You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN
Industri Kecil Sederhana atau (IKS) telah diperkenalkan ekoran terdapat dua bahagian
atau wilayah yang berbeza dalam taburan industri perkilangan ekonomi negara. Dua bahagian
atau wilayah yang dimaksudkan itu ialah zon industri kecil dan zon industri berorientasikan
eksport. Pengenalan IKS dalam sektor ekonomi negara telah mewujudkan beberapa insentif
seperti pengecualian dari duti import dan bantuan kewangan.
Hampir kebanyakkan barangan IKS merupakan barangan pengguna untuk memenuhi
keperluan harian dan barangan gantian untuk menyokong output yang dihasilkan oleh
imdustri berat atau besar. Antara bidang IKS yang menjadi tumpuan dan meningkat naik ialah
perusahaan makanan, keropok, batik, tekstil, logam, kraftangan, elektrik dan elektronik,
pengeluaran komponen dan alat gantian kenderaan bermotor.
Oleh itu kaitan antara sektor perindustrian dengan IKS tidak dapat dinafikan ekoran
kepesatan sektor perindustrian banyak dibantu dan disokong oleh IKS untuk mendapatkan
bekalan komponen-kompenen tertentu. IKS dapat diibaratkan seperti tulang belakang dan
salah satu penggerak kepada pertumbuhan sektor perkilangan khususnya. Hal ini turut
disokong dengan peningkatan IKS di Malaysia. Datuk Yunus Rahmat, Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Negeri, telah menyatakan bahawa akan belaku peningkatan dalam pertumbuhan sektor IKS
dari tahun ke tahun (Utusan 17 November 2013). Menurut beliau lagi, seramai 2800 orang
pengusaha IKS luar bandar telah menceburkan diri secara aktif dalam bidang ini merangkumi
perniagaan makanan, kraftangan dan perkhidmatan khususnya. Bahkan kerajaan negeri
Melaka telah mengambil langkah berani dengan menyasarkan peningkatan sebanyak lima
peratus dalam sektor sokongan ini. Ini dapat membuktikan bahawa sektor IKS telah diberi
perhatian oleh pihak kerajaan dalam memastikan sektor perindustrian utama negara dapat
beroperasi dengan lancar.
Oleh yang demikian, penulisan esei ilmiah ini akan membincangkan dan mengupas
ciri-ciri Industri Kecil Sederhana (IKS) disamping menyatakan sumbangan sektor IKS
kepada pembangunan ekonomi setempat atau wilayah.

2.0 DEFINISI INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)


Terdapat pelbagai definisi dan takrifan yang telah merujuk kepada IKS. Salah satu
daripadanya ialah mana-mana syarikat yang mempunyai modal kurang daripada RM500,000
adalah dikenali sebagai industri kecil manakala modal antara RM500,000 hingga RM 2.5 juta
diklasifikasikan sebagai industri sederhana (Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975).
Nurulhuda Che Abdullah (2006) pula mendefinisikan IKS sebagai perusahaan perkilangan
atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing
ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak
melebihi 150 orang. Ekuiti syarikat yang dipegang oleh rakyat Malaysia ialah sebanyak 60
peratus manakala ekuiti yang dipegang oleh syarikat besar tempatan hanya 25 peratus.
IKS juga dapat ditakrifkan sebagai organisasi yang diusahakan atau diasaskan oleh
keluarga atau perseorangan yang dibantu oleh pekerja pengeluaran dan am (Mohd Asri,
1997). Menurut beliau lagi IKS merupakan satu perniagaan yang boleh dihasilkan berasaskan
kuantitatif. Misalnya jualan, bilangan pekerja, stok, modal dan aset. Laporan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mentakrifkan IKS sebagai industri kecil
merupakan seorang pengilang yang mempunyai modal berbayar tidak lebih daripada RM0.5
juta atau mempunyai pekerja

