You are on page 1of 28

TUGASAN

September 2015 SEMESTER

KOD KURSUS

EMB 415

NAMA KURSUS

PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

BIUS MADIDON

NO. MATRIK

E30209130154

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

DELILAH AHMAD

PUSAT
PEMBELAJARAN

AEU KOTA MARUDU

ISI KANDUNGAN
1.0

MUKA SURAT

BAHAGIAN A :
Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli
(Program Pemulihan) Di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang)
dan Sekolah Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak)
oleh Dr. Md. Nasir b Masran, Dr. Ramlah Bt. Jantan,
Dr. Suppiah Nachiappan, Dr. Abd. Aziz B. Shukor
dan Puan Roslinda Bt. Mustapha.
1.1
1.2
1.3

2.0

Tujuan Kajian Dijalankan


Kaedah Dan Instrumen Yang Digunakan Dalam Kajian
Dapatan Kajian

4
5
6

BAHAGIAN B
Cabaran-Cabaran yang Dihadapi dalam Melaksanakan Pengajaran
Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya
2.1
2.2

Masalah-Masalah Pengajaran Kemahiran Membaca Yang Dihadapi


Langkah-Langkah Yang Dilakukan Dalam Mengatasi
Masalah Pengajaran Kemahiran Membaca
Cadangan-cadangan Untuk Menyelesaikan Masalah
Pengajaran Kemahiran Membaca

2.3

3.0

8
9

BAHAGIAN C
3.1
3.2
3.3

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kaedah Mengajar Membaca


Pelaksanaan Pengajaran
Refleksi Pengajaran

RUJUKAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

SENARAI LAMPIRAN :
i.

Lampiran 1
(Gambar-Gambar Proses Pengajaran Dan Pembelajaran)
2

ii.

Lampiran 2 (Lembaran Petikan)

iii.

Lampiran 3 (Lembaran Soalan Petikan)

1.0 BAHAGIAN A :
1.1 Tujuan Kajian Dijalankan
Kajian Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli (Program Pemulihan)
Di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14 Tapah
3

(Perak) oleh Dr. Md. Nasir b Masran, Dr. Ramlah Bt. Jantan, Dr. Suppiah Nachiappan,
Dr. Abd. Aziz B. Shukor dan Puan Roslinda Bt. Mustapha adalah bertujuan untuk melihat
pencapaian kanak-kanak Orang Asli dalam kemahiran membaca.
Responden yang dipilih merupakan suku kaum Orang Asli suku Semai di sekolah
rendah di mana keadaan tempat tinggal mereka serta kemudahan prasarana sekolah yang
kurang menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang perkembangan
teknologi terkini sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan.
Di samping itu, penulis telah menggariskan objektif khusus untuk dicapai bagi
kajian ini iaitu untuk mengkaji sejauh mana penguasaan dalam kebolehbacaan Bahasa
Melayu dalam kalangan murid-murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah, mengkaji
kebolehsuaian modul-modul membaca Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru
dalam pengajaran murid-murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah serta membina
modul membaca alternatif untuk Orang Asli kaum Semai
Justeru, kajian juga dijalankan untuk mendapatkan perbendaharaan kata Orang Asli
kaum Semai untuk dimasukkan dalam modul dan kamus yang akan dibina. Hasil daripada
kajian ini akan digunakan untuk membina satu modul membaca yang sesuai untuk
mengajar kanak-kanak Orang Asli yang lemah dalam membaca ini dan juga kamus
Melayu-Semai.
Hal ini demikian, penguasaan kemahiran membaca dan menulis sangat penting
kepada kanak-kanak sebelum mereka melangkah masuk ke sekolah menengah. Selain itu
juga, apabila murid-murid ini sudah dapat menguasai kemahiran tersebut, maka mereka
akan mudah untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru.

