You are on page 1of 32

Tajuk 5

HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN


PENDIDIKAN KESIHATAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengetahuan tentang pedagogi pendidikan
kesihatan, pendekatan dan strategi serta pembelajaran pendidikan kesihatan dan
rancangan pelajaran. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan
rujukan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan pengetahuan tentang pedagogi pendidikan kesihatan
2. Menyatakan pendekatan dan strategi serta pembelajaran pendidikan kesihatan
3. Menjelaskan tentang rancangan pelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

HURAIAN DAN
TAFSIRAN
SUKATAN
PELAJARAN
PENDIDIKAN
KESIHATAN

Pedagogi pendidikan
kesihatan

Pendekatan dan strategi


serta pembelajaran
pendidikan kesihatan

Rancangan pelajaran

KANDUNGAN
PENGENALAN
Rakyat Sihat Negara Maju adalah satu cogan kata yang mempunyai maksud
yang positif dalam proses kemajuan negara. Kesihatan merupakan satu aspek yang
sangat penting bagi merealisasikan matlamat sesebuah negara. Ia merupakan keperluan
asas bagi sesebuah negara untuk terus maju dan membangun sehingga matlamatnya
ditetapkan. Konsep kesihatan telah ditekankan sejak Rancangan Malaysia Keenam di
mana kesihatan telah diberikan keutamaan. Pelbagai strategi dan program telah
dijalankan di setiap kawasan sama ada di dalam atau di luar bandar bagi mewujudkan
budaya dan gaya hidup sihat di kalangan penduduk setempat.

5.1

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN


Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Pedagogi

merupakan mata pelajaran wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Ia
melibatkan satu bidang kajian yang luas. Pedagogi melibatkan kajian mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga
interaksi guru dengan pelajar.
Perkataan pedagogi datang daripada perkataan Yunani paidagogos yang
merujuk kepada hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari
sekolah. Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak yang menjadikan sebab kenapa
sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan
andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi adalah
melibatkan pendidikan yang lebih meluas dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar
guna.
Pedagogi moden terbahagi kepada tiga bidang fungsi pengajaran. Menurut
Taksonomi Bloom, pengajaran terbahagi kepada TIGA seperti yang tertera di dalam Rajah
5.1.

Rajah 5.1: Domain pengajaran


Ketiga-tiga domain ini mempunyai sifat yang tersendiri. Walaupun begitu, dalam
keadaan pengajaran-pembelajaran secara semula jadi, ketiga-tiga domain ini disatukan
semasa proses pengajaran. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang
pelajar untuk menulis, dia perlu mengajar pelajar tersebut cara memegang pensel dengan
betul (domain psikomotor); bentuk huruf dan maknanya (domain kognitif); dan juga harus
memupuk minat untuk belajar menulis (domain afektif).

5.2 PENDEKATAN

DAN

STRATEGI

PENGAJARAN

SERTA PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan yang formal dan tidak formal adalah penting kerana ia
membolehkan

individu

dalam

masyarakat

memainkan

peranan

masing-masing.

Pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan falsafah pendidikan adalah penting serta
berupaya merealisasikan tujuan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan.
5.2.1 Konsep
Kesihatan menggambarkan keupayaan dan kesejahteraan hidup individu dan
masyarakat. Konsep yang ditekankan ialah kesihatan keseluruhan. Apakah yang
dimaksudkan dengan kesihatan?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan merujuk kepada suatu
keadaan di mana individu itu berada dalam keadaan yang sempurna dari aspek jasmani,
mental-emosi, sosial dan rohani serta bebas daripada penyakit, kecacatan atau
kecederaan.

Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mengandungi lima komponen penting iaitu:


1.

Daya tahan kardiovaskular

2.

Daya tahan otot

3.

Kekuatan otot

4.

Kefleksibelan/kelenturan

5.

Komposisi tubuh badan/kandungan lemak


Setiap

komponen

ini

berkait

rapat

dengan

kesihatan

yang

baik

serta

mengurangkan risiko penyakit hipokinetik. Seseorang individu itu dianggap betul-betul


cergas dari segi fizikal jika individu terbabit bagus dalam kelima-lima komponen ini.
Sekarang, mari kita bincangkan kelima-lima komponen tersebut.
a.

Daya Tahan Kardiovaskular


Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardio-respiratori untuk

melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja
yang ringan atau sederhana. Kemampuan ini bergantung kepada keberkesanan jantung,
paru-paru dan saluran darah bekerja dengan efisien untuk membekalkan oksigen ke otot.
Pelari maraton dikatakan mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik. Kandungan
lemak dalam tubuh badan mereka adalah rendah. Mereka juga aktif dalam kegiatan
fizikal.
ii.

Daya Tahan Otot

Daya tahan otot adalah merujuk kepada keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal
yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti
kerja yang ringan atau sederhana. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan daya tahan
otot.

iii.

