You are on page 1of 1

Abstrak:

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui permasalahan yang mempengaruhi


pembelajaran dan pencapaian akademik murid bumiputera tahun empat di Sekolah
Kebangsaan Meru 2, di Klang. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Meru
2. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan
melibatkan seramai 30 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan
ialah sampel tidak rawak bertujuan. Kajian terhadap 30 orang responden ini dan nilai
alpha

cronbach

adalah

0.87.

Data-data

yang

diperolehi

diproses

dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Kolerasi
Pearson, Anova, Peratus, Min, Sisihan Piawai dan Ujian-t telah digunakan untuk
menguji persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan masalah disiplin
adalah masalah yang paling dominan diikuti masalah rakan sebaya dan masalah
keluarga yang mempengaruhi pencapaian pembelajaran dan pencapaian akademik
murid bumiputera. Walaupun begitu, kesemua masalah di dapati tiada hubungan yang
signifikan dengan pencapaian akademik kecuali masalah disiplin.

Kajian juga

mendapati tahap pencapaian murid adalah pada tahap rendah. Kajian juga mendapati
bahawa tidak tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah keluarga,
masalah rakan sebaya dan masalah disiplin mengikut jantina dan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara masalah ke luarga, masalah rakan sebaya dan
masalah disiplin di kalangan murid bumiputra dan tahap pendidikan ibu bapa.
Katakunci:
akademik

Masalah didiplin, masalah rakan sebaya, masalah keluarga, pencapaian

You might also like