1.2 Kaedah Dan Instrumen Yang Digunakan Dalam Kajian

Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan ujian diagnostik dan ujian membaca
terhadap murid Orang Asli sekolah tersebut dengan menggunakan kaedah Modul Membaca
Gabung-Kata yang dipelopori oleh Prof. Emiritus Dato Dr Isahak Haron.
Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah secara temubual bersama dengan guru
pemulihan untuk melihat pandangan guru tersebut terhadap pencapaian murid Orang Asli di
sekolah tersebut. Temubual juga telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai minat
yang disukai oleh murid-murid Orang Asli kaum Semai semasa di sekolah tersebut.
Di samping itu, penyelidik juga perlu mengetahui modul apakah yang sedang digunakan
oleh pihak sekolah bagi membantu murid Orang Asli menguasai kemahiran membaca serta
pandangan daripada guru tersebut terhadap keperluan modul yang lebih baik bagi murid Orang
Asli. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini juga untuk mengetahui kebolehan dan kemahiran
yang ada pada murid Orang Asli suku kaum Semai di sekolah-sekolah tersebut.
Seterusnya, data-data yang telah diperolehi, diproses dan dianalisis dengan menggunakan
kaedah kualitatif iaitu borang soal selidik berdasarkan kebolehbacaan oleh Prof. Emeritus Dato
Dr. Isahak Haron. Di samping itu, guru pemulihan disekolah tersebut juga telah ditemubual
untuk memastikan pengayaan dan pemulihan selepas menjalankan soal selidik.

1.3 Huraian Dapatan Kajian


Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pencapaian kemahiran membaca dalam kalangan
kanak-kanak Orang Asli agak lemah dan perlu diberi perhatian agar masalah tersebut tidak
berlarutan sepanjang hayat. Hasil pemerhatian, interaksi dan temubual yang telah dijalankan,
5

penyelidik telah menyimpulkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lemahnya
penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan mereka.
Faktor pertama adalah faktor ibu bapa Orang Asli yang tidak begitu menggalakkan anakanaknya ke sekolah, sehingga menyebabkan anak-anaknya tidak boleh membaca bahkan ibu
bapa lebih menggalakkan anak mereka untuk menolong mereka melakukan pekerjaan yang
dilakukannya. Menurut Nordin Mamat (2005), kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca
walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika adalah disebabkan oleh jumlah bahan bacaan yang
mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa yang dapat meningkatkan konsep serta
perbendaharaan kanak-kanak.
Selain itu, gangguan daripada bahasa ibunda mereka juga telah mempengaruhi Bahasa
Melayu yang seterusnya menjadikan taraf pendidikan mereka juga merosot. Ujian sebutan
perkataan, membaca petikan dan menulis dalam bahasa Melayu telah dilakukan bagi mengesan
gangguan bahasa ibunda para pelajar berkenaan. Tahap pendidikan dalam kalangan penduduk
Orang Asli adalah rendah kerana faktor-faktor latar belakang dan sosio budaya meraka yang
masih belum dapat menerima pembaharuan yang berlaku di sekeliling mereka.
Di samping itu, persekitaran rumah juga mempengaruhi contohnya terdapat atau tiada
bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca, masa yang
diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu
bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Ibu bapa juga seharusnya
menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak kerana menurut Rohani Rustam dan
Jamiah A.Bakar (1995), menyatakan bahawa contoh melalui teladan penting dan benar kerana
sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru.
Faktor kemiskinan atau sosioekonomi murid-murid orang asli juga menyebabkan
berlakunya tahap kebolehbacaan pada tahap yang rendah. Kemiskinan telah menyebabkan
peralatan atau kelengkapan yang perlu disediakan tidak mencukupi, kurangnya pengetahuan
tentang pentingnya pendidikan serta sikap merendah diri yang menebal dan bersyukur dengan
apa yang ada telah menjadi penghalang untuk mereka berjaya dalam pendidikan. Budaya mereka
yang masih memegang teguh kepada kepercayaan animisme juga menyebabkan mereka agak

ketinggalan dalam pelajaran serta masih mendiami kawasan pedalaman di dalam hutan
berbanding duduk di kawsan bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan asas.
Di samping itu, faktor guru juga memainkan peranan penting bagi memastikan semua
pelajar mengambil bahagian dan diberi peluang untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai
sesuatu topik itu. Guru-guru sepatutnya menghargai kebolehan setiap individu khususnya apabila
mereka menunjukkan kemampuan mereka dalam pelajaran atau aktiviti pembelajaran.
Keprihatinan guru dalam memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid Orang Asli
seharusnya berterusan agar dapat merangsang minat mereka untuk mencapai kejayaan dalam
bidang akademik.

