You are on page 1of 22

Bil.

Isi Kandungan M/Surat

1. Tajuk 1

2. Pengargaan 2

3. Pendahuluan 3

4. Objektif Kajian 4

5. Kawasan Kajian 5

6. Kaedah Kajian 8

7. Dapatan Kajian 9

8. Rumusan 18

9. Lampiran

10. Rujukan

1
2
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan seribu terima kasih. kepada

pengetua SMK Seri Sepang, iaitu Puan Hajah Faridah binti Che Hussin yang telah memberi

kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu sekolah. Saya juga ingin

berterima kasih kepada guru Geografi saya iaitu, Puan Norani binti Ismail yang telah

meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing saya semasa menjalankan

kajian ini. Ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu, Hamidon bin Zaini dan Zaiton

binti Bakar yang telah member banyak sokongan dan dorongan semasa saya menjalankan

kajian ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu, Nur

Amira binti Ahmad, Nur Izzaty Nadia binti Razali dan Syahirah binti Shamsudin yang telah

banyak membantu saya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang lengkap.

3
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar-pelajar tingkatan tiga

diwajibkan untuk menjalankan Kerja Khusus Geografi (KKG). Kajian ini dilakukan selepas

waktu sekolah. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai asas pengajaran dan

pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang dipelajari.

Saya dan ketiga-tiga rakan saya bersepakat untuk memilih tajuk, “Amalan Kitar

Semula di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor” untuk projek Kerja Kursus Geografi

kami. Saya memilih Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) sebagai kawasan kajian kerana

memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat.

Sebelum menjalankan kajian, saya terlebih dahulu telah diberi taklimat oleh guru

Geografi saya, Puan Norani binti Ismail tantang kajian ini. Setelah menjalankan kajian ini

secara berkumpulan, saya telah menulis laporan secara individu. Saya mengambil masa 4

bulan untuk menjalankan dan menulis laporan. Tempohnya bermula pada bulan Feb 2010 dan

tamat pada bulan Julai 2010.

4
Kajian ini dijalankan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang untuk memenuhi objektif-objektif

yang berikut:

I. Menjelaskan tentang konsep kitar semula.

II. Menyenaraikan dan menjelaskan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.

III. Menerangkan tentang kepentingan amalan kitar semula.

IV. Menjelaskan masalah atau halangan amalan kitar semula.

V. Membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam

melaksanakan amalan kitar semula.

Sebagai penduduk Bandar Baru Salak Tinggi, saya berasa amat bersyukur kerana penduduk

disini mengamalkan amalan kitar semula yang dapat menjadikan bandar ini bersih dan

selamat

5
Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) terletak di Selangor iaitu di daerah Sepang dan di

mukim Labu. Bandar Baru Salak Tinggi pada asalnya adalah kawasan ladang getah. Bandar

Baru Salak Tinggi berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sepang. Keluasan kawasan ini

ialah 896 hektar (mengikut Pejabat Daerah Sepang). Anggaran penduduk di Sepang adalah

sebanyak 130 000 penduduk. Ciri-ciri fizikal disini adalah tanah pamah beralun, dan kurang

75 meter dari aras laut.

BBST pada awalnya dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

sekitar tahun 1975. Kawasan perumahan ini terletak di sebelah timur pusat bandar Kuala

Lumpur dan kedudukannya ialah kira-kira 64km dari pusat bandar. BBST bersempadan di

Selatan dengan Kampung Salak Tinggi, Kampung Giching dan Kampung Baru Lanjut. Di

sebelah barat, bersempadan dengan Ladang Sopic yang kini adalah Lapangan Terbang Kuala

Lumpur (KLIA) dan Rancangan Tanah Beli, Bukit Changgang 9RTB), Daerah Kuala Langat.

Di sebelah utara, BBST bersempadan dengan Kampung Jenderam Hulu, dan Kampung Orang

Asli Sungai Melo, Dengkil. Manakala di sebelah timur, BBST bersempadan dengan Bandar

Baru Nilai, Negeri Sembilan.

