You are on page 1of 26

TAJUK

Kepelbagaian Sumber di
Bumi
Nama
bin

: Muhammad Nur Aizat

Rashidi
Kelas
: 1 Ikhlas
Nama Guru : Noor Haizan binti Mat
Hassan
Sekolah
: SM Sains Tuanku Syed
Putra

OBJEKTIF
Selepas mempelajari bab ini, anda
seharusnya dapat:
mengetahui kepelbagaian sumber
di
Bumi
memahami unsur, sebatian dan
campuran
menghargai kepentingan
kepelbagaian
sumber Bumi kepada manusia

Kepelbagaian Sumber
di Bumi
Bumi adalah satu-satunya planet
dalam sistem solar yang didiami oleh
hidupan.
Air, udara, tanah, mineral, bahan api
fosil dan benda hidup adalah sumber
yang paling penting di bumi.
Air, udara, tanah, mineral dan bahan
api fosil adalah sumber yang tidak
hidup.
Sumber-sumber asas ini amat
diperlukan untuk mengekalkan

proses kehidupan manusia dan


semua organisma yang hidup di
bumi.

Air
Air meliputi dua pertiga daripada
permukaan bumi. Hanya kira-kira 1%
sahaja air bumi yang digunakan.
Kira-kira 97% lagi adalah air laut
dan 2% dibekukan dalam bentuk
glasier dan kawasan kutub.
Semua hidupan di bumi memerlukan
air untuk terus hidup. Kehilangan
air dalam sel hidup dipanggil
dehidrasi.

Udara

Udara yang terdapat di sekeliling


bumi dipanggil atmosfera. Udara
mengandungi gas penting yang
menyediakan bahan-bahan untuk
menyokong kehidupan.
Semua hidupan memerlukan
oksigen untuk bernafas. Tumbuhan
memerlukan udara untuk
menjalankan fotosintesis.

Tanah dan mineral


Tanah yang meliputi kebanyakan
permukaan tanah bumi dipanggil
kerak. Tanah adalah suatu
campuran zarah mineral dan
batu, tinggalan organisma mati,
air dan udara.

Bahan api fosil

Bahan api fosil terdiri daripada fosil


tumbuhan dan haiwan berusia
ratusan juta tahun. Bahan api fosil
terdiri daripada petroleum, gas asli
dan arang batu.
Produk petroleum seperti petrol dan
diesel digunakan pada kereta, bas,
keretapi, dan kapal terbang.
Arang batu digunakan dalam loji
janakuasa untuk menghasilkan
elektrik.
Gas asli digunakan dalam industri
pembuatan, memanas, memasak
atau sebagai bahan api kenderaan.

Benda-benda hidup
Benda-benda seperti haiwan dan
tumbuhan adalah sumber yang
penting bagi manusia untuk
mendapatkan makanan, bahan
pakaian dan bangunan serta
bahan api.

Sumber makanan diperolehi


daripada haiwan, makanan laut,
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber bahan untuk pakaian
diperolehi daripada kulit haiwan
dan tumbuhan.
Sumber bahan binaan diperoleh dari
kayu, rotan, casuarina dan
nibung.
Sumber bahan api diperolehi
daripada minyak sawit dan pokok
getah.

UNSUR

Unsur adalah bahan yang paling


ringkas atau mudah. Ianya tidak
boleh dipisahkan dengan
menggunakan kaedah kimia
kepada apa-apa komponen yang
lebih ringkas atau mudah lagi.
Semua unsur adalah terdiri daripada
hanya satu jenis atom sahaja.
Terdapat beberapa unsur yang
mempunyai atom dari jenis yang
sama yang bergabung untuk
membentuk molekul.
Terdapat 112 jenis unsur. Daripada
jumlah tersebut, 92 jenis unsur
adalah terjadi secara semulajadi di
bumi, manakala 20 dicipta oleh
para saintis.

Contoh-contoh unsur:
Emas
Zink
Besi
Oksigen
Karbon
Nitrogen
Hidrogen
Aluminium
Dalam unsur-unsur seperti oksigen
dan kuprum, semua atom adalah
sama.
Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada
logam dan bukan logam.

Logam
87 jenis logam telah dikenal pasti.
Contoh-contoh logam:
o Kalium
o Kalsium
o Magnesium
o Merkuri/raksa
o Natrium
o Perak
o Kuprum/tembaga
o Platinum
o Emas

Bukan Logam

17 jenis bukan logam telah dikenal


pasti.
Contoh-contoh bukan logam:
Hidrogen
Oksigen
Fluorin
Klorin
Karbon
Fosforus
Bromin
Iodin
Nitrogen
Sulfur
Kebanyakan bukan logam wujud
dalam bentuk gas pada suhu bilik.
Tetapi, terdapat juga beberapa
bukan logam yang wujud sebagai
pepejal dan cecair.
Contoh-contoh bentuk bukan logam
pada keadaan suhu bilik:

Pepejal > karbon, sulfur, iodin,


selenium,
fosforus
Cecair > bromin
Gas
> hidrogen, helium, oksigen,
fluorin,
neon, klorin, argon,
krypton, xenon,
radon

Sebatian
Sebatian terbentuk apabila dua atau
lebih jenis unsur bergabung secara
kimia.
Zarah terkecil dalam suatu sebatian
adalah molekul.

Contoh: Air adalah suatu sebatian.


Molekul air terdiri daripada dua
atom hidrogen dan satu atom
oksigen yang bergabung secara
kimia.
Keterangan di bawah menunjukkan
beberapa jenis sebatian serta
komponen-komponennya.
Karbon dioksida
Komponen: Satu atom karbon,
dua atom
oksigen.
Natrium klorida
Komponen: Satu atom natrium,
satu atom
klorin.