Selain itu, guru bahasa sepatutnya tidak menggunakan bahasa dialek atau bahasa pasar
dalam pengajaran kerana menyukarkan murid Orang Asli untuk memahami Bahasa Melayu.
Dalam kalangan Orang Asli, Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua atau ketiga bagi mereka,
bahasa suku kaum mereka adalah bahasa pertama.

Faktor ketidakhadiran ke sekolah boleh menjejaskan pembelajaran seseorang murid


sehingga guru perlu mengulang berberapa kali pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini,
kehadiran murid ke sekolah yang jarang hadir dan kebanyakkan murid dalam kalangan Orang
Asli hanya mencapai kurang daripada 50% sahaja. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, muridmurid yang selalu tidak hadir ke sekolah biasanya tidak boleh membaca.
Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan
impian untuk melihat anak-anak mereka menguasai kemahiran membaca bahasa Melayu. Orang
Asli haruslah berubah demi meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih selesa. Ibu
bapa bagi murid Orang Asli seharusnya memberi peluang dan dorongan kepada anak-anak
mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka walaupun mereka tidak tahu membaca.

2.0 BAHAGIAN B
7

Cabaran-Cabaran yang dihadapi dalam Melaksanakan Pengajaran Kemahiran


Membaca dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya
2.1 Masalah-Masalah Pengajaran Kemahiran Membaca Yang Dihadapi
Berdasarkan temubual yang dijalankan terhadap 2 orang guru Bahasa Melayu di
Sekolah Kebangsaan Garau, Kudat mengenai pengajaran kemahiran membaca, sebenarnya
masih terdapat beberapa masalah dalam kalangan murid yang seharusnya mendapat
perhatian umum. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan di peringkat sekolah, daerah,
negeri, dan peringkat nasional bagi mengatasinya, namun masih juga masalah tersebut
berlaku.

Antara masalah kemahiran membaca yang dihadapi oleh murid-murid adalah seperti
membuang atau meninggalkan (omission) bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ketika
membaca, contohnya buah disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat
juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti Buku itu sangat tebal dibaca sebagai
Buku itu tebal. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut
mengandung dan sebagainya.

Di samping itu, masih terdapat juga murid-murid yang tidak mengenali huruf yang
merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan
ini menyebabkan kanak- kanak akan menyebut sesuatu huruf secara rawak atau dengan
meneka sahaja dan menjadian perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. Hal ini
juga telah menyebabkan murid-murid salah sebut sesuatu perkataan contohnya perkataan
ikan, murid tidak mengenali huruf n maka, perkataan yang disebut adalah ika.
Selain itu, mengikut loghat atau dialek semasa membaca juga boleh menimbulkan
masalah, contohnya kucing suka makan ikan dibaca sebagai kucin suka makang ikang,
Dia lari kerana hujan dibaca sebagai dia lali kelana hulan, Emak dia pergi
sembahyang dibaca sebagai emak dia pigi sembahyang. Masalah-masalah tersebut

seharusnya segera diatasi sebelum terlambat kerana agar murid-murid tidak ketinggalan
untuk mempelajari tahap kemahiran berbahasa yang lebih tinggi lagi.
2.2 Langkah-Langkah

Yang

Dilakukan

Dalam

Mengatasi

Masalah

Pengajaran

Kemahiran Membaca
Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Menurut Yahya Othman
(2004), kemahiran membaca merupakan aktiviti kompleks yang melibatkan proses komunikasi
antara pembaca dan penulis melalui tulisan yang dibaca. Kemahiran ini adalah sangat penting
bagi mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara. Oleh yang
demikian, terdapat langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah pengajaran
kemahiran membaca.
Antara langkah tersebut adalah melalui kaedah pengajaran guru. Masalah dalam kaedah
pengajaran guru dapat dirumuskan kepada tiga punca utama, iaitu kurang pengalaman,
penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu serta tidak ada
kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca.