Kekuatan Otot
Kekuatan

otot

adalah

keupayaan

otot

untuk

mengatasi

rintangan

bagi

menghasilkan daya (kerja). Apabila individu mempunyai kekuatan otot maka aktiviti fizikal
yang dilakukan akan menjadi mudah dan berupaya melambatkan keletihan. Daya
dihasilkan dengan sekali pengecutan. Kekuatan otot membantu seseorang itu membuat
kerja-kerja berat seperti mengangkat barang-barang, membawa buku dan membelah
kayu.
iv.

Kefleksibelan/Kelenturan
Kefleksibelan membantu tubuh badan bergerak dengan lancar tanpa merasa

kekok. Ia adalah keupayaan sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang
minimum pada julat/jarak yang maksimum. Berjalan merupakan kemahiran mudah yang
memerlukan komponen kelenturan. Kefleksibelan juga diperlukan untuk kemahiran yang
agak kompleks umpamanya pukulan servis tenis atau berguling hadapan. Kefleksibelan
merujuk kepada julat pergerakan sendi. Ia juga dirujuk sebagai kebolehan meregang otot
atau ligamen bagi memudahkan dan melicinkan pergerakan.
v.

Komposisi Badan/Kandungan Lemak


Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang

membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang
rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. Lebihan peratusan lemak akan
menyebabkan masalah kegemukan dan penyakit.
Kecergasan pula merujuk kepada keupayaan seseorang individu melakukan
aktiviti-aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan
dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan kesengangan
serta berupaya menghadapi cabaran dalam situasi kecemasan. Seseorang yang sihat
biasanya cergas di mana sistem fisiologinya mampu bekerja dan bertindak balas dengan
berkesan. Terdapat LIMA aspek penting yang menjadikan kesihatan keseluruhan lebih
ideal dan global. Lima komponen tersebut adalah:

a.

Kesihatan Fizikal
5

Kesihatan dan kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi


secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan
masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan
kecemasan.
b.

Kesihatan Mental
Kesihatan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan

maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
c.

Kesihatan Sosial
Keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan

perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang
terlibat dalam hubungan ini.
d.

Kesihatan Emosi
Individu berupaya menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara

membina, proaktif dan optimistik.


e. Kesihatan Rohani
Individu membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan
serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan
konstruktif.
4.2.2 Prinsip
Keberkesanan Pendidikan Kesihatan merupakan sesuatu yang perlu diberi
keutamaan oleh pihak sekolah dan guru. Untuk memastikan keberkesanan Pendidikan
Kesihatan beberapa prinsip digariskan sebagai panduan pengajar untuk merancang dan
panduan untuk merangka aktiviti pengajaran mereka. Para pengajar perlu peka kepada
sumber-sumber yang berkaitan dengan proses pengajaran supaya sumber-sumber yang
diperolehi seiring dengan situasi dan mengikut perkembangan kesihatan semasa.
Antara prinsip yang digariskan bagi menjamin keberkesanan Pendidikan Kesihatan ialah:
1. Berdasarkan kepada perubahan tingkah laku yang positif.

2. Hendaklah berasaskan kepada keperluan dan kepentingan pelajar, keluarga dan


masyarakat dan negara.
3. Mempertimbangkan faktor-faktor sosiobudaya dan ekonomi yang mempengaruhi
tingkah laku kesihatan.
4. Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar melalui penglibatan mengikut
peringkat kesediaan dan kematangan mereka.
5. Mengamalkan strategi pengajaran bersepadu dan bersesuaian dengan mata
pelajaran tersebut dan mata pelajaran lain supaya ia lebih bererti kepada para
pelajar.
6. Proses pembelajaran perlu menjadi sebahagian daripada keseluruhan kurikulum
dan berpandukan kepada prinsip-prinsip pedagogi.
7. Pembelajaran perlulah berasaskan fakta kesihatan dan berdasarkan pendekatan
saintifik yang positif.
8. Penerapan nilai-nilai murni secara terancang dan secara tidak langsung dalam
Pendidikan Kesihatan.
9. Pendidikan Kesihatan hendaklah dianggap sebahagian daripada program
pembangunan kesihatan masyarakat.
10. Proses

pendidikan

perlu

menumpukan

perhatian

kepada

perkembangan

kemahiran berfikir dan perkembangan pengetahuan di kalangan para pelajar.


