You are on page 1of 4

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID BERMASALAH

PEMBELAJARAN

1. Pendekatan pendidikan inklusif melibatkan usaha mendidik kanak-kanak istimewa di


sekolah dan kelas-kelas biasa oleh guru-guru biasa. Ini membolehkan murid-murid ini
bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan kehidupan
sekolah dengan lebih berkesan dan bermakna (Mohd Sharani Ahmad,2003).
Mohd. Sharani Ahmad (2003). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.
Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2. Menurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam persekolah kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan
yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi
ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas bertugas secara formal dan
dibatasi oleh factor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa
berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluanglebih luas melibatkan diri dalam
persekolahan.
(Coots, J.J. (1998). Family Resources and Parent Participation in Schooling
activities For Their Children With Developmental Delays. Journal of Special
Education. 31(4). 498-521) drp buku:
Mohd Shaarani Ahmad. (2004). Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar.PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd: Pahang
3. Sebilangan besar ibu bapa masih menyokong pendidikan anak mereka di dalam
persekitaran pendidikan khas. Sebahagian ibu bapa juga menyatakan kebimbangan ibu
bapa terhadap kemasukan anak mereka ke kelas inklusif. Kebimbangan ini membawa
kesan secara individu termasuklah di Ireland Utara, Una OConnor (2007).
OConnor,U.(2007). Parental concern on inclusion: The Northern Ireland
perspective. International Journal of Inclusive Education, 11, 535-550.
OConnor, U., McConkey, R. & Hartop, B. (2005) Parental views on the statutory
assessment and educational planning for children with special educational needs,
European Journal of Special Needs Education, 20(3), 251269.
4. Kebanyakan ibu bapa berpuashati dengan persekolahan anak-anak mereka tetapi tetap
merasa bimbang tentang kekurangan perkhidmatan dan kesukaran komunikasi dengan
pihak sekolah (Leyser & Kirk, 2011). Mereka bimbang terhadap pengetahuan dan
kemahiran guru-guru di kelas inklusif serta kemungkinan penolakan terhadap kanakkanak ini di dalam kelas.
Leyser, Y. & Kirk, R. (2004). Evaluating inclusion: An examination of parent views
and factors influencing their perspectives. International Journal of Disability,
Development and Education,51 (3), 271-285.
Leyser,Y., & Kirk,R. (2011). Parents perspectives on inclusion and schooling of
students with Angelman Syndrome: Suggestions for educators. International
Journal of Special Education, 26(2), 79-91

5. Kenyataan ini menyokong dapatan kajian Duhaney dan Salend (2000) yang membuat
kajian tentang persepsi ibu bapa kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan
khas terhadap program pendidikan inklusif di kelas biasa. Hasil kajiannya mendapati
ramai di kalangan ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas memberikan sokongan
terhadap program pendidikan ini. Penglibatan ibu bapa dalam program tersebut
termasuklah memberi motivasi kepada anak-anak di mana memberi motivasi kepada
anak-anak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas diharapkan dapat
menambahkan keyakinan kepada kanak-kanak tersebut untuk berada di kelas inklusif
(M.Wati,2006).
Duhaney, L.M.G & Salend,S.J. ( 2000). Parental Perceptional Of Inclusive
Educational Placements. Remedial And Special Education 21 (2), 121-128.
M. Wati Abd Aziz (2006). Penglibatan Ibu Bapa dalam Program Pendidikan Inklusif
di Negeri Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Kejayaan anak-anak dipengaruhi oleh penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mereka.
Kajian yang dijalankan oleh Cheung & Pomerantz, 2012; Hill et al., 2004; Kuperminc,
Darnell & Alvarez- Jimanez, 2007 menunjukkan bahawa ibu bapa yang terlibat dalam
pendidikan anak-anak berpotensi untuk menjadi murid yang bermotivasi, mempunyai
aspirasi yang tinggi dan mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran.
Cheung, C.S & Pomerantz, E.M. (2012). Why Does Parents Involvement Enhance
Childrens Achievement? The Role Of Parent-Oriented Motivation. Journal of
Educational Psycology, 104, 820-832.

