You are on page 1of 7

TEKS DEBAT ALA PARLIMEN

USUL: PEPERIKSAAN AWAM ,UPSR DAN PMR WAJAR DIMANSUHKAN.


Hujah daripada Pencadang ( Ketua Menteri)
Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena perdebatan pada hari ini. Sekalung
ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , barisan kerajaan yang disegani,
perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan siding parlimen yang saya muliakan sekalian.
Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan pada pagi ini.
Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan
kerajaan negara kita dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang
untuk membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan
sekalian.
Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan,
Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini.
Seterusnya hujah saya akan disambung oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas
hujah-hujah songsang daripada pihak pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan di sini,
pemansuhan peperiksaan awam ini akan dapat membawa kepada kecemerlangan pendidikan di
negara kita.
Tuan Yang Dipertua,
Usul pada hari ini berbunyi, Peperiksaan Awam UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Oleh
itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk
memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidak terkial-kial
untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut kamus Dewan Peperiksaan awam bermaksud,
peperiksaan yang wajib diduduki oleh setiap sekolah kerajaan di Malaysia. UPSR pula ialah
Ujian Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Darjah Enam di
Malaysia. PMR pula bermaksud Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua
pelajar Tingkatan Tiga di Malaysia. Wajar Dimansuhkan pula bermaksud, wajar dihapuskan
atau dilenyapkan. Begitulah definisi usul yang saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga
ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang bentangkan sebentar
sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa sebarang pertikaian.
Tuan Yang Dipertua,
Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakana ialah
kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik sematamata. Yang kedua indikator kami ialah tugas dan tanggungjawab seseorang guru dinilai daripada
kecemerlangan pelajar yang diajar olehnya. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara
justifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar sahaja lagi
akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak pembangkang.
Tuan Yang Dipertua,
Sejak zaman berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini
masih berada di takuk yang lama kerana sepenuhnya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu,
objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang, tidak dapat kita
penuhi kerana sentiasa fokus kepada peperiksaan semata-mata. Lihat sahaja, peristiwa yang

baru-baru ini di mana salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita ini yang menolak
puluhan pelajar yang mendaftar di sekolah itu melalui sistem ambilan melalui borang. Para
pelajar yang mendaftar itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila diadakan ujian
susulan melibatkan keseluruhan aspek sama ada kelancaran membaca, mengira dan sebagainya,
ramai yang masih tidak lancar lagi membaca. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan
oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-mata. Adakah kita masih ingin melihat perkara ini
berlaku lagi pada masa akan datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai jawapan yang
tersendiri bukan?
Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian,
pemansuhan peperiksaan awam ini juga membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan.
Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran
dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya
mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh
masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan
ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat
dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat
dikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak
diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap
hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian,
Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalam
kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan
untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada
pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan
kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan.
Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut menjadi pilihan utama
aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapat
menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa.
Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang
diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang
meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat
memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan
kokurikulum.
Tuan Yang Dipertua,
Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan kepada negara dengan
menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri
Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan
kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk
penggubalan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan
menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan
mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan
menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara.
Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran

asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal ini akan meringankan
beban negara untuk menampung semua kos perbelanjaan ini.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya
menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kita
sendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita untuk memansuhkan
peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya
katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Sekian mohon untuk
terus mencadang.
Hujah Daripada Pihak Pembangkang( Ketua Pembangkang).
Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di deligasi
kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan Yang
Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal oleh pihak kerajaan yang saya
kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat daripada Kamus Dewan, kami dari
legasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun , memang sudah menjadi
adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi tanggungjawab kami dalam meneliti
beberapa kesilapan dan kekurangan. Oleh itu kami akan mengutarakan hujah-hujah logik dan
benar untuk menangkis hujah-hujah kurang jelas daripada pihak kerajaan sebentar tadi.
Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah yang membantah sekeraskerasnya usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh rakan pembangkang kedua yang
ternyata tidak kurang mantap hujahnya , pembangkang ketiga pula membidas hujah-hujah
songsang daripada pihak kerajaan. Jadi, kami yakin sepenuhnya dengan hujah yang kami
lontarkan nanti, pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan awam ini tidak
wajar dimansuhkan.
Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang perlaksanaan pemansuhan
peperiksaan awam ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah mengatakan
peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar hanya belajar berorientasikan peperiksaan
semata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang Dipertua, mereka
menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk mengurangkan kos
perbelanjaan kerajaan. Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan kos
perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak dimansuhkan pada tahun 1997 dulu,
ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di mana kerelevenan
hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat dijawab pertanyaan ini oleh
pihak kerajaan sebentar lagi.
Tuan Yang Dipertua,
Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini dapat meningkatkan prestasi
pelajar seperti yang diperkatakan oleh pihak kerajaan , n penilaian terhadap tahap pretasi pelajar
yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru disekolah kurang berupaya
untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR.
Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja

Pembicara 1 tim yang positif:


Saya percaya bahwa penggunaan ponsel sangat berbahaya karena ponsel dapat
menyebabkan beberapa masalah dan ancaman bagi kehidupan manusia. Ancaman
tersebut adalah: ponsel berbahaya bagi keselamatan pengguna dan kehidupan sosial
dan keluarga.
Pembicara 1 tim negatif:
Saya tidak setuju bahwa penggunaan ponsel sangat berbahaya. Namun, sebaliknya
ponsel sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia. Menurut saya pengguna ponsel
yang tidak bertanggung jawablah yang menyebabkan ponsel dapat membahayakan
kehidupan mereka sendiri dan orang lain.
Pembicara 2 tim yang positif:
Saya pikir ponsellah yang membahayakan penggunanya. Kita bisa melihat saat ini,
ponsel tidak hanya digunakan oleh orang dewasa tapi hampir setiap umur telah
menggunakan ponsel. Bahkan anak-anak yang masih sekolah di TK sudah
menggunakan ponsel. Pengguna di bawah umur ini adalah salah satu yang sangat
rentan untuk menerima dampak bahaya dari ponsel. Kita bisa melihat kecelakaan
banyak terjadi di jalan raya yang disebabkan oleh ponsel. Mereka seakan kecanduan
memeriksa ponsel mereka di mana saja, termasuk di jalan raya saat mereka
mengemudi. Inilah yang menyebabkan mereka kehilangan konsentrasi dan hasilnya
kecelakaan. Itulah sebabnya kita harus melarang pengemudi membawa ponsel saat
mengemudi. Sehingga akan mengurangi jumlah kematian di jalan raya karena ponsel.
Pembicara 2 tim yang negatif:
Jika Anda mengatakan bahwa ponsellah yang membahayakan pengguna. Ini tidak adil
karena masih banyak orang di luar sana yang dapat menggunakannya secara
bertanggung jawab. Pengguna yang tidak bertanggung jawab adalah pembuat masalah
itu

karena

ponsel

mengoperasikannya.

tidak
Dalam

akan
kasus

beroperasi

sendiri;