Adalah penting apabila kemahiran dan kemampuan berfikir diberi penegasan
semasa mendidik supaya pelajar dapat berfikir dan menilai setiap permasalahan
berdasarkan perubahan teknologi, gaya hidup, sosiolisasi dan permasalahan yang
berkaitan dengan kesihatan. Pendidikan yang sempurna dan terancang berupaya
menyediakan bekalan ilmu pengetahuan kepada pelajar untuk menghadapi perubahan
zaman serta berupaya menyesuaikan pengetahuan yang ada dengan keadaan semasa.
5.2.3 Falsafah Pendidikan Kesihatan KBSR

Pendidikan Kesihatan adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan


Kebangsaan di mana pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan

untuk

melahirkan

warganegara

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai


kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
5.3

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


Penekanan kepada nilai serta pemahaman unsur kesihatan dihubung kaitkan

dengan kemahiran asas kesihatan pada setiap kegiatan pembelajaran. Penggubalan


kurikulum adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu
bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Aplikasi
beberapa teknik pengajaran perlu dipelbagaikan bagi menggalakkan teknik dan gaya
pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri di kalangan pelajar
daripada pelbagai kecerdasan.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu:
1. Kesihatan diri dan keluarga
2. Gaya hidup sihat
3. Kebersihan dan keselamatan persekitaran
Pelajar dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran
perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. Tunjang pembelajaran tidak perlu
diajar mengikut urutan. Tajuk-tajuk setiap tunjang pembelajaran adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 4.2 berikut.

Cadangan Taburan Tajuk dan Waktu Pengajaran

Tunjang
Pembelajar

Tajuk

an

Tahap I

Tahap II/

*Kel.

Tahun

Tahun

Per.

Tingkatan

Waktu Pengajaran
Kesihatan Diri

12 12 12

Perasaan

Kekeluargaan

10 10 10

Pemakanan

42 42 42 24 24 24 24 24 24 24 24

24

Kesihatan
Diri dan

Keluarga

Gaya Hidup
Sihat

Pengurusan
konflik dan Stres
Penyalahgunaan
Bahan
Keselamatan

Kebersihan
dan

Penyakit

Keselamata

Berjangkit

n
Persekitaran

Pertolongan
Cemas

Jumlah

Rajah 5.2: Cadangan tajuk-tajuk dalam tunjang pembelajaran


Sekarang, marilah kita lihat pada bidang atau unit pembelajaran bagi setiap tunjang
pembelajaran yang telah kita pelajari di atas.
5.3.1 Tunjang Pembelajaran Kesihatan Diri dan Keluarga
Dalam tunjang pembelajaran kesihatan diri dan keluarga, terdapat tiga bidang atau unit
pembelajaran, iaitu:
9

1. Kesihatan diri
2. Perasaan
3. Kekeluargaan

Anda boleh rujuk Rajah 5.3 sebagai satu contoh.


Tunjang Pembelajaran 1: Kesihatan Diri dan Keluarga

Bidang/Unit Pembelajaran

2. Kesihatan diriAmalan

Murid dapat:

tahap kesihatan

cadangan berikut bagi


Aras 1
b.

mencapai hasil
Menyenaraikan
cara menjaga

seseorang.Amalan

kebersihan tubuh

asas kesihatan

badan, pakaian
a. Kebersihan

dan alatan.

tubuh badan
Aras 2
b. Kebersihan

Pembelajaran
Guru boleh merujuk

asas kesihatan diri


dapat meningkatkan

Cadangan Aktiviti

Hasil Pembelajaran

pembelajaran. Guru juga


boleh mencadangkan
aktiviti pembelajaran lain
mengikut kebolehan
murid.

e.

pakaian
c. Kebersihan

Perbincangan
Menjelaskan

dalam kumpulan

kepentingan

kecil

menjaga

alatan

kebersihan tubuh

keperluan diri

badan, pakaian

Menyediakan

dan alatan.

senarai semak

tentang
Aras 3

kebersihan diri
Membuat
kesimpulan
tentang

Menunjukkan

kepentingan

10

perkataan ketiga-

penjagaan

tiga amalan asas

kesihatan diri.

kesihatan diri.

Murid dapat:
Aras 1

Menyatakan
peranan dan
tanggungjawab
kanak-kanak,
remaja dan orang

dewasa.

Perbincangan

1. KekeluargaanCiri-ciri

a.
b.

dalam kumpulan

perbezaan antara generasi.

Aras 2

Jurang generasi:

kecil
Menerangkan

Perbezaan pendapat

perbezaan

Main
peranan

pendapat dan

Perbezaan amalan

amalan yang
berkaitan dengan

Lakonan

jurang generasi.
Aras 3

Membincangkan
cara-cara untuk
merapatkan
jurang generasi.

Rajah 5.3: Tunjang pembelajaran kesihatan diri dan keluarga

5.3.2 Tunjang Pembelajaran Gaya Hidup Sihat


11

Dalam tunjang gaya hidup sihat dan selamat, terdapat tiga bidang atau unit pembelajaran,
iaitu:
1.

Pemakanan

2.

Pengurusan konflik dan stress

3.

Penyalahgunaan bahan

Anda boleh rujuk Rajah 5.4 sebagai satu contoh.


