You are on page 1of 9

PEMBENTUKAN TANAH MELAYU

MENGURUS KEPELBAGAIAN KAUM 1946-1955

Pendahuluan
Untuk sebuah negara yang jarang dikenali kerana pergeseran politik antara kaum
sehingga awal Perang Dunia Kedua, tahun-tahun sejak 1943 (ketika ternyata Jepun
sudah kalah dalam peperangan) sehingga 1957 (ketika Tanah Melayu sebagai
negara bangsa secara rasminya tertubuh) terbukti kacau bilau bagi mereka yang
mendiami apa yang pada waktu itu dikenali sebagai Tanah Melayu tidak rasmi
sehingga 1946, rasmi sejak 1 April 1946 dan sehingga 31 Ogos 1957 apabila negara
bangsa wujud secara sahnya. Kemudian, pada 16 September 1963, Tanah Melayu
bersama Sarawak, Singapura dan Borneo Utara (Sabah) membentuk apa yang
dipanggil Malaysia, nama yang dikekalkan sehingga sekarang meskipun Singapura
telah keluar pada tahun 1965.
Tidak timbul persoalan bahawa, sebelum Perang Dunia Kedua, tidak ada
aktiviti politik di apa yang kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia, tetapi
aktiviti politik pada masa itu cenderung hanya meniru apa yang berlaku di China
khususnya dan, pada tahap lebih kecil, dipengaruhi perkembangan di India atau
Hindia Timur Belanda (sebagaimana Indonesia dikenali pada waktu itu). (1)
Pendudukan Jepun pada awal Disember 1941, lengkap menjelang
pertengahan Februari 1942, mengejutkan orang ramai kerana British begitu yakin
dan memberi jaminan secara praktikal kepada penduduk tempatan bahawa Jepun
tidak mungkin menduduki Tanah Melayu, terutama kerana Thailand menyatakan
bahawa mereka akan menentang percubaan Jepun menggunakan Thailand sebagai
laluan masuk ke Tanah Melayu. Namun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu
bermula di Kota Bharu, Kelantan, Thailand memutuskan untuk tidak masuk campur
dalam perang menentang Jepun.
Semasa Jepun secara rasminya berundur pada pertengahan Ogos 1945,
Tanah Melayu dalam keadaan tidak teratur. Ekonominya, sangat bergantung kepada
timah dan getah, tidak bergerak kerana tidak ada lombong dan lading yang
beroperasi semasa pendudukan Jepun. Perdagangan luar juga tidak berlaku. Ini
diburukkan lagi dengan konflik etnik yang tercetus tidak lama sebelum British
kembali ke negara ini pada awal September 1945 dan sejak itu berlaku sekali sekala
sehingga kira-kira Ogos 1946.
Sebelum pembentukan Pentadbiran Tentera British (BMA), pada awal
September 1945, tentera Jepun, tidak lama selepas Jepun berundur secara rasmi,
telah menggerakkan aktiviti kekacauan untuk menyukarkan British kembali. Mereka
mencetuskan konflik Cina-Melayu. Mereka dibantu, meskipun secara tidak langsung,
oleh tingkah laku Rakyat Malaysia Anti Tentera Jepun (MPAJA), atau sebenarnya Parti
Komunis Malaya (PKM) yang mengambil kuasa untuk menghukum atau membunuh
mereka yang bekerjasama dengan Jepun. Ini telah mendorong pergeseran CinaMelayu kerana MPAJA dilihat sebagai parti Cina berbanding parti komunis;
sebilangan orang di negara ini, pada ketika itu malah sekarang juga, memahami

maksud komunisme. Orang Banjar di Batu Pahat, Johor yang pertama membuat
keputusan untuk membalas dendam terhadap keganasan PKM. Pertempuran antara
Cina-Banjar kemudiannya telah berlaku, antara lewat 1945 dan awal 1946, bukan
sahaja di Batu Pahat tetapi juga di beberapa tempat di Barat negeri-negeri Melayu,
terutama di kawasan yang terdapat penduduk Banjar seperti di Batu Kikir di Negeri
Sembilan dan Sungai Manik di Hulu Perak. Namun pertempuran tersebut tidak
merebak ke kawasan populasi Banjar yang besar. Tidak cukup kajian telah dibuat
untuk mendapatkan perspektif yang lebih tepat mengenai hal ini. (2)

