You are on page 1of 21

ISLAM DI MALAYSIA: SOROTAN SENARIO SEBELUM TAHUN 1941

KHOO KAY KIM

PENDAHULUAN
Sejarah Islam di Malaysia, mungkin dinyatakan berulang kali, bermula beberada
abad yang lalu. Wujud dakwaan bahawa Melaka memainkan peranan penting dalam
Pengislamisasian Asia Tenggara. Andaikan itu benar, tidak banyak bahan ada
berkaitan perkembangan Islam dalam tempoh sebelum abad ke-19. Situasi ini
bertambah baik sedikit pada abad ke-19. Namun, rekod kolonial British yang sangat
banyak sumbangannya dalam pengajian sejarah Malaysia pada abad ke-19 hampir
langsung tidak merekodkan subjek Islam. Ahli sejarah yang menulis berkenaan
Islam dalam masyarakat Melayu semasa tempoh itu sangat bergantung kepada
sumber percakapan, hampir keseluruhannya daripada masyarakat peribumi.
Bagaimanapun minat terhadap subjek ini benar-benar menjadi fenomena semasa
dan bilangan orang yang boleh memberi pengetahuan dan pengalaman awal untuk
dimanfaatkan oleh ahli akademik adalah terhad dan ini boleh difahami sebabnya.
Justeru, bagaimana Islam telah berkembang sebelum abad ini sukar diperincikan
pada tahap ketepatan yang tinggi.
Mujur abad Ke-20 membuktikan sebaliknya. Pertamanya, masih terdapat
sejumlah besar bahan dalam bahasa Inggeris dan Melayu terutamannya kerana
subjek ini didebatkan secara terbuka. Kedua, kadar celik huruf telah meningkat
secara meluas. Sesungguhnya kemunculan kumpulan elit Muslim yang mendapat
pendidikan lebih baik yang memimpin pertumbuhan kesedaran meluas akan
keperluan untuk memahami agama dengan akal sihat. Terdapat sekurangkurangnya tiga pihak yang memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat
Muslim di Malaya. Mereka ialah pihak yang belajar berkenaan Islam di Asia Barat.
Tiga orang yang paling menonjol di kalangan mereka, semuanya dilahirkan pada
abad ke-19, dan pengaruhnya kekal sehingga abad Ke-20, ialah: Sayid Abdul
Rahman bin Muhammad al-Idrus (yang dikenali sebagai Tokku Paloh) di Terengganu, 1
Muhammad bin Yusuf (atau Tok Kenali),2 dan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek di
Kedah.3
Terdapat juga orang-orang India yang menetap di Malaya dan mempunyai
banyak pengetahuan berkenaan Islam. Tanpa diragukan, salah seorang yang paling
dikenali antara mereka sebelum Perang Dunia Kedua ialah Hafiz Ghulam Sarwar,
orang bukan-Eropah pertama diterima menyertai Penjawat Awam Malaya dan yang
pertama dinaikkan pangkat menjadi seorang hakim kemudian. 4 Pencapaiannya yang
1

Lihat Mohammad Abu Bakar, "Sayid Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus (Tokku Paloh)" dalam Persatuan
Sejarah Malaysia, Islam di Malaysia (Kuala Lumpur, tahun tidak dinyatakan). Tokku Paloh merupakan ulama yang
telah sangat dikenali pada lewat abad ke-19. Beliau meninggal dunia pada tahun 1917.
2

Lihat Abdullah al-Qari bin Haji Salleh, "To' Kenali: His Life and Influence" dalam William R. Roff (ed.), Kelantan.
Religion, Society and Politics in a Malay State, (Kuala Lumpur, 1974).
3

Lihat Abd. Manaf bin Saad, "Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek 1874-1935" dalam Jurnal Sejarah (Journal of the
Historical Society), Universiti Malaya, XV (1977/78). Beliau pernah memegang jawatan Sheikh-ul Islam di Kedah.
4

Beliau dilahirkan di India dan mendapat Ijazah Sarjana (M.A.) pada tahun 1894 di Universiti Punjab. Pada tahun
1897, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda (B.A.) di Universiti Cambridge. Beliau merupakan Sarjana Indian
Gilchrist (1894-1897) dan Sarjana Institut Bahasa Moden Imperial (Bahasa Arab) (1896-1900) ketika telah diterima
menyertai Penjawat Awam Malaya, pada mulanya berkhidmat di Pulau Pinang sebelum dilantik menjadi Mufti

paling diingati ialah penterjemahan al-Quran daripada bahasa Arab ke bahasa


Inggeris. Terjemahan ini diterbitkan pada tahun 1930. Pihak lain yang turut
mengembangkan Islam secara lebih akademik ialah orang tempatan berpendidikan
Inggeris. Ramai daripada kalangan mereka aktif berdebat di media namun
menulisnya tanpa pengenalan diri. 5 Mungkin pihak yang keempat juga perlu
dinyatakan - mereka yang berpendidikan Melayu - yang lebih banyak
mengemukakan pandangan mereka di media berbahasa Melayu; namun, cenderung
lebih emosional berbanding mereka yang berpendidikan Inggeris. 6 Seringkali juga
wacana mereka berkenaan Islam hanya bersifat mengajar. 7 Namun semua ini
membawa maksud bahawa Islam, berbanding situasi abad sebelumnya,
dibincangkan secara terbuka dengan lebih meluas.
Pihak pertama yang membangkitkan kesedaran dalam masyarakat Melayu,
pada awal abad Ke-20 ialah Kaum Muda, iaitu sebuah kumpulan pembaharu. Lebih
banyak akan ditulis berkenaan subjek ini nanti. Ketika ini, adalah penting untuk
menunjukkan bahawa Islam, dalam masyarakat Melayu antara tahun 1900-1941,
adalah cukup berpengaruh dan dinamik. Namun subjek ini agak rumit. Umumnya, ia
boleh dilihat pada dua tahap - 'kebangsaan' dan setempat. Malaya, sebagaimana
negara ini dikenali pada waktu itu, tidak ditadbir dalam unit pentadbiran-politik
yang tunggal. Sebenarnya, pada waktu itu setiap negeri adalah berdaulat,
meskipun wujud sebuah persekutuan sejak tahun 1896 (terdiri daripada negeri
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang). Setiap sebuah negeri adalah, dalam
banyak cara, ditadbir secara berasingan. Maka perkembangan Islam secara
menyeluruh juga tidak seragam.
Beberapa contoh akan dikemukakan untuk menjelaskan hujah ini. Johor,
meskipun hanya pada tahun 1914 berada di bawah sistem penasihat British telah
menjadi negeri pertama menguruskan Islam dalam aturan birokrasi. Dengan
pengisytiharan perlembagaan negeri secara bertulis pada tahun 1895, sebuah
Jabatan Pendidikan dan Kegerejaan telah ditubuhkan bagi membolehkan Kerajaan
mempunyai kawalan langsung terhadap aktiviti keagamaan. 8 Negeri seterusnya
yang menubuhkan sebuah majlis agama secara rasmi ialah Kelantan pada tahun
1915.9 Pada waktu itu pendidikan Islam dikawal lebih ketat di Johor berbanding
Kelantan di mana sekolah agama swasta, lebih popular dengan nama sekolah
pondok berkembang pesat, dan pada awal 1950-an menjadi teras kepada
pertumbuhan Parti Islam (atau lebih dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaya atau
Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1923, beliau dilantik menjadi Hakim Mahkamah Sivil Daerah dan dipindahkan ke
Singapura. Beliau bersara pada tahun 1928 dan meninggal dunia pada tahun 1954 pada usia 81 tahun.
5

Ramai di kalangan mereka mungkin berketurunan India-Muslim.

Pada tahun 1936, dalam komen berkaitan wacana di media berbahasa Melayu berkenaan tarikh pengisytiharan
bulan Ramadhan, wartawan Muslim di Penang Gazette (27 November) menulis:
"A lot of hot air is being emptied by the Malay newspapers both in Singapore and Penang on the
heads of Muslims authorities concerned in connection with fixing of the date of the beginning of
the fasting month which varies between Singapore and Penang."
7

Untuk beberapa pilihan artikel berkenaan Islam daripada akhbar berbahasa Melayu, lihat Zabeedah Awang Ngah
(ed.), Renong. Antologi Esei Melayu dalam Tahun 1924-1941. (Kuala Lumpur, 1964).
8

Fawzi Basri dan Hasrom Harun, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Satu Perbincangan Dari Pelbagai Aspek. (Kuala
Lumpur, 1978), muka surat 178.
9

William R. Roff, "The Origins and Early Years of Majlis Ugama" dalam William R. Roff (ed.), Kelantan.

