You are on page 1of 26

Tajuk 4

KONSEP DALAM PEMBENTUKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KESIHATAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengetahuan tentang konsep, matlamat dan
objektif pendidikan kesihatan, tunjang pembelajaran pendidikan kesihatan KBSR,
kurikulum standard dalam pendidikan kesihatan KSSR, transformasi kurikulum
kebangsaan dan penilaian pendidikan kesihatan. Modul ini juga dibekalkan dengan
soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan pengetahuan tentang konsep, matlamat dan objektif pendidikan kesihatan
2. Menyatakan tunjang pembelajaran pendidikan kesihatan KBSR dan KSSR
3. Menjelaskan transformasi kurikulum kebangsaan
4. Mengenalpasti penilaian pendidikan kesihatan
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

KONSEP DALAM
PEMBENTUKAN
KURIKULUM
PENDIDIKAN
KESIHATAN

Konsep, matlamat dan


objektif pendidikan
kesihatan

Tunjang pembelajaran
pendidikan kesihatan
KBSR dan KSSR

Transformasi kurikulum
kebangsaan
dan penilaian
pendidikan kesihatan

KANDUNGAN
PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Kesihatan prasekolah dan sekolah rendah mendukung citacita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengubalan
kurikulum

Pendidikan

Kesihatan

berhasrat

membantu

murid-murid

meningkatan

pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan


gaya hidup sihat. Sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan memberi panduan tentang
skop dan kandungan mata pelajaran ini bagi membantu guru merancang pengajaran dan
pembelajaran. Proses perkembangan kanak-kanak atau murid-murid adalah berterusan
oleh itu persediaan dan pengalaman awal mereka memerlukan kurikulum yang universal,
terancang dan mantap serta relevan dengan perkembangan semasa serta dapat
memenuhi keperluan individu dan negara.
Selain itu, kurikulum Pendidikan Kesihatan prasekolah dan sekolah rendah juga
perlu mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanakkanak mengikut tahap perkembangan mereka. Pendidikan Kesihatan prasekolah dan
awal persekolahan iaitu Tahun Satu menitikberatkan pendekatan "Belajar Melalui
Bermain" yang tidak formal dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu
murid-murid

belajar

dan

menghadapi

dunia

sebenar

dalam

keadaan

yang

mengembirakan, selesa, selamat dan tiada tekanan.

4.1KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN PRASEKOLAH


Dalam subtopik ini, konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Prasekolah sebelum kita
membincangkan Pendidikan Kesihatan KBSR.
Konsep Pendidikan Prasekolah
Pendidikan

Prasekolah

adalah

satu

program

yang

menyediakan

pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau
lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal ( PPK,KPM 2003).

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek


perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.( PPK, KPM 2003).
Objektif Pendidikan Prasekolah
Antara Objektif Pendidikan Prasekolah yang membolehkan murid:
1.

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang
menjadi warganegara yang patriotik.

2.

Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan


kesihatan dan keselamatan yang baik.

3.

Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya.

Dalam bahagian seterusnya, kita akan membincangkan pula beberapa konsep penting
dalam Pendidikan Kesihatan Prasekolah.
4.1.1Konsep Kesepaduan
Dalam Pendidikan Kesihatan Prasekolah, guru harus menggunakan pelbagai pendekatan
aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta minat
murid. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif supaya
pembelajaran

Pendidikan

Kesihatan

menjadi

lebih

bermakna,

berkesan

dan

menggembirakan.
Untuk mencapai konsep ini, aktiviti Pendidikan Kesihatan tersebut perlu dirancang dan
dikelolakan secara teliti dan sistemetik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang
yang sama. Oleh itu, mereka memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran
Pendidikan Kesihatan sebenar sama ada secara individu, secara kelas ataupun secara
kumpulan.
Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan Prasekolah, antara pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang diutamakan ialah pendekatan bersepadu. Pengajaran bersepadu
boleh menggabungjalinkan beberapa kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis ataupun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanakkanak seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek tidak terkecuali nilai-nilai amalan

