You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

JOHN 2,
JALAN BUKIT NANAS, 50250 KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA 1/2016
TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:

30 Disember 2015 (Rabu)


8.30 pagi
Bilik Gerakan

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Buku Rekod
4. Post Mortem
5. Pelan Strategik dan Tektikal
4. Perancangan aktiviti Panitia Bahasa Malaysia 2016
5. Hal-hal lain
6. Penutup

:
:
:
:
:
KEHADIRAN :

1. En Putra bin Ahmad ( Penasihat )


2. En Ricky Eu Teng Huat (Pengerusi )
3. Pn Azrinawati bt Mohamed ( Ketua Panitia )
4. En Mohammad Dasuki bin Nazir
5. En Mohd Juhalmi bin Abdul Halim
6. Pn Norhanita bt Othman
7. Pn Siti Haswani bt Kasbi
8. Pn Fazniza bt Mat Taib
9. Pn Norafidah bt Basarudin
10. En Mohd Abd Halim bin Tahamit
11. Pn Norhashimah bt Hamzah ( setiausaha )

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan seterusnya membaca surah Al-Fatihah sebagai
pembuka mesyuarat.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia pada
mesyuarat kali pertama Panitia Bahasa Malaysia bagi sesi persekolahan 2016.
1.3 Beliau memaklumkan bahawa setiap panitia mata pelajaran perlu merancang aktiviti
untuk peningkatan panitia . Aktiviti yang dirancang perlulah mengikut takwim
sekolah.
1.4 Beliau juga menasihati agar membuat pengagihan penggubal soalan mengikut
jadual peperiksaan .
1.5 Panitia juga perlu membuat pelan taktikal pada tahun semasa.
1.6 Beliau juga menasihatkan agar membuat penyelarasan terutamanya dalam menulis
rancangan pelajaran.
1.7 Setiap panitia perlu buat anggaran perbelanjaan bagi setiap aktiviti yang dirancang.

2. UCAPAN PENASIHAT
2.1 Penasihat mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua ahli panitia yang
hadir pada mesyuarat kali pertama sesi persekolahan 2016.
2.2 Beliau menegaskan agar setiap ahli panitia membuat perancangan untuk
meningkatkan prestasi pelajar. Take Off Value (TOV) perlu dibuat untuk menentukan
Expeted Target Ritual (ETR) yang hendak dicapai. TOV perlu diambil berdasarkan
PKSR 2 tahun 2015.
2.3 Panitia perlu membuat anggaran perbelanjaan . Satu salinan perlu diserahkan
kepada Guru Besar dan satu salinan disimpan di dalam fail panitia.
3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA 1/2016
3.1 Pn Norafidah bt Basarudin mencadangkan pengesahan minit mesyuarat panitia
Bahasa Malaysia 2/2015 dan disokong untuk pengesahan oleh En Mohd Abd Halim
bin Tahamit.
4. BUKU REKOD
5.1 KP mengingatkan kepada semua guru matapelajaran Bahasa Malaysia supaya
sentiasa membawa bersama DSKP bagi tahap 2 dan PPPM bagi tahap 1 setiap kali
masuk ke kelas.
5. POST-MORTEM PKSR 2/2011
5.1 Ketua panitia membacakan peratus kelulusan setiap kelas bagi PKSR 2/2015.
a) Bahasa Malaysia Pemahaman
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

KELAS
1 SETIA
1 JAYA
1 KREATIF
2 SETIA
2 JAYA
3 SETIA
3 JAYA
4 SETIA
4 JAYA
5 SETIA
5 JAYA
5 KREATIF
6 SETIA
6 JAYA
6 KREATIF

PERATUS LULUS
100 %
80 %
100 %
88.89 %
84 %
92.59 %
92.86 %
59.26 %
33.33 %
100 %
95.65%
57.14 %
100 %
96.30 %
42.86 %

GPMP
1.61
2.60
1.76
2.89
3.00
3.11
2.64
5.00
5.54
2.54
3.87
4.71
2.60
2.56
3.52

b) Bahasa Malaysia Penulisan


BIL
1
2
3
4
5
6
7
8

KELAS
4 SETIA
4 JAYA
5 SETIA
5 JAYA
5 KREATIF
6 SETIA
6 JAYA
6 KREATIF

PERATUS LULUS
85.19 %
12.50 %
100 %
82.61 %
64.29 %
100 %
100 %
52.38 %

GPMP
3.48
5.88
2.08
4.09
4.64
1.64
1.81
3.48

5.2 Beliau berharap agar semua guru dapat memberi perhatian dan penekanan
terutamanya bagi kelas Kreatif.
5.3 Bagi semua kelas, Gred Mata Pelajaran perlulah bawah daripada 2.0.
6. PERBINCANGAN AKTIVITI PANITIA
6.1 Program 5 minit Bahasa Malaysia
6.1.1 Program ini akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat oleh guru
matapelajaran di dalam kelas masing-masing.
6.2 Program Kempen Keselamatan Bersama JKJR
6.2.1 Program ini masih berjalan seperti biasa setiap hari Rabu selama 30 minit.
6.3 Minggu Bahasa Malaysia
6.3.1 Minggu Bahasa Malaysia akan dijalankan selama seminggu.
6.3.2 Pelaksanaan akan dijalankan pada bulan Februari dan dipengerusikan oleh
En Mohd Abd Halim bin Tahamit.
6.4 Program Sehari Selembar Benang
7.4.1
setiap minggu satu peribahasa/simpulan bahasa akan ditulis di Pusat
Sumber
Sekolah.

