You are on page 1of 2

FOKUS : KAJIAN KES

Mengapa menggunakan kajian kes? Sebagai seorang pendidik, keba nyakan


kajian yang dijalankan tidak melibatkan populasi tetapi hanya individu atau
kumpulan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Penyelidik dalam bidang
pendidikan khususnya lebih banyak menumpukan perhatian mereka kepada
pelajar, guru, pentadbir, kakitangan termasuklah kakitangan pusat sumber,
pembantu makmal dan kakitangan sokongan di sesebuah sekolah. Justeru itu,
kajian akan lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sebuah
sekolah, dua buah sekolah atau tiga buah sekolah dalam sesuatu kawasan. Oleh
yang demikian, kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai
digunakan oleh pe nyelidik berkenaan. Melalui kajian kes, maklumat yang amat
teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Selain itu,
kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik/ menyeluruh dan
memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara
mendalam (Yin, 1994). Kajian ini boleh menjawab soalan bila, bagaimana dan
mengapa. Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory)
dan diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap seorang individu,
beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu
organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar yang
bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan
berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana kaedah kajian
kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi seseorang
penyelidik. Di samping itu, alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh
maklumat yang berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang biasanya digunakan
adalah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen.
Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari,
memo, surat, fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk
mengetahui persepsi responden mengenai sesuatu fenomena. Ujian digunakan
untuk mengukur pencapaian responden misalnya soalan-soalan ujian atau ujian
penentuan tingkah laku. Temu bual yang digunakan adalah temu bual separa
berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat
disampaikan kepada penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang
dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta.
Selain itu, penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk
me- nyokong soal selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan.
Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi
memilih alat kajian yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau
bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian kes
yang dijalankan, kaedah triangulasi boleh digunakan. Kajian dilakukan ke atas
tiga aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan
pada masa yang berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa
orang pemerhati (Chua, 2006). Selain itu, triangulasi juga boleh menggunakan
tiga alat kajian yang berlainan untuk mendapatkan data yang sama. Seorang
penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual harus mempunyai
kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak
mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak

menyampuk ketika responden sedang seronok bercerita, memastikan responden


sentiasa fokus kepada soalan yang ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan
dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian, 2000). Selain itu, penyelidik juga
harus mempunyai kemahiran untuk merangsang responden untuk bercerita
secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan harus direkodkan dengan
menggunakan alat perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada maklumat
yang tercicir dan mudah ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan
temu bual berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada responden untuk
tujuan kesahan alat kajian yang digunakan. Terdapat dua jenis pemerhatian yang
menjadi pilihan kepada pe-nyelidik kajian kes untuk digunakan supaya boleh
menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian turut serta penyelidik terlibat
secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Dengan menggunakan
pemerhatian ini penyelidik mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti dan
berinteraksi dengan responden dalam kajian yang dijalankankan. Walau
bagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran penyelidik untuk membuat
catatan nota lapangan pemerhatian. Mana kala pemerhatian tidak turut serta
penyelidik hanya melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang
dijalankan. Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar dan secara
holistic (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat
perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang
diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan
tempat, interaksi guru-pelajar, interaksi pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang
diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh meminta bantuan penyelidik lain untuk
mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan pengesahan sekiranya
perlu. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh digunakan untuk
mendapatkan data sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai
semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan
frekuensi dan peratus boleh digunakan.

You might also like