You are on page 1of 2

?

August 16, 2014 by Dudi


Filed under Isu Politik Terkini
Comments Off
KUALA LUMPUR 16 Ogos Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat sukar untuk mengekalkan
kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor berikutan perkembangan semasa yang
menyaksikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa
mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN),
Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perkembangan itu memberikan Abdul Khalid tiga
pilihan iaitu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan meletakkan jawatan
sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu membolehkan Sultan Selangor melantik Menteri Besar baharu
daripada calon yang mendapat sokongan majoriti ADUN atau calon lain mengikut budi bicara
baginda.
Pilihan ini bagaimanapun mungkin tidak mampu menyelesaikan kemelut politik Selangor kerana
apa sahaja boleh berlaku termasuk kemungkinan terdapat ADUN lompat parti sekali gus
menyebabkan kemelut itu berlarutan dan berlaku ketidakstabilan politik negeri, katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Mustafa berkata, satu lagi pilihan adalah menerusi undi kepercayaan dalam Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor, namun langkah itu dilihat tidak berapa relevan memandangkan
Wan Azizah didakwa sudah mempunyai bukti bertulis yang menunjukkan Menteri Besar hilang
sokongan majoriti ADUN.
Kata beliau, penyataan sokongan 30 ADUN berkenaan dengan menandatangani akuan bersumpah
mengandungi pengakuan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Abdul Khalid
dilihat sudah memadai bagi perkara berkenaan.
Beliau berkata, pilihan terbaik Abdul Khalid adalah menggunakan hak beliau untuk menasihati
Sultan Selangor membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memberi mandat baharu terhadap
pentadbiran kerajaan negeri menerusi pilihan raya negeri.
Lebih baik dalam krisis seperti ini Abdul Khalid memilih untuk membubarkan DUN atas perkenan
Sultan Selangor kerana pilihan lain boleh menyebabkan krisis politik Selangor berterusan dan tidak
stabil.
Biarlah rakyat memberi mandat yang dapat memperlihatkan apakah kehendak sebenar mereka
dalam kemelut ini berdasarkan perkembangan semasa sama ada mahu Wan Azizah dipilih menjadi
Menteri Besar, pakatan pembangkang kekal memerintah Selangor atau sebaliknya, ujar beliau.
Mohamed Mustafa bagaimanapun berkata, meskipun Abdul Khalid boleh mencadangkan supaya
DUN Selangor dibubarkan, namun keputusan itu terletak pada budi bicara Sultan Sharafuddin.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkembangan yang
berlaku dalam kemelut Menteri Besar Selangor mengakibatkan situasinya menjadi semakin rumit
tanpa penyelesaian konkrit sehingga membimbangkan rakyat negeri itu.

Ini kerana kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu,
kemelut berkenaan melibatkan banyak pihak termasuk parti politik, kemungkinan berlaku ADUN
lompat parti dan pertimbangan keputusan yang pada akhirnya di tangan Sultan Selango

You might also like