You are on page 1of 4

LAPORAN LAWATAN

SAMBIL BELAJAR
JOM KE DESA

TEMPAT

:KAMPUNG SUNGAI SIREH,


TANJUNG KARANG,
SELANGOR.

TARIKH/ HARI

: 29 APRIL 2015 HINGGA 30


APRIL 2015

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR JOM


KE DESA
1. PENDAHULUAN
1.1 Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti pembelajaran luar bilik
darjah yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan
Bandar Sungai Buaya
1.2 Aktiviti ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti bagi tahun 2015 yang
bertujuan untuk memberi kesedaran pada murid tentang keindahan desa dalam
Negara kita.
1.3 Aktiviti ini juga dapat memupuk keseronokan, penghayatan budaya, dan
semangat perpaduan dalam diri murid-murid.

2. TUJUAN
2.1 Setiap murid wajib menyertai aktiviti ko-kurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka sebelum melangkah ke alam yang lebih mencabar.
2.2 Pengalaman yang ditimba melalui program ini bakal diaplikasikan dalam
kehidupan seharian mereka.

3. OBJEKTIF
3.1 Mengetahui dan menghargai kesenian Negara seperti permainan tradisional,
makanan tradisional dan seni mempertahankan diri yang terdapat dalam
Malaysia.
3.2 Memupuk sikap hormat-menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain
kearah pembentukan masyarakat yang lebih harmoni.
3.3 Memberi pengalaman sebenar hidup di desa.

4. PENGLIBATAN
4.1

Murid Pendidikan Khas SK Bandar Sungai Buaya

- 19 orang

4.2

Guru Pendidikan Khas SK Bandar Sungai Buaya

- 7 orang

4.3

Pembantu Pengurusan Murid SK Bandar Sungai Buaya

- 2 orang

5. IMPAK
5.1 Murid-murid dapat merasai pengalaman menanam padi.
5.2 Murid-murid dapat mempelajari teknik menganyam ketupat yang betul.

6. PELAKSANAAN

Tarikh perlaksanaan : 29 dan 30 April 2015


Tempat lawatan : Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang
Pengangkutan : Bas Sekolah

LAPORAN BERGAMBAR LAWATAN SAMBIL BELAJAR


JOM KE DESA

You might also like