PAS). Majlis agama tidak dibentuk di negeri-negeri lain sehingga lama selepas itu paling awal selepas Perang Dunia Kedua.
Kedudukan Islam dalam pentadbiran kerajaan juga berbeza antara satu
negeri dengan negeri yang lain dari aspek penekanannya. Dalam kes di Terengganu,
pengaruh ulama jelas sangat penting. Ini terutamanya kerana ahli keluarga al-Idrus
(dikenali sebagai Tokku) berada di kedudukan penting. Di negeri-negeri lain terdapat
Kadi dan/atau Sheikh-ul-Islam dilantik namun hanya sebilangan yang berada di
kedudukan sepenting ahli keluarga al-Idrus di Terengganu. Secara umum, titah raja
lazimnya adalah suara autoriti, sebuah situasi yang disokong sepenuhnya oleh
pentadbiran kolonial. Bagaimanapun, bukan semua semua raja-raja menunjukkan
ciri keislaman yang sama dan tidak semua daripada mereka meletakkan diri di
bawah bimbingan ulama yang dikenali.
Perkembangan Islam di setiap negeri Semenanjung, juga di Pulau Pinang dan
Melaka, adalah subjek yang memerlukan kajian segera meskipun terdapat sejumlah
penulisan berkaitan pelbagai aspek subjek berkenaan. 10 Setakat ini kajian sebegini
sifatnya agak terpencil, bertumpu kepada biografi ulama tertentu atau raja yang
soleh dan cenderung memperkatakan tentang pembinaan sekolah atau institusi
Islam. Secara kolektifnya, ia belum lagi memberikan persepsi perkembangan yang
padu dan tersusun dengan baik secara kronologinya malah antara satu tahun
perang ke satu tahun perang yang penting untuk memberikan lebih kefahaman
tentang apa yang berlaku kini.
Tulisan ini tidak akan membincangkan subjek Islam di Malaysia di peringkat
setempat. Fokus akan diberikan kepada acara-acara dan perkembanganperkembangan yang mempunyai kesan penting kepada negara secara menyeluruh.
Sekali lagi, perbezaan perlu dibuat antara dua persepsi Muslim di negara ini:
pertama, persepsi kolonial dan kedua, persepsi dalaman (dalam kata lain, apakah
isu yang mendominasi perhatian Muslim di negara ini; juga apakah pengaruh atau
peristiwa yang cenderung mendorong mereka kepada aktiviti lebih besar, dan
sebagai natijahnya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perpecahan dalam
komuniti Islam?). Dari segi kawasan, perbincangan di sini akan lebih banyak
berorientasikan Negeri-Negeri Selat kerana data yang digunakan diambil
terutamanya daripada sumber yang dekat perkaitannya dengan Pulau Pinang dan
secara khususnya Singapura.
Adalah lebih baik beberapa aspek berkaitan subjek yang akan dibincangkan
di sini diketahui. Paling jelas ialah dikotomi Kaum Muda-Kaum Tua. Ini pernah
dibincangkan oleh pelbagai sarjana. 11 Tidak perlu diperjelaskan lagi bahawa subjek
ini memerlukan kajian lebih teliti. Subjek ini akan dibincangkan secara tidak
langsung dalam tulisan ini agar tidak salah memberikan gambaran bahawa Kaum
Muda dan Kaum Tua adalah dua kelompok yang terpisah secara jelas atau setiap
Muslim di sini terpisah sama ada bersama Kaum Muda atau Kaum Tua. Dengan
10

Untuk contoh kajian sebegini, lihat Islam di Malaysia, Khoo Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam di Malaysia
(Kuala Lumpur, 1980); Lutpi Ibrahim (ed.), Islamika (Kuala Lumpur, 1981) dan Islamika II (Kuala Lumpur, 1982).
11

Lihat Za'ba, "The Malays and Religion" dalam Khoo Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam di Malaysia (Kuala
Lumpur, 1980); W. R. Roff, The Origins of Malay Nationalism (Kuala Lumpur, 1957), Bab 3; dan Mohd. Sarim bin Haji
Mustajab, "Gerakan Islam Islamiyah di Tanah Melayu 1906 hingga 1948" di Malaysia: Sejarah dan Proses
Pembangunan, (Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1979).

melihat pengaruh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh secara berasingan,


dengan gabungan pentadbiran kolonial, masyarakat Malaysia telah berubah secara
drastik sehinggakan Muslim dihadapkan dengan situasi "menjadi seorang Islam atau
tidak": jika menerima nilai, idea atau amalan baru bermaksud mengikut arus
kemajuan (secara asasnya merujuk persoalan kebendaan) yang kelebihannya
dimiliki oleh komuniti bukan-Muslim; untuk menolak mereka bermaksud, dalam
kebanyakan aspek kehidupan, Muslim akan semakin ketinggalan dalam mendepani
realiti sistem politik yang tidak terelakkan. Sudah tentu masalahnya lebih jelas di
satu pihak berbanding yang lain. Za'ba, salah seorang intelektual Melayu yang
lantang pada masa itu menjelaskan sikap pihak konservatif dengan ringkas apabila
menyatakan:
Sikap umum mereka terhadap kehidupan kebanyakannya menolak
keduniaan. Dalam semua sharahan dan khutbah agama mereka
kesementaraan hidup di dunia sentiasa ditekankan. Jadi mengapa
perlu dikisahkan semua perubahan yang berlaku di sekeliling kita?
Mereka hanya mahu membuktikan Kemuliaan Tuhan!12
Satu pihak yang tidak akan dibincangkan dalam tulisan ini terdiri daripada mereka
yang tidak terlalu peduli dengan persoalan agama. Mereka adalah, menurut kata
Za'ba "sekumpulan kecil tetapi sedang berkembang, terdiri daripada orang-orang
muda yang membentuk pemikiran bebas melalui penerimaan sedikit atau banyak
pendidikan Inggeris yang berkualiti." Dalam mengkategorikan mereka sebagai "jenis
yang sangat 'moden'", Za'ba menghuraikan:
Sikap mereka terhadap agama adalah khusus seperti orang
ramai di Eropah - yang, jika petunjuk daripada bacaan saya benar,
adalah jenis yang meragukan sains dan juga jenis yang tidak ambil
peduli. Ia adalah sikap ekstrim mereka yang berkuasa di Turki hari ini.
Ia kedengaran janggal tetapi itulah kemungkinannya. Dengan
fikiran yang tajam dan terlatih, terbiasa memberikan sebab sendiri
tentang segala yang berlaku dan juga membentuk penilaian sendiri
terhadap segala sesuatu, tidak mungkin mereka ini akan membawa
sikap Parti Konservatif yang tidak dipersoalkan dalam hal berkaitan
agama. Mereka tidak dapat menerima sesuatu daripada autoriti
seorang guru agama, kecuali mereka berpuas hati dengan sebab
musabab sesuatu itu. Namun rasa puas hati ini, pada fikiran mereka,
tidak akan dapat diperolehi daripada siapa juga wakil Kaum Tua. Pada
masa yang sama, mereka tidak mempunyai cara untuk menilai dan
mengesahkan apa yang didakwa - kecuali mereka dapat belajar
penghujahan pihak tersebut dalam bahasa asalnya iaitu Arab.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak lagi peduli
pada aturan agama yang sistematik, dan sekurang-kurangnya mereka
akan mengambil sikap 'tidak-menurut' atau berfikiran bebas, tidak
mengambil apa-apa sebagai panduan kecuali keyakinan sendiri.
Semuanya sama, mereka juga setia kepada prinsip asas Islam
sebagaimana Muslim yang lain.

12

Za'ba "The Malays and Religion", muka surat 109.

Namun bagi yang tidak membentuk fikiran sendiri atau tidak


mengambil budaya yang wajar daripada pendidikan Inggeris mereka
lazimnya dapat menyamai idea dan kaedah Konservatif. 13

PERSEPSI KOLONIAL TENTANG ISLAM


Sejak British masuk campur dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu permulaaannya ditandai oleh Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 - sikap terhadap
Islam dibuat dengan sangat hati-hati. British mengambil sikap untuk tidak masuk
campur dalam segala hal berkaitan Islam atau adat dan tradisi orang Melayu. Malah
tidak ada bukti sebarang konflik besar antara Islam dan pentadbiran British
sehingga dekad 1920-an apabila British mengambil langkah menyerap masuk
secara pentadbiran ke Terengganu, negeri terakhir di Semenanjung Malaysia yang
diletakkan di bawah sistem penasihat British pada tahun 1919. Keutuhannya
dipastikan pada tahun 1928 dan kumpulan yang tidak berpuas hati ditekan dengan
kekuatan senjata.14 Inilah sebuah negeri di mana selain beberapa isu, keabsahan
bentuk pentadbiran kafir di negeri Islam telah dicabar. Bagaimanapun ketika itu
kedudukan British di Semenanjung Malaya telah pun kukuh, dan mereka tidak
menunjukkan reaksi panik sebagaimana ditunjukkan semasa Perang Dunia Pertama.
Sejak itu kemampuan British menenangkan Muslim tidak pernah dipersoalkan
lagi. Berlaku juga konfrontasi kecil sebelum 1914. Pada tahun 1919, selepas Sir
Arthur Young menggantikan Sir Frank Swettenham (yang bersara pada tahun 1903
atas sebab kesihatan) sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri yang Dinaungi dan
Gabenor bagi Negeri-Negeri Selat, beliau telah mencuba, diinspirasikan oleh
pengalaman baik di Cyprus, untuk memperkenalkan sistem pinjaman bagi pertanian
kepada penduduk kampung Melayu umumnya kerana beliau fikir itu adalah corak
pekerjaan orang Melayu. Namun beliau segera berdepan tentangan atas alasan
agama, dinyatakan oleh Jawatankuasa khas yang telah dibentuk pada tahun 1911,
diungkapkan melalui kenyataan berikut:
Meskipun Jawatankuasa ada bukti menunjukkan ada orang Melayu
yang mengambil faedah secara tidak langsung daripada peminjaman
wang secara tidak langsung, namun pengambilan faedah ini secara
keseluruhan bertentangan dengan rukun sebenar Islam yang benarbenar dipercayai. Oleh itu adalah dicadangkan agar sistem ini
dipertimbang untuk dihapuskan bagi mendapat kerjasama daripada
pengikut ajaran Muhammad ini.15
Pengumuman dogmatik seperti itu dianggap kata putus; namun kenyataan ini
- yang kemudian juga disebut sebagai "hantu 1911" - disemak semula apabila pada
tahun-tahun kemudiannya kerjasama dirunding semula dari satu bentuk ke bentuk
yang lain, terutama pada tahun 1921, apabila pergerakan koperasi telah
dilancarkan secara rasmi. Sebelum itu Ketua Pos Besar di Mesir telah dirundingi
untuk mendapatkan pandangan tentang cara bagaimana menangani bantahan
13

"The Malays and Religion", muka surat 110.