kecelakaan

mobil,

perlu

seseorang

pengguna

yang

untuk
tidak

bertanggung jawab yang bersalah karena mereka mengoperasikan ponsel di waktu


yang salah. Menanggapi ide Anda tentang pelarangan membawa ponsel bagi

pengemudi tidaklah tepat. Justru ponsel dapat bermanfaat. Misalnya ketika melihat
kecelakaan terjadi, pengemudi lain dapat menghubungi polisi atau ambulans untuk
membantunya. Penelitian juga menunjukkan bahwa ponsel bukanlah penyebab
kecelakaan di jalan raya. Namun, kegiatan yang mengganggu konsentrasilah yang
menyebabkan kecelakaan. Ini berarti tidak hanya menggunakan ponsel, tetapi juga
melakukan hal-hal lain seperti makeup, menyisir rambut atau berbicara juga berbahaya.
Pembicara 3 tim yang positif:
Tidak hanya membahayakan saat mengemudi, bukti lain dari ponsel berbahaya adalah
ponsel mengganggu kehidupan sosial dan kehidupan keluarga mereka. Saat ini ponsel
adalah orang yang paling terdekat dengan pengguna. Mereka lebih memilih untuk
berinteraksi dengan ponsel daripada berinteraksi dengan orang-orang di sekitar
mereka. Hal ini menyebabkan mereka menjadi acuh tak acuh atau anti-sosial. Hal-hal
baik seperti menyapa, senyum, dan bertanya dengan orang yang baru mereka temui
telah hilang di dalam kehidupan sosial mereka. Mereka pindah ke penggunaan media
sosial yang bisa diakses melalui ponsel untuk berinteraksi sehingga membuat mereka
menjauh dari orang-orang di sekitar mereka. Dalam kehidupan keluarga, mereka
menjadi terlalu individualistis. Tidak ada hal seperti diskusi keluarga, waktu berkualitas
dengan keluarga seperti makan bersama, bercanda dengan keluarga dan hal-hal lain
yang dapat memperkuat hubungan keluarga. Bahkan saat ini di rumah seluruh keluarga
sibuk dengan ponsel mereka sendiri.
Pembicara 3 tim yang negatif:
Hilangnya norma-norma yang baik dalam keluarga tidak disebabkan oleh ponsel. Kami
tidak setuju dengan apa yang Anda katakan. Kehidupan sosial yang baik dan harmonis
dalam keluarga tergantung pada kualitas pribadi dan keluarga itu sendiri. Orang-orang
tidak akan menjadi acuh jika mereka lebih peduli terhadap lingkungan mereka.
Sebenarnya ponsel dapat membantu hubungan sosial mereka dengan cara menjadi
alat berinteraksi di mana saja dan kapan saja. Dalam hubungan keluarga,
keharmonisan dapat dicapai dengan memberikan perhatian lebih kepada anggota lain
dari keluarga. Dalam hal ini orang tua yang harus mengawasi anak-anak mereka. Jika
mereka peduli dan memprioritaskan diskusi keluarga, anak-anak mereka tidak akan
ragu-ragu untuk berbagi masalah mereka. Dalam hal ini ponsel dapat menciptakan

keharmonisan dalam keluarga dengan menjadi alat atau penghubung antara satu sama
lain dalam keluarga. Misalnya, dengan menggunakan ponsel orang tua bisa
mengetahui kondisi anggota keluarganya di mana pun dan kapan pun.
Pembicara 4 tim yang negatif:
Berdasarkan argument-argumen yang telah kita sampaikan, sekali lagi kami sangat
tidak setuju dengan pernyataan bahwa ponsel sangat berbahaya bagi kehidupan
manusia. Ponsel dapat membantu dengan memberikan atau menginformasikan
informasi dengan cepat, membantu pengguna berinteraksi satu sama lain dan
mengontrol anggota keluarga mereka di mana pun dan kapan pun.
Pembicara 4 tim yang positif:
Mempertimbangkan argument-argumen yang telah kami utarakan, kami tetap berdiri di
atas pendapat kami bahwa ponsel sangat berbahaya bagi kehidupan manusia. Ponsel
dapat menyebabkan kecelakaan di jalan raya, mengganggu hubungan sosial dan
keluarga penggunanya.
untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolaholah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar
dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSRdapat menilai keupayaan pelajar dalam
menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga
penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke
alam sekolah menengah lagi. PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran
yang bakal diambil oleh pelajarsebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di samping
menilai keupayaan pelajardalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan
PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.
Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan
pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian,
kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama
sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum
menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot.
Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat
pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum
mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan yang
pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan
pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki peperiksaan SPM selepas

melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam
SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertua
memandangkan mereka tidak lepas daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan
peperiksaan.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian,
Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan
sekolah menengah rendah. Budaya saling bersaing penting dalam kalanganpelajar sejak dahulu
lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar
yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang
cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untukmemberi dorongan kepada pelajar
lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan
pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan
diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu,
pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi
pelajar. Sebagaikesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing
antara satusama lain. Apakah pihak kerajaan sama sekali tidak pernah terfikir bahawa persaingan
itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih gigih? Saya kira pihak kerajaan sudah
melupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya peperiksaan awam ini dapat
dimansuhkan dengan segera.
Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
berdasarkan hujah yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan
awam UPSR dan PMR amatlah tidak wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak
memberikan implikasi negatif kepada sistem pendidikan di negara kita pada masa kini. Hujah
saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan dengan ini saya mengundur
diri. Mohon untuk terus membangkang.
* Ulasan Pengarang: Kalau ada kekurangan pada teks ini, jangan dicaci ye...Teks ini
mungkin boleh dijadikan rujukan, dan kupasan isu di dalam ini juga mungkin boleh dibaca
untuk menambahkan pengetahuan semua.....
Anda mungkin juga meminati:

You might also like