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah


memberi perhatian terhadap hakikat ini.
Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran
bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi,
sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya.
Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan menarik.
Kaedah Abjad/huruf merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar
mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama
huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, hurufhuruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini.
Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan adalah sangat popular dalam mengajar
bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca
dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataanperkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita
seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
9

Kaedah gabungan bunyi kata ( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi
langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf.
Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu
berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).
3. Faktor Psikologi
Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca.
Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami
proses pembacaannya. Melalui kajian yang dijalankan mendapati terdapat dua faktor yang
berkaitan dengan psikologi, iaitu (i) kurang minat belajar, dan (ii) kurang mengambil
perhatian semasa belajar. Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid. Tumpuan
belajar dari murid itu kurang, misalnya semasa pengajaran di bilik darjah murid-murid
seperti ini kurang mengambil perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Perkara ini juga berkait rapat dengan sikap dan tabiat belajar murid berkenaan. Sebab
murid yang pandai membaca mempunyai sikap dan tabiat rajin belajar berbanding dengan
murid yang lemah membaca ini.

4. Faktor Individu
Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-murid yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan
yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Faktor individu ialah faktor yang berkaitan
dengan kecerdasan murid lemah dalam pembelajaran dan membaca. Murid-murid ini juga
mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapat mengingat maklumat dan apa yang telah
dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Bagi sebilangan subjek guru, faktor kecerdasan
murid atau individu adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca mereka. Kecerdasan murid
yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak boleh mengingati apa yang dipelajari untuk
jangka masa panjang dan menyebabkan murid-murid ini membuat tanggapan yang meleset dari
apa yang telah dipelajari.

2.3 Cadangan-cadangan

Untuk

Menyelesaikan

Membaca

10

Masalah

Pengajaran

Kemahiran

Peranan guru amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid
sekolah rendah. Bagi mengatasi masalah pengajaran kemahiran membaca ini, guru boleh
menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran membaca. Menurut Azwan Wan
Chik (1987), terdapat empat kaedah mengajar membaca Bahasa Melayu yang biasa dilaksanakan
dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad, kaedah seluruh perkataan, kaedah fonik dan kaedah
eklektik.
Setiap kaedah mempunyai cara penyampaian yang berbeza dan guru boleh menggunakan
kaedah-kaedah tersebut dalam proses pengajaran membaca kepada murid. Namun begitu, kaedah
eklektik adalah paling sesuai digunakan untuk mengajar membaca kerana menggabungkan terus
kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu pelajaran membaca.
Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar
(ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari set
induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling
berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984). Penggunaan
ABM dapat memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan
konsep yang betul. Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat
membantu dan merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya.
Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan
mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk
menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks
sekolah, murid membaca untuk tujuan-tujuan seperti untuk mendapatkan maklumat atau
fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara, untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami sesuatu persoalan atau
menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat
berkaitan dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu menguasai
dua teknik membaca, iaitu membaca pantas dan membaca kritis. Untuk membaca pantas
seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca
dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
11

Peranan murid
Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu
rajin dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi
meningkatkan kemahiran membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk
membaca. Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa.
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika murid
berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka perlu mengatur
masa dan memperuntukan sedikit masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry
Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15
hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran
membaca mereka. Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak
menyediakan masa untuk membaca dalam hidupnya. Usaha yang paling efisyen untuk
mengetahui segala kejadian penting di dunia moden sekarang ini adalah dengan membaca.
Selain itu, menyediakan masa untuk membaca berhubungan rapat dengan salah satu aspek
yang paling penting dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa yang baik dan bermanfaat
untuk dibaca. Memang tidak mungkin murid akan membaca tentang semua perkara, oleh
itu setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang dapat membimbing mereka
terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam buku Azman Wan Chik
(1986) ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan
dalam buku Personalized Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L. Abbott,
terjemahannya lebih kurang begini:
Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-apa
buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka, saya
juga suka kerana saya diberi masa untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa
sesungguhnya saya seronok membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana
membaca dengan baik apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan menarik
minat anda ingin membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-buku yang
saya sudah baca, dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang bahawa tidak
ada sebuah buku yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini menjadikan
mereka akan berminat membaca buku-buku. Percayalah saya suka membaca.

