You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

______________________________________________________________
Bil. Mesyuarat :

1 Tahun 2016

Tarikh

29 Disember 2015

Masa

11.00pg- 1.00 tghr

Tempat

Bilik Mesyuarat SK Jijan

______________________________________________________________
Hadir :
1. Pn Noor Azikin Binti Husein - Guru Besar SK Jijan
2. Pn Faridah Binti Saleh
- GPK 1
3. Cik Nadiah Binti Mohammad - Ketua Panitia Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
4. En Azhar Bin Punandir
- Setiausaha
5. Pn Shakinah Binti Tahir
6. Pn Norizan Binti Adam
I.

PERUTUSAN PENGERUSI
1. Kata alu-aluan
YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam
kegemilangan, salam perpaduan dan salam 1Malaysia : Rakyat
Didahulukan , Pencapaian Diutamakan serta mengucapkan terima
kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir.
Makluman
2. Ucapan penghargaan dan tahniah
YBhg. Pengerusi bagi pihak ahli mesyuarat mengucapkan penghargaan
kepada semua yang berusaha untuk mengajarkan mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini dengan sebaik mungkin
disebalik kekangan-kekangan yang dihadapi di sekolah ini.
Makluman
3. Memaklumkan bahawa rancangan panitia bagi tahun 2016

YBhg. Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat bahawa pihak


sekolah berharap agar panitia TMK dalam merancang aktiviti
pembelajaran TMK dengan lebih berkesan bagi meningkatkan
pencapaian murid.
Makluman

II.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bilangan 4


Tahun 2015 pada 4 November 2015 disahkan.
Makluman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


4. Guru guru yang mengajar TMK
Mesyuarat mengambil maklum :
Tahap 1 (TMK dalam PdP DST)
Tahun 1 : Pn Shakinah Binti Tahir
Tahun 2 : Pn Norizan Binti Adam
Tahun 3 : Cik Nadiah Binti Mohammad
Tahap 2 TMK
Tahun 4 : Cik Nadiah Binti Mohammad
Tahun 5 : Cik Nadiah Binti Mohammad
Tahun 6 : En Azhar Bin Punandir
Makluman
5. Penyebaran DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6
Mesyuarat mengambil maklum:

(i)

Kursus Orientasi Penyebaran DSKP TMK Tahun 6 telah dihadiri


oleh Cik Nadiah Binti Mohammad pada 1 dan 2 April 2015 di
Sekolah Kebangsaan Puteri Seremban.

(ii)

DSKP TMK Tahun 6 tersebut telah dimasukkan ke dalam fail


panitia bagi rujukan guru-guru TMK.

(iii)

DSKP TMK Tahun 6 merangkumi satu modul iaitu Modul


Pengaturcaraan yang akan diajar sebanyak 2 waktu yang bergilir
dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

(iv)

Bahan Sokongan pembelajaran TMK Tahun 6 telah diberikan oleh


PPD Seremban dalam bentuk soft copy .
Makluman

6. Surat Siaran Berkenaan Panduan Penggunaan Peruntukan Bantuan


Geran Per Kapita (PCG)
(i)

Pindahan peruntukan PCG antara mata pelajaran


Bil
1.
2.
3.

Mata pelajaran baharu


Mata pelajaran yang digugurkan
Sejarah
Sivik dan Kewarganegaraan
Reka Bentuk Teknologi Kemahiran Hidup
dan Maklumat
Teknologi
Maklumat Kajian Tempatan
dan Komunikasi

(ii)

Pindahan peruntukan PCG di antara mata pelajaran baharu


dengan mata pelajaran yang digugurkan berkuatkuasa dari tahun
2014 sehingga 2016.

(iii)

SPK Bil 8 Tahun 2012 hendaklah dilaksanakan bersama-sama


surat siaran ini.
Makluman

IV. HAL- HAL LAIN


7. PdP TMK 2 kali sebulan

(i)

Mesyuarat mengambil maklum:


Waktu interaksi PdP TMK masih seperti tahun lalu iaitu 2 waktu 2
kali sebulan.
Makluman

V. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Makluman
Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sekolah Kebangsaan Jijan
31 Disember 2015

You might also like