You are on page 1of 3

BENTUK

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai struktur bentuk
dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada
bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.
CIRI-CIRI BENTUK
1. Bersifat tiga dimnsi (3D). Mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.
2. Berstruktur. Mempunyai rangka yang membolehkan membentuk isipadu dengan tepat
dan sempurna.
3. Boleh dilihat dari semua arah. Mempunyai lebih dari satu permukaan.
4. Terdapat bayangan. Mempunyai kesan dan bayang.

JENIS-JENIS BENTUK
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada
pelbagai sudut.
2. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (bener-benar wujud di hadapan mata).
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta, dan sebagainya.

B. Bentuk Ilusi
1. Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur
seni seperti warna, garisan dan lain-lain.
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau
pada permukaan rata (bersifat dua dimensi).

3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan
cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

You might also like