You are on page 1of 43

Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan salah satu komponen yang

amat penting dalam menghasilkan iklim kondusif untuk pengajaran


dan pembelajaran. Pengurusan bidang ini banyak melibatkan
kemahiran komunikasi, psikososial dan interpersonal. Walau
bagaimanapun, dasar yang boleh diterima umum, caring, terbuka,
konsisten, adil dan saksama merupakan bahagian yang penting dalam
menentukan suasana yang harmoni, aman damai, ceria, sihat dan
selamat untuk pengajaran dan pembelajaran.
Skop pengurusan hal ehwal murid amat luas dan saling berkaitan. Di
antara bidang utama adalah: disiplin murid, bimbingan dan kaunseling,
kebajikan murid (termasuklah pelbagai jenis biasiswa dan bantuan),
skim pinjaman buku teks, Lembaga Pengawas, Lembaga Ketua
Tingkatan, Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya, 3K, Kantin Sekolah
dan majlis-majlis sekolah.
1

DISIPLIN PELAJAR

1.1

Menyedia dan Mengemaskini Peraturan Sekolah

1.2

Menguatkuasa peraturan sekolah

Peraturan Sekolah akan disimpan dalam setiap kelas untuk rujukan


pelajar. Guru Tingkatan menerangkan Peraturan Sekolah kepada
semua pelajar kelasnya pada hari pertama persekolahan awal tahun.
1.3
1.3.1

Mengendalikan kes disiplin


Ketidakhadiran

Pelajar ditegah ponteng sekolah. Jika pelajar tidak hadir tanpa


sebarang sebab yang munasabah atau tanpa surat sakit, guru
tingkatan dikehendaki melaporkan kepada Pengetua atau PK HEM.
Hukuman merotan dan Perkhidmatan Komuniti akan dikenakan kepada
pelajar-pelajar yang ponteng.
Guru Tingkatan juga harus memastikan Ketua Tingkatan atau
penolongnya/ Guru Kaunselor menghantar Slip
Ketidakhadiran kepada PK HEM setiap pagi. Sila nyatakan dengan
jelas nama pelajar-pelajar yang tidak hadir dan sebab-sebabnya.
Pelajar-pelajar yang tidak hadir akan direkod. Slip ini memudahkan PK
HEM untuk mengesan pelajar-pelajar yang tidak hadir pada hari-hari
tertentu. Borang Ringkasan ini akan disimpan di pejabat am/ Bilik
Kaunselor untuk rujukan pihak sekolah sekiranya perlu. Pelajar-pelajar
yang mewakili sekolah atau terlibat dalam aktiviti yang dibenarkan
oleh pihak sekolah juga perlu ditanda sebagai hadir.
Guru Tingkatan dikehendaki mengeluarkan surat amaran melalui
pengetua kepada ibu bapa/ penjaga pelajar yang ponteng tersebut:
Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berterusan

Bilangan Hari Ponteng

Surat Amaran

Tidak hadir 3 hari berturut-turut

Surat Amaran Pertama Dikeluarkan

Tidak hadir 10 hari berturut-turut

Surat Amaran Kedua Dikeluarkan

Tidak hadir 17 hari berturut-turut

Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan

Tidak hadir 30 hari berturut-turut

Buang Sekolah

Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berkala

Bilangan Hari Ponteng

Surat Amaran

Tidak hadir 10 hari ke sekolah

Surat Amaran Pertama Dikeluarkan

Tidak hadir 20 hari ke sekolah

Surat Amaran Kedua Dikeluarkan

Tidak hadir 40 hari ke sekolah

Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan

Tidak hadir 60 hari ke sekolah

Buang Sekolah

1.3.2

Datang lewat

Pelajar-pelajar yang datang lewat (selepas pukul 6:55 pagi) akan


ditahan oleh pengawas sekolah di pintu sekolah. Nama mereka akan
dicatatkan dan diberikan amaran serta mata demerit atau hukuman
seperti merotan sekali/ buat kerja amal. Semua kes ini akan direkod
dalam fail Sistem Merit dan Demerit dan Buku Rekod Masalah Disiplin
Pelajar.
1.3.3

Slip Mengesan Pergerakan Pelajar

Guru-guru dipertanggungjawabkan memastikan pelajar-pelajar


sentiasa berada dalam kelas semasa P & P dijalankan. Semua guru
akan diberikan sekeping PAS . Jika pelajar ingin pergi ke tandas,
mereka mesti mendapat kebenaran dan PAS daripada guru berkenaan.
Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar
lelaki atau dua orang pelajar perempuan untuk keluar dalam satu
masa. Semua hal keluar-masuk kelas tanpa kebenaran akan dicatatkan
oleh Ketua Tingkatan atau penolongnya dalam Slip Mengesan
Pergerakan Pelajar Dalam Kelas untuk rekod dan rujukan PK HEM.
Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia
dikehendaki mendapat kebenaran daripada Pengetua, PKT, PK HEM, PK
KK atau Guru-guru Kanan dengan mengisikan Slip Kebenaran Balik