kesihatan, gaya hidup sihat dan keselamatan persekitaran yang wujud dalam Pendidikan
Kesihatan.
Justeru itu, strategi pengajaran yang berasaskan konsep kesepaduan boleh digunakan
dalam aktiviti harian. Guru perlu menggunakan dan mengaitkan pengalaman harian
kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan. Ilmu
pengetahuan dipelajari mesti diamalkan. Contohnya: Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan.
Kanak-kanak melibatkan diri secara aktif. Semua deria kanak-kanak terlibat secara
langsung agar pembelajaran menjadi lebih berkesan.
4.1.2Konsep Gabungjalin
Kurikulum yang pelbagai gabungjalin dan seimbang daripada segi bahan pembelajaran,
jantina, budaya dan bangsa melatih dan memfokuskan kanak-kanak berfikir secara
terbuka dan mudah suai. Kanak-kanak perlu suasana terbuka dan pelbagai konsep
gabungjalin bagi membentukkan kemahiran berfikir secara kristis dan mencipta sesuatu
hasil yang kreatif dan istimewa.
Kurikulum berkonsepkan gabungjalin ini membolehkan kanak-kanak menimba dan
mendalami pengalaman mereka dan menjadi matang dalam perkembangan mereka
adalah kurikulum yang seimbang, iaitu merangkumi pelbagai aktiviti yang sibuk seperti
menyanyi ataupun menari dan tenang seperti mendengar puisi atau muzik berbentuk
klasik sambil berehat.
Secara amnya, konsep gabungjalin di peringkat awal seharusnya memberi tumpuan yang
seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi serta
sosialisasi nilai dan perhubungan positif. Suasana pengajaran dan pembelajaran di pusat
pendidikan awal kanak-kanak hendaklah sesuatu yang mengembirakan kanak-kanak dan
menggalakkan tingkah laku yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan. Konsep
ini juga boleh disamaertikan dengan konsep 'bermain sambil belajar'. Konsep ini dapat
memenuhi keperluan dan perkembangan mental, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.
Kemahiran, nilai dan sikap yang diperoleh semasa di peringkat awal merupakan asas
penting dalam pembentukan diri. Semoga dengan pendekatan ini dapat melahirkan
generasi yang berdikari, pintar dan mempunyai perwatakan yang positif untuk
perkembangan diri, masyarakat dan pembangunan negara.

4.1.3Konsep Integrasi

Dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Kesihatan, terdapat pelbagai pendekatan


dalam pengajaran dan pendidikan prasekolah serta KBSR. Pendekatan berintegrasi yang
ekletek mengambil kira pelbagai falsafah dan pendekatan tersebut dan mengubahsuainya
mengikut keperluan budaya dan matlamat pengajaran Pendidikan Kesihatan.
Pendekatan berkonsepkan integrasi sebegini menbenarkan guru memilih konsep
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik daripada setiap falsafah dan pendekatan serta
mencantumkannya bagi membentuk satu kurikulum yang berkesan dan mengambil kira
ciri-ciri keperluan perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini bersifat dinamik iaitu
sentiasa berubah dan meningkat dengan mengambil kira dengan mana-mana falsafah
atau strategi baru yang akan wujud kemudian.
Pendekatan berintegrasi ini akan sentiasa mencantumkan strategi yang paling menarik,
sesuai dan berkesan. Misalnya, pendekatan Pestalozzi menggalakkan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan melalui pengalaman terus dengan orang, tempat ataupun benda
seperti di hospital, melalui risalah-risalah dan poster-poster yang mengiklankan
penjagaan dan kebersihan diri dan keluarga. Montessori pula menggalakkan memilih
aktiviti berasaskan minat, amalan dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan
berintegrasi yang berasaskan Piaget menggalakkan kanak-kanak menyelami sesuatu
proses penerokaan gaya hidup sihat dan membincangkan pengalaman tersebut. Strategi
ini dapat mencantumkan dengan pendekatan yang membenarkan kanak-kanak menimba
pengetahuan melalui aktiviti "tunjuk dan ceritakan" (show and tell), membaca buku
tentang amalan kesihatan dan mendengar cerita tentang kebersihan dan keselamatan
persekitaran yang mana dikenali sebagai 3K.
Dalam mencantum dan mengubahsuai strategi pendekatan integrasi, beberapa prinsip
perlu ditekan dan diberi perhatian iaitu:
1.

