You are on page 1of 26

Dalam usaha memugarkan semangat

kejiranan, peranan badan setempat tidak


boleh dikesampingkan. Ketua penduduk di
sesuatu kawasan kediaman boleh
menganjurkan Hari keluarga. Semasa aktiviti
dijalankan, semua ahli keluarga di sesuatu
taman akan turut serta untuk melibatkan diri
dalam kegiatan sukaneka yang dianjurkan
sempena hari perayaan tertentu seperti
berkayak, memasukkan air ke dalam botol,
terompah gajah dan sebagainya. Apabila
aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan
akan terjalin bukan sahaja antara ahli
keluarga malahan sesama jiran tetangga.

Semangat kejiranan terutamanya di kawasan bandar agak longgar


jika dibandingkan dengan ikatan kejiranan masyarakat kampung.
Huraikan faktor-faktor terjadinya keadaan sedemikian.

Semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan


bermasyarakat. Matlamat pemupukan semangat kejiranan adalah
untuk menyemai nilai-nilai toleransi, silaturahim dan kasih sayang
khususnya dalam kalangan warga kota yang terdiri daripada
pelbagai kaum. YAB Dato Sri Najib Tun Razak pernah berkata,
semangat kejiranan ialah tanggar amanat yang memangkinkan
kemakmuran dan kemajuan negara kita. Kita mahu keseimbangan
pembangunan sosioekonomi dan pembentukan tamadun yang
berimpak tinggi. Kelangsungan bangsa yang beretika bukanlah
berlandaskan nilai mata wang ringgit dan kecanggihan teknologi
tetapi mempunyai rakyat murba yang tidak segan-segan

mengamalkan nilai tradisi seperti yang dipraktikkan oleh


masyarakat lelulur. Sampailah masa kita membenamkan kotak
minda untuk menilai kembali semangat kejiranan yang semakin
sirna ditelan arus modenisasi. Apakah faktor-faktor yang
meyumbang kepada tercetusnya kelunturan nilai mahmudah ini?
Tepuk benak tanyalah minda.

Salah satu faktor yang melonggarkan ikatan kejiranan antara


warga metropolitan ialah keralitan dan ketaasuban untuk mengejar
periuk nasi. (A) Hal ini dibuktikan apabila rata-rata warga kota perlu
berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas sehingga sanggup
keluar sebelum tirai subur tersingsing manakala balik ke rumah
pada waktu larut malam. (M) Lebih teruk lagi, tuntutan dan kos sara
hidup yang semakin menindas pasti membantutkan nilai
kemanusiaan terus bermekar dalam sanubari warga kota. (C)
Khususnya, manusia yang kian bersifat kerlung telah menyebabkan
mereka ketandusan nilai keinsanan dan kedangkalan hati nurani
yang syumul untuk menjalinkan ukhuwah sesama jiran tetangga
lantaran keletihan membanting tulang empat kerat. (C) Walhal, ada
kalangan mereka sanggup bekerja sampai malam buta dan
kesiangan pagi. (C). Izharnya, demi menyara hidup yang semakin
menindas telah membantutkan perkembangan nilai-nilai keinsanan
ini dalam kalangan warga kota pada era modenisasi ini. (P)

Selain itu, persekitaran dan struktur pembinaan kawasan


perumahan juga menyekat aktiviti kejiranan khususnya di sekitar
bandar metropolitan. (A) Pembinaan rumah banglo dan rumah
mewah kini telah dilengkapi dengan pakej keselamatan yang
diawasi oleh kamera litar tertutup atau pengawal. (M) Lebih kontras
dengan masyarakat kampung lagi, pagar pintu warga kota dikunci
dengan sistem teknologi yang moden seperti pintu elektronik yang
memerlukan pengecaman faktor biometrik atau sidik ibu jari. (C) Hal
ini seakan-akan burung dalam sangkar, mata terlepas badan
terkurung. Ikatan ini bukan sahaja mengongkong aktiviti kejiranan
malahan mengekang naluri kemanusiaan untuk mempraktikkan
amalan kunjung-mengunjungi dan saling bertegur sapa yang
memerlukan ketulusan hati. (K) Maka, tidak hairanlah kedengaran
mahkamah magistret yang menghakimi kes penuduhan kaum
Buddhist yang membakar kertas sembahyang dan menyalakan
colok yang berasap oleh jiran tetangga yang berbeza agama. (C)
Kadangkala ketidaksefahaman dan konflik dalam ideologi mampu
mencetuskan musibah yang tidak disangka-sangka. (K) Usahlah kita
hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,
tetapi melangkau bangunan dan sempadan yang hanya
mendinginkan perasaan kasih sayang sesama manusia yag dicipta
oleh Tuhan sebagai khalifah di buana ini. (P)