Awal dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk mengambil


mereka.
**Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa
kebenaran, sila memberi amaran atau laporkan kepada
Pengetua atau PK dengan segera.
1.3.4

Sistem Merit Dan Demerit

Sistem Merit Dan Demerit masih diamalkan. Guru Tingkatan


dikehendaki mengisi maklumat peribadi pelajar dalam Kad Disiplin
Sistem Merit dan Demerit. Borang-borang akan disimpan dalam fail
ikut kelas di Bilik Hal Ehwal Pelajar. Guru-guru kaunselor dan Penyelia
Disiplin akan menolong mengemaskinikan jumlah mata merit atau
mata demerit sekali sebulan dan laporkan kepada PK HEM untuk
tindakan lanjut.
1.3.5

Perkhidmatan Komuniti

Sebarang kes ponteng, datang lewat atau salah laku seperti tidak
membuat kerja rumah perlu diambil tindakan. Perkhidmatan Komuniti
adalah satu cara hukuman bagi pelajar-pelajar yang berulang kali
melanggar peraturan. Guru-guru, Penyelia Disiplin atau Guru B & K
perlu menyerah nama pelajar dan jumlah mata demerit kepada PK
HEM untuk tindakan lanjut seperti perkhidmatan komuniti/ hukuman/
nasihat.
1.3.6

Wajah Pelajar

Semua pelajar dilarang sama sekali memakai barang perhiasan atau


mewarnakan rambut. Jika didapati ada pelajar berbuat demikian, sila

mengambil tindakan dengan segera. Setiap guru dikehendaki


menasihati pelajar tersebut untuk menyerahkan barang-barang
perhiasannya. Sekiranya pelajar tersebut enggan mengikut arahan
guru, sila laporkan kepada Pengetua atau PK HEM. Pakaian berlengan
panjang juga dilarang. Pelajar yang melanggar peraturan ini harus
dihantar balik untuk menukar baju. Begitu juga dengan pemakaian
selipar dan tali pinggang selain daripada warna hitam atau coklat
gelap. Pendek kata, wajah pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan
bersih dan kemas dan bersesuaian dengan watak mereka sebagai
seorang pelajar. Jika terdapat yang enggan mengikut arahan walaupun
sudah ditegur beberapa kali, sila laporkan kepada PK HEM.
1.3.7

Kes Ponteng

Pelajar yang tidak hadir diminta membawa bukti sebab tidak hadir,
seperti Sijil Sakit/ Surat Ibu bapa. Jika tidak ada, pelajar itu akan
dianggap ponteng sekolah dan hukuman seperti merotan akan
diberikan. Ibu bapa akan dihubungi untuk mendapat keterangan lanjut
jika perlu.
1.4

Penyelia Disiplin

Penyelia-penyelia Disiplin bertanggungjawab membantu pihak sekolah


mengawal disiplin pelajar di kawasan sekolah. Mereka menjalankan
tugas secara proaktif, iaitu, meronda kawasan sekolah, menegur
pelajar, memberi nasihat, memberi amaran dan melaporkan salahlaku
pelajar. Mereka juga akan membantu pengawas semasa menjalankan
tugas.

Kaunselor Sekolah/ Penyelia Disiplin membantu PK HEM mengemaskan


Mata Borang Merit Demerit Kad Disiplin dan dikemukakan kepada PK
HEM untuk tindakan lanjutnya.

Bil

Aktiviti

Penyeliaan

Huraian Tugas

Membuat rondaan di kawasan

Sasaran

Perlakuan pelajar dipantau

yang ditetapkan secara berkala. secara preemptive pada


Membantu guru-guru semasa

setiap masa di sekolah.

waktu mengajar sekiranya ada

Pergaduhan atau keadaan

gangguan. Membantu

huru-hara tidak berlaku

pengawas-pengawas pada

dalam atau di luar kelas.

setiap masa khususnya semasa


waktu rehat.

Laporan

Menyiasat dan mengambil

Setiap kes yang dirujuk ole

Salahlaku

tindakan yang sewajarnya.

guru: tindakan harus diamb

Segala maklumat penting mesti


dicatat secara ringkas dan jitu.
Borang Salahlaku harus difail.

Tindakan DisiplinMemiliki kuasa merotan,


menahan, menghantar pulang,
menggantung serta memanggil
ibubapa berjumpa dengan pihak

Pelajar mematuhi peratura


serta kehendak sekolah.

sekolah.

Bimbingan &

Sebagai tindakan preemptive,

Pelajar faham bahawa piha

Kaunseling

menegur atau memuji pelajar

sekolah mengambil perhat

secara sengaja dan sedar.

yang ikhlas. Pelajar faham


tentang tindakan pihak

sekolah setiap kali salahlak


dikesan.

Ahli Lembaga

Menghadiri mesyuarat Lembaga Mempunyai pengetahuan

Disiplin

Disiplin yang diadakan apabila

serta pengalaman yang

dipanggil untuk menimbang

meluas untuk mencapai

sama ada membuang atau

keputusan yang munasaba

mengambil tindakan secara


rasmi terhadap pelajar.

