You are on page 1of 25

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HGG 355 ANALISIS WILAYAH DAN SETEMPAT

TAJUK

:
DENGAN MERUJUK KEPADA TEORI
PUSAT PERTUMBUHAN, BINCANGKAN
BAGAIMANA
PERKEMBANGAN
INDUSTRI
DI
WILAYAH
LEMBAH
KLANG
ATAU
WILAYAH
DI
ZON
PERDAGANGAN BEBAS NEGERI PULAU
PINANG DIJELASKAN

NAMA

: SALMAH BINTI MUSTAFA

NO. MATRIK

: 118557

NO. PENGENALAN

: 930629-10-6226

PENSYARAH

: PROFESOR MADYA DR. NORIZAN BIN MD NO

1.0 PENDAHULUAN
Proses perbandaran yang berlaku selepas kemerdekaan Negara dikaitkan dengan
penumpuan pelaburan ekonomi untuk pembangunan bandar-bandar utama. Pembangunan
bandar-bandar ini akan menarik pelabur-pelabur luar untuk melakukan pelaburan dan
menapak di bandar tersebut kerana mendapat kemudahan dan keuntungan ekonomi luaran.
Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakkan bandaraya besar seperti London, Paris, New York
Tokyo, Chicago dan Dublin merupakan pusat perindustrian utama (Katiman Rostam, 1988).
Menurut Christofakis dan Papadaskalopoulos (2011) juga, strategi pembangunan wilayah
adalah syarat utama untuk kejayaan pelaksanaan program serantau. Satu elemen penting
dalam membangunkan strategi ini adalah memilih corak pembangunan wilayah dan
tempatan. Di peringkat antarabangsa terdapat dua model dominan yang digunakan iaitu
model kutub pertumbuhan dan model integrasi pembangunan dalaman (Cristina et.al 2015).
Teori kutub pertumbuhan turut dikenali sebagai teori pusat pertumbuhan yang
diperkenalkan oleh Francois Perroux telah digunakan di seluruh Negara membangun
termasuklah Malaysia. Menurut Perroux (1961), mengatakan bahawa konsep kutub
pertumbuhan diperkenalkan pada tahun 1950 merupakan doktrin struktur pembangunan
wilayah. Beliau mentakrifkan kutub pertumbuhan sebagai set unit yang membawa kepada
persekitaran yang mapan atau set unit yang membawa kesan limpahan ke atas perhimpunan
yang ditakrifkan dalam ruang ekonomi dan geografi (Cristina et.al 2015). Teori Kutub
Pertumbuhan juga merujuk kepada vektor daya ekonomi yang menarik daya memusat
(Hasnah Ali, 1991).
Menurut Hite (2004), kutub pertumbuhan adalah model perancangan wilayah dan
industri untuk "set lokasi pengembangan industri yang terletak di kawasan bandar dan
mendorong pembangunan aktiviti ekonomi di seluruh zon berpengaruh". Ia adalah hasil
daripada ekonomi aglomerasi dari berskala besar di dalam sebuah industri yang dinamik atau
sektor yang berfungsi sebagai "enjin" untuk

pembangunan, mewujudkan rantaian ke

belakang dan kehadapan (forward and backward linkages) bagi menggalakkan pengeluaran
dan penggunaan yang pelbagai untuk penduduk tempatan di bandar yang semakin meningkat
dan juga pertumbuhan lain di seluruh kawasan pusat ini (Elbieta Wojnicka-Sycz, 2013).
Strategi kutub pertumbuhan merupakan amalan dasar di peringkat antarabangsa. Namun,

negara perindustrian dan negara membangun turut menggunakan konsep kutub pertumbuhan
pada bandar, wilayah dan perancangan pembangunan negara (Christofakis.M et.al 2011). Ini
dapat dibuktikan apabila Malaysia turut mengamalkan teori kutub pertumbuhan dengan
mewujudkan insentif letakan industri di Malaysia yang bertujuan membina pusat
pertumbuhan yang mengagihkan penduduk dan kegiatan industri dari kawasan pusat
bandaraya (Hasnah Ali, 1991). Jelaslah pembangunan suatu wilayah memainkan peranan
besar untuk menjayakan perlaksanaan strategi serantau seperti perlaksanaan teori kutub
pertumbuhan yang merujuk proses pembangunan ekonomi yang mengalakkan pertumbuhan
industri secara aglomerasi di suatu kawasan bandar yang akan menjana aktiviti ekonomi di
wilayah tersebut.
Proses pembandaran yang pesat yang berlaku di sekitar wilayah metropolitan di Asia
Tenggara termasuk Malaysia dapat dilihat di kawasan Lembah Klang yang merupakan sebuah
kawasan metropolitan yang pesat berkembang (Katiman Rostam, 2006). Lembah Klang
merupakan salah satu wilayah bandar yang mempunyai hub perbandaran dan kawasan
persekitaran yang mempunyai pertalian hubungan melalui aktiviti ekonomi dan sosial [Rujuk
Lampiran 1]. Hab perbandaran ini adalah merupakan kawasan tepubina yang juga merupakan
pusat aktiviti ekonomi. Kawasan persekitaran adalah merupakan kawasan pengaruh hub
perbandaran (Draf RSN, 2015). Status lembah Klang sebagai wilayah bandar bersesuaian
dengan status Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dan paling maju
di Malaysia. Ini dapat dibuktikan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
(2013), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Selangor adalah yang tertinggi iaitu
RM 186,548 juta daripada keseluruhan nilai KDNK Malaysia iaitu RM 787,611 juta [Rujuk
Lampiran 2].
Proses pembandaran di wilayah Lembah Klang yang telah menjadikannya sebagai
wilayah metropolitan dan wilayah bandar telah menarik perhatian pelabur dalam menentukan
pemilihan lokasi pelaburan langsung asing (FDI) di wilayah tersebut. Wilayah lembah klang
termasuk Kuala Lumpur dan Sembilan majlis perbandaran iaitu Ampang Jaya, Kajang,
Klang, Petaling Jaya, Putrajaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya (Smart Cities
in Malaysia, 2011). Di kawasan Klang sahaja menunjukkan perindustrian membangun
dengan pesat [Rujuk Lampiran 3]. Pendekatan konsep pembangunan melalui wilayah bandar,
membolehkan bandar-bandar diberi pengkhususan fungsi-fungsi sama ada sebagai bandar
kediaman, bandar industri, bandar perkhidmatan perniagaan atau sebagai bandar pentadbiran.

