You are on page 1of 6

Kertas Kerja Gotong-Royong Perdana 2016

Peringkat Sekolah

Anjuran:
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS
dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SUNGAI MANGGIS

1.0

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam


memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan
yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan
persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat
membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab
yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat
membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K
(Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk
menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi
memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan
kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan
keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan
meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan
sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan
pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah lipis
yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan fogging atau
menyembur asap disekitar kawasan sekolah.
Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKSM akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta
mencapai matlamat 3K.

2.0

OBJEKTIF

2.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi

yang bersih, indah, selamat dan ceria.


2.2

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang

maksimum.
2.3

Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara

murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti
yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan
sekolah.
2.4

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa

terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan


yang telah disediakan.
2.5

Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

3.0 KUMP ULA N SASARAN


M u r i d , G u r u , k a k i t a n g a n s e ko l a h d a n A h l i P I BG

4.0 NAMA PROGRAM


G O T O N G - R OYO N G P E R DA N A 1 M A L AY S I A

T E M A : J O M C E R I A K A N S E KO L A H

5.0

TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh Cadangan : 9 April 2016 ( Sabtu)


Tempat : Kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis
Masa : 8.00 pagi - 1.30 petang
Pakaian : Pakaian sukan.

6.0

CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS

6.1

Mengecat Tiang-tiang di sekitar kawasan sekolah

Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan


pokok bunga di sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang
terang. Selain itu papan tanda yang telah ditempah akan dipasang
dikawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

7.0

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN


MENGIKUT AGIHAN KAWASAN ( Lampiran )

8 . 0 T E N TA T I F P R O G R A M
Masa
8.00 pagi
8.15 pagi

Aktiviti
Ke t i b a a n i b u b a p a / p e n j a g a ke s e ko l a h
Ta k l i m a t a g i h a n t u g a s

8.30 pagi
12.30 petang

9.0

Gotong royong bermula


Makan tengah hari dan majlis bersurai

SUMBER KEWANGAN/ ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:


a) PIBG

= RM 1000.00

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Ibubapa = 10 orang
b) Guru

= 44 orang

Jumlah

= 54 orang + Sukarelawan 16 Orang = 70 Orang

10.1 Makan dan minum untuk makan tengah hari.


Bi
l
1
2
3
4

Peralatan
Nasi Ayam
Air Sirap
Air mineral
Roti

Harga
5.00
0.50
8.00
0.80

Kuanti
ti
70
70
5
70

Jumlah

350.0
0
35.00
40.00
56.00
481.0
0

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 481.00


10.2 Anggaran Perbelanjaan bagi peralatan
BIL
1.

PERALATAN
Cat minyak
Merah
Kuning
Hitam

HARGA
RM 80.00 X 4 = RM320.00
RM 80.00 X 4 = RM320.00
RM 80.00 X 4 = RM320.00

Cat Dinding

RM 100 x 3 = RM 300.00

2.

Roller Kecil / Roller Besar / Berus


Cat 4 in

3.
4.

Thinner
Jumlah
KESELURUHAN PERBELANJAAN

RM 200.00
RM 12.00 X 2 = RM 24.00
RM 1484.00

( Makanan + Peralatan ) RM 1965.00


11.0 JAWATANKUASA AKTIVITI
Penaung

: EN SARJANI B SHARIF

Penasihat

: EN FAUZAN B MULIM

Pengerusi

: EN ADENAN B ARIFIN ( PROJEK SUKAN DAN REKREASI )

Setiausaha : EN MOHD TARMIZI B HADIRIN


Bendahari : PN SURAIDAH BT ABDUL SALIM

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta
semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada
murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian.

Disediakan oleh
.
( EN MOHD TARMIZI B HADIRIN )
Setiausaha .
Persatuan Ibubapa - Guru
SK Sungai Manggis

You might also like