Membantu

Mengesan kawalan kelas semasa Pelajar-pelajar tidak

Kawalan Kelas

proses pengajaran dan

mengganggu proses

pembelajaran dan membuat

pengajaran dan

laporan kepada Pengetua.

pembelajaran.

1.5 Menasihati Lembaga Pengawas Sekolah


Pengawas bertanggungjawab membantu guru-guru menyelia
pergerakan serta perlakuan pelajar-pelajar. Mereka melaporkan segala
kes salahlaku pelajar dan menasihati mereka. Mereka juga dibenarkan
memberi mata demerit kepada pelajar-pelajar yang melanggar
peraturan sekolah seperti datang lewat ke sekolah dan rambut
panjang/ berwarna.
Pada Bulan Januari juga, kadet-kadet pengawas akan dipilih oleh guruguru Tingkatan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4. Calon-calon

pengawas akan diberikan taklimat dan latihan oleh Lembaga Pengawas


dan mereka akan menjalani tempoh percubaan sehingga hujung bulan
Mac sebagai kadet pengawas. Guru-guru dan semua pengawas akan
menilai perlakuan dan sikap kadet-kadet pengawas. Biasanya 120
kadet pengawas diperlukan.
Kem Kepimpinan Pengawas akan diadakan pada cuti Penggal I.
Pengetua, PK HEM, Guru-guru Kaunseling dan guru-guru yang
berpengalaman akan dijemput untuk memberi ceramah dan nasihat.
Biasanya semua pengawas diwajibkan menghadiri kem ini.
Pengawas-pengawas baru akan dilantik oleh Pengetua/ Ahli Pengurus
Sekolah pada Bulan Jun. Calon-calon untuk Barisan Konsul-konsul
Pengawas Ketua Pengawas, Penolong-penolong Ketua Pengawas,
Konsul-konsul Pengawas yang lain akan dipilih oleh guru-guru dan
Barisan Konsul Pengawas lama akan diluluskan oleh Pengetua.
Pengawas sesi baru akan menjalani tugas pengawas sehingga hujung
bulan Jun 2013/ selepas `hand-over ke sesi berikut.
Guru-guru Penasihat kepada Lembaga Pengawas sekolah termasuk
semua Guru Penyelia Disiplin.
1.6 Lembaga Ketua Tingkatan
Lembaga Ketua Tingkatan Sekolah ditubuhkan untuk
menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka.
Ketua Tingkatan dan penolongnya akan membantu Guru Tingkatan
dalam hal mengutip dan manghantar buku-buku latihan, mengawasi
kelas sebelum guru masuk kelas, menghantar Slip Ketidakhadiran

Pelajar dan Slip Pengerakan Pelajar kepada PK HEM serta tugas-tugas


lain yang diminta oleh guru-guru.
1.7

Program Waja Diri

Pengenalan
Program Waja Diri merupakan program yang akan memantau
kemajuan pelajar dari segi sahsiah dan akademik secara berterusan
dan berfokus. Menerusi program ini, kemajuan pelajar akan dinilai dan
dikategorikan dengan cara pengumpulan markah merit yang
menggambarkan tahap prestasi mereka. Program ini diharap dapat
memberi dorongan dan galakan untuk pelajar memajukan serta
mengubah ciri-ciri baik peribadi di samping tahap prestasi mereka
pada penilaian yang seterusnya.

Rasional
a.

Dipercayai keinginan memajukan diri dengan mengubah sikap

merupakan langkah pertama mencapai kejayaan akademik.


b.

Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang

maju dalam akademik dan sahsiah.


Objektif
1.

Meningkatkan disiplin pelajar.

2.

Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam bidang

akademik.

3.

Menuju ke arah perkembangan potensi pelajar secara

menyeluruhi dan bersepadu.


4.

Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani yang berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan.
Pelaksanaan

Bil

Perkara

Anugerah

Jadual
Penyemakan

Keterangan
Lencana emas rekaan khas yang
bermotokan Pelajar Mithali Sekolah
Lestari akan dianugerahkan kepada
seorang pelajar untuk setiap tingkatan yang
mendapat mata merit tertinggi pada masamasa tertentu. Untuk penganugerahan akhir
tahun, seorang pelajar yang mengumpul
mata merit yang tertinggi sepanjang tahun
akan dianugerahkan lencana Waja Diri dan
Sijil penghargaan.

3 kali setahun, iaitu pengumpulan matamata merit Jan-Mac, April-Jun dan Julaipertengahan Oktober.

Status

Majlis
Penganugerah
an

3 kali setahun, iaitu April dan Julai (semasa


perhimpunan) serta Oktober (Majlis
Penyampaian Sijil dan Hadiah)

Pemantauan

Galakan dan
Dorongan

Penyelaras akan memastikan pelajar yang


dianugerahkan lencana sentiasa memakai
lencana tersebut. Penyelaras tingkatan juga
akan memberi nasihat dan bimbingan
kepada mana-mana pelajar yang merosot
prestasinya.