Konsep ini sesuai untuk digunapakai bagi menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan
teknologi di mana wilayah bandar berperanan sebagai modus spatial untuk bersaing di dalam
pasaran ekonomi global bagi meningkatkan prestasi ekonomi dan pelaburan asing.
2.0 LATAR BELAKANG LEMBAH KLANG DAN PERKEMBANGANNYA
Negeri Selangor terletak di terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung
Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan
Negeri Sembilan di sebelah selatan. Terdapat sembilan daerah yang telah dibahagikan
mewakili negeri Selangor iaitu daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor,
Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Selangor diairi empat
lembangan sungai utama yang merupakan faktor asas petempatan awal masyarakat iaitu
lembangan Sungai Klang, Sungai Langat, Sungai Bernam dan lembangan Sungai Selangor.
Selepas Majlis Mesyuarat Negeri bersidang pada 11 Jun 1877 dan 25 Jun 1877, pemerintahan
Negeri Selangor telah berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur pada Mac 1880. Namun
selepas kemerdekaan, satu perjanjian telah dilakukan antara Kerajaan Negeri Selangor
dengan Persekutuan Malaysia bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1
Februari 1974. Oleh itu, Shah Alam telah dipilih sebagai Ibu Negeri Selangor menggantikan
Kuala Lumpur. Sebelum kemerdekaan, Lembah Klang merupakan kawasan menjalankan
kegiatan pertanian dan perlombongan. Kini, Lembah Klang menjadi kawasan pemusatan
kegiatan ekonomi yang Kuala Lumpur terletak ditengah-tengahnya Negeri Selangor (Portal
Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, 2015).
Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras
perancangan dan pembangunan perbandaran. Pembangunan perbandaran dijalankan untuk
memastikan pembangunan ekonomi bandar yang kukuh, dinamik dan berdaya saing, sistem
pengangkutan bandar yang bersepadu dan efisien, penyediaan perkhidmatan bandar,
infrastruktur dan utiliti yang berkualiti, pewujudan persekitaran kehidupan bandar yang
sejahtera dan beridentiti dan tadbir urus bandar yang efektif (DPN, 2006). Sebagai contoh,
Wilayah Lembah Kelang mengalamai proses pembandaran yang pesat sehingga di kenali
sebagai Wilayah Metropolitan. Terkini, Lembah Klang merupakan salah satu wilayah bandar
yang mempunyai hub perbandaran dan kawasan persekitaran yang mempunyai pertalian
hubungan melalui aktiviti ekonomi dan sosial melalui Program Greater Kuala Lumpur (Draf
RSN, 2015)

Lembah Klang yang dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur atau Klang Valley
adalah aglomerasi bandar yang mengalami pertumbuhan bandar metropolitan yang paling
cepat di dalam Malaysia (Harm J. de Blij, 2015). Berdasarkan Utusan Malaysia, Datuk Seri
Mohamad Hasan menyatakan bahawa Greater Kuala Lumpur ini merupakan usaha
perkongsian pintar antara kerajaan negeri dengan Persekutuan agar pembangunan menyempit
di Lembah Klang dapat diperluaskan ke negeri ini di bawah gugusan Lembah Klang (Ainol
Amriz Ismail, 2015).
Wilayah Lembah Klang ini merangkumi bandar raya Kuala Lumpur dan Sembilan
majlis perbandaran lain yang terdiri daripada majlis perbandaran Ampang Jaya, Kajang,
Klang, Petaling Jaya, Putrajaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya. Penduduk di
wilayah ini kira-kira 8 juta orang dan 40% daripada KDNK negara diperolehi daripada
wilayah Lembah Klang ini (Smart Cities in Malaysia, 2011). Selain itu, Lembah Klang
merupakan salah satu konburnasi Kuala Lumpur. Oleh itu pertumbuhan aktiviti perbandaran
akan ditumpukan di dalam konurbasi ini. Berdasarkan Jabatan Penerangan Malaysia (2010),
bandar Petaling Jaya merupakan bandar satelit pertama kepada Kuala Lumpur dirancang
untuk menampung pertumbuhan penduduk. Bandar petaling jaya ini juga dirancang untuk
menempatkan kawasan perindustrian yang dapat menjana pekerjaan kepada penduduk.
(Junaidi Awang Besar et.al 2014).
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan utama KDNK negeri adalah
daripada sektor perkhidmatan (58.3%) diikuti oleh sektor pembuatan (31.5%) pada tahun
2012 (Draf RSN, 2015). Berdasarkan Rancangan Fizikal Negara, Negeri Selangor memberi
penekanan kepada sektor industri perkhidmatan dan industri pembuatan yang terpilih dengan
keutamaan

diberikan

kepada

industri

penyelidikan

dan

teknologi

hijau

dengan

menggunapakai strategi pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3)


untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan
perkhidmatan (Draf RSN 2035, 2015).
Wilayah Lembah Klang terkenal dengan kegiatan perindustrian. Sebagai contoh,
perkembangan industri barangan elektrik dan elektronik bermula di Pulau Pinang dan
Lembah Klang sejak tahun 1970-an (Nooriah Yusof, 2011). Ini dapat dibuktikan di Shah
Alam sebagai bandar perindustrian menjadi pilihan ribuan kilang multi-nasional yang
beroperasi mengeluarkan produk untuk pasaran antarabangsa. Sebagai contoh perindustrian
barangan elektrik dan elektronik mendominasi kawasan perindustrian Shah alam (Bandar

Perindustrian Moden, 2015). Lembah Klang juga mempunyai kluster ibu pejabat tempatan
elektrik dan elektronik tempatan seperti Khind. Kini, Berdasarkan Program Tranformasi
Ekonomi, Lembah Klang hanya diberi tumpuan dalam pembuatan nilai ditambah yang tinggi,
reka bentuk dan jualan dan operasi perkhidmatan sahaja. Tapak perkilangan harus digunakan
untuk pembuatan bernilai tambah tinggi yang kompleks dan perlu berhampiran pinggir
Lembah Klang, contohnya di Taman Sains Selangor (ETP PEMANDU, 2013).

3.0 HUBUNGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI DI WILAYAH LEMBAH KLANG


DAN TEORI KUTUB PERTUMBUHAN.