Malayan Union
Semasa ketegangan etnik sedang berlaku inilah British memilih untuk
memperkenalkan skim Malayan Union, (3) digambarkan sebagai peperangan,
dengan apa juga cara, untuk menjajah kerajaan Melayu. Meskipun tujuan asal
adalah untuk meluaskan dan mengukuhkan kawalan British di kawasan ini hingga
utara Indonesia, British kemudiannya terpaksa mengikut contoh kuasa besar,
Amerika Syarikat dan juga Kesatuan Soviet, kedua-duanya secara terbuka menolak
kolonialisme. Amerika Syarikat membebaskan Filipina pada tahun 1946. Bagi
Amerika Syarikat, ini ialah strategi - mempromosi perkembangan nasionalisme
yang dipercayai dapat menjadi benteng menentang perkembangan komunisme.
Menarik sekali, komunis juga menggunakan sentiment nasionalisme untuk
menentang kapitalisme Barat.
British membatalkan skim Malayan Union apabila orang Melayu membantah
keras tetapi mereka tidak menghentikan rancangan untuk menukar Tanah Melayu
kepada sebuah negara bangsa, dengan menggabungkan sembilan kerajaan Melayu
yang berdaulat bersama Pulau Pinang dan Melaka. Idea untuk mewujudkan
persekutuan yang lebih besar sebenarnya bukanlah baru. Hasrat membentuk
persekutuan ini (meliputi semua kerajaan Melayu) telah ada sebelum Perang Dunia
Kedua lagi. Namun Raja-Raja di Negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mahu terlibat
kerana bimbang kuasa mereka akan lebih banyak terhakis. Ini mendorong dasar
desentralisasi bagi memastikan Raja-Raja Negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai
persekutuan. Namun, sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua, strategi ini tidak
berjaya. (4)
British sengaja tidak memasukkan Singapura dalam skim Malayan Union
kerana British bimbang, sekiranya Singapura dimasukkan, akan ada bantahan
serius daripada orang Melayu yang, menjelang akhir 1930-an, sudah sangat
bimbang dengan pertumbuhan populasi orang bukan Melayu akhirnya akan
membolehkan pendatang mengambil alih kawalan terhadap Semenanjung Tanah
Melayu. Penting untuk ditambah di sini bahawa, pada tahun yang sama (1946)
British menjajah Semenanjung Tanah Melayu, mereka juga telah menjajah Sarawak
dan Borneo Utara (Sabah) Sarawak sebelumnya (dari tahun 1841- 1941) berada di
bawah pentadbiran keluarga Brooke, dan Borneo Utara (dari tahun 1881-1941) telah
ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British. Ada hasrat yang jelas selepas perang
untuk mewujudkan Kuasa Pemerintahan British di Asia Tenggara (5).

Di bawah Malayan Union, Raja-Raja Melayu kehilangan kedaulatan mereka.


