You are on page 1of 5

SMK SEBERANG MARANG

PROGRAM GURU PENYAYANG


MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN
PERANCANGAN STRATEGIK (2016 2018)
BIL.
1

AKTIVITI
Anda diutamakan

STRATEGI

TINDAKAN

Menyambut
kehadiran semula
murid ke sekolah

Semua pentadbir
sekolah, pengawal
keselamatan, guru
cemerlang,
guru bimbingan dan
Kaunseling, PRS dan
pengawas sekolah

TATACARA/KAEDAH
Dalam aktiviti ini :
1. Kain rentang digantung seminggu sebelum sesi persekolahan
tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ,
PPD dan sekolah.
2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut
kehadiran murid.
3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada
murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid.
Contoh :
a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera
b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school
c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah
4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak
dilakukan secara terbuka.

BIL.
2

AKTIVITI
Pandangan
pertama

STRATEGI
Perhimpunan
Khas Hari
Pertama
Persekolahan

TINDAKAN
Semua Pentadbir,
GPK HEM
Pengacara Majlis
Pemimpin Pelajar

TATACARA/KAEDAH
Dalam aktiviti ini :
1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan
mengikut aturcara perhimpunan mingguan.
2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid
dengan kata-kata yang positif.
3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan pematuhan
peraturan sekolah dalam cara yang menyenangkan.
4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut
memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang
guru kepada murid.

Pimpinlah aku

Guru
Kesayanganku,
Kelas
Kebanggaanku

Guru Kelas

Dalam aktiviti ini :


1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan.
2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam
dibuat dengan mesra dan ikhlas.
3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada
murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi
pengalaman semasa cuti.
4. Guru kelas membincangkan perihal
pentadbiran kelas bersama murid.

pengurusan

dan

BIL.
4

AKTIVITI
Guru sumber
inspirasi

STRATEGI
Syoknya belajar !

TINDAKAN
Guru Mata Pelajaran

TATACARA/KAEDAH
Dalam aktiviti ini :
1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid.
2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap
keprihatinan terhadap murid.
3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan
kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran.
4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang
berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, dan
mengambil tindakan positif yang sewajarnya.
5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut
kesesuaian.
6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah
didampingi dan bersikap mesra.
7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru
mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan
bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow.
8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan
bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas.
3

BIL.
5

AKTIVITI
Pembudayaan
sikap prihatin

STRATEGI
Bersamamu,
sayang !

TINDAKAN
PIBG, Alumni, PK
HEM, Guru
Tingkatan, Guru
Kebajikan, Guru
Biasiswa, Guru Data

TATACARA/KAEDAH
Dalam aktiviti ini :
1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang
bersesuaian.
3. Menghulurkan bantuan :
a. Lawatan ke rumah
b. Lawatan ke hospital
c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain
4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid
secara berterusan.

Iklim Sekolah
Penyayang

Komuniti prihatin,
komuniti
penyayang

Guru Media,
Jawatankuasa 3K

Dalam aktiviti ini :


1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran
penyayang.
2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang
warga sekolah :
a. tempat memaparkan kain rentang
b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk
murid

BIL.

AKTIVITI

STRATEGI

TINDAKAN

TATACARA/KAEDAH
c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru
d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid
bersahsiah terpuji
e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid
yang terlibat dengan masyarakat
3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga
sekolah. Contoh :
a. Amalan senyuman mesra
b. Amalan ucapan terima kasih
c. Amalan bersalam

DIsediakan oleh:

Disahkan oleh:

(Siti Rozi Binti Daud)


Setiausaha Guru Penyayang
Smk Seberang Marang.
Sesi 2015

(Abdullah Bin Abdul Rahman)


Penolong Kanan HEM
Smk Seberang Marang

You might also like