Perkembangan Wilayah Lembah Klang selaras dengan teori kutub pertumbuhan


yang merupakan teori yang dihasilkan oleh Perroux yang berpendapat bahawa asas reruang
seperti pertumbuhan tidak wujud pada semua tempat dan tidak terjadi serentak. Hal ini
demikian kerana wilayah pinggir Lembah Klang seperti Hulu Langat kurang maju
berbanding wilayah Lembah Klang yang terdiri daripada bandar raya Kuala Lumpur dan
Sembilan majlis perbandaran lain yang terdiri daripada majlis perbandaran Ampang Jaya,
Kajang, Klang, Petaling Jaya, Putrajaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya.
Jelaslah menunjukkan pertumbuhan tidak terjadi secara serentak pada setiap wilayah.
Boundeville secara khusus merumuskan kutub pertumbuhan wilayah sebagai suatu set
industri di dalam kawasan bandar yang berkembang dan seterusnya menggalakkan
perkembangan kegiatan ekonomi di zon pengaruhnya (Glasson.J 1978). Kewujudan Dasar
Pembandaran Negara telah menyebabkan Lembah Klang mengalami proses pembandaran
sehingga dikenali sebagai Bandar Metropolitan selaras dengan jumlah penduduk di wilayah
ini kira-kira 8 juta orang dan 40% daripada KDNK negara diperolehi daripada wilayah
Lembah Klang ini (Smart Cities in Malaysia, 2011). Petaling Jaya merupakan salah satu
bandar Lembah Klang yang telah dibuka pada tahun 1952 bertujuan untuk memindahkan
penduduk ke kawasan baru. Ini dapat dibuktikan berdasarkan Jabatan Penerangan Malaysia
(2010), Petaling Jaya merupakan bandar satelit pertama kepada Kuala Lumpur yang
dirancang untuk menampung pertumbuhan penduduk (Junaidi Awang Besar et.al, 2014).
Selain itu, bandar Petaling Jaya ini juga dirancang untuk menempatkan kawasan
perindustrian. Selain daripada Petaling Jaya, bandar-bandar lain seperi Bandar Klang dan
Shah Alam juga menunjukkan berlakunya perkembangan perindustrian yang menggalakkan
kegiatan ekonomi di di wilayah Lembah Klang. Kini, Lembah Klang menjadi kawasan
pemusatan kegiatan ekonomi yang Kuala Lumpur terletak ditengah-tengahnya Negeri
Selangor (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, 2015). Jelaslah bahawa kutub
pertumbuhan wilayah merujuk kepada set industri di dalam kawasan yang berkembang
seperti di Bandar Metropolitan Lembah Klang.
Menurut Glasson (1978), konsep kutub pertumbuhan dapat difahami melalui konsep
industri utama dan firma pendorong, dari segi geografi iaitu faktor pemilihan lokasi industri
di pusat tumpuan di wilayah tertentu, kelebihan ekonomi bidangan dalaman dan luaran akibat
pertumbuhan industri utama (pertumbuhan yang mendorong) akan mendorong pengutuban
unit-unit ekonomi yang lain kedalam kutub pembangunan dan akhir sekali konsep kesan

penyebaran iaitu kualiti penggerak kutub pertumbuhan yang dinamik akan tersebar keluar
ruang sekitarnya. Konsep kutub pertumbuhan yang dinyatakan oleh Glasson (1978) ini dapat
dijelaskan melalui perkembangan perindustrian di wilayah Lembah Klang. Menurut
Kamarudin dan Rahmat Azam (1991), konsep industri utama dan firma pendorong dapat
dirujuk sebagai firma yang mempunyai paras teknologi yang tinggi, maju dan mempengaruhi
perkembangan kawasan. Firma pula mempunyai keupayaan untuk menggerakkan
perkembangan kawasan (Yazid Saleh et.al, 2011). Proses industrialisasi di Malaysia telah
dilaksanakan selepas kemerdekaan kerana ketidakupayaan sektor pertanian yang tidak
menentu menyebabkan strategi perindustrian diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi
ekonomi negara. Sektor perindustrian barangan elektrik dan eletronik merupakan
penyumbang utama dan terbesar kepada sektor perindustrian pembuatan di Malaysia
(Nooriah Yusof, 2012). Perubahan struktur alam industri elektrik dan elektronik yang
mencatat pertumbuhan pesat pada 2002 kerana permintaan yang berterusan terhadap
barangan semikonduktor dan komponen elektrik menunjukkan aliran memberangsangkan ke
arah projek yang mempunyai nilai ditambah dan berteknologi tinggi serta menggunakan
tenaga kerja yang berkemahiran tinggi (RMK-9). Oleh itu, industri barangan elektrik dan
elektronik yang bermula di Lembah Klang pada tahun 1970-an secara langsung akan
mempengaruhi KDNK negeri dan perkembangan di kawasan wilayah tersebut kerana
melibatkan aliran masuk pelaburan asing. Ini telah mendorong banyak firma yang
mengeluarkan barangan elektrik dan elektronik memilih lokasi tersebut sebagai tapak
pengilangan. Buktinya, terdapat banyak pengeluar barangan elektrik dan elektronik seperti
Panasonic, Sharp dan Khind.
Menurut Hurst (1974), terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi letakan industri di
suatu kawasan iaitu pengaruh bahan mentah, pengaruh pasaran, pengaruh kos pemindahan,
pengaruh kos sumber tenaga, pengaruh faktor-faktor pengeluaran, pengaruh aglomerasi, dasar
kerajaaan dan faktor lain seperti bekalan kerajaan dan kawasan galakan jualan (Katiman
Rostam, 1988). Namun Menurut Rondinelli (2001), kawasan metropolitan yang dinamik dan
mempunyai kelebihan daya saing yang tinggi adalah kawasan metropolitan yang memiliki
tenaga manusia yang kompetan dan berkemahiran tinggi, menawarkan kemudahan
infrastruktur yang moden dan cekap serta rangkaian telekomunikasi yang canggih, kualiti
hidup yang tinggi, persekitaran inovasi dan kreativiti yang tinggi dan fleksibiliti dalam
institusi awam dan swasta yang membolehkan ekonomi tempatan membuat penstrukturan
semula dan pengubahsuaian yang cepat kepada perubahan global (NooriahYusof, 2008).