Mengambil kira latar belakang peribadi, perkembangan dan kecenderungan


pembelajaran kanak-kanak yang berbeza;

2.

Mengambil kira perbezaan individu dari segi masa yang sesuai untuk mempelajari
dan menerima ilmu Pendidikan Kesihatan;

3.

Menggunakan kesemua deria untuk pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang


berkesan secara pratikal;

4.

Mengutamakan pembelajaran Pendidikan Kesihatan melalui pengalaman yang


menggunakan bahan atau alat bantu mengajar; dan

Mengutamakan bermain sambil belajar pendidikan kesihatan dalam keadaan riang dan
mengembirakan.

Rajah 4.1: Self concept curriculum model


Sumber: Introduction to Early Childhood Education 4th ed. (2003)
4.2TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KBSR
Sekarang, mari kita bincangkan Pendidikan Kesihatan KBSR pula dari aspek konsep,
matlamat dan objektifnya.
Konsep Pendidikan Kesihatan KBSR
Mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan
berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Matlamat Pendidikan Kesihatan KBSR
Bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif
terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat(PPK, KPM1998).

Objektif Pendidikan Kesihatan


1.

Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan


persekitaran.

2.

Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu yang
berkaitan dengan kesihatan.

3.

Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan


pengalaman.

4.

Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.

Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

Rajah 4.2: Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR

Kandungan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KBSR disusun mengikut tiga tunjang
utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2:
1.

Kesihatan Diri dan Keluarga


a. Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan asas, keluarga dan
masyarakat secara proses berterusan.
b. Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti,

kekeluargaan,

perkahwinan dan keibubapaan.


2.

Gaya Hidup Sihat


a. Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang
sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan.
b. Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres,
kemahiran

merancang,

pemakanan,

penyalahgunaan

bahan

dan

pencegahan penyakit.
7

3.

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran


a. Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan
persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
b. Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan
persekitaran dan pertolongan cemas.

Kesemua tunjang utama kurikulum ini boleh dimasukkan ke dalam rancangan pengajaran
tahunan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.3: Cadangan Taburan Tajuk dan Waktu Pengajaran

Tahap

/ Tahap

Tahun

Tunjang

Tajuk

Pembelajaran

II

Tahun
3

Waktu Pengajaran
Kesihatan Diri dan Keluarga

Kebersihan Diri

12

Perasaan

Kekeluargaan

Gaya Hidup Sihat

10

Pemakanan

1
0

10

Penyakit Berjangkit

Pertolongan Cemas

42

24

24

24

Konflik

Penyalahgunaan
Bahan

Persekitaran

12

dan Stres

dan

Pengurusan

Kebersihan

Keselamatan Keselamatan

JUMLAH

42

4
2

(Nota: Cadangan agihan masa di atas boleh dijadikan rujukan untuk merancang
rancangan tahunan mata pelajaran pendidikan kesihatan.)
4.3KURIKULUM STANDARD DALAM PENDIDIKAN KSSR
Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan adalah berdasarkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bagi Tahun 1 dan Tahun 2 sekolah rendah (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2010).
Matlamat
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga,
masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup
sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang
yang berkualiti.
Objektif
1.

Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga,


masyarakat serta persekitaran;

2.

Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan

3.

Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu


berkaitan dengan kesihatan.

Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan membincangkan pendidikan KSSR dengan
lebih lanjut lagi.
4.3.1Fokus Pendidikan Kesihatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada pendidikan kesihatan reproduktif dan
sosial (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%) (Rajah 2.3). Sejumlah
35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua
sekolah rendah.