Mempamerkan senarai nama dan gambar


yang mendapat anugerah di papan notis
sekolah.
Pelajar yang dapat mengekalkan prestasinya
sepanjang
tahun, nama dan gambarnya akan
dimuatkan dalam
majalah sekolah.

Semua guru digalakkan untuk memberi mata merit kepada pelajarpelajar yang telah menunjukan sifat yang baik. Diharapkan Program
Waja Diri ini akan dapat membantu pelajar memajukan ciri-ciri peribadi
yang baik seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam
akademik dan juga meningkatkan lagi pencapaian sekolah.

2
2.1
2.1.1

BANTUAN KEPADA PELAJAR


Mengurus pelbagai bentuk bantuan pelajar
Biasiswa

Tujuan
Untuk membantu membiayai perbelanjaan persekolahan pelajarpelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang
berkemampuan tetapi berpotensi dalam pelajaran. Biasanya, syarat
dan kriteria pemilihan akan dinyatakan dalam borang permohonan.
Dalam aspek ini, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam
mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk dicalonkan
sebagai penerima biasiswa. Semua penerima biasiswa wajib membuka
satu akuan di BSN tanpa kad (Akaun Giro) dan bukunya akan disimpan
oleh PK HEM / PK KK / Guru-guru Biasiswa sehingga mereka tamat

persekolahan. Setiap orang pelajar hanya dibenarkan menerima satu


jenis tawaran biasiswa.
Jenis-jenis biasiswa

Bil Jenis Biasiswa

Yayasan Sarawak

Biasiswa Kecil
Persekutuan
(BKP)

Keterangan
Borang permohonan akan
dikeluarkan pada hujung bulan
Januari. Calon-calon yang terpilih
akan mendapat Borang Permohonan
dari PK HEM. Laporan prestasi Ujian
Penggal penerima biasiswa yang
disediakan oleh PK HEM akan
dihantar ke pejabat Yayasan
Sarawak pada Bulan Jun dan
November setiap tahun.

Seperti YS, borang permohonan


juga akan dikeluarkan pada awal
bulan Januari . Tumpuannya juga
diberikan kepada pelajar-pelajar dari
keluarga yang kurang mampu.
Hanya pelajar-pelajar yang layak
akan diberikan borang permohonan
tersebut. Senarai penerima baru
akan dimaklumkan pada bulan
September / Oktober. Jumlah
biasiswa ialah RM 840.00 setahun
untuk pelajar Tingkatan Peralihan
hingga Tingkatan 5.

MLNG dan
Petronas

Yayasan Telekom

Permohonan bermula pada bulan


Januari dan tarikh tutup pada bulan
Februari. Biasiswa ini hanya
ditawarkan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja.
Dua calon dari setiap tingkatan.
Keputusan akan dimaklumkan pada
bulan Mei / Jun. Jumlah biasiswa
ialah RM660.00 setahun.

Tawaran bermula pada bulan


Februari dan borang permohonan
perlu dihantar pada bulan Mac.
Hanya ditawarkan kepada pelajar
Tingkatan 1 dan 4 sahaja yang
cemerlang dalam akademik dan
berkelayakan iaitu jumlah
pendapatan ibubapa kurang
daripada RM1000.
Penerima biasiswa akan diberi elaun
poket sebanyak RM50 sebulan
untuk Tingkatan 1 dan RM70
sebulan untuk Tingkatan 4. Bayaran
PMR dan SPM boleh dituntut dengan
resit pembayaran.

Biasiswa SHELL

Hanya ditawarkan kepada pelajarpelajar lepasan SPM. Borang


permohonan boleh didapati
daripada Pejabat Pelajaran Daerah
pada bulan Februari. Borang
permohonan perlu dikembalikan
kepada syarikat tersebut dalam

tempoh seminggu selepas


keputusan peperiksaan diumumkan.

Dermasiswa
SHELL

Ditawarkan oleh Sarawak Shell


Berhad/ Sabah Shell Petroleum
Company Ltd. Kepada pelajarpelajar Tingkatan 4 yang layak dan
berpotensi. Penawaran akan dibuat
mulai bulan Januari. Pelajar-pelajar
yang berjaya akan menerima cek/
draf bank yang bernilai RM600 yang
akan disampai pada Majlis
Penganugerahan Pendidikan Shell
atau dihantar kepada penerima
melalui Pengetua sekolah.
Insentif Skim Hadiah Cemerlang
oleh Pihak Yayasan Sarawak
berdasarkan keputusan
peperiksaan umum pelajar.
Penerima akan dimaklum
melalui pengetua. Majlis
penyampaian biasanya akan
diadakan pada bulan April / Mei.
Para penerima akan dipilih oleh
Pihak Yayasan Sarawak berdasarkan
keputusan peperiksaan umum
pelajar.