Dalam zaman moden, muncul bandar-bandar perindustrian yang berasaskan bahan mentah
atau tenaga tempatan yang terletak di kawasan berhampiran pusat perlombongan atau
pembersihan (Katiman Rostam, 1988). Sebagai contoh, Shah Alam sebagai bandar
perindustrian menjadi pilihan ribuan kilang multi-nasional yang beroperasi mengeluarkan
produk untuk pasaran antarabangsa. Sebagai contoh perindustrian barangan elektrik dan
elektronik mendominasi kawasan perindustrian Shah alam (Bandar Perindustrian Moden,
2015).
Sebelum Kemerdekaan, Lembah Klang merupakan kawasan menjalankan kegiatan
pertanian dan perlombongan. Perkembangan pesat Lembah Klang berubah lagi apabila
landasan kereta api dibina pada tahun 1892 yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port
Swettenham (Pelabuhan Klang) (Raine & Horne, 2014). Namun, struktur kegiatan ekonomi
Malaysia mula beralih pada sektor ketiga iaitu sektor perindustrian pada tahun 1984 apabila
sektor ini merupakan penyumbang utama KDNK negara. Hal ini demikian kerana pada
Rancangan Malaysia Ke-5, kerajaan telah melaksanakan strategi untuk meningkatkan
peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan)
dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong
persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan (Portal Jabatan Penerangan, 2008).
Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan
industri terutamanya industri yang berorientasikan eksport (RMK-5). Sejak strategi
perindustrian berorientasikan eksport diperkenalkan, pelaburan langsung asing (PLA) telah
dikenal pasti sebagai mekanisme penting dalam pembangunan industri di negara ini. Sejak
pengenalan Ordinan Industri Perintis pada tahun 1958, diikuti oleh Akta Galakan Pelaburan
1968 dan Akta Zon Perdagangan Bebas pada tahun 1971, penyertaan modal asing dalam
sektor perindustrian pembuatan semakin penting (Nooriah Yusof, 2012). Dasar Kerajaan ini
telah melancarkan pemilihan lokasi di suatu wilayah termasuk di Lembah Klang.
Pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandar-bandar baru
juga diberi penekanan untuk menggalakkan perindustrian (RMK 5). Ini dapat dilihat apabila
Lembah Klang mengalami proses pembandaran yang pesat. Buktinya, corak perbandaran
semasa menunjukkan Wilayah Lembah Klang terus berperanan sebagai pusat pembangunan
utama melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) iaitu The Greater Kuala Lumpur atau
Klang Valley merupakan satu lingkungan kawasan yang akan berfungsi sebagai pemacu
pertumbuhan ekonomi negara dengan menjadi pusat pintu masuk pembangunan dan

pelaburan berimpak tinggi (Draf RSN, 2015). Pengangkutan merangkumi erti kata yang luas
iaitu termasuk jalan raya, jalan keretapi, jalan udara dan jalan laut (Glasson, 1978). The
Greater Kuala Lumpur atau Klang Valley menyediakan hubungan jaringan serantau dalam
memajukan sistem pengangkutan bagi menghubungkan kawasan berkenaan dan pada masa
yang sarna hubungan jaringan dalam bandar menerusi pelaksanaan Aliran Transit Massa
(MRT). Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 sebagai pusat
Transit Antarabangsa yang menghubungkan Lembah Klang dan Kuala Lumpur sebagai pintu
masuk dan pusat import dan eksport utama Malaysia. Pelabuhan Klang yang terletak di
sebelah Pantai Barat Semenanjung iaitu di Daerah Klang merupakan sebuah kawasan
pelabuhan yang terkenal sebagai pusat perdagangan dan perindustrian negara. Pelabuhan
Klang telah dijadikan pusat muatan negara dan pusat pindah kapal (transhipment hub)(Draf
RSN, 2015). Hurst (1974) menyatakan bahawa kemajuan pengangkutan akan memudahkan
perhubungan di sesebuah wilayah lalu mengurangkan kos pengangkutan dan memberi faedah
atau kelebihan bandingan luaran kerana dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan
kos pengeluaran firma (Katiman Rostam, 1988).
Selain itu, sistem telekomunikasi turut memainkan peranan dalam pemilihan lokasi
sesebuah industri. Rangkaian telekomunikasi Malaysia telah memperlihatkan perkembangan
dan penaikan taraf yang mengkagumkan dalam tempoh satu dekad yang lalu berikutan
kejayaan penswastaan Jabatan Telekomunikasi. Di bawah Rejim Laluan Samarata,
pelanggan-pelanggan telefon di Malaysia boleh memilih daripada lima penyedia
perkhidmatan rangkaian bagi berbagai perkhidmatan tempatan, domestik dan antarabangsa
yang merangkumi kemudahan-kemudahan suara dan data. Terdapat juga enam penyedia
perkhidmatan internet dan lima syarikat telekomunikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan
kemudahan rangkaian lain yang menyokong berbagai perkhidmatan domestik dan
antarabangsa. Malaysia dihubungkan dengan seluruh dunia yang lain melalui berbagai
konsortia optik gentian dan satelit seperti FLAG, SE-MA-WE, APCN, China-US, JapaneseUS, Measat dan Intelsat. Bagi menampung permintaan yang semakin bertambah untuk jalur
lebar, teknologi-teknologi pertengahan dan tahap tinggi seperti IDSL, IP, VPN dan ATM
sedang dipasang secara meluas di seluruh negara (MIDA, 2015). Namun, sejarah mulanya
infrastruktur telekomunikasi wujud dan dibangunkan tertumpu di kawasan bandar dan
pelabuhan. Ini kerana pembangunan infrastruktur telekomunikasi amatlah diperlukan
bertujuan memudahkan urusan pentadbiran, menyokong aktiviti ekonomi serta meninggikan
kecekapan dan produktiviti (Azlina Azm Etal, 2007).

Kerajaan turut memberi penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan


(R&D) serta pembangunan sumber manusia untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Hal ini
demikian kerana buruh dan sumber manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan
merupakan faktor penting dalam aktiviti ekonomi (United Nations 1999). The World
Competitiveness Report (1995) juga menggariskan kualiti sumber manusia seperti tenaga
buruh berkemahiran, berproduktiviti tinggi, taraf pendidikan serta kualiti pengurusan dan
perancangan program pembangunan sumber manusia sebagai salah satu faktor utama yang
boleh mempengaruhi kelebihan daya saing sesuatu kawasan atau negara (Nooriah Yusof et.al,
2008). Pelaburan dalam pendidikan tertiari dan perluasan peluang mendapatkan pendidikan
tinggi telah menjadi antara polisi utama dalam pembangunan wilayah di kebanyakan negara
termasuk Malaysia (Norain Mat Lazim et.al, 2012). Buktinya dapat dilihat apabila Kerajaan
telah membuat pelaburan yang besar di universiti awam dan memberi pengiktirafan kepada
lima buah universiti sebagai universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains
Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Uniteversiti Teknologi Malaysia. Hasilnya,
pada tahun 2014, 3.1 juta pekerja kini mempunyai ijazah iaitu peningkatan tiga kali ganda
dalam masa 16 tahun (Greater Kuala Lumpur, 2014). Di Lembah Klang merupakan kawasan
wilayah yang mempunyai palinag