sepenuh masa tidak kurang daripada 50 orang. Industri

sederhana pula menurut MITI ialah pemilikan aset antara RM0.5 juta hingga RM2.5 juta atau
mempunyai anggaran pekerja antara 50 hingga 199 orang.
Perbadanan Jaminan Kredit telah mendefinisikan IKS sebagai industri yang
mempunyai modal rizab berbayar tidak kurang daripada RM0.1 juta bagi

golongan

Bumiputera manakala tidak kurang daripada RM0.2 juta bagi golongan bukan Bumiputera.
IKS bagi Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) ialah sebuah
syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja
sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Dalam konteks negara Kesatuan Eropah pula, IKS adalah satu perusahaan yang
mempunyai pekerjaan tidak melebihi 250 orang pekerja atau jualannya tidak melebihi 40 juta
Euro. Hal ini berbeza di Amerika Syarikat dimana Pentadbiran Perniagaan Kecil Amerika
Syarikat telah mendefinisikan IKS sebagai satu perusahaan yang mempunyai tenaga kerja

yang tidak melebihi 500 orang atau unjuran jualannya tidak melebihi 5 juta Euro (Karmel,
2002)
Negara matahari terbit iaitu Jepun mempunyai takrifan yang tersendiri tentang IKS di
mana ia telah diterangkan dengan jelas dalam Undang-Undang Asas Industri Kecil dan
Sederhana. IKS di negara Jepun telah ditakrifkan mengikut jumlah pekerja dan nilai modal
berbayar (Madeline & Faridah, 1989).

3.0 JENIS KEGIATAN IKS


Kegiatan Industri Kecil Sederhana (IKS) bukan sahaja melibatkan industri berasaskan
makanan semata-mata tetapi telah dipecahkan kepada beberapa jenis seperti berikut :
3.1 Industri berasaskan sumber
Industri ini bergantung sepenuhnya kepada sumber alam semulajadi dan bahan
mentah yang terdapat di atas muka bumi ini. Sumber ini juga mudah diperolehi
dan golongan orang asli yang sering membekalkan sumber ini kepada pengusaha
IKS. Ini kerana masyarakat peribumi ini arif tentang selok belok kehidupan di
dalam hutan dan mencari hasil hutan merupakan sumber pendapatan utama
mereka. Contoh sumber tersebut ialah kayu cengal, rotan dan akar kayu herba.
3.2 Industri berasaskan logam
3

Kegiatan jenis ini

terdiri daripada aktiviti pembuatan dari segi kimpalan,

faundari dan mesin. Perusahaan ini mampu menghasilkan komponen untuk


industri berat dan industri pembinaa. Produk industri berasaskan logam ialah
skru, bingkai besi dan paku.
3.3 Industri berasaskan plastik
Perusahaan IKS berasaskan plastik seringkali

melibatkan kerjasama antara

tenaga manusia dan juga tenaga robotik. Ini kerana proses untuk menghasilkan
produknya memerlukan kepakaran teknologi pembuatan dalam industri
petrokimia.

Perhiasan plastik dan tayar merupakan produk utama dalam

perusahaan ini.
3.4 Industri berasaskan elektrik dan elektronik
Kegiatan industri elektrik dan elektronik memerlukan kemudahan teknologi
robotik yang canggih. Produk yang biasa dihasilkan adalah suis, kapasitor dan
papan litar dimana merupakan komponen

yang diperlukan oleh industri

pembuatan komputer riba misalnya.

3.5 Industri komponen automotif


Perusahaan yang membekalkan komponen yang diperlukan melalui penjanjian
kontrak khas dan subkontrak. Lampu kereta, bateri kereta dan bumper kereta
antara produk yang dikeluarkan oleh perusahaan ini.
3.6 Industri pemprosesan makanan
Perusahaan ini mempunyai konsep yang sama dengan industri bahan sumber
kerana sumber utama untuk menghasilkan produknya terdiri daripada bahanbahan mentah seperti ubi keledek, ubi kayu, ubi keladi, ikan, sotong dan udang.
Pelbagai jenis ubi, ikan kering, sotong kering dan belacan dan keropok
merupakan hasil produk perusahaan berasaskan pemprosesan makanan.
3.7 Industri Pembuatan Lain-Lain
Perusahaan ini merangkumi dua industri iaitu industri kimia dan farmaseutikal
sebagai contohnya. Produk yang dihasilkan merangkumi cat dan petroleum
untuk industri petrokimia manakala pelbagai jenis ubat hasil daripada industri
farmaseutikal.

