You are on page 1of 13

1

Sejarah
______________________________________________________________________
http://www.scribd.com/doc/57585043/Kepentingan-Perpaduan

Kepentingan Perpaduan
'Bagai aur dengan tebing'
merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupanmasyarakat Malaysia. Walaupun
penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangattolong-menolong sesama masyarakat amat
penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini,
akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia
kerana tanpa perpaduan, tidak mungkinkeharmonian dapat dinikmati ibarat

'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'


.Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negarayang
merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yangdilalui oleh
generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakatTanah Melayu
ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris
supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup
harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan

daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


.Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu
semangatkekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala

'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'


. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.Hasilnya, Malaysia dapat
menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara AmerikaSyarikat yang mengamalkan
Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan
berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,wujudlah pelbagai masalah sosial yang
melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar
mengekalkan perpaduan demi mengelakkansemangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia
ini.Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkanekonomi negara.Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi
budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni
di bawah satu bumbung. Selarasdengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan

palancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam
membangunkannegara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.
Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan
menjadikanMalaysia

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah


dengan negara lain.Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau
aktiviti yang dapatmemupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu
memainkan peranandalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.
Semoga 52tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat
untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan

'Malaysia Boleh'
perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Kepentingan Perpaduan Kaum


Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran
rakyatnyaterdiri daripada pelbagai kaum.Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula
ampuh
Ketepikan politik kepartian demi perpaduan nasional
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ketepikanpolitikkepartiandemiperpaduannasion
al/pilihanraya/PRU13/Article/
2013/07/03 - 07:48:08 AM
Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).
Perdana Menteri mengemukakan cadangan itu ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Ia adalah untuk mencapai
matlamat 'perdamaian nasional.'
Ini menunjukkan kerajaan komited memperkukuhkan hubungan erat antara kaum. Kerajaan bersikap terbuka dan
mahu menjadikan majlis itu kaedah terbaik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
Justeru, kerajaan sedia menjemput semua pihak termasuk pembangkang untuk menyertai majlis itu. Perkara paling
pokok sekarang ialah kesediaan semua pihak, khususnya pembangkang untuk mengetepikan kepentingan politik dan
mengutamakan kepentingan nasional.
Semua pihak harus mempunyai kefahaman terhadap kepentingan perpaduan nasional supaya sama-sama dapat
pertahan kelangsungan negara bangsa di persada antarabangsa
Pembangkang mesti menerima hakikat kerajaan sah sudah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Mereka harus menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada pembukaan
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 baru-baru ini.
Baginda menyeru semua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU-13 dan bantahan berhubung dengan
keputusan pilihan raya itu mesti melalui saluran perundangan. Pembangkang harus ingat perhimpunan haram yang
dianjurkan mereka kononnya untuk memprotes pilihan raya yang dikatakan tidak adil boleh menjejaskan usaha
perdamaian seperti yang ingin dicapai oleh semua pihak.

Bersama erat perpaduan


Justeru, untuk mencapai perdamaian nasional, ia menuntut pengorbanan pembangkang untuk mengetepikan
kepentingan politik mereka dan bersama kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan di negara ini. Penubuhan MKPN
harus dilihat satu mekanisme bagi pengukuhan agenda sosial terutama bagi mengukuhkan hubungan antara kaum
dan agama.
Sewajarnya semua ahli politik di negara ini melihat isu paling mendasar bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia
ialah perpaduan. Ia mesti menjadi agenda utama setiap ahli politik. Namun, ia bukan perkara mudah kerana sering
ada pihak gemar memainkan isu sensitif yang menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Perpaduan sebagai satu proses penyesuaian dan penyatuan antara unsur yang saling berbeza dalam kehidupan
masyarakat akan benar-benar tercapai jika semua pihak saling memahami, bertoleransi, bekerjasama dan saling
menerima. Semua elemen terbabit penting bagi mengelakkan konflik antara kaum.
Hakikatnya, perpaduan sebagai proses penyatuan yang membabitkan pelbagai elemen bukan perkara mudah. Dalam
masyarakat terutama yang bersifat majmuk akan wujud kuasa yang memecah seperti prasangka, perkauman,
diskriminasi dan perbalahan yang menjadi halangan perpaduan.
Laksana mekanisme berkesan
Justeru, proses perpaduan harus mampu memperkukuh kuasa tenaga penyatuan seperti persefahaman, toleransi,
penerimaan, kerjasama, perundingan dan persetujuan. Ia memerlukan kita merangka dan melaksana mekanisme
berkesan supaya masyarakat yang terpisah dari segi budaya, sosial dan lokasi dapat disatukan di bawah semangat
kebersamaan. Proses perpaduan ini penting supaya kewujudan kita sebagai negara bangsa tidak tergugat disebabkan
konflik politik yang tidak berkesudahan.
Politik sempit tidak harus menjadi penghalang kepada usaha murni itu. Justeru, bertolak ansur dalam kalangan parti
politik amat penting bagi mencapai usaha murni ini.
Apa pun inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional adalah langkah positif. Kita
yakin ia akan dapat memperkukuh perpaduan nasional dengan menekankan prinsip keseimbangan, keadilan,
kebersamaan dan kekitaan. Kita mengharapkan pembangkang mengetepikan agenda politik. Sikap mengutamakan
politik sempit tanpa mempedulikan kepentingan nasional akan membawa kepada kemusnahan negara.
Justeru, semua pihak harus mempunyai kefahaman terhadap kepentingan perpaduan nasional supaya sama-sama
dapat mempertahankan kelangsungan negara bangsa di persada antarabangsa.
Kesimpulannya, semua pihak wajar melihat cadangan kerajaan itu secara positif dan objektif. Jika sikap positif ini
dapat diamalkan, semakin berkurang aspek negatif seperti prasangka, prejudis dan sikap membenci kerajaan.
_____________________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/03/isu-perpaduan-kaum-dimalaysia-dr.html
Mar 17, 2011

ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA - Dr Rahmat Ghazali


Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan
tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan
perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini
berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama
ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah
tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian
Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah
dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam
Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun
dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara
pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga
pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah. Polisi
sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum
merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah
sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang
kaum yang they mix but do not combine atau dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak
bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada
kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung
kepada hubungan fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di
pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui
sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

5
Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan
kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik
sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk
menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi
dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival,
memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum
minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi
dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benihbenih perkauman sesama kita.
Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan
menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik
telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat
mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan
bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153
(menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media
massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa
ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia
lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.
Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak
menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga
media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak
atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun
1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13
Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun
kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius
isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan
etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada
tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa pemerhati
politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan
masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001,
peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di
Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang
kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.
Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes
terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua
pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi
silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi
tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan
bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.
Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik
kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran
konflik perkauman yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian,
kerajaan telah mencari pendekatan adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan
dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana
sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

6
Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan
yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan
yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia
dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan
kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.
Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep
melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti,
etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti
terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di
Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep salad
bowl atau mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan
kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.
Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses
asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya
nenek moyang golongan minoriti tertentu.
Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai
satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap
golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga
merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti
atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan
penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik
dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.
Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran
bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar
yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah.
Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan
British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi
Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan
sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.
Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan
perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga
tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masingmasing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang
bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada
kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat
ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun
Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong
kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal
menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah
menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan
diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya
elemen budaya nasional (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995,
Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan
kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud
rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan
Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masingmasing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan
Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana

7
terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme
Furnival.
Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang
berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai
suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak
akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula
kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah
dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya
dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan
terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau
Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan
sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya
tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda
golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.
Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam
acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya
nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka
saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan
satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra
dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah
dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia,
meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan
dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka
sebagai bahasa pengajaran.
Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep mangkuk sayur-mayur seperti di Malaysia kita lihat
bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan
bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu
lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi
sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi
dengan kaum India dan Cina.
Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana
dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja.
Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya
dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri
Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah
Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar
menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan
dalam proses perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan
pendekatan mangkuk sayur-mayur Malaysia?
Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai polis bahasa. Saya
tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan
bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa
Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan
tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan
berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus

8
menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan
semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.

http://www.slideshare.net/teddyyong9/kepentingan-perpaduan-kaum-dimalaysia
Nov 21, 2012
Kesimpulanya. Perpaduan kaum perlu dijadikan RUKUN kehidupan manusia.
Tanpa perpaduan, negara mudah dijajah oleh pihak luar. Pemimpin dan
masyarakat memegang amanah memelihara kestabilan dan keharmonian
dengan cara menghormati agama dan meraikan kepelbagaian budaya
masyarakat Malaysia
T H U R S D A Y, J U L Y 1 5 , 2 0 1 0 - H T T P : / / G E G E P L A C E . B L O G S P O T.C O M / 2 0 1 0 / 0 7 / K E P E N T I N G A N - P E R PAD U A N - D A N LANGKAH.HTML

KEPENTINGAN PERPADUAN DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

Kepentingan Perpaduan Rakyat Kepada Negara


1. Menjadikan Negara Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020
* Perpaduaan rakyat Malaysia adalah cabaran pertama untuk membentuk
sebuah Negara yang utuh
* Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang
kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia
* Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa Negara kita ke tahap
kemajuan yang optimum
* Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

2. Mengekalkan Keharmonian Dan Kedamaian

* Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan


keselamatan rakyatnya.
* Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat
mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
antara satu sama lain.

* Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat


Malaysia
* Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur
penting bagi mengekalkan keharmonian Negara.
* Kaum yang berlainan menyambut perayaan seperti tahun Baru Cina dan
Depavali bersama melalui amalan rumah terbuka.
Langkah-Langkah
3. Peranan Kerajaan
* Bersikap adill and saksama.
* Menglibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong,
rukun tetangga dan persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan
demi mewujudkan hubungan yang erat sesama masyarakat berbilang kaum.
* Kewujudan unsur kerjasama dan sikap toleransi antara kaum.
* Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.
4.Peranan Masyarakat
Sikap saling memahami antara kaum dan tidak membangkitkan isu-isu
sensitif.
* Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal.
* Isu-isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada
peringkat tempatan atau kebangsaan.
* Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan,
perbuatan atau pemikiran.
* Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus
membangkitkan isu-isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan
penduduk.
Kesimpulan
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan
aspirasi 1Malaysia umpama bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat
kerana muafakat. Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat
didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk keharmonian dan
kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara
aman, damai dan sejahtera.
______________________________________________________________________________

10

http://brainly.my/tugasan/7499
Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengkuhan
perpaduan
1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya
tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia
yang diilhamkan oleh Perdana Menteri
Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6,
yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai
Perdana Menteri. Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan
dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa
mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia
berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan
agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.
2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham.
Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam
atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara
aman, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini
dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa
walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air
yang disayangi adalah sama.
3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat
saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat
sekolah rendah lagi.
4. media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan
perpaduan telah disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan
sebagainya. Lebih-lebih lagi, karya sastera seperti Seuntai Kata Untuk Dirasai,
Dirgahayu Bahasaku dan sebagainya daripada karya sasterawan negara yang
tersohor, yakni A. Samad Said dan lain-lain lagi
http://brainly.my/tugasan/7510

http://brainly.my/tugasan/7546

Apakah 3 langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan


perpaduan
1. meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama tanpa mengira kaum. kita akan
lebih menghormati dan mengenali akan adat masing-masing. keadaan ini boleh
menjadikan masyarakat sentiasa hidup dalam suasan yang harmoni.
2. aktiviti bergotong-royong boleh diadakan untuk mewujudkan semangat
kerjasama antara kaum. kualiti hidup masyarakat juga dapat ditingkatkan melalui
persekitaran yang bersih. pepatah ada mengatakan bahawa, ' muafakat membawa
berkat', disamping menangani masalah secara bersama.

11
3. semangat kesukanan juga boleh diwujudkan. misalnya, penglibatan murid-murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan
kemesraan antara satu sama lain.
_____________________________________________________________________________________

http://brainly.my/tugasan/7512
saya nak tanya soalan isu-isu rencana
jawapan http://brainly.my/tugasan/7545

Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman


sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap
pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara
persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil
untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan
kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator
bagi mengesan konflik perkauman

______________________________________________________________________________
http://brainly.my/tugasan/7526
Apakah langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum ?
1)Meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama tanpa mengira kaum.
kita akan lebih menghormati dan mengenali akan adat masing-masing.
keadaan ini boleh menjadikan masyarakat sentiasa hidup dalam suasan yang
harmoni.
2)Aktiviti bergotong-royong boleh diadakan untuk mewujudkan semangat
kerjasama antara kaum. kualiti hidup masyarakat juga dapat ditingkatkan
melalui persekitaran yang bersih. pepatah ada mengatakan bahawa, '
muafakat membawa berkat', disamping menangani masalah secara
bersama.
3)Semangat kesukanan juga boleh diwujudkan. misalnya, penglibatan muridmurid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat
mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.
______________________________________________________________________________
http://brainly.my/tugasan/7609
Apa langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum?
langkah-langkah
-sentiasa menitikberatkan tentang kepentingan perpaduan kaum sejak kanak
kanak

12

-menerapkan kesedaran sivik pada jiwa anak anak muda


-melibatkan diri dalam rancangan kerajaan dalam membentuk masyarakat
yang bersatupadu
-menerapkan kesedaran sivik pada jiwa anak anak muda
-menggalakkan dan memberi respons yang baik tentang kempen yang dapat
membantu menguatkan perpaduan kaum-melibatkan diri dalam rancangan
kerajaan dalam membentuk masyarakat yang bersatupadu
-tidak menimbulkan isu isu sensitiviti kaum
Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.
http://brainly.my/tugasan/7615
Faktor
1. usaha malaysia yang tidak berputus asa dalam menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum.
2. rakyat sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham.
3. kerajaan juga mengambil insiatif yang proaktif dengan menggalakkan
rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain..
______________________________________________________________________________
Isu-Isu Perpaduan Kaum Tu Ape? http://brainly.my/tugasan/7603
Perpaduan Kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan
kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut
hubungan empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Manamana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen
penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi
dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana
yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai,
norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks
Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi
dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi
peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.
______________________________________________________________________________
Apakah Kepentingan Perpaduan Kaum.
http://brainly.my/tugasan/7608
Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

13

1) mewujudkan masyarakat harmoni dan aman


2) memelihara kedaulatan Negara
3) mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
4) meningkatkan imej Negara di mata dunia
5) membangunkan ekonomi negara
6) mengekalkan kestabilan politik
7) membina masyarakat yang saling menghormati
______________________________________________________________________________

You might also like