** Guru Tingkatan diminta mengutip Borang Permohonan dan


menyerah kepada PK HEM / PK PP / Guru biasiswa pada tarikh
yang ditetapkan.

2.2

Bantuan Pakaian Seragam

Rasional

Satu skim oleh kerajaan Negeri Sarawak dari kelas-kelas Tingkatan 1


dengan membekalkan seragam, kasut dan beg sekolah secara
percuma.
Borang Skim Pakaian Seragam akan diedarkan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 1 yang layak melalui Guru Tingkatan. Guru Tingkatan akan
mengumpul balik semula borang tersebut pada hujung bulan Januari
dan diserahkan kepada PK(HEM). Pelajar-pelajar yang telah
dikenalpasti akan dimaklumkan kemudian oleh PK(HEM).
Objektif
1.

Memberi insentif atau perangsang dalam bentuk pakaian

seragam, kasut dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar untuk bermula


persekolahan mereka di sekolah rendah (Tahun Satu) atau sekolah
menengah (Tingkatan Satu) dengan selesa.
2.

Mengurang beban dan tanggungjawab keluarga yang kurang

mampu dengan memberi bantuan asas persekolahan kepada anakanak mereka demi kepentingan pendidikan.
2.3

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

SPBT bertujuan membantu semua pelajar yang layak menerima Buku


Teks.
2.4

Kesihatan Pelajar

Rasional
Kesihatan merupakan satu proses yang dinamik dan sentiasa berubah
dan tidak boleh diperolehi dengan serta merta tetapi melalui

pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berterusan dan


berpanjangan. Keadaan fizikal, emosi, mental, sosial dan rohani adalah
saling berhubungkait antara satu sama lain dan keseimbangan di
antaranya adalah amat penting dalam hidup seseorang individu.
Andainya salah satu daripada aspek kesihatan ini terganggu atau
diabaikan, maka kesihatan lain akan terganggu dan seseorang itu
dikatakan tidak lagi sihat.
Objektif
1.

Program-program peningkatan kesihatan dan kebersihan untuk

kepentingan pelajar dengan kerjasama dan sokongan agensi lain.


2.

Sekolah melaksanakan program peningkatan keselamatan dan

keceriaan supaya kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.


3.

Kerjasama yang erat di antara sekolah dan masyarakat

digalakkan untuk kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.


Program / Aktiviti
1.

Pertandingan 3K (Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan

Keindahan Alam Sekitar Sekolah)


2.

Program Bebas Denggi dan Amalan Kebersihan di Sekolah.

3.

Pengurusan Buku/ Kad Rekod Kesihatan Murid (RKM I).

4.

Kawalpandu Kebersihan Kantin dan Persekitaran.

5.

Skim Subsidi Cermin Mata pengujian penglihatan murid

dengan Carta E Snellen.

6.

Pendidikan Kesihatan ceramah kebersihan, kesihatan dan

pengendalian makanan, pameran bahan pendidikan kesihatan,


pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster, drama kerja
gotong-royong dan sebagainya.
Pemeriksaan kesihatan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan
dijalankan setiap tahun oleh Pegawai Kesihatan. Suntikan ATT adalah
wajib untuk pelajar-pelajar berkenaan dan ia kemudian akan dicatatkan
dalam Buku Kesihatan Pelajar sebagai rekod.
Di samping itu, Ceramah Anti dadah dan Program Ujian Air Kencing
juga akan dijalankan setiap tahun kepada pelajar-pelajar. Ia dianjurkan
oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Kesihatan, Agensi Dadah
Kebangsaan dan Jabatan Narkortik Sarikei.

2.4.1 Kantin Sekolah


Rasional
1.

Menyediakan kemudahan tempat makan untuk semua warga

sekolah secara selamat, bersih dan halal serta memenuhi kriteria


kesihatan Jabatan Kesihatan / Majlis Daerah Tempatan.
2.

Mematuhi segala penetapan buku panduan Pengurusan Kantin

Sekolah yang dikeluarkan oleh KPM.


3.

Guru Bertugas Harian perlu membuat / mengisi laporan harian

kantin sekolah.
2.4.2

Program bebas Denggi Peringkat sekolah

Kaedah Pelaksanaan
Enam kumpulan pengawas ditugaskan untuk memeriksa seluruh
kawasan sekolah termasuk tandas, bilik guru, stor, kantin, makmal dan
lain-lain untuk mengesan bekas-bekas yang mungkin bertakung air
dan membuangkannya.
Laporan mingguan akan disediakan oleh Penyelaras pengawas dan
diserahkan kepada Guru Penyelaras untuk tindakan lanjut.
Laporan bulanan akan disediakan oleh PK HEM berdasarkan laporan
mingguan dan dihantarkan ke PPD dan Jabatan Kesihatan.
2.4.3

Skim Subsidi Cermin Mata

Rasional
1.

Membuat tinjauan tentang pelajar-pelajar yang miskin/ kurang

mampu yang perlu memakai cermin mata.


2.