4.0CIRI INDUSTRI KECIL SEDERHANA


Berdasarkan kaji selidik dan bancian yang dilakukan oleh Bank Negara (2009),
terdapat sebanyak 528, 966 perindustrian yang rata-ratanya adalah dari sektor Industri Kecil
Sederhana (IKS). Hasil kaji selidik dan bancian ini telah membuktikan bahawa sejumlah
besar pertubuhan perniagaan di Malaysia telah dipelopori oleh IKS iaitu sebanyak 99.2
peratus manakala hanya 0.8 peratus terdiri daripada perniagaan perusahaan besar. Sektor
pertanian, perkilangan dan perkhidmatan merupakan komponen utama dalam pertubuhan
perusahaan IKS. Ini menunjukkan bahawa keupayaan IKS dalam pembangunan ekonomi
negara tidak boleh dipandang enteng dan diibaratkan sebagai tangan kanan negara.
Pertubuhan Industri Kecil Sederhana (IKS) ini mempunyai cirinya yang tersendiri dan akan
dinyatakan satu demi satu dalam penulisan ilmiah ini.
4.1 Jenis Keluaran
Hasil produk atau output yang dihasilkan di akhir proses adalah dikategorikan
sebagai jenis keluaran. Biasanya jenis keluaran atau produk yang dihasilkan oleh
IKS tidak memerlukan kecanggihan teknologi yang terlalu tinggi sepertimana
yang diguna pakai oleh perusahaan-perusahaan berat. Produk yang dihasilkan
juga bertujuan untuk mengeluarkan dan menyediakan barang keperluan harian
penduduk setempat khususnya . Misalnya IKS yang menghasilkan barangan
keperluan harian masyarakat ialah industri makanan, industri kraftangan, industri
tekstil, industri perabot, industri berasaskan getah dan plastik. Sementelahan itu,
5

IKS turut mengeluarkan barangan alat gantian dimana ia berperanan untuk


menyokong industri besar. Sebagai contoh, komponen-komponen kenderaan
seperti nat, skru, tayar kereta dan kusyen.
4.2 Modal
Secara umumnya, rata-rata tokoh dan organisasi berkaitan telah memberikan
takrifan bahawa IKS merupakan sebuah organisasi yang mempunyai pekerja
sepenuh masa dalam lingkungan 50 orang dan tidak melebihi 150 orang pada
sesuatu masa serta modal yang dilaburkan ke atas perniagaan tersebut tidak
melebihi RM25 juta. Jenis pemilikan IKS juga selalunya terdiri daripada syarikat
sendirian berhad, hasil perkongsian bersama individu dan pemilikan tunggal.
Penggunaan modal yang terhad telah menyebabkan kebanyakkan modal
diperoleh daripada pinjaman ahli keluarga. Hal ini disebabkan urusan pinjaman
bank sukar diperoleh dek kerana pengusaha IKS tidak mempunyai jaminan dan
rekod kewangan yang lengkap serta kukuh untuk dijadikan sebagai bukti kepada
pihak bank. Namun demikian, tahun demi tahun IKS telah diberi perhatian oleh
pihak kerajaan dimana pelbagai kemudahan pinjaman disediakan oleh institusi
kewangan kerajaan, bank komersial, syarikat kewangan dan skim khas bank
negara. Insentif turut diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Kementerian
Pertanian dan Industi Asas Tani (MOA) dan Kementerian Kemajuan Bandar dan
Wilayah (KPLB) kepada para pengusaha IKS tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditetapkan.
4.3 Organisasi
Organisasi yang dibentuk dalam perusahaan Industrin Kecil Sederhana (IKS)
lebih mudah dan tidak serumit perusahaan besar dimana sistem pentadbirannya
adalah berskala kecil dan kurang birokratik. Pengkhususan dan pembahagian
kerja tidak dipraktikkan sepenuhnya, bercorak tidak formal dan hampir
keseluruhan kakitangan yang terlibat terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara
dan jiran tetangga.
4.4 Lokasi
Perletakan lokasi IKS biasanya berhampiran dengan kawasan perumahan,
pinggir bandar dan desa-desa. Dalam kata yang mudah, lokasi IKS terdapat di
kebanyakkan kawasan kerana untuk menubuhkannya tidak serumit perusahaan
6

