You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke- 2

Minggu Praktikum

: Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

:22 Julai HINGGA 26 Julai 2013


: Kawalan Murid

1. Masalah /Peristiwa:
Proses pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini berjalan
dengan lancar. Namun yang demikian, sedikit masalah yang
dihadapi dalam p&p yang dijalankan ialah dari segi kawalan
murid. Murid tahun 3 zamrud merupakan murid yang boleh
dikategorikan

sebagai

murid

yang

lebih

cenderung

kepada

kemahiran kinestatik. Kebanyakan murid dalam tahun 3 ini suka


dengan aktiviti permainan terutamanya.
Masalah yang dihadapi, setiap kali p&p dijalankan, murid-muird
bising dan suka berjalan ke sana sini. Kadang-kadang perkara ini
mengganggu perhatian murid lain dan menyebabkan keadaan
kelas menjadi kurang terkawal.

2.Analisis
Perkara ini sering terjadi ketika p&p dijalankan semasa dalam
langkah 3. Aktiviti permainan yang digunakan dalam langkah 3
menyukarkan

guru

mengawal

keadaan

kelas.

Murid

sangat

berminat untuk mengikuti p&p yang dirancang, namun kegagalan


guru mengawal kelas menyebabkan aktiviti yang dirancang
kurang menjadi apabila

guru terpaksa menghabis masa untuk

mengawal murid yang tidak mengikut arahan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH

3. Cadangan Tindakan Susulan


A. Saya patut membuka dan membaca semula buku-buku berkaitan
pengurusan bilik darjah atau perkembangan kanak-kanak supaya saya
dapat mengaplikasikan teori-teori pendidikan yang bersesuaian dalam
menghadapi masalah ini.
B. Saya perlu menjadi lebih garang dan tegas dengan murid-murid agar
mereka rasa takut dan hormat pada guru di hadapan mereka.
C. Saya akan mendapatkan bimbingan daripada pensyarah dan guru
pembimbing dalam mengatasi masalah sebegini.
D. Meminta pandangan dan pendapat sahabat-sahabat lain yang juga
mengalami masalah yang sama di sekolah-sekolah lain.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan sedaya upaya menyelesaikan masalah ini dalam
tempoh dua minggu di sini. Saya perlu betul-betul mengenali
situasi

murid

bersesuaian

di

sini

dengan

dan
hati

bertindak
mereka.

dengan

Kawalan

sikap
murid

yang
tidak

semestinya dengan ketegasan mungkin boleh diatasi dalam


bentuk yang lain.
Nasihat daripada pensyarah dan guru pembimbing amat perlu
dalam membantu saya mengatasi masalah murid yang bising dan
suka bermain di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :..............................................
Tandatangan :..............................................
Nama
:..............................................
:..............................................

Nama

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Tarikh
:..............................................
:..............................................

Tarikh

You might also like