Pelajar diminta mengisikan Borang Permohonan untuk skim ini

dan akan disahkan oleh Pihak Sekolah.


3.

Pelajar diminta berjumpa dengan pembekal cermin mata yang

terlibat dalam skim ini untuk tindakan lanjut.


2.5

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Rasional
1.

Membantu pelajar mengenalpasti potensi dan bakat sendiri.

2.

Membimbing pelajar mencari jalan menyelesaian masalah

peribadi.
3.

Membimbing pelajar memilih aliran pembelajaran berdasarkan

kebolehan sendiri.
4.

Membimbing pelajar agar kurang terlibat dalam salahlaku

disiplin.
5.

Membimbing pelajar untuk membantu pelajar lain.

6.

Membangunkan kepimpinan pelajar.

7.

Membimbing pelajar dalam menggunakan kaedah

pembelajaran yang berkesan.


8.

Membimbing pelajar dalam permohonan kemasukan ke

universiti.
9.

Membimbing pelajar dalam pemilihan kerjaya.

10.

Menyediakan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain kepada

pelajar.
Jenis Khidmat Utama
1.

Khidmat inventori dan rekod.

2.

Khidmat memberi maklumat.

3.

Khidmat bimbingan kelompok.

4.

Khidmat kaunseling.

5.

Khidmat penempatan.

6.

Khidmat mencegah penyalahgunaan dadah.

7.

Khidmat rundingan dan rujukan.

8.

Khidmat penyebaran dan resos.

9.

Khidmat konferens dengan ibu bapa.

10.

Khidmat penilaian.

2.6
2.6.1

Skim Takaful Pelajar Malaysia (STPM)


Objektif

Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah adalah


bertujuan menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat
kewangan kepada pelajar dan keluarga mereka bagi meringankan
beban kewangan yang akan ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku
apa-apa bencana, malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri.
2.7

Yuran Sekolah

Semua pelajar dikehendaki membayar yuran sekolah pada minggu


pertama sesi persekolahan baru. Jika didapati ada pelajar-pelajar yang
belum bayar atau kurang berkemampuan, sila maklumkan kepada PK
HEM. Bagi pelajar-pelajar yang dikecualikan daripada pembayaran
yuran, nama mereka akan direkodkan dan dimaklumkan kepada Guru
Tingkatan berkenaan oleh PK HEM.
Bagi pelajar-pelajar baru di kelas-kelas Peralihan dan T. I, mereka
sepatutnya telah membayar yuran semasa pendaftaran. Jika belum, PK

(HEM) akan memaklumkan kepada guru tingkatan untuk tindakan


selanjutnya. Berikut adalah bayaran keperluan untuk setiap pelajar:

A.

Bayaran Keperluan Pelajar Baru

BIL.

JENIS BAYARAN

AMAUN BAYARAN

1 e-Lapor Kemajuan Akademik Pelajar

RM 2.00

2 Buku Laporan Kokurikulum Pelajar

RM 2.00

3 Baju PJK

RM 20.00

4 Tali Leher

RM 10.00

5 Buku Latihan dan Kertas Jawapan (1 set)

RM 20.00

6 Lencana Nama (3 keping)

RM 6.00

7 Tracksuit

RM 20.00

JUMLAH

RM 80.00

B.

Bayaran Lain

BIL.

JENIS BAYARAN

AMAUN BAYARAN

Bayaran Tabung Bangunan (Dipungut oleh

RM 30.00

Lembaga Pengurus Sekolah)

Sumbangan PIBG

RM 10.00

JUMLAH

C.

BIL.

RM 40.00

Bayaran Komputer

JENIS BAYARAN

1 Bayaran Tahunan Komputer

AMAUN BAYARAN

Bayar sekali gus (RM


90.00)

Bayar Dua

Kali (RM 50+RM 50)

MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PELAJAR

3.1
3.1.1

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)


Pendahuluan

PBSS merupakan satu program yang menyatupadukan atau yang


mempunyai semua aktiviti-aktiviti kesihatan di sekolah. Aktiviti-aktiviti
kesihatan termasuklah semua aktiviti yang sedia ada seperti
pemeriksaan fizikal murid-murid sekolah, perkhidmatan pergigian,
Rancangan makanan Tambahan, kempen Sekolah Bebas Denggi dan
lain-lain serta semua aktiviti-aktiviti kesihatan yang bakal dijalankan di
sekolah nanti.
Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan
bersepadu di antara warga sekolah, PIBG, sektor awam, sektor swasta,
badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan
sekolah yang sihat:
1.

Polisi kesihatan sekolah.

2.

Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat.

3.

Persekitaran sosial sekolah yang sihat dan selamat.

4.

Penglibatan komuniti.

5.

Kemahiran kesihatan diri.

6.

Perkhidmatan kesihatan sekolah.

3.1.2

Matlamat PBSS

Menetapan polisi kesihatan sekolah.

