You are on page 1of 5

PERKAHWINAN.

Perkahwinan adalah dituntut dalam Islam dan ia merupakan jalan yang terbaik bagi setiap
umat Islam untuk mengembangkan keluarga dan menjalinkan hubungan silaturrahim.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Manakala dari
sudut istilah syara’ pula ialah ijab dan qabul yakni aqad yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah dan
ia mengikut peraturan yang telah ditentukan oleh Islam. Penggunaan zawaj dalam Al-
Quran membawa makna pasang dan perkataan itu bermakna perkahwinan. Allah
menjadikan manusia berpasang-pasangan yakni menghalalkan perkahwinan dan
mengharamkan zina. Namun, dalam ruangan ilmiah ini, kupasan dan perbincangan
adalah menjurus dan dikhususkan kepada perkahwinan beza agama yang telah menjadi
suatu isu yang cukup hangat. Apakah ia dibenarkan dalam Islam atau sekadar cerita yang
direka untuk menghalalkan perbuatan tersebut.

PERKAHWINAN BEZA AGAMA.

Sebelum meneliti apakah bahagian dan hukum perkahwinan beza agama dari sudut
pandangan Islam, ada baiknya kita melihat adakah perkahwinan beza agama ini juga
wujud dalam kehidupan penganut agama yang lain. Menurut agama Kristian ( Protestan ),
kawen beza agama adalah dilarang sama sekali walaupun dengan apa jua alasan. Ini
bermakna penganut mereka tidak dibenarkan berkahwin beza agama.( 1 korintus 6 :14-
18).
Bagi pandangan penganut agama Hindu, tidak timbul kahwin beza agama kerana sebelum
upacara perkahwinan dilangsungkan, mereka akan melakukan upacara keagamaan
dahulu. Sekiranya salah seorang calon bukan penganut Hindu, dia akan dijadikan
penganut agama Hindu dahulu dan disucikan kemudian barulah upacara perkahwinan
akan dilangsungkan. (Ketentuan Seloka V89 kitab Manawadharmasastra).

Dalam Islam pula, perkahwinan beza agama ini tebahagi kepada dua bahagian yakni yang
pertamanya, lelaki muslim berkahwin dengan perempuan bukan muslim atau perempuan
yang merupakan ahli kitab dan perempuan muslim berkahwin dengan lelaki bukan
muslim atau ahli kitab. Dalam dua keadaan ini, terdapat perbezaan hukum dalam Islam.
Bagi hal keadaan yang pertama, ada perbezaan hukum antara lelaki muslim berkahwin
dengan perempuan bukan muslim dan lelaki muslim berkahwin dengan perempuan bukan
muslim tetapi merupakan ahli kitab. Dalam kes yang pertama yakni tentang hukum lelaki
muslim berkahwin dengan perempuan bukan muslim, secara jelasnya, ia adalah dilarang
sama sekali.

1) Al-Quran
Hal ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 221 yang
bermaksud :
“ Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman.
Sesungguhnya wanita budak yang mu’min itu lebih baik daripada wanita musyrik
walaupun dia menarik hatimu dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik
dengan wanita-wanita mu’min sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang
mu’min lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu.mereka mengajak ke
neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah
menerangkan ayat-ayatNya ( perintah-perintahNya ) kepada manusia supaya mereka
mengambil pelajaran.”1
Manakala dari sudut hukum tentang lelaki muslim yang berkahwin dengan wanita bukan
muslim tetapi merupakan ahli kitab, ia dibenarkan. Hal ini berdasarkan dalil yang jelas
dan telah termaktub dalam al-Quran yakni dalam surah al- Maidah ayat 5 yang
bermaksud:
“ Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan sembelihan orang yang diberi
al-kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal bagi mereka.dan dihalalkan
mengahwini wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang
beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang –orang yang diberi
al-kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud
menikahinya tidak dengan maksud berzina dan tidak pula menjadikannya gundik-gundik.
Barangsiapa yang sudah kafir sesudah beriman (tidak menerima hokum-hukum islam)
maka hapuslah amalannya dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”2
1
Al-Baqarah ayat 221.
2
Surah al-Maidah ayat 5.
Ayat ini bermaksud, lelaki muslim dibolehkan berkahwin dengan wanita wanita ahli
kitab.
Dari segi hukum wanita muslim berkahwin dengan lelaki bukan muslim, ia juga telah
dinyatakan secara jelas dalam surah al- Baqarah tersebut. Yakni, Allah melarang lelaki
atau wanita muslim berkahwin dengan bukan muslim sehingga mereka beriman kepada
Allah s.w.t. Dari segi wanita muslim yang berkahwin dengan lelaki ahli kitab pula, ia
juga tidak dibenarkan berdasarkan surah al-Baqarah ayat 221 yang mengisyaratkan
bahawa perempuan muslim hanya dibolehkan berkahwin dengan lelaki muslim. Dan
dalam surah al-Maidah ayat 5 pula, hanya disebutkan tentang kebenaran untuk lelaki
berkahwin dengan ahli kitab dan bukan sebaliknya. Jadi jelas di sini bahawa berdasarkan
al-Quran, lelaki muslim tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita bukan muslim tetapi
boleh berkahwin dengan wanita ahli kitab. Manakala bagi hukum wanita muslim pula,
adalah tidak dibenarkan berkahwin samada dengan lelaki bukan islam atau lelaki ahli
kitab berdasarkan pengisyaratan daripada ayat-ayat tersebut. Firman Allah dalam surah
al-Mumtahanah ayat 10 yang bermaksud :
“ Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-
perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji keimanan mereka. Allah lebih
mengetahui tentang keimanan mereka; maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka
benar-benar beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada suami-suami
mereka yang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir
itu tidak halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami-suami mereka mahar yang
telah mereka bayar. Dan tidak ada dosa atasmu mengahwini mereka apabila kamu bayar
kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali perkahwinan
dengan perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta mahar yang telah kamu
bayar; dan hendaklah mereka meminta mahar yang telah mereka bayar. Demikianlah
hukum Allah yang ditetapkanNya di antara kamu. Dan Allah maha mengetahui lagi maha
bijaksana.
Menurut al-Qurtubi, ayat ini menerangkan bahawa Allah tidak menghalalkan wanita
muslim kepada lelaki kafir dan lelaki muslim kepada wanita kafir. Ayat ini menjelaskan
kepada kita bahawa apabila seseorang itu memeluk islam maka tercerailah dia dengan
suami atau isteri yang masih kafir. Sekiranya ikatan tersebut terputus secara langsung
kerana perbezaan agama, maka sudah tentulah melakukan pernikahan beza agama sejak
awal juga tidak boleh.3 Menurut al-Qaradhawi pula, tidak terdapat nas yang
mengecualikan ahli kitab daripada hukum ini, maka pengharamannya adalah disepakati
dalam kalangan orang Islam.4

