You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 2 MERAH

Tarikh/
Kelas
2M
Tempoh
6 APRIL 2016/ RABU
Hari
Bidang Pembelajaran
Nombor Dan Operasi
Topik
Pecahan
Standard Kandungan
Di akhir pengajaran, murid akan dibimbing ;
6.1 Menamakan pecahan wajar.
Standard Pembelajaran

Objektif P&P

Di akhir pembelajaran, murid akan dapat;


i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan
penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit,
gambar, dan lipatan kertas.
Di akhir pembelajaran, murid akan dapat;
Mengenal pasti pecahan wajar dengan menjawab secara lisan dan
bertulis soalan yang melibatkan penggunaan bahan konkrit ,
gambar dan lipatan kertas sekurang-kurangnya 6 daripada 8 soalan
dengan tepat

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran :Papan tulis, buku teks, Lembaran Kerja, kek/buah, gambar pizza, dan
kertas putih
Kemahiran Berfikir secara Kreatif Dan Kritis :
Menaakul,Memproses Maklumat
Pendekatan / Kaedah :Penyoalan

Nilai Murni : Penghargaaan Terima Kasih


EMK : Kreativiti dan inovasi

Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran :


Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan lembaran kerja.
Pentaksiran: Lembaran Kerja
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set Induksi:
Murid ditunjukkan sebiji kek/buah-buahan, kemudian guru bahagikan kepada dua bahagian yang sama
besar. Penghasilan separuh atau setengah. Seterusnya dibahagi kepada empat bahagian sama besar.
Soalan:
1. Berapa bahagian kek/buahan ini dipotong?
2. Berapa bahagiankah yang semuanya?
Murid diminta menamakan bahagian yang terhasil. Guru menegaskan bahawa setiap bahagian yang
terhasil dinamakan setengah, separuh, suku atau satu perempat. Suku atau satu perempat bermaksud
satu daripada empat. Guru juga menegaskan jika bahagian potongan tidak sama besar, ia tidak boleh
dikata setengah, separuh dansuku.
Aktiviti 1
Guru menunjukkan pada murid cara melaksanakan lipatan kertas yang menunjukkan satu perdua, satu
perempat dan satu perlapan.
Murid diberikan sehelai kertas. Minta murid melipat kertas itu mengikut pecahan yang diarahkan oleh
guru.
Murid membahagi kertas kepada bahagian yang sama besar bagi menunjukkan separuh/setengah, suku
dengan menggunakan kertas.
Guru mengingatkan kepada murid bahawa pecahan mempunyai setiap bahagian yang sama besar.
Soalan:
1. Mengapakah kertas yang dipotong oleh kamu tidak sama besar?
2. Mengapakah bahagian yang dipotong mesti sama besar?
Contoh :
Pelajar dapat memerhatikan bagaimana saiz berubah dengan setiap pecahan. Sebagai alternatif, beri pelajar
beberapa helai kertas pelbagai warna dan minta pelajar tuliskan pecahan itu di atas kertas.

Aktiviti 2
Memperkenalkan pecahan wajar pada murid dengan menggunakan gambar pizza.
Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.

satu per dua @ one-half

satu per empat @ one-quarter

tiga per lapan @ three-eighths


Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid
miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong.
Aktiviti 3
Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka) (merujuk cerita piza
di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)
Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut) (merujuk cerita piza di
atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)
Contohnya:

1 ---> pengangka
2 ---> penyebut
Murid diedarkan lembaran kerja berkaitan dengan topik yang dipelajari pada hari ini.
Penutup :
Guru berkongsi objektif dengan murid-murid dan diharapkan bersedia untuk topik pengajaran
berikutnya.
1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.
2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.
3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
adalah sama;
Contoh: 1/2, 2/3 , dan sebagainya.
4. Bahagian-bahagian pada pecahan:
a) Pengangka - angka yang terletak di atas
b) Penyebut - angka yang terletak di bawah
5. Jenis-jenis pecahan:
(i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
(ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.

(iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.


(iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.
Refleksi:

LATIHAN SUKANEKA
TAHUNAN 2016

You might also like