besar dan tidak memerlukan modal yang begitu besar. Bahkan kebergantungan
kepada peralatan teknologi yang canggih juga kurang dan perusahaan masih
boleh terus beroperasi dengan menggunakan kepakaran tenaga guna manusia.

4.5 Ciri Tenaga Pekerja


Taraf pendidikan yang formal rendah seperti boleh membaca dan mengira dan
kurang bertauliah sudah memadai untuk menjadi pekerja IKS. Oleh yang
demikian bayaran gaji yang diperolehi juga adalah rendah kerana kemahiran
yang dimiliki juga terhad setimpal dengan gaji yang diberikan. Kebanyakkan
golongan surirumah tangga di kawasan kampung atau desa gemar menceburkan
diri dalam perusahaan IKS. Bagi golongan ini bayaran yang diperolehi cukup
untuk menampung perbelanjaan harian disamping mengisi masa senggang
mereka. Bilangan pekerja sepenuh masa IKS juga selalunya tidak melebihi 150
orang dalam satu masa.
4.6 Jenis Teknologi Pengeluaran
Dek kerana tahap teknologi pengeluaran IKS yang rendah maka perusahaan ini
tidak bergantung sepenuhnya kepada fungsian mesin robotik kerana organisasi
ini masih utuh menggunakan khidmat tenaga manusia. Automasi juga kurang
diamalkan kerana masih menggunakan teknik dan peralatan tradisional dengan
dilakukan sedikit pembaharuan. Akhir sekali reka bentuk keluaran sesuatu
produk masih dikekalkan sepertimana ia mula-mula dihasilkan ekoran
mengalami kesukaran dalam proses pengubahsuaian selain aspek penyelidikan
dan pembangunan (R&D) tidak diaplikasikan.

5.0SUMBANGAN SEKTOR INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)


KEPADA

PEMBANGUNAN

EKONOMI

SETEMPAT

ATAU

WILAYAH
Seperti yang telah diterangkan di atas, Industri Kecil Sederhana (IKS)
melibatkan banyak bidang seperti makanan, tekstil, kraftangan, perabot dan alat
gantian. Maka jumlah tenaga kerja yang diperlukan untuk menggerakkan IKS ini juga
dalam kuantiti yang ramai. Oleh itu penggusaha IKS akan menggaji ramai tenaga
kerja untuk mengendalikan operasi pengeluaran produk di premis mereka. Disini
dapat kita lihat bahawa IKS berupaya untuk membantu meningkatkan ekonomi
komuniti setempat khususnya di kawasan luar bandar. Nurulhuda (2006) menyatakan
sektor IKS banyak memberikan impak yang positif kepada pembangunan ekonomi
negara misalnya dengan pengenalan konsep Satu Kampung Satu Produk.
Konsep Satu Kampung Satu Produk ini merupakan salah satu strategi di
bawah Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Pihak FELCRA Berhad telah dilantik
secara rasminya sebagai agensi pelaksana dalam program ini dimana ia berfungsi
dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), aktiviti pemasaran produkproduk usahawan desa, pembinaan kilang-kilang kecil daerah dengan berfokus kepada
mengkomersialkan produk IKS ini. Abdul Halim Hafiz, 24 tahun dan Rosnaini
Bustam 38 tahun berkata dengan penubuhan kilang ia telah banyak membantu para
pengusaha IKS untuk memproses dan menyimpan produk makanan yang
dikomersialkan malah dalam pada masa yang sama kemudahan mesin yang lengkap
turut melengkap melancarkan operasi pengeluaran produk mereka (mStar, 2007).
Antara contoh IKS berkaitan makanan yang telah dilakukan ialah proses membuat
makanan sejuk beku (karipap, samosa, bergedil, donut, pau dan satay), kuih bahulu,
sos tomato, keropok kering dan pelbagai jenis kerepek.