2) Sunnah.
Dari sudut sunnah pula, berdasarkan Hadis riwayat Jabir bin Abdillah daripada
Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: “ Kita harus berkahwin dengan wanita ahli kitab
tetapi lelaki mereka tidak boleh berkahwin dengan wanita kita.”5
Menurut at-Tabari pula : (Walaupun isnad hadis ini ada sesuatu, tetapi ijmak mengatakan
ia boleh diamalkan kerana ramai (ulama) yang berpendapat demikian).6
Ini bermakna hadis ini juga menyatakan tentang bahawa dibolehkan lelaki muslim
berkahwin dengan wanita ahli kitab dan tidak dibenarkan wanita muslim berkahwin
dengan lelaki ahli kitab.

3) Athar.
Mengikut riwayat daripada Mujahid, beliau berkata: “Apabila lelaki kafir memeluk Islam
ketika isterinya masih dalam tempoh iddah, maka perempuan itu dikira masih isterinya.
Sebaliknya, jika suami tidak memeluk Islam selepas isterinya memeluk islam, maka
hendaklah dipisahkan antara keduanya”.7
Riwayat di atas dikukuhkan lagi dengan riwayat mengenai Abu Sufian yang memeluk
Islam sebelum isterinya (Hindun binti Utbah). Kemudian isterinya memeluk Islam
setelah beberapa hari Abu Sufian memeluk Islam. Kesannya, perkahwinan itu masih
kekal kerana masih dalam tempoh iddah.8
3 Jabir bin Abdillah pernah ditanya mengenai hukum menikahi wanita Yahudi dan
Nasrani, lalu beliau menjawab: “Kami pernah menikah dengan mereka (kaum kafir) di
Kufah pada masa pembebasan kota Iraq, kerana kami tidak menemukan wanita Muslimah
3
Al-qurtubi
4
Yusuf Al-Qaradhawi, 1985, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, h.179.
5
Imam Tabari meriwayatkannya dalam kitab tafsirnya. Ahmad Muhammad Syakir menyebutkan: (Hadis
ini tidak saya jumpai dalam mana-mana kitab hadis, Lihat Surrahman, 2001, Ibid, h.125
6
Ibid
7
Al-Qurtubi, op.cit, j14, h.66.
8
18 Ibid, j. 14, h.67.
pada ketika itu. Setelah kami kembali kami pun menceraikan mereka. Wanita-wanita ahli
al-kitab itu memang halal kami nikahi, tetapi wanita-wanita kita haram untuk dinikahi
mereka”.9
Ibn Jarir meriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab berkata:
“Lelaki Islam boleh berkahwin dengan wanita Nasrani tetapi lelaki Nasrani tidak boleh
berkahwin dengan muslimah.”10

DALIL AQAL.
Secara akalnya, mengapa tidak dibenarkan wanita muslim berkahwin dengan lelaki ahli
kitab dan musyrik adalah disebabkan kerana lelaki adalah pemimpin dalam rumahtangga
dan dikhuatiri akan mendorong isteri dan anak-anak supaya cenderung terhadap
agamanya dan ini akan menggugat agama islam.

9
Syaikh Hassan Ayub, 2001, Fikih Keluarga, Jakarta: Pustaka Kautsar, h. 144
10
Kathir Abu al-Fida’, Tafsir al-Quran al-‘Azim, Beirut: Dar al-Fikr, j1, h.257, al-Mudawwanah al-Kubra,
j2, h.298, lihat juga Surrahman Hidayat, op.cit, h.134.

You might also like