You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROJEK KELAB EURESTARS


NAMA PROJEK :
SHOW US WHAT YOUVE GOT!
KUMPULAN PENGELOLA/ PENGANJUR :
KELAB EUREKASTARS
TARIKH PROGRAM :
3 AUGUST 2015 - 4 AUGUST 2015
MASA PROGRAM :
2.00 PTG - 5.00 PTG
TEMPAT :
PULAU PANGKOR

1.0 PENDAHULUAN
Projek ini merupakan satu aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh Kelab
Eurekastars. Kelab ini dianggotai oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Aktiviti in akan disertai oleh guru
pelatih dari Unit L8. Aktiviti ini akan dianjurkan di Pulau Pangkor. Aktiviti yang
dianjurkan oleh kelab ini diharap akan dapat diterapkan di dalam penganjuran gerak
kerja kokurikulum yang akan dilaksanakan di dalam Sistem Persekolahan di Malaysia
oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Ipoh apabila mereka ditempatkan di sekolah
selepas menghabiskan pengajian di Institut Pendidikan Guru.
2.0 MATLAMAT
Matlamat penganjuran aktiviti ini ialah untuk memberi peluang kepada pelatih guru
untuk menyerlahkan bakat, idea dan minat mereka yang akan memberi peluang
kepada mereka untuk meluaskan kemahiran mereka dalam bidang masing-masing.
Selain itu, aktiviti ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk
berkongsi pengetahuan berdasarkan bakat dan minat mereka dengan peserta-peserta
lain. ******
3.0 OBJEKTIF
3.1

Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,


jasmani dan emosi.

3.2

Membina dan meningkatkan disiplin peserta dan penganjur

3.3

Menghargai idea-idea baru, minat dan bakat setiap individu

3.4

Memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengetahuan berdasarkan


idea , bakat dan minat mereka dengan peserta lain

3.4

4.0

Memberi inspirasi untuk pembelajaran sepanjang hayat

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

4.1

Tarikh yang dirancang ialah

4.2

Dilaksanakan selama 3 jam

4.3

Masa pelaksanaan ialah antara jam 2.00 petang - 5.00 petang

4.4

Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0

Tempat

Pantai Pulau Pangkor / Teluk Batik

You might also like