14

Lihat Shaharil Talib, After Its Own Image, The Terengganu Experience 1881-1941 (Singapura, 1984, Bab 6.
"Malayan Thrift Movement" dalam Malaya Tribune, 16 Sept. 1927.

15

Muslim terhadap kadar faedah terkait dengan Bank Simpanan Pejabat Pos. Jawapan
yang diterima ialah faedah berkadar dengan masa yang dikenakan kepada
pendeposit adalah sah menurut Perundangan Islam bagi pelabur Muslim melalui
satu Fatwa khusus yang dikeluarkan oleh Mufti Besar Mesir, dan sejak pengumuman
ini dibuat, Imam dan Sheikh di masjid-masjid dan juga Omda di kampung-kampung
telah bekerjasama mendorong dan memelihara prinsip berjimat. Pertanyaan serupa
di Punjab untuk mencungkil jawapan bahawa tidak ada cara terbaik yang ditemukan
untuk menangani masalah riba. Menurut Pendaftar Persatuan Koperasi Wilayah
Bersatu, India menulis kadangkala memang "pengikut Muhammad tidak mengambil
faedah daripada deposit, namun ini jarang berlaku. Semua pengikut Muhammad
perlu membayar faedah, dan mereka membayar kepada persatuan tanpa
bantahan."
Dengan fakta yang tidak dapat dipertikaikan ini, mereka yang menyokong
koperasi dengan yakinnya dapat meminta raja-raja Melayu mempertimbangkan
cadangan yang dibuat. Masalah ini telah dibincangkan secara menyeluruh pada Jun
1922 di Istana Sultan Perak (Sultan Iskandar Shah) dengan kehadiran beberapa
orang ulama. Kemudian Sultan menyatakan pandangan muktamad bahawa bayaran
dan penerimaan faedah sebagaimana diperlukan oleh undang-undang Persatuan
Penghutang Koperasi tidak bercanggah dengan prinsip Perundangan Islam. Ini
diikuti dengan perakuan Fatwa yang memihak kepada anjuran Persatuan Koperasi
selagi ia melindungi faedah kepada orang ramai dan perlindungan daripada
pemberi pinjaman. Pada Julai 1922, Enakmen Persatuan Koperasi dijadikan undangundang.16
Bagaimanapun perbincangan berkenaan persoalan riba tetap berterusan.
Satu pandangan yang dikemukakan pada tahun 1933 berbaloi untuk diberikan
perhatian. Penulisnya memulakan penghujahan dengan menjelaskan istilah itu
sendiri. Menurutnya:
Dikatakan perintah daripada al-Quran berkenaan pengharaman Riba
diwahyukan pada ketika penghujung kehidupan Nabi, dan Baginda
wafat sebelum dapat menjelaskan apa itu Riba dan apa yang bukan
Riba. Sebenarnya, menurut orang alim, sekiranya Nabi tidak
memberikan penjelasan, ia bukan disebabkan Nabi tidak mempunyai
cukup masa, tetapi kerana tidak ada penjelasan perlu diberikan. Riba
adalah satu hal yang sangat diketahui berlaku sebelum kedatangan
Islam, dan tidak ada keraguan bahawa perintah ini telah diwahyukan
sebelum kunjungan terakhir Nabi ke Mekah. Dalam khutbah ketika itu,
Nabi dikatakan bersabda: "Ingatlah! Riba yang menjadi amalan pada
zaman jahiliyah telah dihapuskan. Bagi kamu adalah sebanyak mana
wang yang kamu belanjakan. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak
boleh dianiaya."17 Selepas memberikan beberapa pesanan yang
membentuk sebahagian daripada khutbahnya, Nabi bertanya: "Apakah
aku sudah menyampaikan pesanan-pesanan ini?" dan mereka yang
16

"Malayan Thrift Movement"


Daripada bapanya, Umar bin Al-Ahwash meriwayatkan: "Aku mendengar Rasullullah s.a.w. berkata semasa Haji
Wada: "Wahai manusia, sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti
haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu.
Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya." (Hadith Riwayat
Muslim) - penterjemah.
17

berada
di
situ
menjawab:
"Ya,
sesungguhnya
kau
telah
menyampaikannya." Soalan dan jawapan ini diulang sebanyak tiga
kali. Jelas ia menunjukkan tidak ada keraguan pada mereka yang hadir
tentang apa itu Riba. Riba adalah sesuatu yang diambil sebagai
tambahan daripada modal dalam kes hutang.18
Ada percubaan untuk membezakan antara 'riba' dan 'faedah', malah ini berlaku
sejak awal dekad 1930-an. Perbezaan antara kedua hal ini, sebagaimana dijelaskan,
ialah riba merupakan "amalan pengambilan faedah sangat tinggi atau banyak atau
pengambilan faedah yang terlalu tinggi daripada mereka yang memerlukan atau
keterlaluan," sementara "kadar biasa, atau apa yang dipanggil premium sah,
ditunjuk dengan perkataan faedah." Dalam kata lain, dihujahkan bahawa yang
diharamkan melalui al-Quran ialah hanya tawar-menawar keterlaluan. Namun
penulis menolak pandangan ini dengan hujah:
Jika al-Quran ada membezakan antara riba dan faedah, ia akan
membenarkan faedah yang munasabah bagi modal. Maka,
pengharaman 'Riba' termasuk riba dan faedah. 19
Perlu dinyatakan di sini bahawa penulis artikel ini (wartawan Muslim di Malay
Tribune, surat khabar yang beroperasi di Singapura) bukanlah penyokong
pandangan tradisional yang konsisten. Terdapat juga sokongannya terhadap
pandangan moden seperti yang akan ditunjukkan nanti.
Isu lain yang membawa kepada konfrontasi kecil antara Islam dan
pentadbiran British berlaku pada tahun 1912 dan sekali lagi ia tidak diselesaikan
sehingga Perang Dunia Pertama berakhir. Pada tahun itu sebuah hospital swasta
yang dipanggil Malacca Medical Mission telah dibuka di Melaka. Di akhbar tempatan
ditimbulkan persoalan tentang objektif sebenar penubuhan hospital ini. Editor
akhbar berbahasa Inggeris menjawab bahawa hospital ini dibuka untuk memberikan
perhatian perubahan yang lebih baik oleh doktor wanita kepada wanita Melayu
yang tidak mahu berjumpa dengan doktor lelaki. Tetapi selepas beberapa tahun
Puan Ferguson-Davie yang mengetuai Hospital Mission dan isteri kepada Yang
Dihormati Biskop Bersara Ferguson-Davie, dalam satu ucapan di London berkata
telah tiba masa untuk mempengaruhi wanita Melayu di Melaka untuk menukar
agama kerana mereka boleh didekati oleh mubaligh wanita di hospital tersebut.
Subjek ini sekali lagi diangkat di media tempatan, bercanggah dengan
jawapan yang diberikan pada tahun 1912 dalam ucapan Puan Ferguson-Davie. A.W.
Still, editor Straits Times ketika itu menulis dalam nota kakinya bahawa
berkemungkinan Puan Ferguson-Davie telah disalah lapor. Bagaimanapun apabila
kembalinya ke Singapura pada tahun 1918, Puan Ferguson-Davie mengesahkan
ucapan yang dilaporkan oleh media itu tepat. Editor Straits Times kemudian
meminta maaf untuk kesilapan yang telah dilakukannya pada tahun 1912, dan
beliau terus menyinggung pedas aktiviti penyebaran dan janji Kristian dan pada
masa yang sama memerhatikan kepentingan Muslim. Secara umumnya Muslim
berasa jengkel. Kesannya ialah Sir Arthur Young, Gabenor Negeri-Negeri Selat
menghantar nota kepada pihak Colonial Estimates untuk tidak memberikan geran
18

"Interest or 'Riba'" dalam Malaya Tribune, 20 Jan. 1933.

19

"Interest or 'Riba'"

kepada Malacca Medical Mission jika usaha menukar agama orang Melayu mahu
terus dilakukan (Malacca Medical Mission sehingga waktu itu menerima geran
tahunan sebanyak $1,500). Kesannya hospital tersebut tidak menerima geran
selama tiga tahun berikutnya secara berterusan kerana ia tidak mematuhi syarat
yang dikenakan.20
Bagaimanapun Muslim tidak selalu berjaya mempengaruhi pentadbiran
British untuk bertindak selaras dengan kemahuan mereka. Usaha untuk
menghalang geran kepada sekolah mubaligh atas sebab yang sama iaitu sekolah
digunakan untuk mempengaruhi orang Melayu menukar agama tidak diterima
terutamanya kerana tidak ada usaha mengkristiankan pelajar Melayu di sekolah.
Satu contoh lain boleh diberi untuk menunjukkan berlakunya konfrontasi kecil
antara Islam dan pentadbiran British di mana Muslim gagal memastikan pandangan
mereka diterima.
Pada 24 Julai 1942, Kapten Edward Pratt, Pegawai Kanan Daerah, Butterworth
mengadakan satu lawatan mengejut ke pasar dan menemukan seorang lelaki
bernama Naina Mohamed bin Kader Mastan "berlaku kejam kepada ayam memotong lehernya dengan pisau yang tajam." Dalam perkataan yang digunakan
oleh Kapten Pratt:
Saya melihat di atas tanah, seekor ayam mengepak-ngepak dengan
kecederaan pada lehernya dan darah di kepaknya. Matanya terbuka
dan jelas ia masih hidup. Penyiasat Konservasi ada di pasar dan
dengan arahan saya beliau telah mengambil ayam tersebut. Saya
melihat ayam tersebut. Ia cedera dan akan mati dengan darah yang
sedang keluar perlahan-lahan. Saya meminta penyiasat Konservasi
mematikan ayam tersebut daripada membiarkan ia tersiksa, dan dia
melakukannya dengan memutuskan terus kepada ayam tersebut. Jika
dilihat pada ayam tersebut dan situasi sekeliling, jelas ayam tersebut
telah dibiarkan cedera selama dua hingga tiga minit. 21
Naina Mohamed rupanya seorang profesional yang 'memotong' ayam dengan
cara Islam bagi sesiapa yang mengambil perkhidmatannya. Kemudian dia didakwa
di Mahkamah Polis di bawah Ordinan Kekejaman terhadap Haiwan dan didenda
sebanyak $25. Yakin kerana dia membunuh ayam tersebut dengan prinsip yang
dikehendaki dalam perundangan Islam untuk penyembelihan haiwan yang hendak
dimakan, dia membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Selepas menyemak bukti yang direkodkan di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi
memerintahkan perbicaraan semula kes ini di Butterworth bagi membolehkan
pendapat pakar dalam perundangan dan ritual Islam diambil. Ini tidak dibuat di
mahkamah rendah. Sheikh Abdullah Maghribi, pakar berkenaan Islam yang
dihormati telah dipanggil dan beliau menjelaskan prinsip berhubung penyembelihan
ayam yang hendak dimakan; iaitu:
1) Alat yang hendak digunakan mestilah pisau dengan matanya yang
sangat tajam.