Ini bermaksud, rakyatnya, orang Melayu, berada dalam bahaya kehilangan
kedudukan istimewa sebagai penduduk asal kerajaan Melayu berdaulat (mereka
misalnya boleh dibuang negeri tetapi tidak boleh diusir seperti kes orang Cina dan
orang India). Turut diusulkan ialah semua warga Malayan Union menikmati hak yang
sama. Bagaimanapun, jumlah orang bukan Melayu yang dilahirkan di kerajaan
Melayu secara relatifnya agak kecil. Majoriti daripada mereka yang layak menjadi
warganegara Union sebenarnya ialah rakyat British yang tinggal di bekas NegeriNegeri Selat.
Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan secara rasmi di
Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dalam keriuhan meluas bantahan orang Melayu
menentang Malayan Union. (6) Pimpinan utama UMNO pada waktu itu terdiri
daripada mereka yang berpendidikan Inggeris, ramai yang terdiri daripada penjawat
awam kanan, antaranya Hamzah Abdullah dari Selangor yang merupakan orang
Melayu kedua diterima masuk ke dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang
berprestij, seawal 1920, dan Nik Ahmed Kamil dari Kelantan, dilatih dalam bidang
perundangan di United Kingdom sebelum Perang Dunia Kedua. Pemimpin Melayu
yang popular ialah Dato Onn Jaafar dari Johor yang menerima pendidikan awal di
England. Semasa tempoh di bawah Malayan Union, beliau merupakan Pegawai
Daerah di Batu Pahat. Pada Januari 1946, beliau mengasaskan Pergerakan
Semenanjung Tanah Melayu. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa penjawat
awam Melayu memahami undang-undang British dengan baik. (7)
Namun, bilangan besar populasi Melayu, cenderung untuk menunjukkan
maklum balas kepada nasionalisme Indonesia. Ini terdiri daripada ahli Parti
Nasionalis Melayu (PNM), diasaskan oleh komunis Sumatera (Mokhtaruddin Lasso)
pada Oktober 1945 di Ipoh, bandar yang didiami majoriti orang Cina. Ahli PNM tidak
dianggap, secara budaya atau rasmi, sebagai rakyat Raja-Raja Melayu meskipun
majoriti mereka telah lama mendiami Semenanjung Tanah Melayu, terutama
semasa tempoh pentadbiran British. (8)
Di kalangan majoriti orang Cina, masih lagi biasa pada lewat 1940-an,
mengaitkan diri mereka dengan negara China. Semasa sambutan hari peringatan
kebangsaan China (misalnya kejatuhan Dinasti Manchu pada tahun 1911, dan
permulaan Perang Cina-Jepun pada 1937), bendera negara China telah dikibarkan di
kebanyakan pertubuhan dan rumah kedai, dan kumpulan-kumpulan berkumpul
untuk menyanyikan lagi negara Cina. (9) Orang Cina berpendidikan Inggeris kurang
terlibat. Mereka juga turut memahami undang-undang British dengan baik.
Meskipun ramai berkongsi visi Tan Cheng Lock untuk mengasaskan negara bangsa
di mana semua rakyat menikmati hak yang sama, terdapat mereka yang tidak lupa
bahawa mereka pernah dipanggil Raja Cina atau Permaisuri Cina. Mereka ini lebih
suka Negeri Negeri Selat kekal di bawah Koloni Mahkota British. (10)
Pada masa yang sama, perjuangan Nasionalis-Komunis di China, selepas
berakhirnya Perang Dunia Kedua, terus memberi kesan kepada Tanah Melayu
sementara Kongres India Malaya (MIC) tidak lebih daripada lanjutan Pergerakan
Kemerdekaan India (1943-1945) yang diasaskan di Singapura, dipimpin oleh Subhas
Chandra Bose dibentuk pada awal Ogos 1946 untuk membantu India mencapai

