah Rompin yang telah dapat merasmikan majlis pada
petang ini serta sudi pula untuk menyampaikan
cenderamata serta anugerah kepada para penerima, majlis
dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha
En. Mohamad Ariffin bin Sahran, Guru Besar SK Selancar
2 untuk menyampaikan cenderamata
tanda ingatan
kepada Yang Berbahagia En
__________________________________________
Terima kasih kami kepada tuan
Ibarat awan berjunjung tinggi

15

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Berangkai bersimpul tali temali


Kalau panjang tidak berhujung
Terikat ampuh, sambung menyambung
Tidak genting tidak memutus
Kasih kami berpantang hapus
Jauh rapuh mengintai patah
Pada tuan budi tertumpah

Penutup Lagu NegaraKu


Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Sebelum
menutup tirai acara, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan murid2 tahun 6 untuk menyanyikan lagu
Negaraku. Kerjasama hadirin dipohonkan untuk berdiri.
Jamuan
Lubok Batu tempat berkelah

16

SKSD 191115

Teks Pengacara
JK Juruacara
Majlis Konvokesyen Pra Sekolah & Anugerah Cemerlang 2015

Dendang seloka di Pasir Balai


Himpun penyatu ke hujung sudah
Sampai ketika kita bersurai
Padi jerami serai serumpun
Lukah berumpan seluang dan patin
Mohon kami menjunjung ampun
Khilaf terungkap zahir dan batin
Dengan ini dijemput, En Mohamad Ariffin b Sahran , Guru
Besar, Sk Selancar 2, menjemput dan mengiringi Yang
berbahagia , En_______________________________,
dan semua dif-dif kehormat , ke meja jamuan.
Dipersilakan,
Sekian, wabilahitaifik walhidayah,wasalamualaikum warahmatullah
hiwabarokatuh

17

SKSD 191115

You might also like