20

"A 1912 Episode" dalam Malaya Tribune, 24 Jan. 1930.

21

"Malayan Moslems and a Fowl" dalam Straits Times, 30 Jan. 1930.

2) Penyembelih dan ayam yang hendak disembelih mesti menghadap


kiblat.
3) Pisau mesti dipegang dengan tangan kanan dan tangan kiri
memegang kepala ayam, mencekak leher, saluran udara dan dua
arteri yang berada di tepi leher.
4) Penyembelih kemudiannya menyebut nama Allah dan memotong
leher ayam itu dengan cepat sehingga memutuskan saluran udara,
kerongkong dan dua arteri.
5) Selepas itu ayam hendaklah dilepaskan untuk memudahkannya
melepaskan nafas terakhir dan membiarkan darah keluar kerana
darahnya haram dimakan.
Mohamed Salleh, seorang guru sekolah turut dipanggil menjadi saksi dan dia
mengesahkan keterangan yang dikemukakan oleh Syeikh Abdullah Maghribi.
Pemangku Timbalan Pendakwaraya kemudian memanggil Pegawai Perubatan
Butterworth, Dr. E.V. Lupprian untuk memberikan keterangan. Menurut
pandangannya, tidak ada di kalangan dua orang yang memberikan penyaksian
sebelum dirinya kelihatan tahu tentang vena jugular yang berada selari dengan
arteri yang mereka nyatakan. Mustahil untuk memotong arteri tanpa memotong
vena jugular ini. Apabila ini dipotong, kesannya ialah ayam tersebut akan tidak
sedarkan diri dan akan mati dalam tempoh satu hingga dua minit - dan mungkin
tiga minit, tetapi ini jarang sekali berlaku.
Selepas semua keterangan dikemukakan, kes sekali lagi dihantar ke
Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Yang Dihormati Hakim Sproule yang menolak
rayuan dan mengekalkan keputusan oleh mahkamah rendah. Keputusan yang
diambil oleh Mahkamah Tinggi ialah kaedah penyembelihan yang dilakukan tidak
menurut kaedah yang ditetapkan Islam. 22 Kes ini dikatakan telah "meningkatkan
minat dan nampaknya beberapa kerisauan di kalangan Muslim di seluruh Malaya." 23
Wartawan Muslim di Malaya Tribune menyeru tindakan bersepadu daripada para
pemimpin Muslim dengan menulis:
Ini adalah persoalan yang perlu ditangani oleh para ulama dan badan
keagamaan dan Lembaga Penasihat Pengikut Muhammad. Sebelum
sebarang tindakan dilakukan, adalah perlu didapatkan laporan penuh
dan tepat berkenaan kes ini. Tidaklah diketahui apakah langkah yang
telah atau akan diambil oleh Muslim Pulau Pinang. Dalam apa juga kes,
adalah lebih baik Lembaga Penasihat Ajaran Muhammad, Pulau Pinang
dan Lembaga Penasihat Pengikut Muhammad, Singapura bersatu untuk
bertindak dalam hal ini.24
Namun Lembaga Penasihat di Pulau Pinang hanya menghantar sepucuk surat dalam
akhbar menyatakan bahawa keputusan Hakim Sproule adalah berdasarkan (1)
ayam itu tidak disembelih mengikut cara yang sesuai dengan ajaran Islam, dan (2)
penderitaan yang disebabkan kesalahan menyembelih itu menjadi punca kematian
ayam tersebut. Bagaimanapun para pemimpin Muslim tidak mahu memberi
22

"Slaughter of Fowls" dalam Malaya Tribune, 15 Nov. 1929.

23

"Malayan Moslems and a Fowl"

24

"Slaughter of Fowls"

pandangan
mereka kerana mahkamah telah pun membuat keputusan. Ini
sebenarnya adalah satu bentuk rasa tidak puas hati yang besar dan tidak
ditunjukkan bahawa keputusan hakim tersebut adalah salah dan kaedah
penyembelihan sebegaimana yang diterangkan oleh Sheikh Abdullah Maghribi
adalah selaras dengan kaedah agama. Hal ini tidak pernah diselesaikan.
Umumnya boleh dikatakan sementara pentadbiran British sedar akan
keperluan menenangkan sensitiviti Muslim, tidak ada peristiwa kecuali apa yang
dinyatakan sebelum ini, semasa tahun-tahun perang, ketika situasi kelihatan sukar
dikawal. Ini kebanyakannya berpunca daripada kehadiran jumlah ramai supai dari
India (Malay States Guides (MSG) dibentuk selepas pembentukan Persekutuan pada
tahun 1896). Ramai daripada supai ini beragama Islam. Pilihan Turki untuk
bersekutu dengan Jerman dalam Perang Dunia Pertama telah mempengaruhi sikap
Muslim terhadap British. Ini juga sentimen yang berlaku di India apabila
pemerintahan British menyingkirkan dinasti Mongol dan sarjana Muslim tidak lagi
berada di kedudukan penting dalam birokrasi. Pada tahun 1914, tentera India telah
dikumpulkan di Singapura untuk menanti kemungkinan dihantar ke luar negara
untuk berperang. Dokumen anti-British kemudiannya disebarkan di kalangan supai.
Revolusi India juga sedang berlaku sehinggakan menjelang lewat tahun 1914 MSG
mula terpengaruh lalu mereka dihantar kembali ke Taiping iaitu lokasi asal di mana
mereka ditempatkan.25
Selepas itu, Rejimen Kecil ke-5 yang mula memberontak. Ini berlaku pada
pagi 15 Februari 1915. Supai-supai ini telah membunuh seorang pegawai tentera
British, seorang doktor British, membebaskan tahanan perang Jerman dan Austria di
Tanglin dan mengamuk sehingga hampir mengambil alih pulau Singapura. Namun
pemberontakan ini secara praktikalnya tidak dirancang dan kehadiran tentera laut
Jepun dan Perancis di Singapura bagi membantu British kemudiannya dengan
segera dapat mengakhiri pemberontakan tersebut. 26
Pelbagai sebab diberikan untuk menjelaskan punca pemberontakan tersebut.
Seorang jeneral percaya bahawa Jerman bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Seorang tahanan Jerman di Tanglin disyaki menghasut supai India untuk
memberontak sebagai anggota Rejimen Kecil ke-5 semasa bertugas membuat
kawalan. Namun siasatan juga mendedahkan dua orang yang berjaya
mempengaruhi askar-askar tersebut. Mereka ialah Kassim Ismail Mansur dan Nur
Alam Shah. Kassim ialah seorang saudagar dari Surat. Dia sering melawat anggota
Rejimen Kecil ke-5 dan askar-askar ini membalas lawatan dengan berkunjung ke
rumahnya.27 Dikatakan bahawa:
Kehidupan yang baik telah memberikannya peluang menjadi orang
berpengaruh dan
mempunyai lebih banyak pengetahuan, dan
membolehkannya mempengaruhi dengan mudah mereka yang jahil
dan mudah percaya, yang diperdaya untuk percaya bahawa dia berada
dalam kedudukan untuk mendapatkan bantuan bagi melawan musuh
25

Pejabat Kolonial, Siri 717/32, kol. C.H.B. Lees kepada Pegawai Kanan Kerajaan, F..S., 15 Julai 1923.

26

Untuk rekod yang lebih terperinci berkenaan pemberontakan, lihat R.W.E. Harper dan Harry Miller, Singapore
Mutiny (Singapura, 1984).
27

Pejabat Kolonial, Siri 273/435, Pejabat Perang kepada Pejabat Kolonial, 26 Ogos 1915.