kemerdekaan. Parti ini mula berorientasikan Tanah Melayu selepas India mencapai
kemerdekaan pada Ogos 1947 namun, selama beberapa tahun, ia menolak
daripada mencampuri politik berasaskan kaum, lebih menggemari pendekatan
ideology. Selepas era 1947, ia kehilangan pemimpinnya, John Thivy, yang
meninggalkan negara ini untuk berkhidmat dengan kerajaan India. (11)
Pertubuhan Cina Malaya dibentuk pada awal 1949 apabila China jatuh di
bawah penguasaan Parti Komunis China (PKC) dan Kuomintang (KMT) dipaksa
berundur ke Formosa (Taiwan). Ramai pengasasnya (misalnya H.S. Lee dan Leong
Yew Koh) merupakan ahli tegas KMT. Pada tahap tertentu, MCA juga diasaskan
dengan bantuan British kerana Pesuruhjaya Tingginya (Sir Henry Gurney) telah
membantu semasa awal penubuhannya. (12) MCA asalnya bertujuan menjadi
strategi menjadikan orang Cina lebih berjiwa setempat kerana mereka dilihat British
sebagai terlalu dekat mengaitkan diri dengan perkembangan China. Tambahan pula,
seksyen pro komunis di kalangan populasi Cina Tanah Melayu telah bertambah sejak
sebelum Perang Dunia Kedua.
Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, dalam mendepani peningkatan
penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union yang juga turut dikritik oleh
pegawai-pegawai British yang sebelum itu pernah berkhidmat di Semenanjung
Tanah Melayu (misalnya Sir Frank Swettenham dan Sir R.O. Winstedt) dan untuk
kekal dengan dasar meningkatkan pertumbuhan nasionalisme bagi menghadapi
pengaruh komunisme, British melancarkan tindakan membelakangi dasar mereka
untuk menjajah kerajaan Melayu. Rundingan dibuat dengan Raja-Raja Melayu serta
pemimpin UMNO bagi menentukan struktur perlembagaan paling sesuai untuk
Semenanjung Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan juga Melaka, tetapi tidak
termasuk Singapura, sebagaimana berlaku ketika Malayan Union dibentuk.
Pada peringkat inilah sebahagian orang bukan Melayu mula menyuarakan
rasa tidak puas hati kerana pandangan mereka diketepikan dalam hal cadangan
perlembagaan masa depan untuk Tanah Melayu. Meskipun lebih banyak berjuang
untuk India, MCA juga melibatkan diri dalam pergerakan untuk membantah, begitu
juga PKM yang berharap, pada akhir peperangan, mereka akan diberi pengiktirafan
sebagai parti politik yang sah dan dibenarkan menyertai aktiviti politik di negara ini.
Turut membantah pengiktirafan British hanya kepada Raja-Raja Melayu dan ahli
UMNO sebagai pihak yang sah mewakili rakyat negara ini dalam rundingan
perlembagaan ialah Parti Nasionalis Melayu (PNM) yang berkembang secara
signifikan sejak penubuhannya pada lewat 1945.
Sebenarnya, tindakan awam pertama untuk menyusun penentangan
terhadap rundingan antara British dan Raja-Raja Melayu serta UMNO telah dibuat
oleh John Thivy, Presiden MIC pada November 1946. Beliau mencadangkan agar
diadakan pertemuan untuk menaja persidangan semua penduduk berbilang kaum
di Tanah Melayu bagi membincangkan cara dan kaedah bagi memastikan suara
rakyat dimasukkan ke dalam perlembagaan masa depan Tanah Melayu setelah
kerajaan bertegas mengabaikan pandangan umum. (13) Ini disokong oleh
Kesatuan Demokratik Tanah Melayu (MDU) yang diasaskan di Singapura pada lewat
1945 (lebih awal daripada MIC) yang dipimpin oleh orang bukan Melayu yang
berpendidikan tinggi, ramai di kalangan mereka ialah peguam seperti John Eber dan

Lim Kean Chye (bapanya, Lim Cheng Yan, dan pakciknya, Lim Cheng Law, adalah
orang terkenal di Pulau Pinang. (14)
Kerajaan British bagaimanapun meneruskan dan mengumumkan Draf
Perjanjian yang kemudian menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu bagi menggantikan Malayan Union. Ini segera mendorong pembentukan apa
yang dipanggil Majlis Tindakan Bersama (CJA) pada pertengahan Disember 1946.
Selain MIC, MDU dan PNM, organisasi-organisasi lain yang terlibat ialah Pertubuhan
Cina British Selat, Pertubuhan Tamil Ceylon dan dua persatuan sekerja iaitu
Persekutuan Persatuan Sekerja Singapura dan Kesatuan Kerani. Dewan Perniagaan
India belum lagi menyertainya. CJA memberi pandangan bahawa Singapura
sepatutnya menjadi sebahagian wilayah penting Tanah Melayu; di mana ia patut
ditadbir sendiri melalui pilihan raya; dan hak sama rata kewarganegaraan perlu
diberikan kepada mereka yang menetap di Tanah Melayu.
Dalam tempoh beberapa minggu, CJA digantikan oleh satu kerjasama yang
lebih besar, Majlis Tindakan Bersama Pan-Malaya (PMCJA) yang melibatkan
Persekutuan Kesatuan Sekerja Pan-Malaya (PMFTU) dan MPAJA (Rakyat Tanah Melayu
Anti Tentera Jepun), Persatuan Bekas Komrad (mudahnya ialah Parti Komunis
Malaya). Namun segala tindakan yang dilakukan oleh PMCJA gagal untuk mengubah
rancangan British untuk negara ini. Pada Februari 1947, pembangkang sendiri yang
berpecah-belah. Parti Nasionalis Melayu (PNM) membuat keputusan untuk keluar
daripada PMCJA dan membentuk satu kerjasama lain di kalangan organisasi orang
Melayu. Pada 22 Februari 1947, mereka membentuk Pusat Tenaga Rakyat
melibatkan, selain daripada badan induk PNM, sayap pemuda Angkatan Pemuda
Insaf (API) dan sayap wanita Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Mereka bagaimanapun
memilih untuk terus bekerjasama dengan kumpulan bukan Melayu yang kekal
sebagai satu gabungan. Kerjasama baru dikenali sebagai PUTERA-AMCJA (Majlis
Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu, bukan PMCJA lagi). (15)
Penentangan terhadap rundingan Inggeris-Raja-Raja Melayu serta UMNO
mendorong kepada ketegangan etnik di negara ini. Terdapat orang bukan Melayu di
Singapura yang tidak menjarakkan diri daripada konfrontasi. Agak menarik untuk
dilihat di sini bahawa mereka yang menentang rundingan ini terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum. Namun mereka dianggap oleh British sebagai pihak
yang tidak ada bahagian dalam kerajaan. Berkemungkinan ianya kerana apa yang
kelihatan terutamanya perbalahan Cina-Melayu yang berlaku antara lewat 1945 dan
awal 1946, mereka yang terlibat aktif dalam konfrontasi berkaitan isu
perlembagaan ialah orang Melayu UMNO di satu sisi, dan di sisi yang lain pula orang
Cina, dipimpin secara aktif oleh Tan Cheng Lock, rakyat British yang menetap di
bekas Negeri Selat. Berlaku perdebatan hangat dalam media antara Dato Onn dan
Cheng Lock yang pada ketika itu tidak pernah bertemu antara satu sama lain.
Cheng Lock kemudiannya mendapat sokongan kuat daripada Lee Kong Chian,
seorang kelahiran China dan pemimpin Pertubuhan Dewan Perniagaan Cina (ACCA)
di Tanah Melayu (termasuk Singapura). Ini merupakan titik peralihan penting dalam
pertembungan pandangan antara orang Melayu dan Cina. Turut terlibat secara
dekat dalam banyak perbincangan tertutup ialah Dr. Thio Chan Bee, pendidik ulung
yang, selain daripada menjadi Pengetua Sekolah Inggeris-Cina, Singapura, serta