6
PETA DAERAH-DAERAH DI NEGERI SELANGOR

KAWASAN KAJIAN
BANDRA BARU SALAK
TINGGI

7
PETA LAKAR BANDAR BARU SALAK TINGGI

8
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat-maklumat yang

diperlukan dalam kajian ini. Kaedah-kaedah yang telah digunakan adalah seperti berikut:

I. Pemerhatian: Kaedah ini digunakan untuk menyenaraikan jenis-jenis bahan dan

amalan kitar semula oleh penduduk di Bandar Baru Salak Tinggi.

II. Temubual: Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci

tentang amalan kitar semula mengenai jenis bahan yang dikitar semula serta masalah-

masalah atau halangan amalan kitar semula di kalangan penduduk.

III. Rujukan:

Media elektronik – Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat

tambahan. Melalui kaedah ini, maklumat mengenai konsep kitar semula, peta daerah

Selangor, dan peta lakar kawasan kajian dapat diperoleh dengan mudah.

Media cetak – Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang

dapat mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula dalam kalangan

penduduk tempatan. Antara bahan rujukan yang dirujuk adalah buku teks Geografi

tingkatan 3, buku rujukan dan lain-lain.

9
Konsep kitar semula

o Kitar semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses dan menggunakan

bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian dan diguna atau diproses dengan

menghasilkan produk baru untuk menghindarkan pembaziran bahan, mengurangkan

penggunaan bahan mentah dan tenaga, mengurangkan pencemaran udara dan air

dengan mengurangkan pembuangan bahan lazim dan mengurangkan gas keasan rumah

hijau, berbanding dengan proses penghasilan produk menggunakan bahan asas.

o Kitar semula adalah satu komponen daripada pmgurusan bahan buangan moden dan

juga elemen ketiga daripada carta buangan 3R; “Reduce,Reuse, Recycle”.

o Bahan buangan kitar semula boleh dibuang di dalam tong sampah kitar semula, dan

akan dihantar ke Pusat Kitar Semula dan dijadikan sesuatu yang lain. Proses ini akan

berulang- ulang untuk tujuan yang baik.

o Contoh tong sampah kitar semula:

10
Jenis-jenis bahan yang dikitar semula di BBST

o Jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula adalah kertas, bekas yang berlipat (kertas

keras seperti kadbod) dan kaca.

o KERTAS

- Antara jenis kertas yang dikitar semula di Bandar Baru Salak Tinggi adalah kertas

A4, surat khabar dan kotak kertas.

- Barang ini semua dikumpul dari kedai atau daripada sesiapa yang ingin mengitar

semula dan dikumpulkan dari sekolah atau rumah kediaman, dan dijual.

o PLASTIK

- Kebiasaan barang jenis plastik yang dikitar semula di Bandar Baru Salak Tinggi

adalah botol minuman dan beg plastik dari ‘supermarket’.

- Kesemua barang ini biasanya akan dikumpul dari kedai atau rumah kediaman.

o BESI & ALUMINIUM

- Semua jenis tin aluminium dan besi seperti tin minuman dan tin makanan juga boleh dikitar

semula.

- Selain tin minuman dan tin makanan, besi buruk juga boleh dikitar semula. Besi buruk

terutama komponen kereta yang rosak dapat dijual pada harga yang agak mahal. Barang ini

berguna kepada pihak industri.

11
Jenis Bahan Contoh
o Tin susu

o Komponen kereta yang


Besi
rosak

Aluminium o Tin minuman

o Sampul surat

o Suratkhabar lama

o Majalah lama
Kertas o Buku

o Catalog atau risalah

o Ketas A4

o Beg-beg membeli-belah

plastik

o Beg plastik dari

Plastik ‘supermarket’

o Botol air mineral

o Barangan plastik

12
Amalan kitar semula

o MENGGUNA SEMULA

( i )Contohnya dengan mengunakan surat khabar lama untuk membungkus barang-

barang. Ini amat berguna terutamanya barang-barang yang dibungkus tadi hendak

disimpan dalam jangka masa yang lama. Cara ini adalah lebih baik daripada membeli

kertas pembalut yang baru. Selain itu, surat khabar lama juga boleh diguna semula

dengan dikumpulkan oleh penjual bagi memperbanyakkan barangan jualan mereka

( ii )Perabot lama – ‘Kedai Bundle’/‘second hand’ terdapat di bangunan kedai ‘Taman

Seroja’/Cosmoplek.

o MENJUAL DI KEDAI BARANGAN LUSUH

- Contohnya, anda boleh menjual perabot-perabot kayu yang lama dan tidak

digunakan lagi kepada kilang memproses kayu daripada membuangnya terus.