Rajah 4.3: Agihan pecahan kurikulum Pendidikan Kesihatan


Kandungan Pendidikan Kesihatan memberikan penekanan terhadap gaya hidup sihat
bersesuaian dengan ciri-ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul
utama iaitu:
1.

Modul Kesihatan Fizikal.Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal


serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada
kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.

2.

Modul Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial.Modul ini menekankan aspek


perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan
perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi,
kekeluargaan serta perhubungan.

3.

Kesihatan
keselamatan

Persekitaran.Modul
persekitaran.

ini

Fokus

menekankan
diberi

kepada

aspek

kesihatan

pencegahan

dan

penyakit,

keselamatan dan pertolongan cemas.

10

4.3.2Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dalam Kurikulum Pendidikan


Kesihatan
Bahagian ini memberi penekanan istimewa terhadap Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan. Ia diajar melalui kurikulum Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial. Ia juga adalah satu proses sepanjang hayat untuk
memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap
identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.
Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks sematamata. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek
biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang
sihat dalam kehidupan.
Objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah untuk membantu murid:
1.

Membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk
diri, keluarga dan masyarakat;

2.

Menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat


tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara
berterusan dan berkekalan; dan

3.

Memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab


tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial merangkumi (rujuk Jadual 4.4):


Jadual 4.4: Aspek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

Aspek

Huraian

Kesihatan diri dan

Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta

reproduktif

psikologikal

semasa

akhil

baligh

dan penjagaan

kesihatan

reproduktif.
Penyalahgunaan

Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah,

bahan

inhalan dan alkohol serta kemahiran berkata 'TIDAK'.

Kemahiran

Kemahiran pengurusan konflik dan stress dalam diri, keluarga,

pengurusan mental

rakan sebaya dan masyarakat.

11

dan emosi
Kekeluargaan

Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan


tangungjawab ahli dalam keluarga.

Perhubungan

Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersornal


yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan.

Pencegahan

Pengetahuan

dan

kemahiran

mengurus

kesihatan

daripada

penyakit

penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.

Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman


permainan dan tempat awam serta akta perlindungan bagi kanakkanak, gadis dan wanita.

Jadual 4.5 pula adalah cadangan pengagihan waktu bagi mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan yang dipecahkan kepada tiga tajuk utama.
Jadual 4.5: Agihan Waktu Pendidikan Kesihatan

Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun)
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

75%

26 waktu = 780 minit

Pemakanan

15%

5 waktu = 150 minit

Pertolongan Cemas

10%

4 waktu = 120 minit

4.3.3Organisasi Standard Kurikulum


Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuati bermaksud semua murid diberi
peluang pendidikan yang sama manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi
pendidikan yang berkualiti. Justeru itu, kurikulum berasaskan standard memberi
pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

12

Jadual 4.6 menunjukan Pernyataan Standard berdasarkan Band bagi mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan Tahun 1.
Jadual 4.6: Huraian Band dan Pernyataan Standard

Aspek

Huraian

6 (Tahu, Faham,

Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi

Boleh

permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi

Buat

Dengan

kesihatan dan mengamakan gaya hidup sihat.

Beradab Mithali)
5 (Tahu, Faham,

Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan

Boleh

berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif

Buat

Dengan

dan sihat.

Beradab Terpuji)
4 (Tahu, Faham,

Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan

Boleh

mental, emosi, dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta

Buat

Dengan

memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan

Beradab)

persekitaran.

3 (Tahu, Faham

Memahami

dan Boleh Buat)

pengurusan

kepentingan
mental,

dan

emosi

boleh
dan

mengurus

sosial

serta

penjagan

diri,

kesihatan

dan

keselamatan diri.
2

(Tahu

dan

Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan

Faham)

persekitaran.

1 (Tahu)

Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental,


emosi, sosial dan persekitaran.

Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan
13

merangkumi

aspek

pengetahuan,

kemahiran

dan nilai.

Standard Pembelajaran

merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti
dilaksanakan, dicapai oleh murid dan mesti ditaksir. Pendekatan menggunakan standard
menuntut guru untuk lebih bertangungjawan ke atas pencapaian murid.
Band merupakan label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang
disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard pula
merupakan satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu
dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
4.3.4Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kesihatan
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan
Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan

Kesihatan

perlu

memberikan

tumpuan

terhadap

pemerolehan

ilmu

pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai.
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu
diberikan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran :
1.

Pendekatan Bersepadu.Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang


penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa
dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini, perkembangan kemahiran berfikir,
kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberikan penekanan.Di samping
itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain,
pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait dalam
proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.

2.

Peningkatan Daya Pemikiran Murid.Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan


untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid
berfikir secara kreatif perlu dikendalikan oleh guru.

3.

Pelbagai

Pendekatan.Penggunaan

pembelajaran

yang

melibatkan

pelbagai

murid

pendekatan

secara

aktif

pengajaran

adalah

perlu

dan
untuk

membolehkan murid memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga


diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah 'hands-on learning',
14

pembelajaran melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan


projek, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivitisme,
pembelajaran masteri serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan adalah termasuklah aktiviti
kumpulan, gerak kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan.
Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang dan ruang yang
tidak terhad kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk
membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat
membaca serta belajar seumur hidup.
4.

Pemupukan Nilai Murni.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan


perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat
Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu dan diamalkan adalah kebersihan,
keselamatan, tanggungjawab, keperihatinan, kasih sayang, kejujuran dan
kerjasama.

5.

Menyediakan Peluang.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh


guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran
berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,
berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan hidup secara
produktif dan sihat.

6.

Pengalaman Pembelajaran.Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman


murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira
pelbagai tahap kecerdasan agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam
keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang
untuk murid yang berbeza tahap kecerdasannya.

7.

Kecekapan Psikososial.Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial adalah


perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran
kehidupan seharian, memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan
yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid
dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendalikan perubahan
supaya mendapat manfaat yang maksimum.

8.

Penggunaan Teknologi Malkumat dan KomunikasiPenggunaan teknologi


maklumat dan komunikasi seperti internet, e-mel, CD-Rom serta sidang
telekomunikasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu digalakkan
sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21.

15

4.4TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN


Dalam konteks Transformasi Kurikulum Kebangsaan, transformasi membawa maksud
proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum
persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada
aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.
Kurikulum Kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
sentiasa releven untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran
semasa dan masa depan (Rajah 4.7). Hasrat pendidikan melalui transformasi kurikulum
dalam sistem pendidikan negara adalah satu penambahbaikan yang dilakukan selaras
untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan dan berpaksikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 4.7: Perubahan kurikulum sekolah rendah di Malaysia

16

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan


waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan.
Penekanan

yang

lebih

kepada

pentaksiran

berasaskan

sekolah,

meningkatkan

penglibatan pelajar dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti
perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.
Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental dalam kalangan pelajar melalui isi kandungan
dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Transformasi pendidikan
mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang pelajar menjadi modal insan yang
seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan
peluang bagi memenuhi keperluan pelajar untuk membangunkan modal insan yang
berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.
Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi yang dilaksanakan telah mengariskan
enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, fizikal
dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan
holistik (Rajah 4.8).