Tunjang Pembelajaran 2: Gaya Hidup Sihat

Bidang/Unit
Pembelajaran
3. Pemakanan

Cadangan Aktiviti

Hasil Pembelajaran

Murid dapat:

Pembelajaran

Pengambilan makanan
seimbang dapat
membantu sistem tubuh

makanan
Aras 1
c.

badan berfungsi dengan


baik.Piramid makanan
a.

Menyatakan jenis

dalam

setiap aras piramid

kecil tentang sajian

makanan.

makanan seimbang.

Aras Satu
Bijirin, hasil bijirin

dan ubi-ubian
b.

Aras Dua

f.

Perbincangan

makanan dalam

Aras 2
ii.

Piramid

Menyediakan

Menjelaskan

kumpulan

folio individu tentang

kepentingan

menu

mengambil pelbagai

harian.

makanan

jenis makanan
berasaskan piramid

ii.

Buah-buahan dan

12

sayur-sayuran
c.

Aras Tiga

ii.

Ikan, ayam, daging

makanan.

dan kekacang
iii.

Susu dan hasil

Aras 3
Merancang

tenusu

Kuiz

contoh sajian
d.

Aras Empat

ii.

Lemak, minyak

makanan seimbang.

dan gula

2. Pengurusan konflik dan


stresSetiap remaja perlu
tahu dan mempunyai
penghargaan kendiri

Murid dapat:

Mendengar ceramah
tentang menu makanan

Aras 1

harian.

Menyatakan maksud
penghargaan kendiri.

Lakonan

orang lain.Penghargaan

Aras 2

kendiri

Main peranan

Menerangkan cara-cara

supaya dihormati oleh

a.

Maksud

untuk meningkatkan

penghargaan kendiri

penghargaan kendiri.

b. Cara
meningkatkan
penghargaan kendiri

Aras 3

1. Penyalahgunaan bahan

Menjelaskan kepentingan
penghargaan kendiri.

Murid dapat:

Merokok, menghidu,
meminum minuman

Merujuk pelbagai media


berkaitan kesan negatif

Aras 1

merokok, menghidu gam,

13

Menyenaraikan bahaya

meminum minuman keras

keras dan mengambil

merokok, menghidu,

dan mengambil dadah.

dadah membahayakan

meminum minuman keras

kesihatan dan

dan mengambil dadah

Perbincangan dalam

merosakkan institusi

kepada diri sendiri.

kumpulan kecil tentang

masyarakat.
a.

Bahaya
penyalahgunaan
bahan:

i.

Merokok

ii.

Menghidu

keburukan penyalahgunaan
Menyatakan tujuan media

bahan.

yang digunakan untuk iklan.


Menjalankan kajian kes
Aras 2

berkaitan bahaya merokok,

Membincangkan peranan

menghidu, meminum

keluarga dalam usaha

minuman keras dan

menangani masalah

mengambil dadah.

merokok, menghidu gam,


iii.

Meminum

meminum minuman keras

minuman keras

dan pengambilan dadah di


kalangan remaja.

iv.

Mengambil dadah

b.

i.

Kesan iklan rokok


Menjelaskan kesan

dan minuman keras

kepada pengguna

iklan kepada pengguna.

Terpengaruh

Aras 3
Membincangkan implikasi

ii.

Mendapat

penyalahgunaan bahan

maklumat negatif

kepada masyarakat dan


negara.

Rajah 5.4: Tunjang pembelajaran gaya hidup sihat


5.3.3 Tunjang Pembelajaran Keselamatan Persekitaran
Dalam tunjang keselamatan persekitaran, terdapat tiga bidang atau unit pembelajaran,
iaitu:

14

1.

Keselamatan

2.

Penyakit berjangkit

3.

Pertolongan cemas

Anda boleh rujuk Rajah 5.5 sebagai satu contoh.


Tunjang Pembelajaran 3: Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Bidang/Unit
Pembelajaran
4. Keselamatan

Hasil Pembelajaran

Murid dapat:
Aras 1

penggunaan alatan

Mengenal pasti barangan

keselamatan penting

dan alatan keselamatan

untuk mengelak dari

yang di gunakan di sekolah

kecederaan di sekolah

dan di tempat kerja.

dan tempat kerja.


Aras 2

keselamatan

Menerangkan kepentingan

keledar
b.

Tali

pinggang keledar
c.

Gogal

d.

Pelindung

Perbincangan dalam

Tunjuk cara
Membuat folio
Alat-alat keselamatan

Barangan dan alatan

Topi

Pembelajaran

kumpulan kecil

Pengetahuan

a.

Cadangan Aktiviti

pengunaan alatan
keselamatan.
Aras 3
Membincangkan garis
panduan keselamatan di
sekolah dan di tempat kerja.

mulut
e.

Pelindung

badan
f.

Sarung

15

tangan
g.