Setiausaha Pendidikan kepada Misi Methodist, bertempat di Singapura, juga dalam


tahun-tahun berikutnya, menjadi Ahli Majlis Penasihat Singapura (1947-1948), Ahli
Majlis Perundangan Singapura (1951-1955) dan ahli pengasas Parti Progresif di
Singapura. (16)
Penglibatan Kong Chian bermula dengan sokongan ACCA kepada gabungan
PUTERA-AMCJA pada Julai 1947. Meskipun tidak menyertai gabungan ini, ACCC sedia
membantu memajukan perjuangan gabungan tersebut, sebab utamanya kerana
mereka juga tidak bersetuju dengan struktur perlembagaan yang dirancang British
untuk Tanah Melayu. Strategi utama yang dikemukakan Cheng Lock ialah dengan
memberi tekanan kepada British, sesuatu yang pernah dilakukan di India. Ia dikenali
sebagai hartal (asal perkataan daripada Gujerat) yang bermaksud menghentikan
semua aktiviti ekonomi. Ia dipopularkan oleh Gandhi. Pada skala kecil, hartal
pertama kali dicuba di Klang, seterusnya di Melaka dan berikutnya di Ipoh. Ketigatiganya dilakukan pada September 1947. Dewan Perniagaan Cina memainkan
peranan utama dalam penganjuran hartal. Didorong oleh kejayaan strategi ini,
rancangan dibuat untuk hartal di seluruh negara yang dijadualkan pada 20 Oktober
1947, hari pembukaan Parlimen British. Ini adalah aktiviti ACCC; PUTERA-AMCJA
bagaimanapun memberikan sokongan penuh. (17)
Hartal merupakan satu kejayaan besar. Semua urusniaga dan komunikasi
awam oleh kapal, kereta api dan jalan raya dihentikan. Pasar-pasar dan kedai-kedai
ditutup. Tidak ada kereta api atau bas yang bergerak. Keberkesanan hartal telah
menakutkan pihak berkuasa British dan pemimpin Melayu. (18) Namun ia
menjarakkan lagi hubungan Cina-Melayu dan, meskipun bimbang dengan
potensinya sebagai senjata politik, ia tidak memberikan kesan kepada rancangan
British untuk membentuk struktur baru perlembagaan Tanah Melayu. Sebaliknya,
British merasakan mereka perlu menanganinya dengan tindakan tegas.
Kejayaan 20 Oktober 1947 bagaimanapun mendorong ramai pihak percaya
bahawa ia mesti disusuli dengan hartal kedua dan lebih lama untuk mendesak
pihak berkuasa British dan pemimpin Melayu meminda rancangan perlembagaan
untuk memberi lebih banyak hak kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu di
Tanah Melayu. Cheng Lock menerima idea tersebut tetapi Kong Chian tidak. Beliau
membaca senario yang ada secara berbeza. Beliau berpendapat adalah nasib baik
tidak berlaku keganasan etnik semasa hartal pertama di seluruh negara. Hartal
kedua boleh jadi berbeza. Namun ada yang mengatakan bahawa kemerdekaan
tidak mungkin dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.
Dalam satu mesyuarat di rumah Kong Chian, perkara ini diperdebatkan
secara serius. Mereka yang mahu melakukannya yakin akan berjaya tetapi
mahukan sokongan Cheng Lock dan Kong Chian. Kong Chian bagaimanapun tidak
begitu suka dengan idea tersebut. Beliau berpendapat jika berlakunya konflik
terbuka antara komuniti-komuniti besar di Tanah Melayu dan Singapura, adalah
sangat sukar untuk memulihkannya dan membentuk keamanan sekali lagi. Thio
Chan Bee yang turut berada dalam perbincangan tersebut menjangkakan bahawa,
apabila keganasan mula tercetus, pihak berkuasa akan menangkap pemimpinpemimpin hartal kedua. Konflik akan merebak. Tunjuk perasaan dan rusuhan akan
berlaku di beberapa tempat di Tanah Melayu dan Singapura dan jika kumpulan