banyak institusi pengajian tempatan dan asing yang

merupakan destinasi pelajar [Sila Rujuk Lampiran 4]. Berry dan Glaeser (2005) mendapati
kawasan bandar memiliki tahap modal manusia yang lebih tinggi kerana penduduk yang
berkemahiran dan berpengetahuan tinggi lebih tertarik ke kawasan bandar (Norain Mat
Lazim et.al, 2012). Ini dapat dibuktikan apabila lebih daripada satu pertiga daripada graduan
baru memulakan kerjaya mereka diwilayah ini (Greater Kuala Lumpur, 2014).
Kesemua faktor-faktor pemilihan lokasi ini akan menyebabkan pengusaha cenderung
untuk memilih wilayah tersebut sebagai lokasi perletakan industri untuk mendapatkan faedah
ekonomi bidangan dalaman dan luaran di wilayah tersebut (Katiman Rostam, 1988). Faedah
ekonomi bidangan dalaman diperolehi apabila firma atau industri menjalankan pengkhususan
dalam aktiviti pengeluaran. Menurut Hurst (1974), pengkhususan pekerjaan akan
menghasilkan mutu kerja dan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti kerana
meningkatkan kecekapan pekerja dan dapat meminimumkan kos pengeluaran dan
memaksimumkan keuntungan. Manakala Faedah ekonomi bidangan luaran diperolehi apabila
terdapat kemudahan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya dan jaringan pengangkutan,
kemudahan institusi kewangan, mudah mendapatkan bekalan tenaga buruh yang mahir,
kemajuan teknologi maklumat dan sebagainya. Melalui ekonomi luaran, industri cenderung

untuk terletak setempat. Jelaslah menunjukkan bahawa faktor-faktor ini akan menyebabkan
berlakunya pengelompokan industri di kawasan tertentu terutama di zon perindustrian
bandar-bandar besar (Katiman Rostam, 1988). Hite (2004) turut mengatakan kutub
pertumbuhan adalah model perancangan wilayah dan industri untuk set lokasi pengembangan
industri yang terletak di kawasan bandar dan mendorong pembangunan aktiviti ekonomi di
seluruh zon berpengaruh iaitu hasil daripada aglomerasi. (Elbieta Wojnicka-Sycz, 2013).
Antara aglomerasi industri di kawasan Wilayah Lembah Klang dapat dilihat di Daerah Shah
Alam yang terdapat pengelompokan industri barangan elektrik dan elektronik. Di Shah Alam
sahaja terdapat 8 buah kilang barangan elektrik dan elektronik jenama Panasonic. Pusat
Penyelidikan dan Pembagunan Panasonic terletak di Cyberjaya, Selangor (Panasonic Group
Companies in Malaysia). Selain itu, terdapat juga kilang barangan elektrik dan elektronik
jenama Sharp, Khind dan Flextronik. Di Shah Alam juga terdapat penumpuan industri
automotif multinasional sehingga wujudnya kilang automotif Malaysia iaitu Proton pada
tahun 1985 (Dasar Automotif Nasional, 2008).

Namun begitu, berdasarkan Program

Tranformasi Ekonomi (2015) iaitu Greater Kuala Lumpur atau KlangValley, Lembah Klang
akan diberi tumpuan kepada pembuatan nilai ditambah yang tinggi sahaja. Tapak perkilangan
harus digunakan untuk pembuatan bernilai tambah tinggi yang kompleks dan perlu
berhampiran pinggir Lembah Klang seperti di Taman Sains Selangor. Jelaslah menunjukkan
bahawa kelebihan ekonomi bidangan dalaman dan luaran akibat pertumbuhan industri utama
(pertumbuhan yang mendorong) akan mendorong pengutuban unit-unit ekonomi yang lain
kedalam kutub pembangunan.
Wilayah Lembah Klang sebagai bandar metropolitan mengalami pembangunan
ekonomi seperti pelaburan, perindustrian, peluang pekerjaan, pembangunan fizikal
infrastruktur seperti perumahan, sistem pengangkutan awam dan pembangunan sosial dan
utiliti seperti kemudahan pendidikan, bekalan air, elektrik, komunikasi dan ICT menarik
perhatian para pelabur sebagai faktor pemilihan lokasi industri di pusat tumpuan di wilayah
ini. Jelaslah menunjukkan Wilayah Lembah Klang merupakan lokasi perletakan industri yang
sesuai kerana memiliki dasar kerajaan yang menggalakkan kegiatan perindustrian,
kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, kemudahan telekomunikasi,
pelabuhan, pasaran dan aglomerasi perindustrian menyebabkan industri menikmati kelebihan
ekonomi bidangan dalaman dan luaran akibat pertumbuhan industri utama yang mendorong
pengutuban unit-unit ekonomi yang lain kedalam kutub pembangunan. Kepentingan
pelaburan dapat mencipta kawasan baru yang menyokong kegiatan perkilangan dan

pengembangan sektor perkhidmatan. Pelaburan juga mempunyai kesan gandaan (multiplying


effect) dari sektor perkilangan untuk membantu industri lain seperti perumahan, komersil,
logistik, pusat latihan atau kemahiran, perkhidmatan kesihatan, industri makanan dan
perhotelan. Ini akan memberikan imej baru di peringkat tempatan dan antarabangsa sebagai
destinasi pelaburan dan perdagangan terunggul di peringkat Malaysia dan Asia.
Menurut Glasson (1978), kesan penyebaran ialah kualiti penggerak kutub
pertumbuhan yang dinamik akan tersebar keluar ruang sekitarnya. Menurut Kuklinski (1972),
kutub pertumbuhan mempunyai kesan antara wilayah dan bukan sahaja boleh mengubah
struktur wilayah tetapi skala dan intensiti perubahan antara wilayah, termasuk taburan
penduduk dan ekonomi aktiviti wilayah. Popescu (2011), juga mengatakan kutub
pertumbuhan adalah penjana aktiviti ekonomi, yang mempunyai keupayaan untuk mendorong
pertumbuhan pesat dan menjana pembangunan di bandar-bandar kecil dan sederhana dan
kawasan luar bandar yang bersebelahan, menyumbang kepada pembangunan di seluruh
rantau ini (Cristina et.al, 2015). Namun, menurut Hasnah Ali (1991), terdapat 2 peranan pusat
pertumbuhan atau kutub pertumbuhan dalam pembangunan wilayah iaitu yang pertama
pertumbuhan tertumpu di beberapa pusat dan menyebabkan ekonomi di sekelilingnya
bertambah mundur. Kedua, pembangunan disebarkan ke kawasan di sekelilingnya hasil
pertumbuhan di pusat ini. pertumbuhan di kawasan sekeliling oleh kuasa pemusatan dapat
dilihat dari segi polorisasi atau tebaran. Konsep polarisasi menurut Hasnah Ali (1991)
merupakan kecenderungan faktor pengeluaran mengalir dari kawasan sekeliling ke pusat
pertumbuhan seperti modal dan bahan mentah dipindahkan ke kawasan pusat. Menurutnya
lagi, tebaran pula kecenderungan mengimbangi ketidakseimbangan yang telah berlaku pada
awal proses pembangunan ekonomi melalui perpindahan modal ke wilayah mundur atau
perdagangan antara wilayah. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa teori pusat pertumbuhan
yang mengatakan bahawa pertumbuhan di kawasan pusat akan tersebar di wilayah mundur
adalah tidak benar dan ianya adalah pandangan optimis dari segi aspek teori. Walaupun
perkembangan perbandaran di Lembah Klang terlalu pesat sehingga Lembah Klang dikenali
sebagai Bandar Metropolitan sehingga dikatakan pertumbuhannya tersebar sehingga wilayah
pinggir bandar iaitu iaitu Zon Koridor Barat Laut yang meliputi daerah Kuala Selangor dan
Hulu Selangor dan Koridor Barat Daya meliputi daerah Sepang dan Kuala Langat (Katiman
Rosman et.al 2010). Hal ini demikian kerana Lembah Klang yang melalui program Greater
Kuala Lumpur atau Klang Valley merangkumi bandar raya Kuala Lumpur dan Sembilan
majlis perbandaran lain yang terdiri daripada majlis perbandaran Ampang Jaya, Kajang,

