You are on page 1of 12

BAB 3 KETURUNAN DAN VARIASI

3.1
1.
2.
3.

Pembahagian Sel
Semua organism hidup terdiri daripada sel.
Setiap sel mempunyai nucleus yang mengandungi bahan genetic, iaitu DNA yang mengawal
aktiviti aktiviti sel.
Bahan genetic dipindahkan kepada sel anak apabila sel induk membahagi.

Kromosom, Gen dan DNA.

1.
2.

Dua proses penting dalam kitar hidup sesuatu organism ialah pertumbuhan dan pembiakan
seks.
Pertumbuhan berlaku melalui mitosis manakala pembiakan seks melibatkan penghasilan
gamet melalui meiosis.

Mitosis
1.
2.
3.
4.
5.

Proses pembahagian sel di mana sel induk membahagikan kepada dua sel anak yang serupa.
Setiap sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama seperti sel induk.
Mitosis berlaku di dalam sel soma di seluruh bahagian badan manusia dan haiwan.
Mitosis dalam tumbuhan berlaku di dalam tisu meristem seperti di hujung akar dan pucuk.
Rajah di bawah menunjukkan proses mitosis.

Kepentingan mitosis

Meiosis
1.
Proses pembahagian nukleus satu sel induk menjadi empat nuklues melalui dua peringkat
pembahagian. Setiap nukleus sel anak mempunyai separuh daripada bilangan kromosom sel
induknya.
2.
Sel induk adalah diploid (2n) manakala sel anak adalah haploid (n).
3.
Meiosis berlaku dalam organ pembiakan seks.
4.
Meiosis dalam manusia berlaku di dalam testis lelaki dan ovary perempuan.
5.
Meiosis dalam tumbuhan berlaku di dalam anter dan ovary.
6.
Semasa meiosis, sel yang mengandungi pasangan kromosom homolog membahagi untuk
menghasikan gamet yang haploid dengan genetic yang berbeza daripada sel induk dan juga
gamet lain.
7.
Meiosis dibahagikan kepada dua peringkat Meiosis I dan Meiosis II seperti dalam rajah di
bawah.

Kepentingan meiosis
1.
Meiosis penting dalam penghasilan gamet yang mempunyai separuh daripada bilangan
kromosom sel induk. Apabila gamet jantan (n) bersenyawa dengan gamet betina (n), anak
yang terbentuk mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan induk, iaitu 2n.
2.
Meiosis menghasilkan variasi genetic melalui pindah silang dan penyusunan rawak
kromosom homolog.

Perbandingan antara Mitosis dengan Meiosis

3.2

Prinsip dan Mekanisme Pewarisan.

Gen Dominan dan Gen Resesif


1.
Gen dominan ialah gen yang dapat menonjolkan sifat yang dikawalnya apabila berpasangan
dengan satu gen dominan atau gen resesif.
2.
Gen resesif ialah gen yang dapat menonjolkan sifat yang dikawalnya apabila berpasangan
dengan gen resesif sahaja, tanpa kehadiran gen dominan.
3.
Sifat yang dikawal oleh gen dominan dikenal sebagai sifat dominan.
4.
Sifat yang dikawal oleh gen resesif dikenal sebagai gen resesif.
5.
Rajah di bawah menunjukkan contoh sifat dominan dan sifat resesif pada manusia.

Mekanisme Pewarisan Sifat


1.
Gregor Mendel (1822 - 1884), ialah orang pertama yang menemui mekanisme pewarisan.
2.
Mendel menggunakan pokok kacang pea berbakan tulen dalam eksperimen beliau tentang
perwarisan monohibrid.
3.
Pewarisan monohibrid melibatkan kajian tentang satu sifat sahaja.
4.
Mendel melakukan kacukan antara satu pokok kacang pea tinggi yang berbaka tulen dengan
satu pokok kacang pea kerdil yang berbaka tulen. Pokok tinggi berbaka tulen ialah pokok yang
mempunyai genotip TT dalam beberaa generasi sebelumnya. Pokok kerdil berbaka tulen ialah
pokok yang mempunyai genotip tt dalam beberapa generasi yang sebelumnya.
5.
Genotip ialah maklumat genetic sesuatu organisma.

6.
7.
8.
9.
10.
11.

12.

13.
14.

Anak anak dari kacukan monohibrid bersifat tinggi. Anak anak ini ialah generasi F1 (generasi
filial pertama).
Mendel membenarkan anak generasi F1 menjalani pendebungan sendiri dan biji benih yang
diperoleh bercambah untuk menghasilkan generasi F2 (generasi filial kedua).
Nisbah bilangan pokok tinggi kepada pokok kerdil dalam generasi F2 ialah 3:1.
Nisbah fenotip F2 dikenal sebagai nisbah monohibrid.
Fenotip ialah sifat sifat fizikal sesuatu organism.
T mewakili gen dominan untuk tinggi dan t mewakili gen resesif untuk kerdil

Terdapat tiga genotip dan dua fenotip untuk ketinggian pokok.


Fenotip
Genotip
Tinggi (baka tulen)
TT (homozoigot dominan)
Tinggi (hybrid)
Tt (heterozoigot dominan)
Kerdil (baka tulen)
Tt (homozoigot resesif)
Genotip menentukan fenotip sesuatu organisma.
Individu yang mempunyai dua gen yang serupa (TT atau tt) untuk sifat tertentu dikatakan
mempunyai baka homozigot, manakala individu yang mempunyai dua gen yang berlainan (Tt)
dikatakan mempunyai baka heterozigot.

Latihan
1.

2.

3.3
Penentuan Seks Anak dan Kejadian Kembar dalam Manusia
Kromosom Seks
1.
Manusia mempunyai 23 pasang kromosom atau 46 kromosom.
2.
22 pasang daripadanya dikenal sebagai autosom manakala sepasang lagi dikenal sebagai
kromosom seks.
3.
Kromosom seks menentukan seks seseorang.
4.
Seorang lelaki mempunyai 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks, XY
(44 + XY). Kromosom Y adalah lebih kecil berbanding dengan kromosom X.
5.
Seorang perempuan mempunyai 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks, XX (44 +
XX)
6.
Rajah di bawah menunjukkan pasangan kromosom dalam seorang perempuan dan seorang
lelaki.

Penentuan Seks
1.
Seks anak ditentukan oleh sperma bapa yang mungkin mengandungi kromosom X atau
kromosom Y.
2.
Seorang ibu menghasilkan ovum yang mempunyai kromosom X sahaja.

3.
4.

Jika sperma yang mengadungi kromosom X bersenyawa dengan ovum, anak perempuan akan
dilahirkan.
Jika sperma yang mengandungi kromosom Y bersenyawa dengan ovum, anak lelaki akan
dilahirkan.

10

Kejadian Kembar Seiras dan Kembar Tak Seiras

Perbandingan antara Kembar Seiras dengan Kembar Tak Seiras.

11

Kembar Siam
1.
Kembar siam ialah kembar seiras yang melekat pada bahagian badan yang tertentu.
2.
Kembar siam terbentuk apabila zigot gagal membahagi dua dengan lengkap semasa
pembentukan kembar seiras.
3.
Mereka mempunyai seks yang sama dan kandungan genetic yang sama.
4.
Mereka mungkin berkongsi organ tertentu dan boleh dipisahkan melalui pembedahan
sekiranya tidak berkongsi organ organ penting seperti otak atau jantung.

12

You might also like