bersenjara dari dalam hutan ikut serta, ia boleh mencetuskan perang kaum atau
perang saudara.
Kong Chian kemudiannya memutuskan hartal kedua mesti dielak. Pendekatan
baru mesti dicari. Beliau berjaya meyakinkan Cheng Lock juga namun Cheng Lock
mengakui bahawa sebagai pemimpin komuniti Cina, beliau tidak boleh tampil
secara terbuka mengatakan tidak menyokong hartal kedua setelah memberikan
persetujuan di peringkat awal dan menunggu, dalam mesyuarat delegasi CCC akan
datang untuk memberikan persetujuan rasmi terhadap resolusi yang menyatakan
langkah ini perlu diambil. Kong Chian kemudian melakukan satu rancangan yang
membolehkan Cheng Lock meneruskan resolusi menggesa hartal dilakukan, namun
Kong Chian mengatur agar delegasi mencadangkan, kerana seriusnya rancangan
tersebut, tidak ada tindakan diambil sehingga perkara ini diberikan pertimbangan
lebih teliti. Dalam mesyuarat CCC, rancangan ini telah diterima. Akhirnya, hartal
kedua tidak pernah dilaksanakan.
Kerana tidak menyedari apa yang berlaku, pihak berkuasa British di Kuala
Lumpur merancang untuk menangkap Lee Kong Chian bagi mencegah berlakunya
hartal kedua. Dalam satu mesyuarat bersama Sir Franklin Gimson, Gabenor
Singapura, Thio Chan Bee dan Tan Chin Tuan (ahli perbankan terkenal dan terkait
dengan Cheng Lock), telah dijemput untuk berunding, Gabenor telah dimaklumkan
peranan penting Kong Chian sebagai perunding keamanan; dan beliau sebenarnya
adalah pemimpin Cina yang paling membina dan dihormati pada masa itu.
Penangkapan dan penahanan beliau boleh mencetuskan kesan yang tidak dijangka.
Sir Franklin kemudian menyampaikan kepada Kuala Lumpur mengenai penolakan
idea untuk menangkap Lee Kong Chian. Tanpa diketahui oleh Thio Chan Bee dan Tan
Chin Tuan, pada masa itu, Malcolm MacDonald (kemudiannya mendapat gelaran Sir)
yang pada masa itu merupakan Ketua Gabenor Malayan Union, Singapura dan
Borneo British (1945-1948) juga telah dimaklumkan oleh Kuala Lumpur dan beliau
juga tidak teragak-agak menolak idea menangkap Lee Kong Chian.