Dengan kewujudan kilang-kilang IKS ini ia berupaya mewujudkan peluang


pekerjaan , mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan menjana modal tambahan kepada
golongan yang memerlukannya di kawasan luar bandar khususnya. IKS di kawasan
luar bandar mampu memberi peluang pekerjaan kepada golongan surirumah , remaja,
orang kurang upaya (OKU) dan pesara disamping menjana sumber pendapatan
sampingan. Perusahaan kilang pelbagai jenis kerepek misalnya sudah tentu
memerlukan tenaga kerja yang ramai kerana mempunyai pelbagai peringkat proses
untuk menyiapkan sebungkus kerepek. Bermulalah dari proses mengupas ubi,
menggoreng, membungkus dan melabel produk tersebut.
Apa yang dapat diperkatakan disini ialah penubuhan sebuah IKS disesebuah
kawasan mampu menjadi pemacu kepada peningkatan pencapaian ekonomi global
dan mengurangkan kadar kemiskinan di negara membangun ( Singh & Belwal ).
Dalam erti kata yang mudah, perusahaan IKS boleh dikategorikan umpama sambil
menyelam minum air kerana ia bukan sahaja mengguntungkan komuniti setempat
malah manangani isu pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya.
Sumbangan sektor IKS yang seterusnya kepada pembangunan ekonomi
setempat atau wilayah ialah membantu meningkatkan sektor pelancongan negara
sekaligus memperkenalkan Malaysia di persada antarabangsa. Umum mengetahui
bahawa Malaysia kaya dengan sumber khazanah alam semulajadi yang mana telah
banyak menarik minat pelancong asing. Ramai pelancong asing khususnya dari
negara Eropah gemar menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.Ini
kerana Malaysia kaya dengan panorama pantai yang bersih dan cantik seperti Pulau
Beras Basah (Pulau Langkawi, Kedah), Batu Feringghi (Pulau Pinang), taman negara
Endau-Rompin (Pahang) dan taman negara Bako ( Sarawak ) hutan simpan Royal
Belum ( Perak ) dan hutan simpan Paya Laut Matang ( Perak).

Selain terkenal dengan panorama dan pemandangan yang cantik,

alam

semulajadi ini juga kaya dengan barangan hutan, rotan dan tikar mengkuang. Selain
itu terdapat juga IKS yang menghasilkan perusahaan membuat tembikar, labu sayong,
batik dan songket. Secara tidak langsung pengusaha IKS telah berjaya
9

