You are on page 1of 2

Nama: Norshahkila Kamaruzaman

Tajuk: Nutrisi

Kelas: 2 Cemerlang
Band: 6

Semua organisma hidup memerlukan makanan untuk terus hidup. Makanan


diperlukan untuk membekalkan tenaga, membekalkan kita dengan bahan untuk memperbaiki
tisu dan membina sel baharu dan mengekalkan kesihatan yang baik. Terdapat tujuh kelas
makanan iaitu karbohidrat,lemak, mineral, air , protein, vitamin dan pelawas.
Karbohidrat ialah makanan yang memberi tenaga, seperti nasi yang manjadi makanan
asas rakyat Malaysia, roti dan ubi kentang. Karbohidrat ialah sebatian yang terdiri daripada
karbon, hidrogen dan oksigen. Protein adalah kelas makanan kedua yang membekalkan asid
amino. Untuk pengetahuan asid amino berperanan untuk membina sel baharu dan
memperbaiki tisu yang rosak. Ayam, daging dan kacang adalah sejenis protein yang terdiri
daripada osksigen, karbon, hidrogen dan nitrogen. Jika mengambil protein yang berlebihan,
ai akan diproses dan menjadi urea di dalam hati kemudian dikumuhkan sebagai urin.
Lemak dikategorikan sebagai kelas makanan ketiga yang juga membekalkan tenaga
kepada tubuh badan dengan melarutkan vitamin A, D, E, K. Tetapi lemak yang berlebihan
akan berkumpul lalu menyebabkan saluran darah menjadi sempit danjantung tersumbat.
Seterusnya vitamin iaitu sebatian- sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil
untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin terdiri daripada vitamin A, B, C, D, E dan
K. Kelas makanan yang ke-5 adalah mineral yang berasal dari tanah yang terdiri daripada
kalsium, natrium, besi, iodin, fosforus dan kalium dan ia terdapat dalam makanan seharian
kita.Pelawas iaitu kelas makanan yang kedua terakhir boleh didefinisi sebagai bahan yang
tidak tercerna atau dikenali makanan berserat, berfungsi untuk menhalang seseorang daripada
mendapat masalah sembelit.Untuk mengelakkan daripada masalah itu, kita memerlukan
makanan daripada kelas pelawas seperti buah- buahan, sayur- sayuran ataupun roti gandum
yang kaya dengan serat.
Untuk pengetahuan semua, 70 peratus daripadan badan kita terdiri daripada air, oleh
itu air ialah kategori kelas makanan yang terakhir selepas karbohidrat, lemak, mineral,
protein, vitamin dan pelawas. Air berfungsi mengekalkan kesegahan dalam sel- sel,
mengawal kepekatan darah dalam tubuh badan manusia, mengawal suhu badan manusia dan
memindahkan makanan yang tercerna ke sel- sel badan. Bagi air yang berlebihan, ianya akan

disingkirkan melalui peluh, penyahtinjaan dan penafasan seseorang. Seterusnya, perbincang


berkaitan gizi seimbang.
Gizi seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas
dan air dalam jumlah yang betul untuk keperluan harian tubuh badan seseorang yang
membekalkan tenaga, kadungan untuk pertumbuhan badan dan nutrien yang secukupnya.
Topik terakhir yang akan dibincangkan ialah sistem percernaan yang terdiri daripada mulut,
esofagus, perut, duodenum, usus kecil, usus besar dan dubur. Pencernaan makanan boleh
didefinisikan sebagai proses mengubah makanan menjadi molekul- molekul kecil supaya
dapat melalui membran sel dalam sel- sel tubuh badan.
Oleh yang sedemikian, amalan pemakanan yang sihat amat perlu dititik beratkan oleh
seseorang untuk menjamin kehidupan yang sihat dari semasa ke semasa. Tambahan pula
budaya dalam makanan kebiasaannya boleh dilihat dalam masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa dan agama. Negara kita contohnya boleh dilihat melalui perbezaan budaya
dalam pemakanan seperti agama Islam yang merupakan agama yang menitikberatkan tentang
isu kebersihan dalam makanan. Perkara pertama yang dititikberatkan ialah makanan yang
halal dan bersih dari segi penyembelihannya, serta penyediaannya sebelum dimasak. Orang
melayu kebiasaannya makan mengunakan tangan untuk menjamin kebersihan 100 peratus.
Bagi umat Islam seluruh dunia pula, apabila tiba bulan Ramadhan dalam kalender Islam ia
akan menjadi kewajipan untuk semua umat untuk berpuasa pada siang hari dengan cara
tersendiri dan keupayaan diri. Dengan kewajipan berpuasa ini, ianya akan dapat menjamin
kesihatan yang sempurna kerana pada tempoh masa berpuasa, usus- usus dalam tubuh badan
akan berehat untuk seketika.
Akhir sekali, apa yang dibincangkan sebelum ini sebagai satu pengetahuan baru agar
kita sebagai manusia dapat menjaga kesihatan dari segi pemakanan yang seimbang lalu dapat
mengelakkan masalah utama di negara ini iaitu masalah obesiti yang peratusnya semakin
meningkat hampir saban tahun.

You might also like