Persekutuan Tanah Melayu


British meneruskan rancangan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Februari 1948 yang memberikan semula status kerajaan Melayu sebagaimana
sebelum peperangan. Kedaulatan diberikan semula kepada semua sembilan orang
Raja-Raja dan berbanding Majlis Persekutuan yang ditubuhkan sebelum Perang,
Majlis Perundangan Persekutuan dibentuk tetapi dipengerusikan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British. Pegawai-pegawai tidak rasmi juga dilantik. Sir Edward Gent yang
berkhidmat dengan Pejabat Kolonial di England pada mulanya menjadi Gabenor
pertama Malayan Union tetapi jawataannya ditukar kepada Pesuruhjaya Tinggi
apabila Persekutuan dibentuk.
Pada masa yang sama, PKM semakin kecewa kerana ia tidak mendapat
pengiktirafan sebagai sebuah parti politik yang sah. Tindakan mereka menjadi
semakin ganas. Pentadbiran British membuat keputusan untuk mengisytiharkan
Darurat pada pertengahan 1948. Aktivis politik yang tidak menjadi ahli PKM tetapi
juga menentang pihak berkuasa turut ditangkap; lain-lain yang berpendirian politik

radikal telah melarikan diri ke hutan. PNM terbubar dengan sendirinya.


Bagaimanapun ramai ahlinya menyertai UMNO dan memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi UMNO, pada tahun 1951, untuk menukar slogan daripada
Hidup Melayu kepada Merdeka, istilah yang lebih banyak digunakan di Indonesia
berbanding Tanah Melayu.
Seringkali disebut secara meluas bahawa Britain memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu di atas dulang emas. Tidak ada pengorbanan standing dengan
apa yang berlaku di Indonesia, Burma dan Indo-China. Tetapi itu hanyalah satu
perspektif. Ramai tidak sedar bahawa struktur etnik populasi Tanah Melayu
memberikan masalah yang sangat sukar untuk ditangani. Episod Malayan Union
telah mendedahkan kebimbangan orang Melayu kebimbangan yang telah
disuarakan melalui Raja-Raja sebelum Perang Dunia Kedua yang mendorong kepada
pemberhentian kemasukan pendatang lelaki pada pertengahan 1930-an. Mereka
bimbang jumlah mereka akan semakin kecil di negara sendiri, sama ada dalam
aspek politik atau ekonomi, sekiranya perlembagaan membenarkan kuasa politik
dikongsi secara sama rata oleh semua kumpulan etnik. Peranan Lee Kong Chian
dalam menghalang hartal kedua oleh kumpulan bukan Melayu yang menentang
rancangan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebab utama
membolehkan penerusan perbincangan antara orang Melayu dan orang bukan
Melayu. Namun tahun-tahun antara 1948 dan 1955 adalah sangat, daripada
perspektif dalaman, pada tahap tertentu, sangat sukar berbanding apa yang
disedari ramai, termasuk pemerhati tempatan, pada masa itu dan sekarang.
Jauh daripada mengambil kesempatan daripada situasi yang sangat rumit
ketika itu, British cuba dengan pelbagai cara untuk meningkatkan persefahaman di
kalangan beberapa kumpulan terpisah di negara ini, namun dengan ingatan bahawa
Raja-Raja Melayu dan rakyatnya mesti diberi perlindungan sebagaimana
sebeumnya berasaskan beberapa perjanjian yang ditandatangani oleh British
dengan pihak-pihak berkenaan. Pada awal 1949, British telah menubuhkan satu
Jawatankuasa Hubungan Baik Melayu-Cina untuk membolehkan pemimpin komuniti
Melayu dan Cina membincangkan isu-isu yang memberi kesan kepada hubungan
kaum. Ahli Jawatankuasanya, selain daripada Onn dan Cheng Lock, termasuk Datuk
Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Dato Mustapha Osman (dari Kedah
yang merupakan seorang doktor perubatan terlatih di Hong Kong), Zainal Abidin
Abbas (Setiausaha Agung UMNO), Saleh Hakim dari Selangor dan tiga orang Cina:
Dr. Lee Tiang Keng, C.C. Tan dan Yong Shook Lin (peguam terkenal di Kuala Lumpur.
(18)
Pada April 1949, Jawatankuasa ini dibesarkan dengan memasukkan pemimpin
komuniti lain, dan dikenali sebagai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Untuk
memastikan pelbagai kumpulan etnik bahawa tidak ada cadangan untuk
memberikan kelebihan kepada mana-mana kumpulan lebih besar, dan untuk
menunjukkan kepada kumpulan minoriti bahawa kepentingan mereka tidak
dilupakan, British telah melantik Clough Thuraisingam, ahli sebuah kumpulan
minoriti (komuniti Jaffna), untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditugaskan
untuk membincangkan isu berkaitan kewarganegaraan dan juga persediaan pilihan
raya. Jawatankuasa ini juga membincangkan soal pendidikan dan mencadangkan

bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris perlu dijadikan bahasa rasmi di semua
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan Inggeris, namun kebenaran perlu diberi
kepada pelajar untuk belajar bahasa mereka sendiri sekiranya mereka mahu. (18)
British menerima cadangan jawatankuasa dan mengambil langkah-langkah
untuk menyediakan sistem pendidikan yang boleh menyumbang ke arah bina
negara. Sebenarnya, permulaan telah dibuat pada tahun 1946 untuk membuang
sistem sedia ada sebelum perang yang rumit di mana sekolah Inggeris dan
vernakular wujud bersekali. Namun sehingga Persekutuan wujud, tidak ada
perubahan. Pada 1949, Jawatankuasa Penasihat Pusat mengenai Pendidikan telah
dibentuk untuk menangani situasi ini. Dengan adanya permintaan bercanggah
daripada pelbagai kumpulan, terutama orang Melayu, satu jawatankuasa dilantik
pada tahun 1950 untuk menyiasat kekurangan atau lain-lain perkara kemudahan
pendidikan yang boleh didapatkan oleh orang Melayu. Jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial di Universiti Oxford.
Ahlinya seramai 14 orang termasuk hanya orang Melayu dan Eropah. (19)
Jawatankuasa
mencadangkan
senario
sebelum
perang,
dengan
perkembangan sekolah-sekolah vernakular patut dihentikan. Hanya perlu ada
sebuah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu sebagai bahawa
pengantar. Surat khabar Cina mengkritik laporan tersebut yang mempengaruhi Sir
Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi, membentuk sebuah jawatankuasa untuk
menyiasat pendidikan Cina. Tugas ini diberikan kepada Dr. William P. Fenn,
Setiausaha Eksekutif Bersekutu, Lembaga Pemegang Amanah beberapa institut
pengajian di China, dan Dr. Wu Teh-Yao, pegawai Bangsa Bersatu. Laporan yang
dibuat menunjukkan simpati kepada pendidikan Cina. Meskipun kritikal terhadap
Laporan Barnes, ia juga menyatakan kebimbangan terhadap penekanan aspek
kecinaan di sekolah-sekolah Cina. Laporan mencadangkan program pendidikan
yang ideal untuk orang Cina ialah penekanan yang cukup kepada bahasa dan
budaya Cina, namun ia mesti bebas daripada sebarang ciri pendidikan di China.
Semua buku teks mesti berorientasikan Tanah Melayu.
Perkongsian kuasa politik adalah satu lagi masalah, walaupun mungkin bukan
yang paling sukar untuk ditangani. Dato Onn, Presiden UMNO, pemimpin parti
utama di negara ini dan diberi perhatian oleh British, membuat satu percubaan
penting pada tahun 1950 untuk memadamkan komunalisme dalam politik Tanah
Melayu. Beliau mencadangkan agar UMNO, bagi mengukuhkan perpaduan dalam
negara, menerima orang bukan Melayu sebagai ahli. Bagi membolehkan perubahan
berlaku, beliau telah mencadangkan pertukaran nama daripada Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu.
Namun beliau gagal meyakinkan ahli-ahli UMNO lantas meninggalkan parti itu pada
tahun 1950. Meskipun dipujuk untuk kembali dalam tempoh beberapa bulan selepas
itu, beliau tidak mengubah fikirannya, dan pada tahun 1951, sekali lagi dalam
Perhimpunan Agung, sekali lagi usul yang sama dibawakan. Beliau sekali lagi kesan
apabila ia tetap ditolak. Kali ini beliau meninggalkan parti buat selama-lamanya dan
digantikan oleh Tunku Abdul Rahman, pegawai undang-undang yang sedang
berkhidmat di Kedah tetapi kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur.

You might also like