Pemproses kayu ini dapat memproses semula perabot-perabot ini dan kayu-kayu tadi

dapat digunakan semula untuk perkara-perkara yang lebih berguna.

Contoh Bahan Tujuan


o Tin o Untuk tujuan diproses
o Kertas
o Kotak semula.

13
o MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK LAIN

- Contohnya, dengan mendermakan sebahagian daripada barang permainan anak anda

kepada badan kebajikan jika anak anda tidak memerlukannya lagi. Daripada dibuang

barang-barang ini, adalah lebih baik ia diberi kepada kanak-kanak yang

menginginkannya.

o MENGHASILKAN BAHAN BARU

- Contohnya, gunakan berus gigi lama untuk membersihkan kawasan-kawasan bilik air

seperti kepala paip atau kawasan celah-celah yang kecil di dalam bilik air.

- Gunakan langsir-langsir lama sebagai pengalas kusyen. Atau boleh juga digunakan

sebagai kain buruk.

Saya berasa bangga kerana tinggal di kawasan Bandar Baru Salak Tingi kerana kebanyakan

penduduk disini terdedah terhadap pengetahuan tentang amalan kitar semula. Malah, terdapat

segelintir yang mempraktikkannya.

Kepentingan kitar semula

o MENGURANGKAN PENCEMARAN DI BBST

- Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah

merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar

semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah

tanah dan udara.

14
o MENJIMATKAN KOS

- Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding

dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila

program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin

berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan

sampah akan dikurangkan.

o SUMBER PENDAPATAN

- Segelintir penduduk Bandar Baru Salak Tinggi yang tidak berkemampuan

melakukan amalan kitar semula ini sebagai sumber pendapatan. Biasanya mereka akan

mengutip bahan-bahan yang boleh dikitar semula di kawasan yang berhampiran

ataupun meminta mana-mana penduduk yang baik hati untuk mendermakan kepada

mereka.

o MENCERIAKAN PERSEKITARAN

- Melalui kaedah guna semula, kita memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran

kita. Contohnya kita boleh menggunakan botol-botol yang terpakai untuk dijadikan

pagar kawasan pokok bunga. Hal ini akan mewujudkan persekitaran yang ceria dan

cantik.

Saya sebagai penduduk Bandar Baru Salak Tinggi amat berbangga kerana penduduk BBST

sedar akan kepentingan kitar semula. Dengan amlan kitar semula ini, ia dapat menerapkan

unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat

sihat.

15
TAJUK: Kepentingan Mengitar Semula

KEPENTINGAN MENGITAR
SEMULA

o sumber pendapatan
o Menceriakan persekitaran

o Mengurangkan pencemaran

o Menjimatkan kos

Masalah / halangan amalan kitar semula

o SIKAP

- Sesetengah penduduk tempatan tidak memikirkan tentang alam sekitar kerana sikap

mereka yang tidak prihatin dan bertanggungjawab terhadap sumber-sumber alam. Inin

menyebabkan amalan kitar semula tidak begitu memberangsangkan kerana terdapat

pihak yang lain yang lalai.

16
o KURANG PUSAT PENGUMPULAN BARANG

- Di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan

kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula

sekiranya lokasi pusat ini terlalu jauh dari tempat penduduk tinggal.

o HARGA YANG RENDAH

- Kebanyakan pusat pengumpulan barang mengambil barangan kitar semula dengan harga

yang rendah. Kertas dibeli dengan harga lebih kurang 20sen untuk 1 kilogram. Ini

menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya

kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan langsung.