Kasut

keselamatan
h.

Tali

keselamatan

3. Penyakit berjangkit

Merujuk pelbagai media


berkaitan penyakit bawaan

Penyakit boleh

air dan makanan.

berjangkit melalui
pelbagai cara.

Murid dapat:

Antaranya, melalui

kumpulan tentang penyakit

bawaan air dan

Aras 1

makanan.
a.

Perbincangan dalam
bawaan air dan makanan.

Menyenaraikan jenis

Penyakit bawaan
air dan makanan

penyakit berjangkit bawaan

Menyediakan folio individu

air dan makanan.

berkaitan penyakit bawaan


air dan makanan.

Hep

Aras 2

atiti

Mengenal pasti tanda dan

sA

simptom penyakit berjangkit


bawaan air dan makanan.

Tau
n

Aras 3
Menjelas langkah-langkah

Demam Kepialu

pencegahan penyakit

(Tifoid)

berjangkit bawaan air dan


makanan.

b.

Tanda dan
simptom penyakit
berjangkit bawaan
air dan makanan.

16

2.

Pertolongan

Murid dapat:

cemas

Tunjuk cara bantuan


kecemasan.

Aras 1
Pertolongan cemas

Menyenaraikan

bertujuan memberi

alatan dan bahan yang

bantuan awal sebelum

kumpulan kecil tentang

terdapat dalam peti

mendapat rawatan lanjut

rawatan awal bantuan

pertolongan cemas.

kecemasan.

Aras 2

Senarai semak

Menjelaskan bentuk

peti pertolongan cemas.

daripada doktor atau


paramedik bertauliah
a.

Alatan

i.

Peti pertolongan
cemas

Perbincangan dalam

rawatan awal yang


diperlukan mengikut

Menyediakan folio individu

kecederaan yang dialami.

berkaitan dengan
pertolongan cemas.

ii.

kain anduh
(triangular
bandage)

iii.

kapas

iv.

kain pembalut luka

v.

gunting

vi.

pembasmi kuman

Aras 3
Menunjuk cara rawatan

Menonton video berkaitan.

awal bagi luka kecil.

(antiseptik)
vii.

ubat luka

viii.

pin keselamatan

ix.

pita pelekat/plaster

x.

gouze

17

xi.

lampu suluh

xii.

kosyen Calamile

b.

Bantuan

kecemasan
i.

Rawatan awal

luka kecil

terseliuh
(sprain/strain)

hidung berdarah

pitam

kejang otot

Rajah 5.5: Tunjang pembelajaran keselamatan persekitaran


Sumber: Sukatan Pelajaran PK, KBSR, Kem. Pendidikan Malaysia (1998)
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila rujuk buku karya Teng Boon Tong (2001),
Pendidikan Jasmani Kesihatan, di muka surat 161.

5.4 RANCANGAN PELAJARAN


Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan jelas serta mudah
difahami. Buku Rekod Mengajar adalah merupakan buku rekod persediaan mengajar
18

guru. Berdasarkan Maklumat Pekeliling 256, Kementerian Pendidikan Malaysia, masa


yang diperlukan untuk menuliskan buku rekod ini adalah pendek. Tujuan perbincangan
tentang isu Buku Rekod Mengajar ini adalah untuk:

i.

Meringankan beban tugasan guru yang bertindih dengan kerja-kerja perkeranian


seperti mengisi pelbagai maklumat di dalam Buku Rekod Mengajar, mengisi
borang-borang markah ujian, data peribadi pelajar dan catatan-catatan lain.

ii.

Membantu guru memberi tumpuan kepada tugas mengajar yang semakin


berkurangan. Keputusan tersebut adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang
diadakan pada 31 Julai 1998 antara pihak Jemaah Nazir Sekolah, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral telah memutuskan untuk menyetujui keputusan yang dibuat pada
perjumpaan dengan guru-guru sebelum ini (18 Jun 1998) dengan beberapa
pindaan.

5.4.1

Rancangan Pelajaran Tahunan


Rancangan kerja merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam

sukatan pelajaran yang disusun untuk setahun. Rancangan kerja disediakan pada awal
tahun sebelum tahun akademik bermula. Kepentingan Rancangan Kerja ialah ia
membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan
terancang dan teratur.
Format atau isi kandungan rancangan kerja tahunan adalah seperti berikut:
Format/Isi Kandungan
1.

Tajuk

2.

Objektif/Kemahiran

3.

Bilangan Minggu

4.

Catatan

5. Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan mengikut kesesuaian pelajar dan

19

keadaan persekolahan semasa


6.

Boleh digunakan untuk tahun-tahun yang berikutnya

7.

Unsur STRUM dan KBKK dimasukkan di bawah lajur Objektif

8.