Daripada Liza:

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan khas yang belajar bersama-sama dengan muridmurid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim
Selamat,1994).
Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa.
Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.
(KamariahJarji,1994).
Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga berhak mendapat kesamarataan dan layanan
secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka. 18

Pendidikan untuk semua yang telah dibincangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa


bersatu di Jominten pada tahun 1990 menyokong dan mengalakkan semua pihak
bekerjasama dan menganggap Pendidikan Khas adalah perkongsian bersama.
Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak
dan mereka yang mencorak perkembangan peribadi anak- anak bermula pada peringkat
kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald & Veneziano, 2001). Menurut
Tajul Ariffin (1990)
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan kesembilan menyatakan
bahawa penglibatan dan kerjasama yang meluas perlu diwujudkan antara ibu bapa, komuniti
dan sektor swasta.
ibu bapa berperanan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai untuk anakanak di samping membimbing mereka agar mengamalkan proses belajar yang betul.
Kedudukan dan peranan ibu bapa ialah soal yang paling utama dalam pendidikan kerana
keluarga dan persekitaran rumah merupakan tempat di mana pendidikan asas bermula atau
berlaku.Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan
anak-anak mereka terhadap pendidikan.
Menurut Rohaty, (2003) peranan keterlibatan ibu bapa dalam proses pendidikan amatlah
penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak mereka.
kecemerlangan murid tidak dapat dicapai seandainya penglibatan ibu bapa murid dalam
program dan aktiviti sekolah tidak dapat ditingkatkan (Henderson & Mapp 2000).
Mengikut Shaverand & Walls (1998) dan Epstein (2001), penglibatan ibu bapa bukan sahaja
hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di
rumah.
Menurut Berger (1995), pengetua mempunyai 4 peranan kepimpinan dalam penglibatan ibu
bapa, iaitu sebagai sebagai pembina moral, pereka bentuk program, pembina hubungan
dengan ibu bapa dan penyelaras program penglibatan ibu bapa.
Cheung & Pomerantz, 2012;Hill et al 2004; Kuperminc, Darell, & Alvarez-Jimenez, 2007.
ibu bapa terlibat dalam persekolahan anak-anak mereka , kanak-kanak cenderung untuk
pelajar bermotivasi, mempunyai aspirasi pendidikan yang tinggi , mendapatkan gred yang
baik, dan mengalami rasa persekolahan yang sebenar.
Penglibatan awal ibu bapa dalam pendidikan inklusif dapat meningkatkan kecemerlangan
murid-murid pendidikan khas (Jeyne, 2007).
Loreman, Deppler dan Harvey (2005), menyatakan bahawa ibu bapa merupakan penentu
dalam mencorakkan pendidikan anak-anak mereka terutamanya dari aspek kurikulum dan
kokurikulum.

Rapp (2005), menyatakan bahawa ibu bapa prihatin terhadap aktiviti yang dijalankan di
sekolah namun begitu tidak dapat menyertainya disebabkan kerja dan menjaga anak-anak di
rumah.
4 amalan ibubapa terhadap kelas inklusif
1. Penglibatan ibu bapa secara timbal balik
- Ibubapa diberi peluang untuk menyuarakan sebarang idea dan cara yang mereka
mahu untuk meningkatkan pencapaian anak2 mereka melalui interaksi dengan pihak
sekolah seperti contoh ketika mesyuarat PIBG, hari perekodan dan sebagainya bagi
membolehkan guru dan ibubapa berinteraksi untuk melihat secara keseluruhan
pencapaian anak2 mereka.
2. Penglibatan ibubapa secara perhubungan
- Hubungan yang baik antara guru, pihak pentadbir dan komuniti di sekolah
memainkan peranan yang mana ibubapa mudah memberikan kerjasama dalam
aktiviti yang dijalankan di sekolah. Dan ini memeberika penglibatan ibubapa
terhadap aktiviti sekolah dapat meningkatkan penglibatan murid dalam kelas dan
seterusnya dalam membudayakan semangat kekitaan di sekolah
3. Penglibatan ibubapa melalui budaya dan bahasa
- Ibu bapa dapat mendidik anak2 dalam membudayakan diri mereka dalam kelompok
komuniti supaya mereka tidak rasa terasing atau diabaikan oleh kelompok komuniti
aliran perdana. Dalam kelas inklusif yang ada mampu untuk mereka mengenal
budaya2 lain dan juga bahasa yang berlainan dari mereka.
4. Penglibatan ibubapa melalui tindak balas kepada keperluan dan kekuatan dari semua
ahli keluarga
- Ahli keluarga mampu memberikan semangat kepada anak-anak dalam menempuh
cabaran dalam melalui kelas inklusif yang mereka lalui. Ini keran ahli keluarga
mampu untuk memberikan semangat, dorongan dan nasihat secara dalaman
kepada anak2 supaya mereka tidak berputus asa dalam bersaingan dengan anakanak di aliran perdana

You might also like