Saya amat berbangga dan bersyukur kerana tinggal di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi

kerana di sini masalah ataupun halangan yang dihadapi di Bandar Baru Salak Tinggi tidak

begitu serius. Malah hal ini dapat diselesaikan dengan bantuan dan kerjasama orang lain

untuk melatih diri mengitar semula.

Langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

o KEMPEN

- Kempen ialah aktiviti mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai,

mempelajari, dan mengamalkan sesuatu amalan baik disamping meninggalkan amalan

yang buruk. Dalam isu kitar semula, kempen dijalankan untuk:

17
I. Mengingatkan orang ramai supaya

mengamalkan amalan kitar semula

II. Menerangkan akibat tidak mengitar semula

III. Menunjukkan cara-cara untuk mengitar

semula dengan betul

o GOTONG-ROYONG

- Aktiviti ini boleh dilakukan oleh mana-mana pihak, termasuklah pihak sekolah,

persatuan penduduk setempat, dan juga secara kecil-kecilan diantara keluanga.

- Hal ini dapat membantu, kerana selepas semua sampah-sarap dikutip, ianya akan

dihantar ke Pusat Kitar Semula, atau dibuang didalam tong sampah kitar semula.

o PENDIDIKAN

- Guru-guru disekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan

amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat

menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah.

- Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar

mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang

menyertai pertandingan tersebut.

18
JUMLAH KUTIPAN HASIL BARANGAN KITAR SEMULA DI
BANDAR BARU SALAK TINGGI (kg)

Plastik, 5, 15%
Kertas, 8, 24%

Besi, 11, 32%

Aluminium, 10, 29%

Kertas Aluminium Besi Plastik

19
Saya sebagai penduduk Bandar Baru Salak Tinggi amat bersyukur dan berbangga kerana

masalah-masalah atau halangan amalan kitar semula ini tidak begitu teruk. Selain itu, ada juga

penduduk tempatan yang mempraktikkan langkah-langkah ini untuk mengatasi masalah

dalam melaksanakan amalan kitar semula.

Hasil kajian yang dijalankan, saya mendapati Bandar Baru Salak Tinggi juga antara

kawasan yang mengamalkan kegiatan kitar semula yang melibatkan konsep reuse, reduce dan

recycle. Antara jenis-jenis bahan yang dikitar semula di Bandar Baru Salak Tinggi adalah

kertas, plastik, besi dan aluminium. Barang tersebut dikitar semula dengan cara mengguna

semula, menjual di kedai barangan lusuh, memberi sumbangan serta menghasilkan bahan

baru. Kepentingan mengitar semula adalah dapat menjimatkan kos, sebagai sumber

pendapatan, dapat menceriakan persekitaran alam sekitar dan mengurangkan masalah

pencemaran di Bandar Baru Salak Tinggi. Terdapat juga beberapa halangan amalan kitar

20
semula yang dihadapi seperti harga yang terlalu rendah, kurang pusat pengumpulan barang

dan masalah sikap segelintir penduduk yang memandang remeh terhadap amalan kitar semula

ini. Namun begitu, terdapat langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini seperti

mengadakan kempen kitar semula, menjalankan aktiviti gotong-royong dan memberikan

pendidikan kepada pelajar tentang kepentingan kitar semula. Di samping mengatasi masalah

kitar semula, langkah ini juga boleh memupuk kesefahaman serta perpaduan dalam kalangan

masyarakat.

Saya amat bersyukur kerana penduduk Bandar Baru Salak Tinggi prihatin terhadap

persekitaran. Serta sikap prihatin penduduk terhadap masalah yang dihadapi dan mencari

jalan untuk menyelesaikan masalah.

21
1. Abd Rahim bin Md Nor, 2004, Buku teks tingkatan 3, Cerdik Publications Sdn. Bhd.

2. www.scribd.com

3. www.googlemaps.com

4. http://alamkita.org/?cat=8

5. http://www.mppp.gov.my/138

6. http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula

22

You might also like