You are on page 1of 31

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBAE1403

MENGGAMBAR

NAMA

NOOR HIDAYAH BINTI ARSAD

NO. MATRIKULASI

810125105944001

NO. KAD PENGNEALAN

810125-10-5944

NO. TELEFON

013-3087006

E-MEL

starcandy0507@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

Pusat Pembelajaran Petaling

Jaya

PENGENALAN
KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut
fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak
yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan
bijak membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan
(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan
aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan
proses, berbanding dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui
proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan
keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di
dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
1

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi


Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk
bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.
Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina
kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa
yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap
pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya
sensitiviti pancaindera.
Teori Kognitif
Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld (Rajah 1). Beliau ialah seorang
professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania di Macmillan. Lowenfeld
(1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan
penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini
kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk
ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu
perkembangan minda yang lebih menyeluruh.

Rajah 1 Viktor Lowenfeld

Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni
halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang

penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam
kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensikonvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti.
Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan
maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan
individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya
seni.
Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya secara
langsung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut:
Peringkat Contengan (Scribbling : 2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang
kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak pada tahap ini tidak
dihasilkan secara sukasuka dan tanpa tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak mempamerkan kesedaran
tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Lama-kelamaan selepas menconteng mereka akan
menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih kurang pada umur 2 tahun, kanak-kanak akan
memberitahu apa yang akan mereka lakukan sebelum mereka melukis. Apabila mereka
meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak mula menambahkan maklumat dengan lebih
terperinci dan sudah boleh bercakap mengenai lukisan mereka dari segi warna, bentuk dan
sebagainya.
Peringkat Praskematik (Preschematic : 4-7 Tahun)
Peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama
untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Pada tahap ini
kanak-kanak biasanya melukis gambar bentuk orang yang mudah seperti melukis satu bulatan
kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Mereka akan
melukis tanda-tanda yang kecil. Dalam bulatan untuk mata, hidung dan mulut. Cara melukis
yang sama digunakan untuk melukis binatang. Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan berciri
simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek.
Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 4-7 Tahun
3

Peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun)


Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan
kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat
di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri
lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan
apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan x-ray
iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan
kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman (sila lihat Rajah 2).
Contohnya, lukisan sebuah kotak dan melukis isi di dalam kotak berkenaan. Pada tahap ini juga
kanak-kanak melukis objek yang jauhdengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang besar.
Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.

Rajah 2: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun

Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism : 9-12 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.
Imej yang dilukis secara realistik dan teliti (sila lihat Rajah 3). Imej lukisan mula mengecil dari
segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka
mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan
mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang
dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis objek seperti
objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap kali mengecewakan
mereka. Pada tahap ini ramai kanak-kanak yang hilang minat untuk melukis kerana tidak puas
hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang dewasa menganggap kemahiran
melukis mereka masih pada tahap tersebut.

Rajah 3 : Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 9-12 Tahun


Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan
lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar
untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan
lukisan menerusi imaginasi.
Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
2.5 Teori Psikoanalitik

Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau


membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni.
Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4). Freud percaya bahawa seni
visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah
sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis
prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud juga mengkaji hubungan
antara sejarah hidup artis dengan karya mereka.

Rajah 4 : Sigmund Freud


Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka
terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari
dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanakkanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanakkanak
melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanakkanak serta emosinya terhadap keluarga.
Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang
bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku aneh apabila
dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi
terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil,
diikuti dengan bulatan yang lebih besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu
bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan
bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada gambar
tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan
dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya.

Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya.
Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan
gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil
kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan
bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi
dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada ibunya.
2.6 Persepsi dan Representasi
Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang
telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap
perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat.
Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri
dalam seni.
Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada
teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah teori
kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa
yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh
dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah
tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang.
Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara
berfikir mereka yang berbeza.

2.7 Kecerdasan Visual Ruang

Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai keupayaan Membuat persepsi
tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta
semula aspek pengalaman visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan
Ringkasnya, kecerdasan visual ruang ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui gambar serta
mampu untuk menyerap, mengubah dan menciptakan kembali berbagai macam aspek visual.
Ciri-ciri kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka peka dan sensitif kepada ciriciri visual, keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang. Kanak-kanak juga mudah mengira
jarak, ruang serta membuat lakaran idea dengan jelas.
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam
sekitar secara tepat. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran.
Mereka juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan tiga dimensi. Di samping itu
juga mereka bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang serta mempersembahkan idea
dalam bentuk grafik seperti peta, graf dan lakaran. Mereka lebih suka akan maklumat yang
dipersembahkan dalam bentuk carta, grafik, video dan sebagainya. Individu yang tinggi
kecerdasan visual-ruang cenderung dalam pekerjaan seperti jurutera, juruterbang, juru lukis,
artis, arkitek dan lain-lain pekerjaan yang berhubung dengan manipulasi corak dan ruang.
Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan menggalakkan
perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan
kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual. Oleh itu,
salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan
mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual.
Amalan pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya
persepsi dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur kanakkanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut. Amalan
seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di samping memberi
pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang dicadangkan di dalam kurikulum
pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur yang membantu perkembangan kanakkanak secara menyeluruh. Penglibatan dalam seni dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal
yang baik. Pendidikan seni perlu mempunyai keseimbangan dari segi penciptaan, tanggapan, dan
respons yang menggalakkan pertumbuhan fizikal, kognitif dan afektif.