Rajah 4.8: Reka bentuk kurikulum transformasi


Tumpuan perbincangan dalam bab ini adalah berkaitan dengan tunjang fizikal dan
estetika di mana keperluan kepada insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui
17

Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelek. Kesihatan jasmani pelajar menjamin pembangunan potensi pelajar dalam domain
yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan pelajar harus selari dengan keperluan
fizikal dan peringkat umur serta tahap kematangan pelajar. Bidang pembelajaran yang
berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam
menterjemahkan hasrat tunjang perkembangan fizikal dan estetika.
Kaedah pengoperasian bagi merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang dinyatakan
di atas, kurikulum prasekolah, rendah dan menengah diorganisasikan secara modular
berasaskan standard. Kurikulum transformasi digubal dalam bentuk pernyataan standard
iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu di mana pelajar perlu kuasai pada
suatu tempoh dan tahap persekolahan.
Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Standard
kurikulum disediakan berasaskan matlamat pendidikan dan dibina ke arah menggalakkan
pembelajaran berasaskan sekolah. Dua standard yang perlu dicapai oleh pelajar adalah
standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard ini disediakan bagi setiap
tahap. Standard Kandungan mengandungi pernyataan spesifik tentang apa yang pelajar
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu
penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap
standard kandungan.
4.5PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Penilaian ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian

murid-murid

secara

menyeluruh

berasaskan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.
Penilaian merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan. Penilaian ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat
prasekolah dan pendidikan sekolah secara formal atau tidak formal. Instrumen penilaian
Pendidikan Kesihatan dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara
pemerhatian, penulisan dan lisan. Guru juga membuat pemeriksaan fizikal secara
berkala.
Hasil penilaian ini digunakan untuk tindakan susulan bagi memperbaiki kaedah
pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran kanak-kanak. Catatan dan laporan perlu
18

dibuat di peringkat prasekolah atau KBSR bagi memberi maklumbalas kepada murid,
ibubapa dan guru lain.

Rajah 4.9 menunjukkan beberapa tujuan penilaian Pendidikan Kesihatan.

Rajah 4.9: Tujuan penilaian Pendidikan Kesihatan


Mengikut Rohani Abdullah (2004), beliau menjelaskan bahawa tujuan penilaian dijalankan
supaya guru dapat:
1.

Mengesan Perkembangan Murid secara Menyeluruh.Segala aktiviti fizikal,


kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat dilaksanakan dengan lancar jika
pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak itu normal. Walau bagaimanapun
guru seharusnya dapat mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai kesulitan
pembelajaran dalam aspek tertentu. Guru boleh merujuk dan berkerjasama

19

dengan pakar kesihatan supaya bantuan dapat diberi pada peringkat awal lagi.
2.

Melihat Perubahan pada Perkembangan Setiap Murid.Tidak semua kanakkanak dapat menerima maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu guru
hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan
maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.

3.

Membuat Perancangan Aktiviti.Selepas memerhati kanak-kanak melakukan


aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam
membentuk aktiviti bimbingan dan pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan
sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil.

4.

Meneliti Keberkesanan Aktiviti, Rutin dan Strategi yang Digunakan.Respon


kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian dijalankan memberi gambaran
berkenaan status penerimaan. Guru perlu membuat pengubahsuaian daripada
segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki.

5.

Mempelajari Keperluan Setiap Murid.Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan


tersendiri dan kadar perkembangan mereka berbeza. Oleh itu, guru dapat
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa. Potensi yang ada pada kanak-kanak itu juga dapat
dipertingkatkan.

6.

Menyelesaikan Sesuatu Masalah.Guru dapat memerhati tingkah laku kanakkanak dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika. Kanak-kanak dapat
mengatasi 'tiada kawan' contohnya apabila guru memberi peluang, masa dan
bimbingan kepada mereka.

7.

Memberi Laporan yang Tepat kepada Ibubapa.Setiap catatan yang dibuat


berkenaan perubahan tingkah laku dan hasil kerja kanak-kanak merupakan bukti
yang kukuh. Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu
bapa sekurangkurangnya dua kali setahun.

8.

Memberi Laporan kepada Pakar.Kanak-kanak yang mempunyai masalah dari


segi kesihatan seperti lambat daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk
kepada pakar yang berkaitan. Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di
peringkat awal.

9.