Klang, Petaling Jaya, Putrajaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya. Tetapi tidak
termasuk majlis perbandaran Kuala Langat dan Hulu Langat. Jadi pertumbuhan yang tersebar
di wilayah pinggir bandar metropolitan Wilayah Lembah Klang boleh disangkal. Walaupun
pelbagai strategi digunakan untuk memajukan wilayah yang mundur termasuk strategi
perindustrian, pembandaran desa di wilayah kurang maju dan dasar dasar penyahpusatan
aktiviti pembuatan, namun ia tidak dapat bertahan lama. Hal ini demikian kerana
pembangunan perbandaran dan pertumbuhan ekonomi tertumpu di kawasan Bandar
Metropolitan yang mampu menarik pelbagai aktiviti ekonomi. Perkara ini dapat dibuktikan
melalui Greater Kuala Lumpur atau Klang Valley (GK/KV) yang merupakan penumpuan
pengelompokan ekonomi yang paling padat dan sememangnya enjin pertumbuhan ekonomi
negara kerana penduduknya seramai 6 juta orang dan sumbangan KDNK sebanyak RM263
billion. Greater KL/KV sehingga kini merupakan ekonomi bandar yang terbesar yang
merupakan penyumbang terbesar bagi KDNK per kapita dengan lebih 7 kali ganda
berbanding dengan Johor Bahru iaitu bandaraya kedua terbesar, dan lebih 2.5 kali berbanding
sektor industri terbesar, iaitu minyak, gas dan tenaga. Greater KL/KV telah pun terlakar di
dalam peta dunia sebagai salah sebuah bandaraya ikonik di Asia Tenggara. Greater KL/KV
merupakan lokasi pilihan utama syarikat multinasional dan golongan professional yang
mencari tapak di Asia atau juga di Asia Tenggara. Pelaburan secara berkala dalam
infrastruktur telah menyediakan rangkaian perhubungan jalan raya yang baik serta
perkhidmatan asas seperti air dan elektrik yang berkualiti tinggi. Ini dapat dilihat melalui
Sistem perhubungan Greater KL/KV dengan pihak luar dan dalam negeri serta keterhubungan
serantau akan dipercepatkan melalui penggunaan sistem keretapi berkelajuan tinggi (HSR)
untuk menghubungkan Greater KL/KV dengan Singapura. Sistem transit aliran berkapasiti
tinggi (MRT) turut diwujudkan untum memastikan hubungan antara bandaraya akan menjadi
lebih kukuh. Selain itu, Greater KL/KV akan ditranformasikan untuk dijadikan sebagai
tempat tarikan pelancongan dengan memulihara Sungai Klang untuk dijadikan pusat warisan
dan komersial bagi Greater KL/KV, menghijaukan Greater KL/KV dan mewujudkan tempat
dan daya tarikan ikonik. Penambahbaikan perkhidmatan di Greater KL/KV turut dilakukan
dengan imenyediakan rangkaian tempat pejalan kaki, pengurusan sisa pepejal, pembetungan
dan

kebersihan

bandaraya

supaya

mengekalkan

persekitaran

berdayahuni

untuk

meningkatkan lagi jumlah penduduk. Greater KL/KV perlu menjadi daya penarik bagi firma
dinamik dan tenaga mahir global. Justeru itu, langkah yang dilakukan ialah galakan pelaburan
yang mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tambah lebih tinggi. Usaha meningkatkan
bekalan tenaga mahir dengan memulakan Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian dan

memperluas Skim Pengurusan Peningkatan Nilai Siswazah, lokasi strategik di tengah-tengah


rantau Asia yang pesat berkembang, infrastruktur yang cukup baik, kos hidup yang lebih
rendah berbanding dengan bandaraya pesaing seperti Singapura dan Hong Kong selain
persekitaran yang berdaya huni menarik pelaburaan dalam Greater KL/KV. Berdasarkan
Program Tranformasi Ekonomi untuk Greater KL/KV, banyak pembanguanan dan
tranformasi akan terus dilakukan di kawasan wilayah bandar tersebut (ETP PEMANDU).
Manakala di Wilayah Pinggir Bandar Lembah Kang seperti Kuala Langat dan Hulu Langat
tidak berlaku sebarang perubahan pesat dalam aspek perbandaran dan perindustrian
menyebabkan wilayah mundur ini tidak akan dapat bersaing dengan wilayah maju tersebut.
Perkara ini jelas menunjukkan Lembah Klang sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dan akan
menyebabkan ketidakseimbangan wilayah kerana tumpuan hanya diberikan kepada wilayah
yang maju. Sektor luar bandar mula kurang penting apabila teras ekonomi negara memasuki
era perindustrian. Lebih-lebih lagi, kebanyakkan negara adalah pasca-industri iaitu mulai
beralih ke ekonomi pengetahuan yang mementingkan modal intelek. Ini dapat dibuktikan
melalui kenyataan Porter (1990) iaitu dalam ekonomi, pengetahuan memainkan peranan
penting dan modal insan sangat berpengaruh dalam menentukan kelebihan daya saing firma,
sektor industri dan negara (Norain Mat Lazim, 2012) . Selain itu, masyarakat pasca industri
merupakan peralihan struktur ekonomi daripada industri pembuatan kepada industr
perkhidmatan. Ini akan menyebabkan lagi wilayah pinggir yang mundur bertambah mundur
kerana pembangunan modal intelek lebih tertumpu di wilayah atau bandar yang maju. Oleh
yang demikian, maklumat berkaitan kebolehpasaran tenaga buruh adalah sangat penting bagi
membantu kerajaan untuk merangka pelan dan polisi pembangunan modal insan yang
proaktif