mempromosikan identiti dan jati diri negara kepada masyarakat luar. Para pelancong
pula tidak lokek untuk membelanjakan wang dalam kuantiti yang banyak semata-mata
untuk mendapatkan kraftangan ini kerana nilainya yang tinggi dan tidak dapat
diperolehi di negara mereka. Dengan adanya aktiviti jualan ini maka berlakulah
pengaliran mata wang asing dalam sistem ekonomi negara dimana ia berupaya
meningkatkan sumber pendapatan negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK).
Industri Kecil Sederhana (IKS) turut berperanan meningkatkan sektor
ekonomi pertanian, perhutanan dan perikanan dimana sektor ini membekalkan sumber
bahan mentah kepada perusahaan IKS berkaitan. Sebagai contoh kilang membuat sos
cili memerlukan bekalan cili hidup, kilang ubat-ubatan tradisional memerlukan herba
kayu dari hutan dan bekalan ikan segar untuk perusahaan keropok. Oleh itu, para
pembekal yang rata-ratanya terdiri dari golongan petani, orang asli (memungut hasil
hutan) dan nelayan tidak perlu bersusah payah untuk mencari pembeli dan meraih
keuntungan yang tinggi secara berterusan.
Disamping itu sumbangan sektor IKS kepada pembangunan ekonomi setempat
atau wilayah ialah sebagai pengantara atau medium dalam memperkukuhkan asas
industri negara dan hubungjalin dengan firma gergasi. Peningkatan IKS terutamanya
di kawasan pendalaman membantu mengukuhkan struktur pembangunan industri
negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa IKS berfungsi sebagai pengantara di mana
ia mampu mengurangkan peranan syarikat-syarikat antarabangsa disamping menjadi
industri pelengkap demi memenuhi keperluan dan pembangunan industri negara.
Bahkan penglibatan IKS yang aktif dalam setiap sektor mampu memberi jaminan dan
tidak memberi kesan sekiranya terdapat pengunduran ataupun penarikan operasi serta
pelaburan dari firma antarabangsa.

Dalam pada masa yang sama

kemampuan perusahaan IKS yang mampu

menghasilkan produk barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat gergasi turut
menguntungkan para pengusaha. Ini kerana IKS mendapat hak sepenuhnya dalam
membekalkan barangan seperti barangan makanan, pakaian dan alatan perabut kepada
pengguna dalam negeri tanpa mendapat saingan yang besar. Malahan IKS juga
menyumbang kepada pembekalan produk yang dapat memenuhi keperluan harian
bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tanpa membebankan
10

mereka. Misalnya dalam produk makanan, logam, peralatan plastik dan getah, pakaian
dan peralatan perabut. Kedai-kedai seperti Hari-Hari, Happy Home dan Pasar Borong
Longwan merupakan antara premis yang menawarkan harga yang rendah kepada
pelanggannya.
Akhir sekali, sumbangan sektor IKS kepada pembangunan ekonomi setempat
dan wilayah ialah tabungan dalam ekonomi dan pengagihan pendapatan dalam
kalangan penduduk. Ini kerana rata-rata pengusaha IKS mendapat modal hasil
sumbangan oleh ahli keluarga atau kawan-kawan. Besar kemungkinan sekiranya
wang modal tersebut tidak dilaburkan dalam perusahaan IKS ia akan dilaburkan
dalam perbelanjaan yang lain. Kesan daripada pelaburan IKS ini mampu
meningkatkan kadar simpanan penduduk dalam negara dan meminimumkan kadar
kenaikan inflasi.
Tambahan lagi sumbangan sektor IKS kepada pembangunan

ekonomi

setempat atau wilayah adalah melibatkan pengagihan pendapatan dalam kalangan


penduduk. Dalam erti kata yang mudah wujud ketidakseimbangan dalam pengagihan
pendapatan dimana firma besar lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan , gaji,
faedah dan kebajikan sosial seperti kesihatan kepada sebilangan kecil pekerja berkolar
putih. Ini menunjukkan bahawa timbul ketaksamarataan hak yang ditawarkan oleh
premis antarabangsa kepada golongan berkolar putih. Namun dengan wujudnya
penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam organisasi IKS dipercayai mampu
menangani masalah ketidaksamaan jurang pendapatan penduduk. Ini kerana ia dapat
menggalakkan pendapatan yang lebih ketara berbanding dengan kewujudan struktur
pendapatan dan gaji yang ditawarkan oleh syarikat yang bertaraf antarabangsa.

6.0KESIMPULAN
Berdasarkan penjelasan dan pandangan yang dikemukakan mengenai IKS seperti di
atas, dapat kita rumuskan bahawa Industri Kecil Sederhana (IKS) merupakan semua
perusahaan perkilangan atau syarikat yang mempunyai modal di antara diantara RM500, 000
sehingga RM25juta dengan bantuan tenaga guna manusia tidak melebihi seramai 150 orang.
Teknologi yang diguna pakai dalam menghasilkan sesuatu produk juga tidak bergantung
sepenuhnya kepada teknologi robotik sebaliknya sumber tenaga manusia.