Menghargai Hasil Kerja Murid.Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi

20

atau menceritakan semula apa yang telah dia hasilkan. Dengan cara begini
mereka merasakan

hasil

kerjanya

dihargai.

Secara langsung

ini

dapat

meningkatkan keyakinan diri mereka kerana pencapaian diukur dan dibandingkan


dengan pencapaian yang lampau.

10. Membuat Tindakan Susulan Serat Merta.bagi menggalakkan kanak-kanak


menjalankan aktiviti, guru boleh memberi ganjaran serta merta dalam bentuk
pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan. Teguran yang positif serta
membina dapat menyedarkan murid berkenaan perlakuannya.
11. Kaedah Penilaian.Penilaian ke atas perubahan tingkah laku kanak-kanak yang
menghadiri tadika dapat dilakukan secara pemerhatian dan juga pada hasil kerja
mereka.
12. Pemerhatian.Pemerhatian yang dilakukan oleh guru adalah satu cara untuk
mengumpul maklumat. Guru perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin pada
apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak geri, tindak balas serta
reaksi berkumpulan ataupun individu memberi maklumat penting berkenaan
perkembangan murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkod secara sistematik
supaya pengisiannya jelas, tepat dan lengkap. Pemerhatian boleh direkodkan
dengan menggunakan:
a. Rekod Anekdot.Rekod anekdot merupakan penulisan yang ringkas,
tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan
yang signifikan berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan
peristiwa,

tingkah

laku

atau

insiden

dengan

perkataan

atau

menggunakan gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau
helaian kertas dan diletakkan pada tempat yang mudah dicapai.
Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialah nama kanak-kanak, tarikh,
masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau
tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai
supaya dapat membantu murid itu.
b. Rekod Pensampelan Masa.Rekod pensampelan masa ini digunakan
bagi mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku kanak-kanak dalam satu
jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan

21

dalam satu tempoh masa. Pemerhatian dibahagikan kepada beberapa


segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara
berterusan dan diambil tindakan.
c. Senarai

Semak.Walaubagaimana

pun

pemerhatian

adalah

lebih

bermakna apabila guru dapat mengaitkan perubahan tingkah laku


kanak-kanak dengan hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan dalam
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003). Oleh itu, guru boleh
menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan digunakan sebagai
alat atau instrumen semakan semasa membuat pemerhatian untuk
setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira
domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Senarai semak ini dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh,
mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang
diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga kalangan
guru menggunakan skala pengelasan iaitu 'belum menguasai, baik, cemerlang' bagi
memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.
4.5.1Etika dan Jenis-jenis Penilaian
Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit. Oleh itu, semua rekod
penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah hendaklah disimpan dengan
selamat mengikut panduan berikut:
1.

Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang tertentu
sahaja iaitu ibu bapa, guru besar, pakar perubatan atau pun orang yang berkaitan
mengikut Akta Pendidikan 1996;

2.

Rekod murid tidak boleh dipamerkan;

3.

Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil gambar dan
merakam video yang melibatkan murid berkenaan; dan

4.

Pastikan segala rekod pemerhatian diberi kepada ibu bapa pada akhir tahun.

Penilaian untuk Pendidikan Kesihatan terbahagi kepada tiga seperti berikut:


i.

Penilaian Formatif
0

a. Digunakan bagi menilai program, seterusnya memperbaiki kurikulum,

22

pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.


1

b. Membantu Pendidikan Kesihatan membentuk maklumat dan objektif program


dan pembelajaran kanak-kanak secara berterusan dan lebih formal.

c. Bukti-bukti dikumpulkan secara sistematik bagi menilai keberkesanan dan


memperbaiki

program,

kurikulum,

matlamat,

objektif,

kandungan

dan

pengajaran serta pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan.


d. Dengan penilaian yang digunakan dalam Pendidikan Kesihatan, kualiti
pengalaman kanak-kanak dapat diperbaiki.
ii.