(iaitu Jerman). Kemudian, selepas didesak oleh orang yang salah, dia
mengambil langkah di mana dia berada di kedudukan berkomunikasi
dengan ejen musuh.
Mansur tidak menafikan malah mengaku menulis sendiri surat
jenayah yang penting bertarikh 28 Disember (1914), dialamatkan
kepada anaknya di Rangoon untuk menjaga pejabat daripada
beberapa individu yang memanggil dua kapal perang musuh untuk
menghalaunya keluar daripada Singapura. 28
Dia telah didapati bersalah kerana pengkhianatan dan ditembak mati.
Nur Alam Shah, seorang lelaki warak dikatakan terkait rapat dengan
pergerakan revolusi India, dan dia dihantar ke luar negara oleh pergerakan ini untuk
mencari dana untuk tujuan tersebut. Dia tinggal di masjid Kampong Jawa di mana
askar-askar Rejimen Kecil ke-5 selalu melawatnya. Laporan ejen perisikan
mengatakan:
.. NUR ALAM SHAH dibawa ke mahkamah dan berucap dengan hasutan
terbesar untuk menentang Kerajaan dan segalanya tentang British,
dan mengajak semua Supai bangkit menentang British dengan
mengatakan kapal perang Jerman hampir tiba di Singapura. 29

Apabila pemberontakan diteruskan, dia melindungi sebahagian daripada


pemberontak dengan memberi bantuan yang diperlukan. Bagaimanapun, tidak
seperti Kassim Ismail, beliau hanya diusir dari negeri.
Pernah sekali British mengumpulkan para pemimpin Muslim di Singapura dan
satu pertemuan besar dengan Muslim diadakan pada 6 Mac 1915. Seramai kira-kira
3,000 hadir di Dewan Memorial Victoria. Orang Melayu mungkin yang paling kuat
dari segi bilangan mereka. Pertemuan itu dimulakan dengan ucapan oleh Syed
Omar bin Mohamed, seorang yang terkenal daripada keluarga Alsagoff. Ucapan
dibuat dalam bahasa Hindustan, Arab dan Melayu. Semua yang berkumpul
diberitahu bahawa:
Muslim sepatutnya mendahulukan rujukannya kepada Allah, al-Quran
dan perundangan yang terkandung di dalamnya, yang mengarahkan
pemimpin ditaati dan diikuti, kerana nasihat dan pemerintahan mereka
didorong oleh keinginan melakukan yang terbaik bagi mereka yang
ditadbir.30
Sepanjang pertemuan itu seorang ejen perisik Pegawai Utama Pengarahan Tentera
yang dihantar khusus dari India, bercampur dengan orang ramai, dan beliau
melaporkan bahawa kesetiaan pemimpin Muslim di Singapura tidak dipersoalkan
meskipun ada "ungkapan yang menunjukkan wujud sentimen tidak setia di
28
29

"Execution of Mansur" dalam Singapore Free Press, 1 Jun 1915.

Pejabat Kolonial, Siri 273/423, Gabenor kepada Setiausaha Kerajaan, 19 Ogos 1915, dengan lampiran Laporan
Inkuiri Mahkamah (tanpa tarikh).
30
Lihat laporan dalam Malaya Tribune, 8 Mac 1915.

kalangan mereka." Umumnya, rasa tidak tidak puas hati wujud di kalangan orang
India dan "imigran kelas rendah Arab."31 Tidak ada sebarang kenyataan dibuat
tentang orang Melayu.
Sikap orang Melayu pada waktu itu jelas. Simpati mereka pada Turki, dan
terdapat surat khabar berbahasa Melayu mula memantau peristiwa di Eropah sejak
tahun 1912 ketika Turki terlibat dalam konflik dengan Itali. Ramai orang Melayu
percaya Turki dapat membantu membebaskan negara mereka daripada kawalan
kolonial.32 Bagaimanapun sentimen anti-British di kalangan orang Melayu masih
tidak sama berbanding kelompok India-Muslim. Kekalahan Turki (dan Jerman) pada
tahun 1918 menimbulkan rasa bimbang yang baru kerana ancaman pengilhakan
Turki oleh Britain. Pergerakan Khilafah muncul di India dan mempengaruhi IndiaMuslim di Malaya.
Pemimpin India-Muslim di Singapura telah dihubungi dan diminta menyokong
agenda Khilafah. Organisasi Pan-Islami, Khilafat-i-Usmania misalnya diterima oleh
Dr. H.S. Moonshi, seorang Pesuruhjaya Pihak Berkuasa Tempatan, Singapura. 33
Jawatankuasa Khilafat dibentuk di Singapura pada tahun 1922 oleh Mahbub Hassan
yang berhubung rapat dengan jawatankuasa Khilafat di India. Mian Mahmud, anak
kepada M.H. Dawood, seorang jutawan Singapura dan A.M.S. Anguilla, seorang
pemimpin muslim yang dihormati di Singapura juga dikaitkan dengan jawatankuasa
Khilafat.34 Seorang penganjur agenda Islami ini ialah Bashir Ahmad Mallal, seorang
kerani peguam. Dia juga terlibat dalam pembentukan persatuan Islami - Anjuman-iIslam - pada tahun 1921, iaitu badan yang komited dalam melakukan kerja dakwah
dan menyatukan Muslim setempat. Persatuan ini diinspirasikan oleh Kwaja
Kamaluddin, Imam di Masjid Kerja di Surrey, England, yang melawat Singapura pada
awal tahun 1921. B.A. Mallal menjadi setiausaha pertama dan salah seorang ahli
penting Anjuman ialah Kader Sultan, J.P., India-Muslim yang kaya di negara. Turut
terlibat dalam organisasi ini ialah Hafiz Ghulam Sarwar yang dilantik sebagai
penaung. Mallal berusaha mendorong kelab Muslim di Pulau Pinang dan NegeriNegeri Melayu membentuk satu jaringan rasmi dengan Anjuman. 35 Ramai Muslim
lain turut menyertai pertubuhan tersebut, antaranya Za'ba. Pada masa itu beliau
merupakan guru di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sebuah sekolah elit, lalu
dituduh oleh British "merosakkan pemikiran" pelajar dengan pandangan antiBritishnya. Pada tahun 1923 beliau telah ditukarkan daripada jawatan guru di Kuala
Kangsar ke Biro Penterjemahan di Jabatan Pelajaran, Kuala Lumpur. 36 Namun apa
yang kelihatan sebagai embrio pergerakan Pan-Islam di Malaya luput apabila
Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan sistem khilafah pada tahun 1924.

31

Pejabat Kolonial, Siri 273/421, Gabenor kepada Setiausaha Kerajaan, 11 Mac 1915.

32

Mohd. Sarim Hj. Mustajab, "Neraca 1910-Jun 1915. Penyambung Nafas Islah al-Imam" dalam Jurnal Budaya
Melayu (Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia), Jilid 3, Bahagian 1 (1978)
33

Malayan Bureau of Political Intelligence (Bulletin), Nov. 1922.

34

Malayan Bureau of Political Intelligence (Bulletin), Jan. 1923.


"Anjuman-i-Islam, Singapore" dalam Singapore Free Press, 5 April 1921.

35
36

Malayan Bureau of Political Intelligence (Bulletin), Jan. 1923.

Pengalaman semasa tahun-tahun perang cukup untuk memberi isyarat


kepada British untuk mengambil langkah mengawal dan memantau aktiviti Islami.
Tidak lama selepas pemberontakan pada tahun 1915, 'Lembaga Penasihat Pengikut
Muhammad' telah dibentuk di Singapura kira-kira setahun selepas badan yang
sama dibentuk di Pulau Pinang. Kedua-duanya dipengerusikan oleh pegawai British
yang berada dalam Perkhidmatan Awam Malaya (MCS). Di Melaka yang tidak ada
populasi India-Muslim yang aktif dalam politik, badan ini tidak dibentuk.
Bagaimanapun kebanyakan kerja pemantauan aktiviti politik diserahkan kepada dua
organisasi yang ditubuhkan selepas perang. Pada tahun 1918, Jabatan Siasatan
Jenayah atau CID (di Negeri-Negeri Selat) telah dibentuk di mana pada tahun 1933
ia dikenali sebagai 'Cawangan Khas' (Special Branch). Cawangan Siasatan Jenayah
(CIB) telah dibentuk di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1920. Pada
tahun 1921, British menubuhkan Biro Siasatan Politik yang menghantar laporan
bulanan aktiviti politik dalam negara. 37
Pentadbiran British yang cukup perihatin dengan pergerakan militan Islami
telah mengenakan larangan ketat kepada media daripada membincangkan subjek
ini secara terbuka. R.W.E. Harper dan Harry Miller, pengarang Singapore Mutiny
yang diterbitkan pada tahun 1984 menyatakan dalam Kata Pengantarnya bahawa:
Sebab sebenar pemberontakan - dan memang kisah penuh permulaan
dan pengakhiran selepas ia berlangsung selama beberapa minggu tidak akan didedahkan dalam tempoh 50 tahun kerana laporan
panjang dan terperincin Inkuiri Mahkamah Tentera dikelaskan sebagai
'Rahsia'.38
Singapore Free Press menyatakan rasa tidak senang mereka dengan dasar
kerajaan. Dalam artikel utama bertajuk "Militarism in Singapore" (2 Jun 1915),
antaranya dinyatakan:
Berkaitan hal Turki dan Konstantinopel kami yakin bahawa satu
kesilapan telah dibuat melalui larangan memberikan komen
berkenaannya. Kesilapan ini terjadi kerana, yang pertama, sebenarnya
Kerajaan tidak mempunyai individu atau badan yang boleh dirujuk
untuk mendapatkan maklumat berkenaan pendapat Muslim di Malaya
dan yang kedua, dasar yang membelakangi kebenaran adalah cara
berlindung yang tidak dapat dielakkan apabila berdepan dengan
situasi yang tidak terkawal. Perubahan yang dijangka akan berlaku
mempunyai kesan meluas dan akal-budi akan memihak kepada
mereka yang bersedia untuknya.39
Namun dasar yang ada kekal dan tidak berubah. Surat khabar sekali lagi dilarang
memuatkan sebarang perbincangan bebas berkenaan kebangkitan yang berlaku di
37

Alun Jones, 'Internal Security in British Malaya, 1895-1942' Tesis Ph.D., Universiti Yale, 1970, muka surat 113-115,
136-138.
38

Begitu juga, disebabkan larangan yang dibuat terhadap media, Kebangkitan Kelantan yang berlaku beberapa
bulan selepas Pemberontakan Singapura pada tahun 1915 tidak dilaporkan secara meluas dalam media tempatan
meskipun tidak ada bukti agama adalah faktor utama yang mendorong ia berlaku. Larangan terhadap media dilihat
perlu kerana permulaan pemberontakan melibatkan negeri Melayu-Muslim.
39
Namun, dari semasa ke semasa, raja-raja dan pemimpin-pemimpin orang Melayu perlu mengikrarkan kesetiaan
kepada Britain.