Benzena

Komponen: Enam atom karbon,


enam
atom hidrogen.

Metana
Komponen: Satu atom karbon,
empat
atom hidrogen.
Ammonia
Komponen: Satu atom nitrogen,
tiga atom
hidrogen.
Komponen-komponen sebatian
tersebut tidak boleh dipisahkan
secara fizikal.
Komponen-komponen dalam suatu
sebatian hanya boleh dipisahkan
secara kimia. Sebagai contoh,

dengan menggunakan haba yang


tinggi (pemanasan) atau
menggunakan tenaga elektrik
(elektrolisis).

Memecahkan sebatian dengan


pemanasan
1. Memecahkan sebatian gula
Satu sudu gula dimasukkan ke dalam
tabung uji yang kering dan
dipanaskan dengan kuat.
Pemerhatian:
1. Gula berwarna putih sebelum
pemanasan.

2. Semasa pemanasan pepejal hitam


(karbon)
terbentuk.
3. Selepas pemanasan dan dibiarkan
sejuk,
titisan air terpeluwap pada
dinding tabung
uji.
Kesimpulan:
Gula dipecahkan kepada karbon
(unsur) dan air (sebatian) apabila
dipanaskan.
2. Memecahkan sebatian merkuri
oksida
Sedikit merkuri oksida dimasukkan
ke dalam tabung uji yang kering dan
dipanaskan.

Pemerhatian:
1. Merkuri oksida berwarna kuning
sebelum
pemanasan.
2. Semasa pemanasan, gas yang
dilepaskan
didapati boleh menyalakan kayu
uji
berbara.
2. Merkuri berwarna perak (silver)
terbentuk
pada dinding tabung uji.
Kesimpulan:
Merkuri oksida dipecahkan kepada
merkuri (unsur) dan oksigen (unsur)
apabila dipanaskan.

Memecahkan sebatian dengan


elektrolisis
1. Memecahkan sebatian air tulen
Pemerhatian:
Gas tidak berwarna dikumpulkan ke
dalam kedua-dua tabung uji P dan Q.
Gas dalam tabung uji P menyalakan
kayu uji berbara, manakala gas
dalam tbung uji Q menghasilkan
bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu
uji yang menyala.
Kesimpulan:
Air adalah sebatian daripada unsur
oksigen dan unsur hidrogen.
Pemecahan air oleh arus elektrolisis
menghasilkan gas oksigen dalam P
tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.

2. Memecahkan sebatian kuprum (II)


klorida
Pemerhatian:
Gas berwarna kuning kehijauan dan
berbau sengit dikeluarkan pada
elektrod positif. Mendakan kuprum
berwarna perang kemerahan
didapati terhasil pada elektrod
negatif.
Kesimpulan:
Sebatian kuprum (II) klorida
dipisahkan kepada unsur-unsurnya,
iaitu klorin dan kuprum apabila arus
elektrik melaluinya.

CAMPURAN
Campuran adalah terdiri daripada
dua atau lebih bahan yang
digabungkan secara fizikal.
Contohnya dengan mengacau.
Bahan-bahan di dalam campuran
tidak bersatu oleh tindak balas
kimia. Jadi, komponen-komponen di
dalam campuran boleh dipisahkan
secara fizikal.
Campuran homogen terbentuk
apabila bahan dicampur dengan
sama rata dan identiti setiap

bahan tidak dapat dikenal pasti


dengan mudah. Contohnya, larutan
garam biasa dan minuman ringan.
Campuran heterogen terbentuk
apabila bahan boleh dikenal pasti
dengan mudah. Contohnya, udara.
Keterangan di bawah menunjukkan
beberapa jenis campuran serta
komponennya.
Udara
Komponen: Nitrogen, oksigen,
karbon
dioksida, gas lengai,
habuk,
mikroorganisma, wap
air.

Tanah

Komponen: Air, pasir, tanah liat,


tanah
gambut, kerikil,
humus.
Air laut
Komponen: Natrium klorida, air,
magnesium,
kalsium, oksigen.
Air limau
Komponen: Garam, gula, limau.

Jeruk buah-buahan
Komponen: Buah-buahan, garam,
gula, cuka
air.
Kari
Komponen: Santan kelapa, gula,
garam,

rempah, serbuk cili.


Makanan ringan
Komponen: Garam, gula, perisa,
pewarna,
pengawet.
Darah
Komponen: Hormon, sel darah,
nutrien,
mineral, air, plasma,
oksigen.
Bahan yang terdapat di dalam suatu
campuran boleh dipisahkan secara
fizikal dengan menggunakan prosesproses berikut:

Penurasan
Pengayakan
Penyejatan
Penyulingan
Kromatografi
Pengekstrakan

Menggunakan magnet
Pemendakan

Campuran boleh bertukar kepada


suatu sebatian dengan cara
pemanasan. Sebagai contoh,
serbuk besi dan sulfur membentuk
suatu sebatian yang dipanggil ferum
(II) sulfida apabila ianya dipanaskan.

dipanaskan

Besi + Sulfur
Ferum(II)Sulfida
(campuran)
(sebatian)

KESIMPULAN
Aktiviti manusia banyak membawa
kesan negatif kepada sumber-

sumber semula jadi. Manusia perlu


menyedari bahawa sekiranya
sumber asas bumi ini digunakan
secara tidak berhemah, maka
kesejahteraan hidup generasi akan
datang pasti tidak terjamin. Justeru,
kita perlu menghargai sumber alam
kita dengan melakukan pelbagai
usaha agar ianya tidak kehabisan
mahupun terancam.

RUJUKAN

1.
http://www.sagadbl.com/2012/07/not
asains-tingkatan-1bab-4.html
2. https://prezi.com/e-l806isphev/
kepentingan-kepelbagaiansumber-bumikepada-manusia

You might also like