Dari sudut keagamaan, kelunturan jati diri dan kenipisan


keimanan dalam kalangan masyarakat kosmopolitan khasnya telah
memudarkan hubungan kejiranan ini. (A) Ironisnya, masyarakat
leluhur masih kuat memegang prinsip akidah dan tuntutan agama
tanpa mengira bangsa dan latar belakang yang heterogen. Namun,
aktiviti keagamaan seperti majlis bacaan tahlil dan yasin, pendoaan
hajat dan bersolat berjemaah kurang mendapat sambutan meriah
jika berbanding dengan zaman dahulukala. Disebabkan kemewahan
hidup, segala majlis dan kenduri-kendera disiapkan oleh syarikat
katering dengan upahan yang lumayan. Berbanding masyarakat
kampung dahulukala, setiap kali musim berderau dan musim
perayaan penuaian padi, jiran tetangga sanggup berkorban masa
dan kudrat demi berkumpul dan bergurau senda sempena perayaan
yang tertentu. Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud sesiapa
yang beriman kepada Hari akhirat tidak akan menyakiti jirannya.
Hukama Islam seperti khalifah Umar al-Khattab menghormati jiran
Yahudi. Pendek kata, kehilangan keimanan kepada Tuhan akan
terdorong ke landasan pidana dan ditusuk oleh godaan iblis.

Sementara itu, kecanggihan teknologi dan insfraktur di bandar


juga merupakan penyebab kelunturan semangat ini. (A) Kemudahan
seperti pusat gimnasium, kafe siber, pusat huburan, arked dan
pusat beli-belah telah menggantikan gelanggang warisan budaya
yang biasanya akan mengumpul maysrakat setempat pada waktu
senja. (M) Yang menyindirkan ialah kelab Rukun Tetangga dan pusat
rekreasi yang didirikan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemakmuran Kampung biasanya kedinginan dan dibiarkan
terbengkalai. (C) Situasi ini telah menyebabkan jiran tetangga
semakin menyendiri dan semasa tibanya waktu kecemasan, mereka
sanggup menelefon ambulans atau menghantar pesakit dengan
kenderaan sendiri. (C) Berbanding dengan zaman dahulukala,
masyarakat setempat berpeluang berkumpul untuk menyaksikan
sesuatu temasya atau wayang di bawah satu payung yang sama
tanpa mengira kulit dan kepercayaan. Memanglah, musim berubah
zaman beralih, segala-gala aktiviti telah dimanipulasikan oleh alat
elektronik, masa berkualiti sepatutnya juga terkorban dan masingmasing terbenam dalam kehidupan maya yang direka cipta oleh
mereka sendiri. Jelaslah bahawa semangat kejiranan akan mati tidak
berkubur sekiranya segala-gala kehidupan manusia sejagat
digantikan oleh kecanggihan teknologi yang gagal mereka cipta nilai
kemanusiaan yang mesra dan mulia.

Akhir sekali, tidak melampau jika dikatakan bahawa


keghairahan pada peranti elektronik telah melupuskan nilai
keinsanan seperti saling memahami dan saling berkongsi pahit
manis dengan peluh dan mata air. (A) Lumrahnya, masyarakat kini
sejak dalam dunia rahim lagi sudah berdepan dengan media arus
perdana yang seakan-akan menghabiskan masa kita. Dipercayai
bahawa sekurang-kurangnya 12 jam sehari kita melungsur paparan
peranti komunikasi ini demi melunaskan rutin seharian kita seperti
urusan transaksi atas talian, hiburan, bersosialisasi dan sebagainya.
Situasi ini seolah-olah menuntut kita mengabaikan amalan bertemu
sua dengan masyarakat di sekeliling kita. Tanpa sua kenal,
mungkinlah keikhlasan dan ketelusan terjalin dalam atma yang
sejati? Kedengaran bahawa ada segelintir masyarakat yang cekap
dalam berkongsi dalam laman sosial tetapi jengkel semasa hidup
bermasyarakat yang memerlukan persemuafakatan dan
persemukaan. Mukhtasarnya, gajet komunikasi bagai diluahkan ibu
mati, ditelan bapa mati. Hanyalah dengan pertimbangan rasional

dan kesedaran diri mampu meneguhkan kita ke arah kesejahteraan


bersama semua insan yang berhampiran, khasnya jiran tetangga
orang yang paling berhampiran dengan kita.

