You are on page 1of 17

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN

ISLAM
TAJUK 1

PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG.

SINOPSIS

Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama
mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam.
Tajuk kedua memberi fokus kepada Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)


1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber.
2. mengolah keberkesanan bahan sumber.

KERANGKA TAJUK

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM

1.1

KATEGORI BAHAN SUMBER

1.1.1: PENGENALAN
Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah sekalian !
Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan
yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi
pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai
berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan
menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh
membantu dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan
teknologi maklumat dan bahan maujud.
Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada
menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria
rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid,
pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran
berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran,
kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.
Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-murid dari
segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan
kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan
juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan
lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar
untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan
proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.
Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai
media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar
2

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses
penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu
kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai
dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan
Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang
mana disebut sebagai Cone of Experience, Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada
sukar kepada yang lebih mudah. Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989.
Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.1.2: KATEGORI BAHAN SUMBER
Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang
boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenisjenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi
maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza
tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi
pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.
Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti
sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam proses
pembelajaran. Terdapat banyak sumber- sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang
mengajar. Antara bahan- bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku
latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah.
Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh
menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen.
Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat
serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid
dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif
yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu
sendiri.
1.1.2.1:

BAHAN BERCETAK
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan wujud

secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan
bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan
tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat
khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan
bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib.
Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di
bidang masing-masing.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guruguru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini
murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah
dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses
yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu
digunakan.
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku
teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi
masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi
ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu
kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk
mengikut peredaran zaman. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses
yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu
digunakan.
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku
teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi
masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi
4

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu
kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk
mengikut peredaran zaman.
1.1.2.2:

BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang

semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information


Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat
jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang
berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.
Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal
pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer
adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi
pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana
terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut
bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika
ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa
proses P&P sedang berlangsung.
Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik
dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian
mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru
juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang
perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak
kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat
diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
1.1.2.3:

BAHAN MAUJUD

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit
atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata
yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah
diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah
kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan
maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat
komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.
Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen.
Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang
pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing
tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet
pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam
bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.
Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hiduphidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan
hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh
bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan
maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan
didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka
dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan
murid-murid

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
1.1.3: BAHAN MEDIA
Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan ianya
boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah :
Bil

Jenis Media/ Bahan

1.
2.
3.
4.
5
6.

Media/ bahan tayang kaku


Media / bahan tayang bergerak
Bahan grafik
Gambar Kaku
Bahan pameran 3 dimensi
Papan pameran

7.
8.
6.

Media audio
Media cetak
Papan pameran

Contoh
Transparensi, slaid, mikrofilem
Pita video, CD dan filem
Lukisan, poster, kartun, carta dan graf
Gambar foto, kad imbasan dan poskad
Model, boneka, diorama dan pupet
Papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan
buletin
Pita kaset, CD dan komputer
Modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah.
Papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan
buletin

1.1.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER


Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media
pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses
penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu
kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai
dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan
Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan
pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan.
Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina,
menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus
dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti gambarajah berikut:

1.1.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
1.1.5.1:

Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan

pembelajaran.
Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para
pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program
pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung
dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang
akan digunakan dan bukan sebaliknya.
1.1.5.2

Bahan

haruslah

mengandungi

unsur-unsur

yang

berkaitan

dengan

Falsafah Pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh
membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu
haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai
Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahanbahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang
menyeluruh dan bersepadu.
1.1.5.3:

Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan

pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara
efektif.
Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang
pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat
belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktivitiaktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat
merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak
ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.
8

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah
perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranan di satu
bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti
kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada
seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah
dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah
contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia
boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi.
Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam
situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan
pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar
mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang
sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.
1.1.5.4:

Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar.

Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari


sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan
dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa.
Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah
diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit,
tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi
mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan
mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan
yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan
terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi.
Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan
pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan
pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara
intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah
boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah
9

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan
bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan,
kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.
1.1.5.5:

Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa,

proses pembelajaran dan pelajar.


Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya
hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga
mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun
cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang
berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.
Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung
berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak
menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu,
proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika
diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan
janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira
nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable)
tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.
1.1.5.6:

Guru

hendaklah

menggunakan

penggerak

pelajar-pelajar

untuk

memudahkan pembelajaran mereka.


Pelajar

yang

mempunyai

enggerak

untuk

mempelajarai

sesuatu akan

dapat

mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak
diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat
murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat
terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan
perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah
memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan

10

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan
keperluan sedia ada.

1.2

KEBERKESANAN BAHAN

1.2.1: PENDAHULUAN
Bahan sumber merupakan salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan
sahaja dapat memberi suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat membantu murid
menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. Bahan sumber yang baik akan membantu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Justeru bahan sumber
menjadi elimen perantaraan dan pemindah maklumat kepada pelajar dan pengguna, seseorang
pengajar perlu peka kepada faktor objektif, faktor pelajar faktor kaedah dan faktor praktikal
semasa membuat, menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan.
1.2.2: KERANGKA TAJUK

1.2.3: KEBERKESANAN BAHAN

11

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi penggunaannya terlebih
dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut :
1.2.3.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER
- selaras dengan falsafah pendidikan negara
- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi
- memberi maklumat terkini
- cost effective
- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel
1.2.3.2: PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN
a)

Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau
kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh
dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk muridmurid belajar sendiri.

b) Kos

12

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan
sekolah.

Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran


bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan
penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar
sendiri.

Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh
menjimatkan bahan-bahan terpakai.

c)

Aspek-aspek Teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh
digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh
didirikan di atas meja atau sebagainya

d) Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang
tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan
sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna
dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e)

Mudah Alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik
lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan
kepada kumpulan yang lain.

Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi
keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan
tertentu.

f)

Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu
difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran.

Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar.

13

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM

Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut
akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa
di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu

g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah
penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran.

Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah
pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami
tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri,
masyarakat dan negara.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat


perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan
dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan
pengajaran yang digunakan.

1.2.3.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER


Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan dalam semua
keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk mempastikan keberkesanan bahan
sumber yang digunakan seseorang guru perlu mengetahui cirinya seperti berikut :
a)

Menjelaskan idea yang kabur

Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan dijelaskan
dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan sumber juga dapat
menerangkan hubungan antara idea dengan isi pelajaran.
b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahami
Dalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar difahami oleh pelajar
(Wifa al-Tajl dan Rana al-Fauri, 2006). Pengunaan bahan sumber dapat membantu
proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar
difahami. Contohnya penggunaan grafik banding beza.

14

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
c)

Besar dan jelas

Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan jelas mengikut
keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar bahan sumber mestilah boleh
dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada dalam pandangan yang paling jauh
daripada bahan sumber.
d) Warna yang menarik dan saiz yang tepat
Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna berbanding dengan
hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat mereka dan
sekaligus menggalakan pembelajaran. Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta
penting. Manakala saiz sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses
pembelajaran. Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi
kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengah-tengah.
e)

Tahan lama

Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak membebankan guru,
tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja sama ada dari bilik guru ke dalam
kelas, dari kelas ke perpustakaan dan sebagainya (Ahmad, 1997). Contohnya slaid.
f)

Paling memberi kesan

Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih bahan sumber yang
berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar mendapat input yang
berfaedah hasil daripada permainan tersebut. Contohnya permainan berbentuk teka
silang kata, kuiz dan sebagainya.
g)

Murah

Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan
seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak membebankan guru dan juga pihak
sekolah

15

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
1.2.3.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER
Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu sesi dapat
dicapai dengan maksimum. Oleh itu, guru perlu mengikut prinsip asas pemilihan bahan
sumber dalam pengajaran mereka (Wifa al-Tajl dan Rana al-Fauri, 2006). Antara asas
pemilihan ialah :
a) Besesuaian dengan tajuk
Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar. Langkah
seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai pada akhir
proses P&P menggunakan bahan sumber. Ini bermaksud, alat dan bahan yang
hendak digunakan mestilah sesuai dengan tajuk, isi kandungan dan objektif
pembelajaran pelajar.

b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar


Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid, gaya
pembelajaran murid, tahap pencapaian murid dan pengalaman murid belajar
berbantukan bahan sumber. Bahan yang dipilih itu mestilah sesuai dengan tahap
kebolehan dan perkembangan murid dalam penguasaan bahasa, tahap kefahaman
serta pendengaran. Contohnya sumber visual seharusnya tidak digunakan apabila
pelajar

mempunyai

latar

belakang

pengalaman

yang

cukup

untuk

menginterpretasikan dan mengimaginasikan sesuatu yang berkaitan dengan


pembelajaran (Kamarudin, 2003).
c) Bersesuaian dengan tempat digunakan.
Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan digunakan
boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang hendak dicapai. Oleh
sebab itu, guru juga patut memberi perhatian mengenai tempat bahan yang bakal
digunakan.
d) Berteknologi rendah dan sederhana
Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran teknikal yang
terlalu tinggi. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk menggunakan alat dan bahan
serta membuat latihan yang sewajarnya sebelum sesi pengajaran yang sebenar.
16

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN


ISLAM
Bagi seseorang guru, mereka tidak boleh mengambil sikap ambil mudah dengan
mengangap pelajar akan memahami apa yang dipaparkan pada kali pertama
(Kamarudin, 2003). Ini sekaligus bertujuan untuk mengelakkan kesilapan atau
kelamahan semasa persembahan.
e) Tidak berbahaya
Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan menggunakan
kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. Bahan tersebut seelok-eloknya mudah
disimpan dan tidak mudah rosak, terutama jika alat itu melibatkan penggunaan oleh
murid. Bahan tidak memerlukan kelengkapan tambahan yang banyal apabila hendak
digunakan dan tidak mudah ketinggalan zaman.
f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar
Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar dapat
diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai.
g) Sesuai dengan tahap IQ
Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran, peluang
harus

diberi

kepada

pelajar

bagi

menentukan

sendiri

kadar

kelajuan

peembelajarannya. Mereka yang kurang berkebolehan mempunyai peluang merujuk


kembali kepada bahan yang digunakan dengan mengikut kadar keupayaannya
sendiri tanpa melibatkan kemajuan murid lain yang lebih cekap.

17

You might also like