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih,


ceria dan selamat.
Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan
amalan cara hidup sihat.
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam
program kesihatan sekolah.
Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan
kesihatan yang baik agar setiap warga sekolah lebih
bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga
dan masyarakat.
3.1.3

Bil

Peranan

Pihak

1 Murid

Peranan
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
PBSS yang dirancang.
memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS
yang boleh dilaksanakan.
Mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran kesihatan supaya lebih
bertanggungjawab menjaga kesihatan diri
sendiri.
Menyampaikan maklumat kepada ibubapa
dan masyarakat setempat mengenai
aktiviti-aktiviti kesihatan dalam PBSS yang
dijalankan di sekolah.

2 Guru

memahami teras-teras utama PBSS.

menyokong, melaksana dan memperkukuh


aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh
Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
Bertanggungjawab untuk memastikan
aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan
oleh Jawatankuasa PBSS peringkat Sekolah.
Menjadi contoh kepada murid dalam
mengamalkan cara hidup sihat.
Menggalakkan murid menyertai aktiviti
PBSS dengan aktif.
Memberi penerangan kepada ibubapa dan
masyarakat setempat mengenai PBSS.

3 Pengetua

memberi penerangan kepada guru-guru


mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah.
menubuhkan Jawatankuasa PBSS di
peringkat sekolah dianggotai oleh guruguru.
Merancang aktiviti dengan mengambil kira
keperluan warga sekolah, pengalaman
murid dan guru, kemahiran kesihatan dan
kemahiran berfikir secara kritis, kesedaran
murid tentang pentingnya kemahiran
kesihatan.
Memastikan murid tentang pentingnya
kemahiran kesihatan serta mempunyai
azam yang kuat untuk menjaga kesihatan

diri.
Menjalinkan hubungan yang baik serta
memberi penerangan kepada masyarakat
setempat, agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan berkaitan dengan PBSS.

4 Ibu bapa
dan
Masyarak
at

Melibatkan diri secara aktif dan menyokong


aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah.
Memberi sumbangan dari segi kepakaran,
kewangan, tenaga dan peralatan serta
kerjasama kepada sekolah untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS.
Memberi galakan kepada anak-anak untuk
menyertai aktiviti-aktiviti PBSS.
Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS
yang boleh dilaksanakan kepada
Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
Menjadi contoh kepada anak-anak dalam
mengamalkan gaya hidup sihat.

3.2

Konsep Sekolah Selamat

3.2.1

Definisi

Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang


selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan
daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.
3.2.2

Matlamat

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara


berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
3.2.3

Objektif

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan


hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di
sekolah.
3.2.4

Rasional

Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang


dijadikan asas utama pertimbangan.
Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan
fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan
perlu diwujudkan.

Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat


dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.
Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat
terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.
3.2.5

Bil

Bidang Keselamatan

Bidang

1 Bidang Aktiviti
Murid

Keterangan
Keselamatan diri murid semasa
perjalanan pergi dan balik sekolah.
Keselamatan menjalankan aktiviti
kokurikulum.
Keselamatan semasa mengadakan
kegiatan luar.
Tatacara tindakan apabila berlaku
kemalangan dalam atau luar kawasan
sekolah.

2 Bidang
Bencana Alam

Kebakaran.
Banjir.
Perubahan cuaca.
Wabak Penyakit

3 Bidang Fizikal
Dan Bangunan
Sekolah

Keselamatan pendawaian dan


peralatan elektrik.
Tandas.
Keselamatan peralatan (Loose
handrails & tingkap pecah).
Kerosakan perabot kelas.
Keselamatan penghuni asrama.
Keselamatan makmal sains.
Keselamatan Bengkel.
Keselamatan Pusat Sumber /
Perpustakaan.
Keselamatan padang dan gelanggang
permainan.
Keselamatan stor, kebun sains
pertanian.
Keselamatan di kawasan sunyi dan
gelap.
Keselamatan semua bangunan dalam
kawasan sekolah.

4 Bidang Sosial

Gangguan Seksual.
Keselamatan gangguan emosi dan
rohani.

Keharmonian Kaum di sekolah.


Membuli / Pelacuran.
Peras ugut.
Sumbang Mahram.

5 Bidang
Persekitaran
dan Lokasi
Sekolah

Kawasan air bergerak/ statik (sungai/


lombong/ laut/ tasik/ air terjun).
Sekolah berhampiran jalanraya, lebuh
raya & rel keretapi.
Kawasan Bukit.
Kawasan Perumahan / Bandar-bandar
Besar.
Kawasan Pendalaman.
Kawasan Rancangan (Felda / FELCRA /
SLD).

3.3

Program Keceriaan & Kebersihan Sekolah

Program keceriaan sekolah akan digiatkan lagi pada Tahun 2012. Ia


merangkumi semua kawasan sekolah termasuklah bahagian luaran
dan dalaman bangunan.
Keceriaan sekolah akan dibahagikan kepada 5 kawasan dan dibawa
jagaan 10 orang pekebun kontrak dengan bantuan Lembaga-lembaga
sekolah setelah program penanaman semula pokok dan bunga
dilakukan.
3.4

Bil

Perhimpunan Sekolah

Perkara

Aktiviti

Objektif

Memberi taklimat umum dan maklumat terkini


kepada semua warga sekolah.