Pelajaran/Kemahiran

Format rancangan kerja tahunan adalah seperti dalam jadual berikut:

Semester

Minggu

Tajuk

Kemahiran

Penerapan Nilai

5.4.2 Rancangan Pelajaran Mingguan


Rancangan mingguan diselaraskan untuk semua mata pelajaran. Format
penulisan rancangan mingguan berbeza-beza mengikut mata pelajaran dan mengikut
negeri tertentu. Format yang dipersetujui adalah seperti berikut:
Format/Isi Kandungan
1.

Mata pelajaran.

2.

Tingkatan/Tahun.

3.

Rancangan Minggu Ini.

4.

Pendidikan Kesihatan.

5.

Tajuk Konsep/Kemahiran.

6.

Hasil Pembelajaran yang dihasratkan.

Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada


rancangan kerja tahunan. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan
objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu.

Format rancangan kerja mingguan adalah seperti berikut:

20

Ming
gu

Kemahiran

Isi

Aktiviti Pengajaran dan

Bahan Bantu

Pelajaran

Pembelajaran

Mengajar

Sila lihat contoh rancangan latihan tahunan, mingguan dan harian berikut:
Rancangan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3

Ming

Tunjang, Tajuk &

gu

Nilai

PJ:

Pendidikan Pada akhir proses

Sukan
5. Keselamatan
Nilai:
d.

Objektif

Bekerjasam

a
f.

Keselamatan semasa
permainan.

pelajar dapat:
Mengenalp

asti tempat yang


selamat untuk

h.

Mematuhi

bermasyarakat

arahan serta

g.

peraturan untuk

Kesedaran

Catatan

pembelajaran,

beraktiviti.
Semangat

Kandungan

beraktiviti di tempat

sesuai dan
e.

Penilaian/

pengajaran dan

g.
Berhati-hati

Kemahiran/Isi

Contoh Aktiviti:
Demonstrasi menjaga
keselamatan di tempat
permainan.
Menyenaraikan
langkah keselamatan.

keselamatan diri.
i.

Menyenarai

kan sekurangkurangnya lima


langkah
keselamatan di
tempat permainan.

PK: Kebersihan dan Pada akhir proses

Keselamatan di

21

Keselamatan

pengajaran dan

rumah, sekolah dan

Persekitaran.

pembelajaran,

tempat permainan.

pelajar dapat:
4. Keselamatan
Nilai: Kesedaran

Memahami dan
mematuhi arahan
serta peraturan

Berdikari

keselamatan di
rumah, sekolah
dan tempat
permainan.

Contoh Aktiviti:
Perbincangan
mengenai
keselamatan di
sekolah, rumah dan
tempat permainan.
Menyenaraikan
bahaya di tempattempat berkenaan.
Menyenaraikan
langkah-langkah
keselamatan yang
perlu diambil.

PJ:

Pendidikan Pada akhir proses

Sukan
3. Pengurusan

pengajaran dan

Amalan Pemakanan

pembelajaran,

untuk Pertumbuhan

pelajar dapat:
Contoh Aktiviti:

Nilai:

2.1 Pengurusan Diri

Memahami dan
Amanah

mengamalkan
pengurusan masa

Berhati-hati

yang sesuai untuk

Berdikari

berinteraksi.
Berinteraksi dan
berkomunikasi
sesama rakan.

Perbincangan tentang
amalan pemakanan
untuk tumbesaran.
Mengumpul dan
menampal gambar
yang sesuai ke dalam
folio.

Memilih makanan
yang sesuai untuk
tumbesaran.

22

PK: Kebersihan dan Pada akhir proses

Keselamatan di

Keselamatan

pengajaran dan

rumah, sekolah dan

Persekitaran.

pembelajaran,

tempat permainan.

pelajar dapat:

Keselamata

Contoh Aktiviti:
1. Memahami dan

mematuhi arahan

Nilai:

serta peraturan
keselamatan di

a. Kesedaran

rumah, di tempat

a.

Perbincangan

mengenai
keselamatan di
sekolah, rumah dan
tempat permainan.

b. Berdikari

permainan dan

c. Keberanian

sekolah bagi

b.

menjaga

bahaya yang mungkin

keselamatan diri.

ada di tempat-tempat

Menyenaraikan

tersebut.
c.

Menyenaraikan

langkah-langkah yang
perlu diambil.

PJ: Kecergasan

Pada akhir proses

1.1 Skip Setempat

pengajaran dan
1. Daya

Tahan

Kardiovaskular
Nilai:
a. Keyakinan

pembelajaran,
pelajar dapat:

1.

Skip sambil

bergerak 20 m ulangalik

1. Melakukan
aktiviti kecergasan
berkaitan dengan

Contoh Aktiviti:
a.

Skip satu kaki.

kardiovaskular.

b.

Skip silang.

menghormati

2. Melakukan

c.