6.5 Program NILAM


6.5.1 Semua murid terlibat dari tahun satu hingga tahun enam.
6.5.2 Semua murid perlu ada sebuah buku Nilam untuk Bahasa Malaysia.
6.5.3 Semua guru panitia Bahasa Malaysia perlu mengikut jadual yang ditetapkan
di Pusat Sumber Sekolah.
6.5.4 P&P perlu berjalan di dalam kelas terlebih dahulu sebelum membawa murid
mencari bahan di PSS.
6.5.5 Penulisan RPH adalah berdasarkan RPT walaupun menjalankan Program
NILAM.
6.5.6 Guru matapelajaran diharap dapat memantau dan memastikan murid mengisi
buku rekod NILAM.

6.6 Rancangan Pelajaran Tahunan


6.6.1 Ketua Panitia memaklumkan RPT Bahasa Malaysia boleh diambil dalam
email dan didownload.
6.6.2 Ketua Panitia juga memaklumkan contoh penulisan RPH juga boleh
diperolehi dalam email panitia tersebut.
6.6.3 Semua guru bagi setiap tahun perlu menyediakan rancangan pelajaran
tahunan iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
6.6.4 BBM,KBAT,ITHINK perlu ada dalam penulisan RPH.
6.6.5 Penghasilan peta ITHINK perlu dipilih sendiri oleh murid. Guru Tidak boleh
menetapkan jenis peta yang perlu digunakan.
6.6.6 Semua guru mesti menyiapkan markah TOV dan ETR dan dipamerkan
dalam buku RPH.
6.7 Pembinaan Soalan PKSR
6.7.1 Pembinaan kertas soalan bagi tahap 2 perlu ada dua kertas iaitu kertas 1 dan
kertas 2.
6.7.2 Pembinaan kertas soalan bagi tahap 1 pula hanya satu kertas tetapi perlu
ada dua bahagian iaitu bahagian A (objektif) dan Bahagian B (struktur) bagi
tahun 3.
6.7.3 Muka depan kertas soalan bagi tahap 2 mesti mengikut format UPSR.
6.7.4 MUka depan kertas soalan akan diselaraskan dengan bantuan En Mohd Abd
Halim.
6.7.5 Proses penyemakan dan penyerahan kertas soalan adalah seperti berikut:PENGGUBAL-- KETUA PANITIAJK 4PGURU BESARCETAK
6.7.6 Jadual penyediaan soalan bagi ujian 1, 2 dan 3 adalah seperti berikut:TAHUN
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6

PKSR 1
Pn Siti Haswani
Pn Norhashimah
En Mohd Abd Halim
Pn Norafidah
Pn Azrinawati
En Mohd Dasuki

PKSR 2
Pn Norhanita
Pn Noor Riah
En Muhamad Juhalmi
En Muhammad Zakwan
En Mohd Dasuki
Pn Azrinawati

6.8 MBMMBI
6.8.1 Program MBMMBI wajib dijalankan.
6.9 Pembentangan KSSR Tahun 6.
6.9.1 KP memberi maklumat tentang DSKP tahun 6.
6.9.2 Guru didedahkan kepada format baru kertas soalan UPSR 2016.

7. HAL-HAL LAIN
7.1 Buku latihan setiap murid perlu ada dua buku latihan.
8. PENUTUP

8.1 Pengurusan fail perlu dikemaskinikan mengikut butiran / kandungan fail.


8.2 Maklumat diri guru perlu dikemaskini dan dihantar dengan segera.
8.3 Semua surat dari jabatan perlu difailkan.
8.4 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Asr. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

...
(PN NORHASHIMAH BT HAMZAH)
Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia,
SK. ST. JOHN 2,
Jalan Bukit Nanas,
50250 Kuala Lumpur.

(PN AZRINAWATI BT HJ MOHAMED


Ketua Panitia Bahasa Malaysia,
SK. ST. JOHN 2,
Jalan Bukit Nanas,
50250 Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

..
(EN PUTRA BIN AHMAD)
Guru Besar ,
SK. ST. JOHN 2,
Jalan Bukit Nanas,
50250 Kuala Lumpur.

You might also like