12

Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya dengan
memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untuk
membaca.
Peranan sekolah
Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran
membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka
dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk
mengajar mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga
penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat
motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal
minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya, pada dinding-dinding
sekolah atau tugu perlu diletakkan moto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan
dan kebaikan amalan membaca. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi
kesedaran kepada murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka
membaca. Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini
perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga
perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa
mereka membaca (Nordin Mamat, 2005).
Peranan ibu bapa
Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam
pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966)
tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelaskelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar
membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.
Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat
membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang
membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak
tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain,
ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep,
perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam kajiannya,
Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah.
13

Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang
diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi
membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi
contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara
bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara
berasingan.
Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini
disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui
teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang
dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka
itulah yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun
perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai
kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama
dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada
seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya. Selain itu
juga, ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk meransang anak mereka belajar
dengan membelikan buku, membawa mereka ke perpustakaan serta bersama dengan
mereka terlibat dengan aktiviti seperti membaca buku bersama dengan mereka. Melalui
aktiviti seperti ini, ia bukan sahaja dapat mendorong minat mereka untuk terhadap buku
malah akan dapat membantu mereka meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Begitu juga
untuk masyarakat orang asli, sebagai ibu bapa mereka perlu menggalakkan mereka untuk
berminat terhadap buku kerana melalui minat akan dapat menimbulkan rangsangan
pembelajaran secara automatik iaitu mereka tidak perlu dipaksa untuk belajar, tetapi
mereka dengan sendirinya akan tahu tentang kepentingan mengulang kaji pelajaran dan
meningkatkan pencapaian mereka di dalam pelajaran.

3.0 BAHAGIAN C
3.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kaedah Mengajar Membaca

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


14

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 3 Cemerlang

Bil. Murid

: 18 orang

Masa

: 7.40 pagi 8.40 pagi

Tarikh

: 15 Oktober 2015

Tema

: Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk

: Senaman Menyihatkan Badan

STANDARD KANDUNGAN
2.5 Membaca, memahami dan menaakul

STANDARD PEMBELAJARAN
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul

untuk memindahkan maklumat yang terdapat

maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukan

dalam pelbagai bahan dengan betul.

grafik dengan betul.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
a) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang
dibaca.
b) Menyampaikan maklumat dengan latihan isi tempat kosong dengan betul.

Sistem Bahasa :
a) Sistem bahasa

: Imbuhan awalan

b) Kosa kata

: Mencederakan, menjamin, mendatangkan, manfaat.

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum :


a) Ilmu

: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Muzik, Sains.

b) Nilai murni

: Kerjasama, tanggungjawab, prihatin.

c) Kreativiti

: Memilih aktiviti yang sesuai untuk bersenam


15

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :


a) Kemahiran Berfikir : Mengenal pasti, menyelesaikan masalah
b) TKP

: Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, visual


kinestatik, visual

c) BCB

: Memproses maklumat tentang kebaikan bersenam.

d) Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan senaman harian.

Bahan Bantu Belajar :


Bil
1
2
3
4
5
6

Jenis

Bilangan
1
1
18
18
5
18

Komputer riba
Pembesar suara
Petikan
Lembaran kerja
Gambar
Buku teks

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan pergerakan senaman.