Bagi kanak-kanak prasekolah, seni visual menggalakkan daya pemikiran seperti mengira,
menyusun dan mengklasifikasikan. Melalui teknik penyoalan, guru boleh membuat kanak-kanak
sedar akan konsep nombor dalam hasil seni mereka. Seni juga membantu kanak-kanak
mengembangkan kemahiran merancang dan akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai
dalam pendidikan prasekolah. Peralatan dan bahan mesti disimpan di tempat yang disediakan
selepas aktiviti seni untuk memudahkan urusan penggunaan pada masa akan datang.
Amalan yang bersesuaian seni visual untuk kanak-kanak

Tahap umur

Asas dan nilai seni visual

Bahan dan perlatan

Peranan guru

Matlamat

Strategi pengajaran

Apresiasi seni

Lukisan

Cetakan dan tekapan

Seni Tiga dimensi

Membuat adunan doh

Membentuk dan mengukir doh

Kolaj

Penilaian kreativiti tiga dimensi

Kesedaran reflektif dan perkembangan afektif

Kreatif dan imaginative

PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK


Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak
mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas
meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon,
pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan
bagi menggambarkan sesuatu imej.
-terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak
terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.
(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak
sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.
Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek
Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain
(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang
kepada melukis bulatan.
(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang
terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej

10

manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas
dan berskala besar.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya
dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik
serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan
lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar
untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan
lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges- Henri Luquet
(a) Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan
pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek
sebenar.
(b) Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej
sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali.

(c) Peringkat Intelectual Realism

11

Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang
mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.
(d) Peringkat Visual Realism
Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.
Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini
dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya
di[uji,dipamerkan)
(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan)
(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan
bereksperimentasi.
TEORI-TEORI DALAM SENI
DEFINISI SENI
Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang
menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam
menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling
efektif.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana
resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan
bahagian otak yang merangsang emosi.
PERKEMBANGAN ESTETIK
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam
kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan
verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian
badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini
merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.

12

PERKEMBANGAN ARTISTIK
(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal
pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara
yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka
daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah
dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan
kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen
satu peringkat perkembangan sahaja.
TEORI-TEORI KOGNITIF
2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian.
Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi
makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai,
dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda
membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada
pandangan yang menyeluruh.
Hukum-hukum Teori Gestalt
(a) Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang
baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.
(b) Hukum Persamaan (Similarity)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.
Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai
persamaan di dalam kumpulan yang sama.
(c) Hukum Keintiman (Proximity)
Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen

13

jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama
lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.
(d) Hukum Lengkap (Closure)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang
telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.
(e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa
yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai
akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.
(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara
keseluruhan terhadap sesuatu objek
tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.
- Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan
banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.
- Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk
atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu
sendiri.
Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.)
-Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk
berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda
mereka.
Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka
yang berbeza. - prinsip penyelidikan biologinya :
(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi
(accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa
menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada
ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.

14

(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki


Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang
dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa
dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun.
Perkembangan Kebolehan Kognitif
(a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)
Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di
sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerakgerinya.
Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep kekal
(permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya,
objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.
(b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun)
Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk
panggilan objek di sekelilingnya.
Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya
sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal.
(c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun)
Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan
padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti
susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu
perkara daripada pelbagai perspektif.

d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)


Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja,
namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk
menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak
adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal
alam remaja.
15

Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran


(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila kanak-kanak
mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu
bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan
menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
(b) Peringkat Pengolahan Konkrit
Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa
ingin bertutur untuk menarik perhatian.
Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat
petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.
(c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti
diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama.
Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar dapat
dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan
hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat.

Pendekatan Konstruktivis
Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran
Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan
pendekatan konstruktivis.
1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan
pelajar untuk belajar (kesediaan).
2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan
mudah (organisasi).