Skip sambil

d. Keberanian

aktiviti skip

membentuk bulatan.

setempat

d.

berterusan selama

membentuk pelbagai

34 minit.

corak.

b. Berdikari

daya tahan

c. Hormat-

Skip sambil

23

3. Melakukan
aktiviti skip sambil
membentuk
bulatan dan
pelbagai corak
secara berterusan.

PK: Kesihatan Diri Pada akhir proses

1.

& Keluarga

menyayangi diri.

pengajaran dan
pembelajaran,

1. Kesihatan Diri
Nilai:
a. Kasih sayang
b. Kesyukuran

pelajar dapat:
1. Mengenal diri
sendiri dan

Hargai

kesihatan sendiri.
Contoh Aktiviti:

menyatakan

a.

amalan penjagaan

cara-cara penjagaan

c. Kebersihan fizikal diri.


dan mental.

2.

Menjaga dan

Menyenaraikan

kesihatan diri.

2. Berinteraksi dan

b.

berkomunikasi

perkara-perkara yang

dengan rakan

merosakkan kesihatan

dalam suasana

diri.

Menyenaraikan

yang
menyeronokkan.

PJ: Kecergasan
1. Kelenturan

Pada akhir proses

2.1 Meleding

pengajaran dan

berpasangan.

pembelajaran,

Nilai:

pelajar dapat:

a. Bekerjasama

1. Melakukan
aktiviti kecergasan

Contoh Aktiviti:
a.

Timbang

garam.

b. Keyakinan

berkaitan

b.

c. Keberanian

kelenturan.

sambil menyentuh jari

d. Berdikari

2. Melakukan

Meleding

rakan.

aktiviti meleding

24

berpasangan

c.

sambil menyentuh

memegang gelung

jari rakan.

rotan, bola besar dan

3. Melakukan

Sambil

kayu.

aktiviti meleding
berpasangan
sambil memegang
alatan.

PK: Kesihatan Diri Pada akhir proses

1.

& Keluarga

menyayangi diri.

pengajaran dan
pembelajaran,

1. Kesihatan Diri
Nilai:

pelajar dapat:
1. Berkomunikasi

2.

Menjaga dan

Keceriaan diri.

Contoh Aktiviti:

a. Hormat-

dan berinteraksi

a.

menghormati

dengan rakan

lakonan berkaitan.

dalam suasana
b. Tolong-menolong

yang
menyeronokkan.
2. Menyatakan

b.

Membuat

Menyatakan

perasaan melalui
karangan atau kad
ucapan.

perasaan yang
terpendam.

PJ: Kecergasan

Pada akhir proses

3.1 Lambung pundi

pengajaran dan

kacang dan kawal

pembelajaran,

dengan kaki atau

Nilai:

pelajar dapat:

tangan.

a. Bekerjasama

1. Melakukan

Contoh Aktiviti:

1. Koordinasi

aktiviti kecergasan
b. Keberanian

berkaitan

c. Kejujuran

koordinasi dengan
riang dan yakin.

a.

Lambung tinggi

dan rendah secara


individu.

25

d. Keadilan

2. Melambung

b.

Lambung tinggi

pundi kacang dan

dan rendah secara

kawal

kumpulan.

menggunakan kaki
dan tangan pada
jarak tinggi dan
rendah dengan
sekurangkurangnya tiga kali
dari lima kali
lambungan.

PK: Kesihatan Diri Pada akhir proses

1.

& Keluarga

menyayangi diri.

pengajaran dan
pembelajaran,

1. Kesihatan Diri
Nilai:
a. Hormatmenghormati
b. Keyakinan

pelajar dapat:
1. Menyatakan
tentang sahabat.
2. Menceritakan
tentang sahabat
masing-masing.
3. Membuat kad
ucapan untuk
sahabat.

2.

Menjaga dan

Memilih

sahabat.
Contoh Aktiviti:
a.

Bercerita

tentang sahabat
sendiri.
b.

Menulis

tentang sahabat.
c.

Menulis surat

kepada sahabat.
d.

Menyenaraikan

nama-nama sahabat.
e.

Membuat kad

ucapan.

PJ: Kecergasan

Pada akhir proses

4.1 Mengimbang skala

pengajaran dan

depan di atas bangku

26

1. Imbangan

pembelajaran,

gimnastik.

pelajar dapat:

Nilai:

Contoh Aktiviti:

a. Keyakinan
b. Keberanian
c. Berdikari

1. Melakukan
aktiviti kecergasan
berkaitan dengan

a.

Mengimbang

pada titik graviti.

daya tahan

b.

kardiovaskular.

atas lantai.

2. Mengimbang

c.

skala ke depan

atas bangku

pada titik graviti.

gimnastik.

3. Mengimbang

d.

skala ke depan di

atas bangku secara

atas lantai.

statik dan bergerak.