Terengganu pada tahun 1928. Namun sikap British terhadap polemik agama di
kalangan Muslim adalah berbeza. Banyak isu dibenarkan didebatkan secara terbuka
di media tempatan.

PERSEPSI DALAMAN TENTANG ISLAM


Konflik Kaum Tua-Kaum Muda boleh dikatakan bermula dengan penerbitan al-Imam
(jurnal Melayu yang kritikal, bertujuan mendorong reformasi dalam masyarakat
Melayu-Muslim di Malaya) pada tahun 1906. Konflik ini berterusan sehingga dekad
1930-an dan hanya terhenti sementara ketika Pendudukan Jepun. Pada masa ini
mereka yang menisbahkan diri sebagai Kaum Muda masih boleh ditemukan
meskipun kesan kewujudan mereka tidaklah sama seperti apa yang berlaku
sebelum tahun 1941.
Namun isu yang dibangkitkan dari semasa ke semasa yang sesuai dengan
masyarakat Muslim setempat adalah lebih meluas dan tidak sentiasa khusus terkait
dengan konfrontasi antara dua pihak yang boleh dikenal pasti. Satu daripada
masalah yang mendorong fokus tajam kepada pentadbiran British ialah Hari Raya
Puasa (dan kemudian Hari Raya Haji). Oleh kerana amalan cuti am untuk orang
Kristian dan orang Cina, Muslim juga mahukan Hari Raya Puasa dijadikan cuti am.
Ini mula berlaku pada tahun 1897 di Selangor dan berkembang ke negeri-negeri lain
dan Negeri-Negeri Selat kemudiannya.40 Ia kemudian menjadi bahan perdebatan
kerana tidak ada tarikh tetap untuk diisytiharkan sebagai cuti am.
Diketahui bahawa sebelum tahun 1915 di Singapura setiap tahun Persatuan
Muslim Singapura (diasaskan pada tahun 1897) biasa melakukan mesyuarat Kadi
Singapura dan selepas ketetapan diambil Muslim di kalangan orang ramai
dimaklumkan tentang tarikh bermulanya puasa. Selepas Lembaga Penasihat
Pengikut Muhammad dibentuk pada tahun 1915, ia mengambil alih tugas tersebut.
Namun pada tahun 1925 ia memutuskan untuk mengambil cara baru menentukan
tarikh mula puasa. Kerajaan melancarkan teleskop di stesen signal Pelabuhan
Canning dan Bukit Faber untuk digunakan bagi melihat anak bulan Ramadhan dan
seterusnya menentukan tarikh sebenar mula puasa. Bagaimanapun, pada tahun
1927, selepas tarikh penentuan puasa diperbaiki, ada satu pengumuman dibuat di
dalam akhbar berbahasa Melayu, Lembaga Melayu menyatakan jika bulan tidak
kelihatan "pada hari Jumaat malam, puasa akan bermula pada hari Ahad." Elemen
tidak pasti ini telah mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Muslim.
Di Johor dan negeri-negeri Melayu yang lain, amalan menetapkan tarikh lebih awal
dibuat dan ia selalunya terbukti tepat. 41
Bagaimanapun Ahli Lembaga Penasihat Pengikut Muhammad merasakan
adalah penting untuk mereka melihat bulan dan pada tahun 1928 satu mesyuarat
telah dibuat di Teater Victoria dan ucapan tentang "Keperluan Melihat Anak Bulan
untuk
Menentukan
Tarikh
Permulaan
dan
Pengakhiran
Puasa."
Dewan dipenuhi ramai orang dan ucapan diberikan dalam bahasa Melayu, Arab,
Tamil dan Hindi. Ucapan yang dibuat memetik beberapa sumber berautoriti tentang
40

"Selangor Notes" dalam Straits Times, 2 Mac 1897.

41

"Muslim Fasting Month" dalam Malay Tribune, 10 Mac 1927.

Islam, menyatakan bahawa sebagai Muslim mereka perlu mengikut amalan Nabi
dan mengikut ajarannya dengan tepat. Namun, apa yang mengecewakan ramai
Muslim ialah pekeliling yang diedar terkandung perkataan "Daripada arahan pihak
Lembaga Penasihat" dan merujuk kepada ucapan-ucapan yang salah oleh
sesetengah Muslim yang tidak mengamalkan sesetengah ritual Islam. Tambahan
pula dalam ucapannya, Dr. H.S. Moonshi, seorang ahli Lembaga Penasihat
"mengutuk kritikan terhadap idea Alim, Kadi dan Imam dalam Media oleh mereka
yang, menurut pandangannya, tidak memahami Islam." Lembaga kemudiannya
dikritik dalam Media kerana melangkaui fungsinya iaitu "hanya menasihatkan
Kerajaan dalam hal ehwal Islam ... Lembaga Penasihat Pengikut Muhammad
bukanlah penjaga syurga dan neraka." Persoalan ditanya "bagaimana seorang
Muslim di Johor dan Negeri-Negeri Peribumi menentukan tarikh untuk Alim
tempatan melihat anak bulan sebelum menentukan tarikh?" Persoalan ini tidak
pernah dijawab tetapi Lembaga sebagai sebuah agensi kerajaan melepaskan diri
dengan menafikan mereka bertanggungjawab mengedarkan pekeliling tersebut. 42
Pada masa yang sama, minat yang besar difokuskan kepada kedudukan
wanita Muslim dalam masyarakat. Pada tahun 1927, kontroversi muncul lagi dalam
kolum di akhbar berbahasa Melayu apabila beberapa wanita di Kuala Lumpur
mendapati pekerjaan sebagai pengatur huruf di pejabat percetakan. Menurut
wartawan Muslim di Malay Tribune:
Kontroversi ini menarik namun malangnya pendebat lebih banyak
menyerang individu berbanding menawarkan hujah dan pemikiran
yang mentap untuk menyokong atau pun menolak subjek yang
didebatkan.43
Kelihatannya pergerakan pembebasan wanita di Eropah telah mula
mempengaruhi masyarakat Asia dan "wanita Muslim di Turki, di Afghanistan, di
Parsi, malah di wilayah ortodok Islam seperti di Syria dan Mesir telah mula
mengambil contoh perkembangan di Eropah. Mereka ialah para doktor, peguam,
jurutera wanita dan terkini dilaporkan seorang wanita Turki telah diberikan
kedudukan Pengarah dalam pembangunan perdagangan." Namun di Malaysia
wanita Muslim hanya melibatkan diri dalam profesyen perguruan.
Wartawan Muslim di Malaya Tribune merupakan penyokong pergerakan
pembebasan wanita kerana bukan sahaja ditulis "untuk seorang wanita Muslim
yang keluar sekolah dan menjadi pengatur huruf di pejabat percetakan tidak
sepatutnya mengejutkan Muslim," beberapa bulan selepas itu sistem purdah juga
dijadikan subjek penulisannya. Merujuk kepada Persidangan Wanita Seluruh India
yang diadakan pada Februari 1928 di Delhi, dinyatakan bahawa Yang Mulia IbuBegum44 Bhopal:

42

"Muslim Fasting" dalam Malay Tribune, 22 Mei 1928. Lihat juga "The Hari Raya Date Muddle" di Malay Tribune, 23
Mei 1928 dan "Mohammedan Advisory Board Repudiates Circular" dalam Malay Tribune, 2 Jun 1928.
43
44

"Muslim Ladies and Employment" dalam Malay Tribune, 10 Nov. 1927.

Begum adalah gelaran kepada wanita Muslim yang berkedudukan tinggi di beberapa negara seperti India dan
Pakistan, berasal daripada kata Begim di Turki. - penterjemah.