Langkah/
Masa

Aktiviti Pengajaran

Isi Pelajaran

dan Pembelajaran

16

Catatan

Aktiviti senaman

1) Murid-murid disoal mengenai

Chicken Dance.

pengalaman mereka membuat

-Pembesar suara

pergerakan dalam lagu Chicken

-Komputer riba

Soalan cadangan:
1. Pernahkah kamu
melakukan
pergerakan
Set Induksi

Chicken

(5 minit)

Dance?
2. Apakah tujuan
aktiviti
pergerakan
Chicken

Dance.
2) Guru memainkan lagu Chicken
Dance dan membuat demonstrasi
pergerakan.
3) Murid-murid dan guru membuat
pergerakan sambil diiringi oleh lagu
Chicken Dance bersama-sama.
4) Murid-murid disoal mengenai
tujuan pergerakan dilakukan.
5) Murid-murid dan guru mengaitkan

BBB:

TKP:
-Verbal
-Muzik
-Kinestetik
Teknik:
-Soal jawab
-Demonstrasi

aktiviti dengan tajuk pembelajaran.

Dance ini

Nilai:

diadakan?

-Berdisiplin

Tajuk:
Senaman Menyihatkan
Badan
BBB:
Bacaan petikan:
Senaman
Menyihatkan Badan

1) Guru mengedarkan petikan kepada

-Lembaran

semua murid.
2) Murid membaca petikan secara

petikan

mentalis selama dua minit.


3) Beberapa orang murid dipilih oleh
Langkah 1

-Isi petikan:

(15 minit)

1. Senaman baik untuk


kesihatan.
2. Senaman dapat
menghindarkan penyakit.
3. Senaman dengan cara

guru untuk membacakan petikan


secara mekanis.
4) Murid membaca petikan secara
kumpulan dan kelas.
5) Murid-murid disoal mengenai isi
petikan berdasarkan perenggan.
6) Murid-murid diminta mengeluarka
17

TKP:
-Verbal
-Intrapersonal
-Interpersonal
BCB:
-K.membaca

yang betul.
4. Senaman dapat
memenuhi masa lapang.

kosa kata yang terdapat dalam


petikan.
7) Guru menerangkan kosa kata

Teknik:
-Soal jawab

tersebut.
8) Guru membimbing jawapan murid
-Kosa kata:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Nilai:

Faedah
Diserang
Mencegah
Cergas
Menyihatkan
Cerdas

-Berhati-hati
-Prihatin

BBB:
Latihan isi tempat
kosong.

1) Guru mengedarkan latihan isi


tempat kosong kepada murid-murid.
2) Murid-murid diminta menjawab
soalan dengan jawapan yang betul

-Jawapan latihan isi


tempat kosong:
Langkah

a) mencegah

penyakit
b) cerdas
c) cergas dan

(15 minit)

d)
e)
f)
g)
h)

bertenaga
kuat dan sihat
Senamrobik
faedah bersenam
gimnasium
kesihatan

-Lembaran
petikan dan
latihan.

berdasarkan pilihan jawapan yang


disediakan.
3) Masa yang diberikan ialah selama
lima minit.
4) Setelah siap, beberapa orang murid
dipilih untuk membacakan petikan
dengan jawapan yang betul.
5) Guru membimbing jawapan murid.
6) Guru menyelitkan pembelajaran

Teknik:
-Penerangan
-Perbincangan
TKP:
-Verbal
-Visual

imbuhan awalan dalam latihan


tersebut.

KB:
-Menyelesaikan
masalah
BCB:
-K.membaca
-K.menulis
BBB:

1) Murid-murid diminta merujuk buku


18

Aktiviti Sukan
Kegemaran Saya.

teks halaman 38.


2) Murid-murid diterangkan tentang

-Gambar
-Buku teks

piramid aktiviti kesihatan.


3) Murid-murid dibahagikan kepada
Sampul tugasan:

enam kumpulan.
4) Ketua kumpulan diminta memilih

TKP:
-Interpersonal

gambar aktiviti sukan yang ditampal -Intrapersonal


Langkah 3

pada papan putih.


5) Secara berkumpulan, murid-murid

(20 minit)

-Verbal
-Visual

diminta membina satu perenggan


pendek menceritakan tentang sukan
yang diperoleh daripada gambar.
6) Setiap kumpulan perlu

KB:
-Mengenal pasti

membentangkan hasil perbincangan


dihadapan kelas.
7) Murid dan guru membincangkan
jawapan bersama-sama.
8) Guru membimbing jawapan murid.

BCB:
-K.membaca
-K.menulis
Nilai:
-Bekerjasama
-Bantumembantu
BBB:

Rumusan Isi Pelajaran.

