You are on page 1of 2

Pendekatan Pengurangan Ketakutan

Rajah 6.2 : Wajah kanak-kanak dalam ketakutan

Seringkali kita dapati kanak-kanak berasa takut terhadap orang yang tidak dikenali
dan takut dengan keadaan yang gelap. Ini adalah perkara yang biasa bagi kanakkanak. Sebagai seorang guru anda boleh melakukan beberapa strategi untuk
mengurangkan ketakutan mereka.
Ibubapa, guru dan orang dewasa perlu bijak menangani perubahan emosi kanakkanak dan juga rasa ketakutan kanak-kanak supaya mereka merasa lebih selesa
dan selamat. . Rasa selamat adalah penting kerana ia menjadi salah satu daripada
asas manusia seperti yang dinyatakan di dalam Teori Maslow. Keperluan ini timbul
kerana keadaan kanak-kanak yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan
memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk sentiasa
dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan atau ketakutan seorang kanakkanak amat memerlukan jagaan ibu bapa,guru atau orang dewasa yang dipercayai.
Cara guru dan ibubapa berinteraksi dengan lemah lembut, jujur dan ikhlas seperti
yang disarankan oleh Carl Rogers dalam pendekatan kaunseling mungkin dapat
membantu meringankan perasaan takut kanak-kanak. Bagi guru pula, mungkin
strategi tertentu seperti terapi bermain dapat dilaksanakan untuk membantu
mengurangkan ketakutan dan bebanan emosi mereka.
Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab
diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh
Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa
pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanakkanak.

Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Kanak-kanak memerlukan


keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari
peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh
dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang
berpengalaman, wajarlah ibu bapa dan guru-guru memainkan peranannya dalam
mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. Kanak-kanak juga perlu dilatih
dengan kemahiran sosial untuk membantu mereka berinteraksi dengan kawankawan dan orang lain dengan bijak. Kemahiran sosial ini akan dapat membantu
mereka bertolak ansur dengan orang lain dan boleh mengelakkan daripada
berlakunya konflik dalam hubungan mereka dengan orang lain kelak.
Di dalam kelas guru perlu berperanan yang sewajarnya. Keselamatan di dalam
kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini
kerana murid-murid akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat
mengetahui perasaan atau mood guru itu.

Pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan lebih berfokus kepada cara untuk


mengurangkan ketakutan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah
dengan pelbagai perkara baharu dan orang ramai serta persekitaran yang
bervariasi. Mereka memerlukan keyakinan dan keberanian untuk menghadapi harihari seterusnya. Justeru,peranan ibu bapa dan guru adalah sangat besar dalam
membantu mereka menghadapi hari dewasa dengan baik dan sempurna.

You might also like