4.0 KESIMPULAN
Nilai teori kutub pertumbuhan sebagai alat dasar dalam perancangan wilayah telah
lama disedari. Walau bagaimanapun, penggunaanya tidak dikaitkan dengan kawasan mundur
kerana pada tahun 1964 terdapat dasar yang menumpukan pertumbuhan industri di beberapa

pusat utama bagi Wilayah Maju di Tenggara. Teori KutubPertumbuha ini mendapat sambutan
baik di negara maju dan negara membangun seperti Malaysia. Menurut Glasson (1978), teori
ini menarik sebagai alat dasar disebabkan berbagai ekonomi aglomerasi yang merupakan cara
yang cekap untuk menjana pertumbuhan, penumpuan pelaburan di titik-titik pertumbuhan
tertentu dapat mengurangkan kos dalam bentuk perbelanjaan awam dan kesan penyebaran
keluar dari pusat pertumbuhan akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
wilayah tertekan.
Namun begitu, teori kutub pertumbuhan mempuyai masalah kerana akan
menyebabkan berlakunya ketidaseimbngan wilayah dan akan menyebabkan jurang antara
wilayah maju dan wilayah mundur semakin besar. Menurut Hasnah Ali et.al (2011)
ketakseimbangan pembangunan wilayah berlaku akibat daya saing di wilayah kurang maju
tidak dapat menyaingi daya saing di wilayah maju. Ini dapat dibuktikan antara Wilayah
Lembah Klang sebagai Bandar Metropolitan dengan wilayah pinggirnya yang kurang maju
seperti Hulu Langat. Jurang yang semakin besar antara kedua-dua wilayah ini dapat dilihat
melalui program Greater Kuala Lumpur atau Klang Valley yang menggalakan lagi proses
perbandaran di Wilayah Lembah Klang yang mempercepatkan pembangunan infrastruktur,
kemudahan awam, ketersampaian jaringan pengangkutan dan telekomunikasi, menggalakkan
kemasukan pelaburan asing melalui investKL untuk menarik 100 syarikat multinasionl
menjalankan pembuatan Hi-Tech dan menambahbaik eko perlancongan dan persekitaran
berdaya huni (Greater KL, 2014).
Hal ini demikian kerana di kawasan wilayah pinggir yang mundur di sekeliling
wilayah maju tersebut tidak berlaku pembangunan pesat. Ini dapat dikukuhkan dengan
kritikan terhadap teori kutub pertumbuhan yang dinyatakan oleh Glasson (1978) iaitu konsep
kesan penyebaran iaitu kualiti penggerak kutub pertumbuhan yang dinamik akan tersebar
keluar ruang sekitarnya. Hasnah Ali (1991) yang mengkritik pandangan optimis ini hanya
dari aspek teori sahaja kerana dari segi amalan kawasan mundur di sekeliling pusat
pertumbuhan didapati bertambah mundur dan tiada perubahan tahap pembangunan walaupun
pusat pertumbuhan bertambah maju. Kelemahan teori ini juga dapat dilihat apabila Lo dan
Kamal (1978) menyatakan bahawa kadar penyerapan buruh adalah rendah kerana industry di
pusat pertumbuhan adalah berintensifkan modal dan tingkat teknologi canggih (Hasnah Ali
(1991). Selain itu, menurut Hasnah Ali lagi, terdapat masalah mendirikan industry terkemuka
di wilayah mundur kerana kebanyakkan sektor bukan pertanian dikuasai oleh firma yang

terletak di bandar besar. Jelaslah menunjukkan bahawa

teori ini merupakan salah satu

daripada alat untuk perancangan wilayah. Namun begitu, teori ini mempunyai beberapa
masalah dari segi penggunaanya yang kurang sesuai digunakan untuk perancangan wilayah
di negara membangun seperti Malaysia.

5.0 BIBLIOGRAFI
Ainol Amriz Ismail (2015) Utusan Malaysia: MVV Pembangunan Moden Terancang Di NS.
Http://M.Utusan.Com.My/Berita/Nasional/Mvv-Pembangunan-8232-Moden-TerancangDi-Ns-1.94434. Dicapai Pada 4 November 2015.

Azlina Azmi & Fatimah Said. (2007). Sumbangan Infrastruktur Telekomunikasi Terhadap
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia. Ijms 14 (1): 143-166.
Christofakis M. & Papadaskalopoulos A. (2011).The Growth Poles Strategy In Regional
Planning: The Recent Experience Of Greece. Theoretical And Emprical Research In
Urban Management . 6(2): 5-20.
C. Iacoboaea, O. Luca & A.-M. Nica (2015) Industry In Growth Poles Of Romania. Jurnal Of
Urbanism. 6(1): 57-70.
Deloitte. (2014). Greater Kuala Lumpur Aseans Rising Hub For Talent And Innovation.
Http://Www.Investkl.Com/Assets/Multimediams/File/Greater_Kl_Asean_Rising_Hub_F
or_Talent_And_Innovation.Pdf. Dicapai Pada 6 November 2015.
Elbieta Wojnicka-Sycz. (2013) .Growth Pole Theory As A Concept Based On Innovation
Activity
Development
And
Knowledge
Diffusion.
Http://Zie.Pg.Edu.Pl/Documents/30328766/30681540/REME_6_(3-2013)-Art2.Pdf.
Dicapai Pada 4 November 2015.
Glasson. J. (1978). An Introduction To Regional Planning. 2nd Edition. Pentj. Ahris Yaakup.
(1990). Pengenalan Perancangan Wilayah: Konsep, Teori Dan Amalan. Dewan Bahasa
Pustaka. Kuala Lumpur.
Hasnah Ali, Noraziah Ali, Sanep Ahmad. (2011). Ketidakseimbangan Wilayah Dan Sektor
Berpotensi Mentransformasikan Sosioekonomi Penduduk Menggunakan Pendekatan
Location Quotient. Journal Of Society And Space. 7: 190-201.
Hasnah Ali. (1991). Ekonomi Wilayah: Teori Dan Amalan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Harm. J De Blij. (2015). Geography: Realms, Region, And Concepts. 16th Ed. Technologies,
Inc. Publication And Service.
Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Muhammad Hazim Abdul
Ghani & Zainun Abidin Baharum. (2014). Kuala Lumpur Dan Cabaran Baru
Pembangunan Berterusan. Journal Of Society And Space. 10 (6 ): 75 85.
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (JPBDS). 2015. Draf Rancangan
Struktur Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor.
Katiman Rostam. (1988). Pengantar Geografi Bandar. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
Katiman Rostam. (2006). Pembandaran Dan Perkembangan Wilayah Metropolitan Lanjutan
Lembah
Klang-Langat,
Malaysia.
Http://Journalarticle.Ukm.My/819/1/Pembandaran_Dan_Perkembangan_Wilayah.Pdf.
Dicapai Pada 4 November 2015.

Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi. (2015). Keluaran Dalam Negeri Kasar
Mengikut Negeri. Http://Www.Epu.Gov.My/Documents/10124/5089660a-5865-4227976b-251c54ce3137. Dicapai Pada 4 November 2015.
Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Klang. (2015). Kawasan Perindustrian.
Http://Www.Mpklang.Gov.My/Kawasan-Perindustrian. Dicapai Pada 4 November 2015.
Laman Web Rasmi Kerajaaan Negeri Selangor. (2015). Sejarah Negeri Selangor.
Http://Www.Selangor.Gov.My/Index.Php/Pages/View/124. Dicapai Pada 4 November
2015.
Laman Web Rasmi Kementerian Perancangan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
(2006).
Dasar
Perbandaran
Negara.
Http://Www.Kpkt.Gov.My/Resources/Index/User_1/MENGENAI
%20KPKT/DASAR/DPN-Bm.Pdf. Dicapai Pada 4 November 2015.
Laman Web Rasmi Pembangunan Pelaburan Malaysia. (2013). Laporan Prestasi Pelaburan.
Http://Www.Mida.Gov.My/Env3/Uploads/Performancereport/2013/Lpt2013.Pdf. Dicapai
Pada 6 November 2011.
Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri. (2015). Rancangan Malaysia Ke-10.
Http://Www.Pmo.Gov.My/Dokumenattached/Rmk/Rmk10_Mds.Pdf. Dicapai Pada 6
November 2015.
Laporan
Tahunan
Etp
2012.
Greater
Kuala
Lumpur
/
Klangvalley.
Http://Www.Teraju.Gov.My/Wp-Content/Uploads/2013/03/Laporan-Tahunan-Etp20121.Pdf. Dicapai Pada 6 November 2015.
Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam. (2015). Bandar Perindstrian Moden.
Http://Www.Mbsa.Gov.My/Msmy/Infoshahalam/Kenalishahalam/Halaman/Bandar_Peri
ndustrian.Aspx. Dicapai Pada 4 November 2015.
Laman Web Rasmi Program Tranformasi Ekonomi. (2013). A Roadmap For Malaysia.
Http://Etp.Pemandu.Gov.My/Upload/Etp_Handbook_Chapter_11_Electronics_And_Elec
trical.Pdf. Dicapai Pada 4 November 2015.
Laman Web Rasmi Unit Perancangan Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia Ke-9.
Http://Www.Epu.Gov.My/Epu-Theme/Rm9/Bahasa/Bab4.Pdf. Dicapai Pada 4 November
2015.
Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan. (2008). Rancangan Malaysia
Http://Pmr.Penerangan.Gov.My/Index.Php/Ekonomi/1358-Rancangan-MalaysiaKelima.Html. Dicapai Pada 5 November 2015.

Ke-5.

Laman Web Rasmi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. 2015. Infrastruktur Maju.
Http://Www.Mida.Gov.My/Home/Developed-Infrastructure/Posts/?Lg=MAL.
Dicapai
Pada 5 November 2015.

Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan. (2008). Dasar Automotif Nasional.


Http://Pmr.Penerangan.Gov.My/Index.Php/Component/Content/Article/88-Dasar-DasarNegara/14195-Dasar-Automotif-Nasional.Html. Dicapai Pada 5 November 2015.
Laman
Web
Panasonic
Group
Companies
Http://Www.Panasonic.Com/My/Corporate/Profile/G-Malaysia/.
November 2015.

In
Dicapai

Malaysia.
Pada 5

Malaysian Automotive Association. (2008). Manufacturing & Assembly


Http://Www.Maa.Org.My/Listing_Map.Htm. Dicapai Pada 5 November 2015.

Plant.

Norain Mat Lazim & Nooriah Yusof . (2012) Universiti, Pembangunan Modal Insan Dan
Penumpuan Ruang Komuniti Berpendidikan Tinggi Di Malaysia: Suatu Ulasan Kritis.
Jurnal Of Social Science And Humanities. 7(2): 308-327.
Nooriah Yusof. (2011). Pelaburan Langsung Asing Dan Pembangunan Industri Barangan
Elektrik Dan Elektronik Di Negeri Pulau Pinang, 19702007. Jurnal Kemanusiaan.
18(2): 43-74.
Nooriah Yusof. (2012). Impak Polisi Ekuiti Liberal Terhadap Pola Hak Milik Pelaburan
Dalam Sektor Perindustrian Pembuatan Di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan. 30 (2): 95120.
Nooriah Yusof & Katiman Rostam. (2008). Sumber Manusia Dan Kelebihan Daya Saing
Lokasi Industri Barangan Elektrik Dan Elektronik: Kes Zon Perindustrian Bayan Lepas,
Pulau Pinang. Jurnal Kemanusiaan 74: 39-57.
Raine
&
Horne.
(2014).
Living
Withinthe
Http://Www.Raineandhorne.Com.My/Pdf/Articles/Living%20within%20the
%20valley.Pdf. Dicapai Pada 5 November 2015.

Valley.

Smart Cities In Malaysia. (2011). Http://Www.Rvo.Nl/Sites/Default/Files/Smart%20Cities


%20Malaysia.Pdf Dicapai Pada 4 November 2015.
Yazid Saleh, Katiman Rostam & Mohd Yusof Hussain. (2011). Model Hierarki Kefungsian
Dan Pusat Pertumbuhan Sebagai Asas Bagi Merancang Kawasan Luar Bandar Di
Malaysia: Bukti Dari Daerah Batang Padang. Journal Of Society And Space. 7: 66-79.

LAMPIRAN 1

Rajah 1 menunjukkan Lembah Klang sebagai Hub Perbandaran. (Sumber: Draf Rancangan
Struktur Negeri Selangor 2035)

LAMPIRAN 2

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut negeri . (Sumber: Laman Web Rasmi Unit
Perancangan Ekonomi. Http://Www.Epu.Gov.My/Documents/10124/5089660a-5865-4227976b-251c54ce3137).

LAMPIRAN 3

Jadual menunjukkan kawasan perindustrian Daerah Klang. (Sumber: Majlis Perbandaran


Daerah Klang. http://www.mpklang.gov.my/kawasan-perindustrian).

LAMPIRAN 4

Rajah menunjukkan taburan Institusi Pengajian Tinggi Terpilih di Malaysia pada tahun 2011.
(Sumber: Norain Mat Lazim et.al, 2012)

You might also like