1) Murid-murid disoal kefahaman


mereka terhadap tajuk

Kognitif:
Penutup

a) Makanan

(5 minit)

seimbang
b) Kumpulan
makanan
c) Perkataan
sinonim

-Komputer riba
-Pembesar suara

pembelajaran.
2) Guru bertanyakan tentang piramid
aktiviti kesihatan.
3) Murid- murid diminta menyatakan

TKP:
-Verbal

nilai-nilai murni yang diperoleh

-Interpersonal

dalam Pengajaran dan

-Muzik

Pembelajaran.
4) Murid dan guru sama-sama

19

KB:

Sosial:
Bertepuk tangan untuk
diri sendiri.

membuat pergerakan Chicken


Dance dengan iringan muzik.
5) Guru merumuskan isi pelajaran.

-Merumus
Nilai murni:
-Prihatin
-Sayangi diri
-Jaga kesihatan

3.2 Pelaksanaan Pengajaran


Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kaedah mengajar membaca telah
dilaksanakan berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang. Sesi
pengajaran tersebut dilaksanakan dengan melalui proses-proses seperti set induksi,
langkah-langkah pengajaran dan refleksi bagi memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.
Oleh yang demikian, saya telah menyertakan sekali bukti-bukti proses pengajaran
dan bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar, lembaran petikan, serta lembaran soalan
petikan pada bahagian lampiran.
20

3.3 Refleksi Pengajaran


Refleksi: [4-5 halaman] (5%)
Perihalkan tentang apa yang telah berlaku semasa pengajaran
Sejauh manakah kaedah mengajar yang digubal berjaya?
Nyatakan perubahan yang perlu dilakukan
Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kaedah mengajar membaca telah dilaksanakan
berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang dengan teliti. Saya telah
memilih Tahun 3 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Garau, Kudat, bagi melaksanakan pengajaran
ini. Tema sesi pengajaran ini adalah berfokuskan kepada tema kesihatan dan kebersihan yang
bertajuk Senaman Menyihatkan Badan.
21

Salah satu proses penting dalam melancarkan serta meningkatkan mutu pengajaran
adalah perancangan set induksi yang kreatif dan menarik. Menurut Marohaini Yusoff (1989),
dalam set induksi, guru perlu memenuhi 5 prinsip iaitu menarik perhatian minat belajar dan
menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar, sesuai dengan umur, kebolehan dan
pengalaman pelajar, berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar, berkait rapat dengan
objektif pelajaran dan pembelajaran serta jangka masa yang terhad.
Oleh yang demikian, bagi menghasilkan set induksi yang berkesan, saya telah memilih
senaman Chicken Dance iaitu senaman yang mengikut pergerakan ala-ala pergerakan ayam.
Saya telah memanfaatkan alat audio visual iaitu komputer riba dan pembesar suara bagi
menjadikan pengajaran lebih menarik. Ternyata hasil usaha itu tidak sia-sia kerana murid-murid
kelihatan begitu seronok dan teruja semasa melakukan senaman tersebut sehingga meminta
untuk mengulanginya berulang kali. Aktiviti ini yang melibatkan pergerakan seluruh anggota
badan, bukan sahaja mampu menguji kecergasan murid-murid, malahan dapat merangsang
pemikiran mereka serta menarik minat mereka untuk mengikuti aktiviti seterusnya.
Di samping itu, aktiviti ini juga sangat sesuai diaplikasikan kerana tidak tersasar daripada
fokus tajuk Senaman Menyihatkan Badan serta memudahkan guru bersoal jawab dengan
murid untuk membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan
sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Selain itu, set induksi ini juga membantu
guru untuk membayangkan kepada murid-murid mengenai perkara dan peringkat-peringkat
pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.
Seterusnya, setelah selesai aktiviti set induksi yang menyeronokkan, langkah pengajaran
pertama dimulakan dengan guru mengedarkan lembaran petikan yang bertajuk Senaman
Menyihatkan Badan untuk dibaca oleh murid-murid. Berdasarkan pemerhatian saya,
kebanyakan murid-murid tersebut tidak mempunyai masalah dari segi kemahiran membaca,
cuma ada beberapa orang sahaja yang sukar untuk mengeja perkataan-perkataan tertentu yang
jarang mereka jumpai seperti perkataan senamrobik dan gimnasium. Namun begitu, hal itu
tidak menjadi masalah kerana setelah dibimbing mereka dapat membaca dan memahami petikan
tersebut sepenuhnya.