... tidak dinafikan fakta bahawa perintah tegas untuk berpurdah di


kalangan Muslim tidak membentuk sebahagian daripada kewajiban
beragama
bagi
mereka.
Sebenarnya
ia
diasaskan
kepada
pertimbangan setempat dan tidak tegas sebagaimana di sesetengah
negara Islam yang lain. Jika sistem dimodelkan semula menurut
keunikan persekitaran dan diletakkan pada kemunasabahan yang
sepatutnya, kebanyakan kesan buruk yang ada dalam pendidikan
wanita akan terluput dengan sendirinya. 45
Subjek ini kembali diperkatakan pada tahun 1930 dan tahun 1933. Penulis tersebut
mengekalkan sikap neutral terhadap dua jalur pemikiran pada tahun 1930 46 dan
pada tahun 1933, dengan banyak petikan daripada artikel seorang wanita Muslim,
Saleema Noordeen yang mengatakan purdah bukan halangan untuk maju.
Artikelnya yang diterbitkan dalam Muslim Standard (Ceylon) dan Muslim Review
(Lucknow) berkata, antaranya:
'Purdah' tidak bermaksud wanita mesti dikongkong dalam rumahnya.
'Purdah' hanyalah pakaian nipis untuk menutup muka dan membantu
mereka menghindari pandangan bernafsu dan merosakkan. 47
Dan dia menambah:
'Kecantikan' adalah seperti magnet. Meskipun ia boleh dianggap
sebagai satu ketentuan hadiah daripada Tuhan, ia perlu ditakuti lebih
daripada api yang marak tidak terkawal justeru ia mesti dilitupi.
Contoh paling mudah boleh dilihat dalam sejarah di mana ia menjadi
ejen utama kehancuran dan kemusnahan Empayar yang hebat.
Ia memberikan amaran tegas dalam era berbeza di dunia tentang sisa
kehancuran dan kebinasaan yang mengejutkan kepada banyak
keluarga dan masyarakat. Purdah dapat memalingkan pengulangan
tragedi ini.
Islam tidak melihat kecantikan dengan pandangan yang prejudis. Islam
mencadangkan penggunaan sutera dan emas untuk dipakai oleh
wanita. Sudah tentu dengan memakai purdah semata-mata tidak
cukup untuk melindungi seorang wanita daripada perangkap yang
banyak dalam kehidupan ini, namun tidak boleh dikatakan ia adalah
faktor utama untuk bertindak mengongkong mereka dalam
memastikan kerosakan tidak berlaku.
Kemudian pada tahun yang sama subjek ini kembali dikemukakan, kali ini dengan
petikan pengumuman oleh Permaisuri Souriyya berkenaan purdah iaitu 'Tidak ada
ayat al-Quran yang menggesa pemencilan wanita." Kali ini ia menimbulkan reaksi
balas daripada beberapa Muslim setempat di mana serangan terhadap kenyataan
Permaisuri Souriyya dimuatkan dalam akhbar berbahasa Urdu dan wartawan yang
sama diminta berlaku saksama dan "menyatakan sisi lain persoalan ini, kerana
terdapat kemungkinan Muslim setempat dikelirukan tentang subjek membenarkan
45
46
47

"The Purdah System Denounced" dalam Malaya Tribune, 16 Mac 1928.


"The Purdah Problem" dalam Malaya Tribune, 28 Nov. 1930.
"Purdah No Bar to Progress" dalam Malaya Tribune, 17 Jun 1933.

wanita keluar tanpa melitupi wajah dan juga tangan mereka." Dia patuh dan
menulis:
Muslim ortodoks mengambil ayat ke-30 dan ke-31 'Surah An-Nur' yang
menyatakan agar wanita 'menutup tubuh mereka dengan purdah
kecuali perhiasan yang memang jelas dapat dilihat dan tidak dapat
disembunyikan.' Mereka berkata sesiapa yang membaca al-Quran
dengan yakin dan jujur akan mendapati ini adalah larangan kepada
wanita Islam agar tidak keluar tanpa melitupi diri mereka. Tradisi yang
ditunjukkan Nabi serta ajaran dan penjelasan oleh mereka yang faham
dengan hukum Islam menunjukkan tidak ada keraguan untuk menutup
wajah apabila seorang wanita keluar daripada rumah. Sebarang
percubaan untuk melonggarkan maksudnya akan gagal kerana tradisi
dan juga penerangan yang ada untuk dijadikan panduan banyak dan
cukup untuk menjelaskan usaha pencarian baru tetapi jelas merupakan
larangan terhadap kehidupan seks sejenis.'
Juga terdapat ayat al-Quran yang menyeru Nabi memerintahkan
isterinya, anak-anak perempuannya dan wanita beriman untuk
menutup tubuh badan mereka bagi mengelak daripada dikenali justeru
mereka tidak akan diserang. Ini juga menguatkan di samping
menyokong maksud ayat ke-30 dan ke-31 'Surah An-Nur' yang cukup
jelas.
Perlu dinyatakan bahawa tidak ada bukti menunjukkan subjek purdah
menjadi isu keperihatinan dalam masyarakat Melayu pada masa itu. Boleh diagak,
melalui apa yang sering dibincangkan secara terbuka, bahawa wanita India-Muslim
di Singapura sekurang-kurangnya dituntut untuk patuh kepada sistem purdah. Juga,
hakikat bahawa media tempatan sentiasa memaparkan pandangan tradisional dan
liberal membuktikan bahawa komuniti India-Muslim di Singapura mempunyai
pandagan berbelah bahagi.
Berkaitan rapat dengan persoalan purdah ialah subjek pendidikan Inggeris
untuk pelajar wanita Muslim yang mempunyai kaitan langsung dengan komuniti
Melayu-Muslim. Subjek ini dianggap cukup penting sehingga Kelab Crescent Star
Sports, Pulau Pinang menganjurkan debat pada awal November 1929. 48 Ia menarik
minat kehadiran orang ramai. Mereka yang menyokong pendidikan Inggeris untuk
wanita Muslim berhujah pendidikan vernakular dan bahasa Melayu tidak cukup
untuk perkembangan moral dan intelektual, dan pendidikan di rumah juga, sangat
bergantung kepada ibu dan setakat ini ia gagal memberikan pelajar wanita apa
yang diperlukan apabila mencecah usia akil baligh. Akibatnya, apabila berkahwin
mereka tidak tahu bagaimana menguruskan rumah dan membesarkan anak. Kata
mereka, "pelajar wanita didiamkan terkurung di dalam bilik dan dikawal ketat
sehingga apabila keluar mereka kelihatan kekok."
Pendidikan bahasa Inggeris akan menangani kekurangan ini. Ramai wanita
yang mati muda semasa melahirkan anak kerana menolak daripada bertemu doktor
bagi membantu proses kelahiran. Wanita Turki dan India telah mula pergi ke negara
Barat untuk belajar. Wanita tempatan tidak patut dinafikan peluang ketika
48

"English Education of Malay Girls" dalam Malaya Tribune, 15 Nov. 1929.

pendidikan Barat "berada di depan mereka." Seorang pengucap yang menolak idea
ini dipetik berkata:
Bahaya pendidikan Inggeris ialah apabila ia dipelajari mereka akan
mula berfikir mereka adalah orang putih dan menuntut kebebasan.
Kesannya ialah muncul kumpulan yang tidak berpuas hati menuntut
untuk memerintah dan sebagainya yang tidak masuk akal. Penting
untuk memelihara pendidikan vernakular bagi melanjutkan aspirasi
negara ini.
Menghantar pelajar wanita ke sekolah Inggeris adalah kecelakaan.
Adalah mudah untuk guru-guru menimbulkan rasa tidak puas hati
dengan persekitaran lama dan menjadikan mereka ingin mendapatkan
sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedia ada. Namun apabila
tiba masa untuk memenuhi tuntutan budaya daripada mereka yang
berfikiran pendidikan Inggeris, guru-guru tidak akan dapat membantu
dan jiwa yang kosong akan membawa pelajar wanita ini mendapati ada
rasa tidak selesa di rumah dan masyarakat mereka yang dilihat
terkebelakang.
Keputusan perdebatan itu memihak kepada kumpulan pencadang meskipun yang
mengemukakannya mengikuti pendidikan Inggeris.
Namun wartawan Muslim di Malaya Tribune menunjukkan simpati kepada
pencadang. Dalam komennya berkenaan subjek tersebut beberapa tahun
kemudian, dia menulis:
Status wanita dan hak mereka dalam Islam adalah sama dengan, jika
tidak lebih baik, daripada lelaki. Pemilikan wanita sebagaimana wang
atau lembu adalah budaya Arab pagan - iaitu wanita dimiliki
sepenuhnya oleh pelindung lelakinya. Menjadi adat mereka untuk
memberikan hadiah kepada wanita jika mereka disayangi, dan
mengambil balik hadiah tersebut apabila dibenci. Mereka tidak
menghormati kehidupan wanita sehingga mereka membunuh anakanak perempuan yang dianggap tidak membawa keuntungan, seperti
'manusia membunuh anak kucing yang banyak.'
Islam merubah semua itu. Pertama sekali ia mengajar manusia bahawa
kedudukan wanita di sisi Allah adalah sama sebagaimana lelaki (sudah
tentu berbeza dari aspek fungsi alamiahnya), mempunyai potensi
kerohanian yang sama, dan nilai yang sama di sisi Tuhan. 49
Namun subjek ini kekal kontroversi. Pada tahun 1931, ia sekali lagi didebatkan
dengan penuh emosi. Ketika itu bilangan pelajar wanita yang berpeluang mengikuti
sekolah Inggeris masih sedikit, dan perlu dinyatakan bahawa, sehingga
pertengahan 1930-an, terdapat dua orang pelajar wanita belajar di Kolej Perubatan
King Edward VII di Singapura - Kamsiah Mohd. Ali dari Selangor dan Salmah Ismail
dari Kedah.

49

"Social Progress and Education" dalam Malaya Tribune, 8 April 1932.