Masa

Setiap Hari Rabu 07.00 07.40 (Sesi Pagi)

Tempat

Dewan Sekolah.

Aturcara

Pemeriksaan oleh Guru-guru Tingkatan &


Guru-guru Disiplin.

Nyanyian LAGU NEGARAKU DAN LAGU IBU


PERTIWIKU.
Doa -Terpilih.
Taklimat oleh Tuan Pengetua.
Pengumuman laporan.
Bersurai.
Amaran dan Hukuman diberi kepada pelajarpelajar yang berambut panjang dan kuku
panjang.

Catatan

Perhimpunan dikendalikan oleh Lembaga


Pengawas Sekolah.
Pada Hari Perhimpunan, masa setiap waktu
akan dipendekkan 5 minit supaya hari
persekolahan masih ditamatkan seperti hari
persekolahan biasa.
Laluan pelajar-pelajar pergi ke Dewan adalah
seperti di Lampiran.

Tugas
Utama

Mengawal pelajar-pelajar berbaris di luar bilik


darjah dan pergi ke Dewan ikut barisan.
Menyediakan sistem PA dan pentas di Dewan.
Mengawal disiplin pelajar dalam dewan

semasa perhimpunan berlangsung.


Mengawal pelajar keluar dewan apabila tamat
perhimpunan.

MENGEMASKINI PELBAGAI DOKUMEN/ REKOD/ LAPORAN

PELAJAR
4.1

Buku Kesihatan Pelajar

Buku Kesihatan Pelajar juga diuruskan oleh guru tingkatan dan


disimpan dalam pejabat PK HEM. BiIa berpindah, pelajar akan
membawa bersama-sama buku ini. Jadi, semua pelajar wajib
menyerahkan buku ini kepada guru tingkatan. Guru tingkatan pula
perlu mengisi maklumat-maklumat pelajar-pelajar terkini seperti
ketinggian, berat badan dsb dalam Buku Kesihatan Pelajar.
4.2

Laporan Bulanan Pelajar (Jumlah Pelajar Dalam Kelas)

Pada setiap akhir bulan, setiap guru tingkatan dikekendaki menghantar


laporan ini kepada PK HEM pada tarikh yang telah ditetapkan.
Maklumat ini adalah penting untuk mengemaskinikan enrolmen
pelajar-pelajar sekolah mengikut kaum; perpindahan keluar dan
kemasukan pelajar baru. Maklumat ini kemudian akan dihantar ke JPB
untuk direkodkan.
4.3

Laporan Disiplin Bulanan

Laporan ini dihantar 3 kali dalam setahun, iaitu 30 April, 31 Ogos dan
10 Oktober. Guru tingkatan perlu mengisikan laporan tersebut
berpandukan rekod salahlaku pelajar pada bulan-bulan Jan-Apr / MeiOgos/ Sept-Okt dan serahkannya kepada PK HEM pada tarikh yang
dinyatakan. Semua maklumat ini akan direkodkan ke dalam Sistem
Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) dan dihantar ke JPN melalui talian
untuk tindakan selanjutnya.
4.4

Mata Merit-Demerit

Guru Kaunseling dikehendaki menghantar jumlah mata M-D pelajar


untuk maklumat dan rujukan Pengetua dan PK HEM sekali sebulan.
Semua guru diingatkan bahawa pelajar-pelajar yang memperlihatkan
perubahan dalam perlakuan, khususnya mereka yang telah
mengumpul banyak mata demerit, diberi galakan dan diberi mata
merit.
4.5

Sijil Akuan Persekolahan Peiajar Tingkatan 5

Semua guru tingkatan 5 perlu menyediakan sijil tersebut pada bulan


September. Keperibadian pelajar dinilai oleh semua guru mata
pelajaran. Maklumat lain seperti sumbangan khas, pencapaian dalam
bidang ko-kurikulum dan catatan guru tingkatan perlu diisi sebelum ia
diserahkan kepada PK HEM untuk dimasukkan ke dalam komputer.
4.6

Sistem Maklumat Murid (SMM)

Mulai April 2005, semua sekolah di Sarawak akan mengemaskinikan


maklumat peribadi pelajar dengan memasukkan data-data peribadi
pelajar ke dalam software `Sistem maklumat Murid (SMM) dan
dihantar ke JPN Kuching dua kali setahun iaitu 30 April dan 15 Julai.

Semua Guru Tingkatan dikehendaki mengemaskinikan/ melengkapkan


maklumat peribadi pelajar semula dan serahkan kepada SMM untuk
kerja key-in.
4.7

Jumlah kehadiran pelajar

Jumlah kehadiran tahunan juga wajib diserahkan kepada PK HEM pada


akhir bulan Oktober untuk direkodkan atau tindakan lanjut

You might also like