22

Di samping itu, saya juga telah mengaplikasikan Teknik Membaca Berfikir Terarah (DRTA) diperkenalkan oleh Russel Stauffer (1969/1975) yang membolehkan murid membina satu set
tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej, simbol, grafik), lalu memproses idea
dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca sehingga mereka
boleh meramal dan mengesahkan isi maklumat yang dibaca. Teknik sebegini telah memudahkan
saya untuk membimbing dan bersoal jawab dengan murid-murid bagi memahami maksud
petikan dengan lebih mendalam. Antara soal jawab tersebut adalah berkisar mengenai kosa kata,
imbuhan, maksud perkataan dan sebagainya.
Setelah selesai sesi membaca petikan, maka langkah seterusnya adalah untuk menguji
tahap kefahaman mereka iaitu dengan mengisi tempat kosong berdasarkan lembaran petikan
yang telah diberi sebelumnya. Namun begitu, petikan asal telah diambil semula bagi
mengelakkan berlakunya peniruan. Saya menerangkan kepada murid-murid

RUJUKAN

LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 (GAMBAR-GAMBAR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)
a) Set induksi Aktiviti Senaman Chicken Dance.

23

b) Guru mengedarkan lembaran petikan untuk dibaca oleh murid-murid.

24

c) Murid mengisi tempat kosong pada lembaran soalan berdasarkan petikan yang telah
dibaca.

d) Refleksi - Guru dan murid bertukar pendapat mengenai hasil pembelajaran yang mereka
telah perolehi.

25

PETIKAN: BERSENAM MENYIHATKAN BADAN


LAMPIRAN 2 (LEMBARAN PETIKAN)
Bersenam baik untuk kesihatan kita. Kita haruslah bersenam setiap
hari supaya badan kita sentiasa sihat. Antara faedah bersenam ialah tubuh kita
akan segar dan sihat.Jika sihat,kita tidak mudah diserang penyakit.
Senaman juga dapat membantu tubuh mencegah penyakit. Kalau kita
bersenam,anggota badan menjadi kuat dan sihat.Selain itu,senaman juga akan
menjadikan kita cergas dan bertenaga .Oleh itu,kita dapat melakukan kerja
dengan baik. Seterusnya, senaman membolehkan otak kita menjadi
cerdas.Kita akan dapat belajar dengan baik.
Kita juga boleh melakukan senaman di padang dan juga di
gimnasium. Senamrobik juga salah satu senaman yang boleh menyihatkan
badan kita.

26

SOALAN
: LENGKAPKAN
BERSENAM MENYIHATKAN
LAMPIRAN
3 (LEMBARAN
SOALANPETIKAN
PETIKAN)
BADAN
Bersenam baik untuk _____________ kita. Kita haruslah bersenam setiap
hari supaya badan kita sentiasa sihat. Antara _______________________ ialah
tubuh kita akan segar dan sihat. Jika sihat, kita tidak mudah diserang penyakit.
Senaman juga dapat membantu tubuh ______________. Kalau kita bersenam,
anggota badan menjadi ______________. Selain itu, senaman juga akan
menjadikan kita _________________. Oleh itu, kita dapat melakukan kerja dengan
baik. Seterusnya, senaman membolehkan otak kita menjadi ____________. Kita
akan dapat belajar dengan baik.
Kita

juga

boleh

melakukan
27 senaman di padang dan juga di
__________________. _________________ juga salah satu senaman yang boleh
menyihatkan badan kita.

Pilihan jawapan untuk mengisi tempat kosong :


cerdas

mencegah penyakit

kuat dan sihat

cergas dan bertenaga

Senamrobik

gimnasium

faedah bersenam

kesihatan

28

You might also like