Tuntasnya, bagai gunting dalam lipatan atau musuh di bawah


selimut menuntut kita mestilah berwaspada kepada persekelilingan
yang semakin mencabar. Nabi SAW pernah bersabda, anak Adam
selepas meninggal dunia akan meninggalkan tiga perkara sahaja,
iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa kepada ibu bapa.
Mafhumnya, kita mestilah sering kali berpegang pada prinsip
berbaik-baik kepada semua insan yang berhampiran. Menghulurkan
bantuan berbentuk fizikal mahupun mental bukan hanya
berharapkan balasan tetapi kita meyakini bahawa segala dosa
pahala akan diadili pada pintu akhirat. Dalam konteks Islam, jiran
tetangga termasuklah hubungan dengan kaum kerabat, berjiran
sesama muslim dan hidup berjiran sesama kafir. Maksudnya, segalagala manusia merupakan jiran tetangga yang perlu dijalinkan
hubungan dengan senyuman yang ikhlas dan keperibadian yang
unggul.

punca-punca
berlakunya fenomena
jerebu
1. pembalakan haram
2. kenderaan
3. perlepasan asap

UK ( pazad)
Jerebu
merupakan
partikel, zarah
dan debu yang
terapung pada
atmosfera udara.
(I) Pada masa
ini, fenomena
jerebu sering

dipolemikkan
dalam dada
media akhbar.
(K) Menurut
Menteri Alam
Sekitar dan
SUmber Asli,
fenomena ini
tidak merupakan
kes yang

keterasingan lagi
dalam kehidupan
manusia rantau
Asia Tenggara.
(UM) Tegal itu,
pelbagai usaha
yang pragmatik
telah
diimplementasik
an oleh pihak

kerajaan
Malaysia untuk
membendung
masalah global
ini. (U)
Persoalannya,
apakah?
Memang tidak
dinafikan
bahawa

fenomena ini
berpunca
daripada
pembakaran
haram yang
dilakukan oleh
manusia yang
tidak beretika
sosial. (A) Hal ini
disebabkan

mereka tidak
sanggup
membiayai kos
untuk
membersihkan
hutan dan
menyuburkan
tanah sawah
mereka. (M)
Contohnya,

kejadian ini
khasnya berlaku
di Indonesia,
Jakarta dan
berlaku pada
musim ekuinoks.
(C) Kesannya,
pembakaran
haram
menyebabkan

angin barat daya


membawa
jerebu meniup
ke rantau Asia,
termasuklah
Malaysia. (K)
Tegasnya,
pembakaran
haram mestilah
dibanteras

sehingga akar
umbinya melalui
usaha sama
bagai aur
dengan tebing.
(P)
Sementara itu,
punca
seterusnya ialah
perlepasan asap

daripada kilang
dan kenderaan.
(A) Hal ini
bermakna, asap
kenderaan
membawa
zarah-zarah
yang bertoksik
seperti karbon
monoksida,

nitrogen
dioksida, dan
ammonia
dioksida. (M)
Contohnya,
industri
perkilangan di
sekitar kawasan
Johor Bahru,
Bayan Lepas dan

Muar. (C)
Impaknya, asap
bertoksik ini
telah mencemari
udara dan
memudaratkan
kesihatan
masyarakat
metropolitan. (K)
Tegasnya,

perlepasan asap
daripada
kenderaan dan
perkilangan
perlulah
dibanteras
melalui
penguatkuasaan
undang-undang.
(P)

Akhirnya,
pembakaran
sampah sarap
juga merupakan
akar umbi
fenomena ini.
(A) Hal ini
dikenal pasti
oleh kajian
Jabatan Alam

Sekitar khasnya
di Bandar raya
seperti Kuala
Lumpur dan
Putrajaya. (M)
Contohnya,
penguat kuasa
memandang
enteng
penjagaan dan

pelupusan
sampah sarap
dengan
membakar
sampah secara
semberona. (C)
IMpaknya,
perlepasan asap
yang berkepulkepul akan

mengotori
persekitaran dan
mendatangkan
musibah di luar
jangkaan. (K)
Jelaslah bahawa
pengkategorian
sampah sarap
mestilah
dikuatkuasakan

melalui
kerjasama
masyarakat
setempat. (P)
RCAH
Tuntasnya,
masalah global
ini perlulah dikaji
selidik bersamasama. Oleh

itu, usaha sama


antara negara
Rantau Asia
merupakan
pemangkin
untuk
menyelesaikan
polemik ini.
Janganlah
abaikan

fenomena ini
kerana sesal
dahulu xx, sesal
xxx. (A) Dengan
itu, saya
berharap supaya
IPU(INdeks
Pencemaran
Udara) tidak lagi
mencatatkan

tahap yang
kronik dan udara
kita terus
membersih.

You might also like