Penilaian Formal/Sumatif
a. Dijalankan pada akhir pelajaran Pendidikan Kesihatan, selesai sesuatu unit
pelajaran ataupun pada akhir tahun persekolahan.
b. Ujian yang standard perlu diadakan selalu.
c. Ujian ini dapat menentukan tahap pencapaian kanak-kanak sebaya khususnya
dalam Pendidikan Kesihatan.
d.

Keberkesanan pengajaran, kurikulum, perkembangan dan pembelajaran dan


pembelajaran kanak-kanak dapat ditentukan.

iii.

Penilaian Tidak Formal Berterusan


a. Pendidik yang baik secara automatik dan tidak formal akan menilai iaitu dengan
memikirkan atau menimbangkan aktiviti dan pengalaman yang telah dijalankan
semalam, minggu lepas ataupun sebulan lalu.
b. Maklum balas yang diberikan kepada kanak-kanak semasa mereka membuat
sesuatu kerja adalah penilaian tidak formal dan berterusan dalam Pendidikan
Kesihatan.
c. Kanak-kanak perlu mengetahui sejauh mana mereka telah berjaya menguasai
sesuatu kemahiran ataupun memperoleh pengetahuan.
d. Melalui maklum balas spontan, kanak-kanak mengetahui kemajuan mereka dan
dengan ini mereka dapat meneruskan aktiviti.
e. Maklum balas bukan sahaja pujian, tetapi maklumat kerja dan kemajuan kanakkanak. Misalnya, 'Awak boleh main tiga permainan hari ini?'

23

f. Maklum balas membantu menjelaskan tugas kanak-kanak. Misalnya, "Berdiri


dari sudut ini, kemudian buat balingan".
g. Maklum balas membolehkan kanak-kanak meneliti dan menilai kerja sendiri.
Misalnya, 'Kenapa anda perlu berkerjasama ketika bermain di dalam satu
kumpulan?
h. Maklum balas berdasarkan kemajuan dan kerja individu, membantu kanakkanak berasa dihargai dan dihormati.
Selain itu, program Pendidikan Kesihatan perlu ada penilaian tidak formal dan berterusan.
Ibubapa, guru-guru lain ataupun penyelia boleh memberi komen berkenaan kejayaan
program Pendidikan Kesihatan Prasekolah.
RUMUSAN
Walaupun sesuatu rancangan menyeluruh perlu diadakan untuk mengkaji semula
Kurikulum pendidikan kesihatan dalam KBSR secara rasional, kemajuan hanya dapat
dicapai jika sebahagian daripada program pengajaran dan pembelajaran prasekolah dan
awalan persekolahan itu dapat dikaji.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi Pendidikan Kesihatan terdiri daripada
pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, pemakanan dan pertolongan cemas.
Standard Kurikulum digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard yang ditetapkan mesti
dilaksanakan, dicapai oleh murid dan mesti ditaksir. Pendekatan menggunakan standard
menuntut guru untuk lebih bertanggungjawanb ke atas pencapaian murid.
Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi
keperluan pelajar untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta
berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

24

RUJUKAN

Briggs, F. & McVeity, N. (2000). Teaching Children To Protect Themselves. Crows


Nest NSW: Allen & Unwin.
Merki M.B. & Merki D. (1987). Health, A guide to wellness. Mission Hills, CA.
Glencoe Pub.Co.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San
Francisco, CA: Benjamin Cummings.
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan
kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar Learning.
Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate curriculum.
New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Nor Hasimah. H., & Yahya, C. L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS
Publication Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
KPM.
Radzi, S., & Yusuff, I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur.
Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for
elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics.

25

Wuest, D.A., & Bucher, C.A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th
edition). Boston: WCB McGraw-Hill.
Zarina L.A., Abdul Latif A., Azali R., Norkhalid S., & Nur Akmal I. (2011). HBHE 1103
Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan.
PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

LAMAN WEB
URL:http://www.siecus.org/
URL:http://www.serc.mb.ca/

26

You might also like