Terdapat lebih banyak isu dikemukakan dari semasa ke semasa dalam kolum
di Malaya Tribune yang menjelang dekad 1930-an telah menjadi akhbar yang
berpengaruh dan tidak dibiayai oleh modal Eropah. Sebagai contoh, pada awal
tahun 1919, apabila pindaan dibuat terhadap Enakmen Perundangan Muslim di
Negeri Sembilan yang menyatakan "Tidak ada sesiapa yang tertakluk di bawah
Enakmen ini dibenarkan semasa bulan Ramadhan makan antara pukul 4.30 pagi
dan 6.30 petang di tempat awam atau di mana-mana tempat yang boleh diakses
oleh orang ramai" dan bahawa "Sesiapa yang melanggar perintah di bawah subseksyen ini boleh dikenakan hukuman...," wartawan Muslim akhbar ini telah
mengkritik undang-undang ini dengan berkata:
Dalam urusan agama, perlu ada semangat toleransi, dan seseorang
yang cuba memberi komen terhadap undang-undang ciptaan manusia
yang menyentuh perkara agama tidak kurangnya percaya kepada
keindahan dan kebenaran agamanya. Puasa adalah salah satu
daripada rukun Islam dan ia diwajibkan, dengan beberapa
pengecualian, kepada semua Muslim, sama ada lelaki atau
perempuan. Meskipun ada perintah al-Quran yang mewajibkan Muslim
berpuasa selama 30 hari semasa bulan Ramadhan, tidak semua
Muslim berbuat demikian; untuk memaksa mereka berpuasa, paling
tidak adalah satu hal yang berlebihan. Bukan kerana mereka tidak
mampu atau tidak akan melakukannya tetapi sebahagian daripada
mereka merasakan kekuatan fizikal mereka tidak dapat bertahan. 50
Tidak ada debat berlaku. Bahawa penulis tersebut bukan seorang ultra-liberal
dibuktikan apabila dalam satu peristiwa lain, dia melancarkan serangan terhadap
perubahan budaya Muslim dalam urusan perkahwinan, kematian dan acara sosial
yang lain. Ronggeng misalnya yang diambil daripada Portugis, telah menjadi ciri
umum dalam banyak acara sosial yang dianjurkan oleh orang Muslim. Ramai
daripada penari Ronggeng ini adalah wanita yang belum berkahwin dan mereka
yang telah berkahwin lazimnya adalah penyedia makan-minum untuk keluarga
mereka. Sesiapa juga dari kalangan tetamu, sama ada Muslim atau bukan-Muslim,
boleh menari bersama. Menurut wartawan ini, Muslim yang terhormat melihat
persembahan seperti itu dengan rasa meluat. 51
Dalam upacara kematian juga, amalan lazim telah diubah. Menurut IndiaMuslim, mengambil makanan di rumah di mana seorang Muslim yang mati
dibaringkan bukan sahaja berdosa, tetapi ia juga memberikan masalah dan
kegusaran kepada keluarga si mati. Namun di Singapura dan beberapa tempat di
Malaya, amalannya berbeza. Di sini keluarga bukan sahaja memikirkan tentang
urusan pengebumian tetapi juga penyediaan makan untuk mereka yang menghadiri
majlis pengebumian tersebut. "Ini bukan adat Islam," katanya, "tetapi diambil
daripada amalan orang-orang Hindu dan Cina." Berkaitan urusan perkahwinan pula,
dia menulis:
Perkahwinan sesama Muslim adalah kontrak sivil. Mana-mana Muslim,
tidak semestinya kadi atau Imam, boleh melaksanakan perkahwinan
dan mengumumkan seorang lelaki dan seorang wanita itu sebagai
suami dan isteri. Apa yang terpenting ialah kehadiran dua orang
50
51

"Muslim Fasting Month" dalam Malaya Tribune, 1 Mac 1929.


"Certain Local Muslim Customs" dalam Malaya Tribune, 8 Mac 1929.

sebagai saksi. Tidak dihuraikan urusan perbelanjaan yang munasabah.


Namun sebagaimana dalam urusan lain, begitu juga perkahwinan,
sesetengah adat dan amalan adalah ikutan di banyak negara Muslim.
Di India dan Ceylon, sistem hantaran dibuat... Di Malaya amalannya
berbeza, dan seorang lelaki yang mahu berkahwin perlu membayar
sejumlah wang sebagai belanja, jumlahnya tergantung kepada situasi
kewangan pihak terbabit. Dalam majlis perkahwinan sebenar, makan
besar diberikan kepada tetamu di rumah pengantin lelaki dan
pengantin perempuan, dan pengantin dipakaikan perhiasan - pakaian
dan emas; jika keluarganya tidak mampu, perhiasan ini disewa untuk
tujuan perkahwinan. Semua ini bermaksud perbelanjaan besar perlu
dibuat dan lazimnya ia dibuat secara pinjaman. Tidakkah majlis
perkahwinan kita boleh dibuat dengan belanja yang lebih ekonomi?
Meskipun kebanyakan contoh yang diberi di sini diambil daripada penulisan seorang
wartawan, fakta penting ialah dia merupakan pengulas sosial yang memberikan
fokus kepada subjek yang menarik minat orang ramai sekurang-kurangnya dalam
isu keperihatinan Muslim. Pandangannya juga penting kerana ia membantu untuk
menguatkan dakwaan di sini bahawa tidak selalu munasabah untuk melabel
seseorang atau kumpulan secara khusus sebagai konservatif tegar atau seorang
liberal yang cekal. Tidak kurang pentingnya realiti bahawa wujud sebuah forum
yang membincangkan "Hal Ehwal Muslim" dan pendapat yang dikemukakan
memberikan kedalaman tulen kepada dinamika masyarakat Muslim semasa.

KESIMPULAN
Sebagaimana dinyatakan lebih awal, perbincangan di sini cenderung
bertumpu kepada Negeri-Negeri Selat (Koloni Mahkota British), khususnya
Singapura kerana data yang boleh didapatkan. Juga, tidak seperti di negeri-negeri
Melayu, di mana raja diberikan kuasa utama berkaitan hal ehwal agama,
masyarakat di Negeri Selat secara perbandingannya bebas justeru membolehkan
peluang bagi idea yang berbeza dikemukakan. Ini tidak bermaksud polemik tidak
diketahui wujud di negeri-negeri Melayu, dan idea baru yang mencabar amalan
semasa tidak boleh disebarkan. Di negeri-negeri Melayu masih mudah untuk pihak
berkuasa menentukan amalan yang diterima atas nama raja. Di Negeri-Negeri Selat
tidak ada Ketua Agama Islam.
Meskipun perbezaan interpretasi doktrin dan perintah Islam tidak sentiasa
mendorong berlaku keganasan, ia sentiasa sukar, jika tidak mustahil, untuk satu
pemikiran mempengaruhi satu pemikiran yang lain. Berdasarkan perkembangan
yang ditunjukkan antara tahun 1900 dan tahun 1941, meskipun perbincangannya
dibuat ringkas di sini, tidak munasabah untuk menyimpulkan bahawa secara
umumnya kebanyakan Muslim cenderung bersikap konservatif. Berdasarkan senario
pra-tahun 1941, tidaklah keterlaluan untuk mengatakan perkembangan hari ini
mungkin lebih tepat dilihat sebagai mewakili satu kemunculan semula
konservatisme berbanding kebangkitan semula Islam yang nampaknya dapat dilihat
oleh ramai yang berminat dengan subjek Islam di Malaysia. Istilah "kebangkitan
semula" mencadangkan bahawa sebelum tempoh masa ini, sebenarnya adalah
inersia apabila sukar untuk setahun berlaku tanpa ada kontroversi berlaku dalam

masyarakat Islam setempat. Lebih penting lagi, secara berterusan, usaha dibuat
untuk menganjurkan aktiviti secara sistematik meskipun banyak persatuan telah
gagal mencapai objektifnya.52 Sudah tentu, sepanjang dekad 1930-an, Muslim sedar
akan keperluan untuk terus seiring dengan perubahan. Pendidikan, perwakilan
majlis dan kesatuan Muslim adalah antara subjek yang tidak pernah gagal menarik
minat masyarakat ramai53 meskipun perbezaan etnik membuktikan halangan tidak
mudah diatasi walaupun atas nama persaudaraan Islam. 54 Bagaimanapun usaha
untuk memperkenalkan pendekatan lebih liberal terhadap ajaran dan perintah Islam
berterusan ditemukan meskipun terdapat bantahan daripada kelompok tradisional.
Memang kelompok 'pemodenan' sentiasa kecil bilangannya. Malah dalam kes
konflik Kaum Muda-Kaum Tua, Kaum Muda seringkali mendapati diri mereka berada
dalam situasi bertahan.
Penulisan tentang Islam di Malaysia pada masa kini sering mengabaikan latar
belakang sejarah yang baik. Bukan sahaja tidak ada latar belakang pengetahuan
tentang apa yang berlaku sebelum Perang Dunia Kedua, tidak ada usaha yang
serius dibuat oleh mereka yang menulis perkembangannya pada hari ini untuk
mengisi kelompongan itu. Terlihat bahawa perkara terpenting untuk dibuat ialah
pemberian label. Namun jika seorang sarjana tidak tahu apa yang berlaku pada
masa lalu (bukan terlalu jauh tetapi yang terdekat), paling buruk mereka mungkin
memulakan penulisan dengan andaian yang salah, dan bagaimanakah dengan itu
mereka dapat menganalisa perkembangan semasa secara bermakna?

52

Lihat "Muslim and Their Clubs" dalam Malaya Tribune, 14 Sept. 1927.

53

Lihat misalnya, "Malay Representation. Resolution of Moslem Association" dalam Malaya Tribune, 18 Sept. 1924;
"The Local Muslims and Unity" dalam Malaya Tribune, 8 Sept. 1927; "Frictions Among Local Mohammedans" dalam
Malaya Tribune, 22 Jun 1928; "Representations Again Argued" dalam Malaya Tribune, 8 Jun 1928; "Malays and
Government Service. Are They Given Preference?" dalam Malay Tribune, 19 Okt. 1928; "Adoption of Western
Customs" dalam Malay Tribune, 28 Dis. 1928; "Malays and English Education" dalam Malay Tribune, 18 Jan. 1929;
"Education of Muslim Boys" dalam Malay Tribune, 4 April 1929; dan "Raffles College. Will It Benefit Muslims?" dalam
Malay Tribune, 2 Ogos 1929.
54

Perpecahan serius berlaku selepas Perang Dunia Pertama apabila India-Muslim dan orang Melayu di Singapura
mahukan perwakilan di dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1924, Mohamad Eunos Abdullah
telah dilantik dan pada tahun 1926, orang Melayu terus menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura yang menolak
keahlian daripada kaum Arab dan India meskipun mereka Muslim. Perpecahan ini telah merebak ke bahagian lain di
Malaya. India-Muslim mula bekerja lebih rapat dengan orang India berbanding orang Melayu.

You might also like