16

3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang
dibekalkan guru).
Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik.
1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat
yang diterima.
2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami
3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran
4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment)
yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.
Definisi Menggambar
Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata.
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau
objek

Alat, Media dan Teknik


Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai
tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu,
kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan lain-lain. Alat tulis samada yang berwarna
atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan
kerja-kerja menggambar.
Tujuan Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid

17

Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan
berbantukan komputer.
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan
mencuba secara spontan
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan
yang tidak isukai
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan
serta mengutamakan keselamatan
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang
kreatif
LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan
perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling
sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual
kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel
18

warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna
dan jalinan.
(b) Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam
pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
19

(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa


(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Teknik Menggambar
Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni.

Guru yang berperanan sebagai

pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan
pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri
mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam
memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah
satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang
ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar
dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam
bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan,
gurisan, capan dan mozek .

20

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang
murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan
dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat
lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam
sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

1) Teknik lukisan.
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej
dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang
dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan
jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan
menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna
dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung
kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

2) Teknik Catan
Catan adalah satu proses

menyapu warna atau cat ke

atas sesuatu permukaan rata

yang

mewakili

gambaran

21

pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan berus.

Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang

berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas
permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas
permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai
bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera,
cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

3) Teknik Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak,

gunting, gam dan tampal

sesuatu bahan ke atas sesuatu

permukaan seperti cebisan

kertas-kertas, kain atau bahan

lain di atas permukaan 2D

yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan
ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas
daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Bahantara yang digunakan untuk
menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan
fabrik. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang
berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan
dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen
supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. Sebelum mengaplikasikan
alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media
perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

22

4) Teknik Montaj
Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu
permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam
sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak
untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada
seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan
menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil
karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5) Teknik Cetakan
Cetakan ialah satu proses

hasil

kerja

seni

menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan .
Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan
dalam sesuatu edisi.

Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang

disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam
beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang
dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu
permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa
siri cetakan.

Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada

permukaan

lain

seperti

kertas

atau

kain

atau

bahan

lain.

Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran

di sekolah rendah. Pemilihan

dalam menggunakan teknik-

teknik cetakan yang sesuai

perlu diambilkira terhadap

tahap

kecerdasan

murid

terlebih dahulu.

23

6) Teknik Resis
Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan
dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang
menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup atau
sebagai pelindung warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas atau kain.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan
kertas. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke
permukaan

kertas

dengan

menggunakan

teknik

tekanan

garisan.

Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam
keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan
lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini
membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan
menggambar.

7) Teknik Gosokan
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang
berjalinan.

Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh

yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk
merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek
digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan
24

menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu
permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat
mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
Teknik gosokan :
Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
Gosokan secara pusingan
Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
Gosokan potongan kertas

8) Teknik stensilan
Bagi teknik ini, rupa

bentuk gambar dikeluarkan dari

alat stensil dengan sesuatu

cara supaya meninggalkan

ruang kosong di atas alat

stensil tersebut. Apabila bahan

warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang
kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi
kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

9) Teknik percikan
Percikan adalah salah satu

teknik hiasan catan dengan

merenjis, mengetuk, menyembur

dan

memercik

atau

25

menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish
yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna
disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan
pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air
atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari
pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.

Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan

berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan. Percikan akan menghasilkan satu
permukaan

seperti

batu

granit

atau

marble

yang

menarik.

Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan,
corak, kad ucapan, setem dan catan.

10) Teknik Gurisan.


Gurisan ini merupakan

satu karya yang dihasilkan

dengan teknik gurisan dengan

menggunakan sesuatu objek

atau alat yang tajam untuk

mengguris

keluar

sesuatu

bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna
krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang
keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon
tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan
memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

11) Teknik Capan


Secara amnya, teknik

capan juga boleh digolongkan

dibawah

Teknik capan ialah cara untuk

kategori

menghasilkan

karya

cetakan.
dengan

menggunakan

bahan

yang

disapukan warna (cat air atau

poster) dan dicatkan ke atas

sesuatu

boleh

permukaan.

Capan

berbagai rupa bentuk dengan

dihasilkan

menggunakan

dengan

berbagai jenis

26

bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran,
cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

12) Teknik Mozek


Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan
tertentu di atas permukaan rata. Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh
didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu ,
marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang
Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Teknik
mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih
meninggalkan ruang latar. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau
buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan
pada bangunan- bangunan di luar sekolah. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan
bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan
dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam
kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik
yang berlainan.

RUMUSAN
Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran murid.
Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis
dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid
Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
27

Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental
seseorang.
Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja
seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan,
analisis, intepritasi dan penilaian.
Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang
lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

RUJUKAN

http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.html
http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam-

kehidupan-sosial-masyarakat/
http://senikitaa.blogspot.com/p/faktor-faktor-utama-perkembangan.html
http://tanleon-ssl2012.blogspot.com/
http://www.ppt2txt.com/r/b15b473e/

28

http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html

29

HASIL KERJA MURID

KOLAJ

MOZEK

CAPAN
30

LUKISAN
STENSILAN

You might also like