11

Selain itu IKS merupakan salah satu komponen penting dalam sektor ekonomi untuk
terus memastikan kelancaran operasi sektor perkilangan dan perindustrian. Hal ini dapat
dilaksankan sekiranya kerjasama yang padu antara penduduk setempat dengan pengusaha
IKS mampu dipupuk untuk mendapatkan hasil yang lumayan pada masa akan datang.
Bahkan usaha dan perancangan dari pihak kerajaan perlu selaras dengan kesungguhan para
pengusaha IKS dalam memastikan masa depan perusahaan IKS di sesebuah kawasan.
Selain itu, jenis kegiatan IKS dan ciri industri kecil sederhana turut dinyatakan dalam
penulisan ilmiah ini. Ciri tersebut merangkumi jenis keluaran, modal, organisasi perusahaan,
lokasi, ciri tenaga pekerja dan jenis teknologi pengeluaran. Dalam pada masa yang sama
bantuan modal dan sokongan daripada pihak kerajaan masih lagi diperlukan

dalam

memastikan kejayaan IKS di kawasan luar bandar khususnya. Ini kerana pengusaha IKS
seringkali mengalami kesukaran dalam mendapatkan pinjaman dek kerana karenah birokrasi.
Oleh yang demikian, bantuan dan polisi dasar berkaitan IKS yang sedia ada dilaksanakan
oleh agensi bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
perlu diteruskan disamping dilakukan beberapa penambaikan demi pembangunan ekonomi.
Di samping itu penulisan ilmiah ini turut membincangkan mengenai sumbangan
sektor IKS kepada pembangunan ekonomi setempat atau wilayah. Salah satu sumbangan IKS
ialah

membuka peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi setempat selain

mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

IKS juga merupakan pemacu kepada peningkatan ekonomi di peringkat global apabila
aktiviti mengeksport produk IKS seperti kraftangan rotan, makanan ( belacan dan kerepek )
telah meningkat tahun demi tahun permintaannya . Sebagai contoh pelbagai jenis kerepek
telah dieksport ke negara Brunei. Dalam pada masa yang sama, IKS berperanan dalam
meningkatkan peratusan sektor pelancongan negara dan ini telah menyebabkan kemasukan
aliran mata wang asing yang seterusnya meningkatkan Keluaran Dalam
(KDNK).

Seterusnya IKS

Negara Kasar

mampu mengembangkan sektor pertanian, perhutanan dan

perikanan dengan adanya permintaan secara berterusan dari pengusaha IKS. Akhir sekali,
IKS berfungsi sebagai asas atau tapak kepada pengukuhan sektor industri negara.
12

7.0LAMPIRAN

13

Jadual 1 : Sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


dalam sektor perkilangan antara tahun 1975 hingga 1994

Gambar 2.0 : Antara sebahagian produk makanan keluaran IKS di pasaran

14

Gambar 3.0: Contoh IKS berasaskan barangan


tembikar labu sayong yang telah dikomersialkan di
Perak.

Gambar 4.0: Barangan IKS berasaskan logam

Gambar 5.0: Salah sebuah bank yang memberikan pinjaman wang kepada
pengusaha IKS di Malaysia

Gambar 6.0: Sebuah15lagi bank tempatan yang


menyediakan pinjaman dan skim untuk pengusaha
IKS

Gambar 7.0 : Saifudin Mohd Kadak salah seorang


pengusaha IKS dalam perusahaan kraf tangan kayu di
kampung Parit Bugis, Muar

16

Gambar 8.0 :Inisiatif kerajaan dalam memartabatkan IKS dalam


kalangan golongan mahasiswa dan mahasiswi

Gambar 9.0 : Ganjaran oleh pihak kerajaan kepada usahawan


yang berinovatif sebagai pembakar semangat

17

18

You might also like