Mengimbang di

Mengimbang di

Mengimbang di

4. Mengimbang
skala ke depan di
atas bangku
gimnastik.
5. Mengimbang di
atas bangku
secara statik dan
bergerak.

PK: Kesihatan Diri Pada akhir proses

1.1 Menjaga dan

& Keluarga

pengajaran dan

menyayangi diri. Cara

pembelajaran,

bergaul dengan rakan.

1. Kesihatan Diri

Contoh Aktiviti:

Nilai:
a.

a. Mengenal diri
Hormat-

menghormati
b.

pelajar dapat:

Bekerjasam

sendiri.

a.

Membuat

lakonan berkaitan.
b. Berkomunikasi
dan berinteraksi

b.

Menyatakan

27

a
c.

Tolong-

menolong

PJ: Kecergasan

dengan rakan

cara memulakan

dalam suasana

pergaulan dengan

yang

rakan.

menyeronokkan.

Pada akhir proses

5.1 Main sentuh ekor.

pengajaran dan
1. Ketangkasan

pembelajaran,

Nilai:

pelajar dapat:

a. Keberanian

a. Melakukan
aktiviti berkaitan

b. Keyakinan

dengan daya tahan


kardiovaskular.

Contoh Aktiviti:
a.

Dapatkan ekor

kawan seberapa
banyak yang boleh
sambil selamatkan
ekor sendiri.

b. Melakukan
aktiviti main sentuh
ekor kawan
sekurangkurangnya lima kali
dalam pusingan.

PK: Kesihatan Diri Pada akhir proses

1.1 Menjaga dan

& Keluarga

pengajaran dan

menyayangi diri.

pembelajaran,

Perawakan diri.

1. Kesihatan Diri
Nilai:

pelajar dapat:
Contoh Aktiviti:
a. Berkomunikasi

a. Hormat-

dan berinteraksi

menghormati

dengan rakan
dalam suasana

b. Bekerjasama

yang

a.

Berbincang

tentang perawakan
diri dengan guru dan
rakan.

menyeronokkan.
b. Menyatakan
cara menjaga

28

perawakan diri.

PJ: Kemahiran
i. Pergerakan Asas

Pada akhir proses

1.

pengajaran dan

Berjalan

pembelajaran,

Nilai:

pelajar dapat:

a. Keyakinan

a. Melakukan

b. Berdikari

Lokomotor

Contoh Aktiviti:
a.

Berjalan cepat.

aktiviti berjalan

b.

Berjalan tukar

dengan gaya dan

langkah cepat dan

teknik yang betul

perlahan.

serta menjaga
postur badan.
b. Melakukan

c.

Berjalan atas

tumit dan tukar jalan


berjengkit.

aktiviti berjalan
dengan menukar
langkah secara
cepat dan
perlahan.
c. Melakukan
aktiviti atas tumit
dan tukar jalan
secara berjengkit.

Rancangan kerja merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam
sukatan pelajaran yang disusun untuk setahun. Rancangan kerja disediakan pada awal
tahun sebelum tahun akademik bermula. Kepentingan Rancangan Kerja ialah ia
membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan
terancang dan teratur.
5.4.3 Rancangan Tahunan dan Mingguan
Perancangan yang rapi perlu dirancang bagi membolehkan guru menggunakan
sumber dan kemudahan secara optimum dan berkesan. Perancangan yang rapi

29

membolehkan para guru menjalankan tugas dengan baik dan memastikan sukatan yang
disediakan diberi perhatian yang serius dan berjalan seperti dirancang serta mencapai
matlamat.
Menurut Graham (1992), perkara utama yang menjelaskan mengapa perancangan
diperlukan adalah seperti berikut:
1.

Jumlah Masa Mengajar yang Terhad


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kelly (1989) didapati bahawa 39 minit

diperlukan untuk mengajar sesuatu objektif. Adalah tidak wajar sekiranya lebih daripada
satu objektif dirancang untuk satu waktu pendidikan jasmani.
Persekitaran Pengajaran

2.

Saiz kelas, peralatan dan kemudahan adalah faktor-faktor yang perlu diberi
perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan kesihatan. Perancangan yang
teliti perlu dilakukan apabila melibatkan saiz kelas yang besar, sekiranya ia melibatkan
peralatan, masa dan kemudahan. Pengagihan masa bagi setiap aktiviti juga perlu
dirancang.
Latar Belakang Guru

3.

Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Para


pengajar perlulah individu yang terlatih kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk
pelajar. Dalam soal ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.
Latar Belakang Pelajar

4.
Para

pelajar

terdiri

daripada

pelbagai

latar

belakang

dan

memerlukan

perancangan pengajaran yang sesuai untuk menarik minat mereka. Perancang pelajaran
perlulah mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan para pelajar untuk mengelakkan
rasa bosan dan rendah diri. Jadi perancangan yang teliti adalah perlu untuk mengatasi
masalah ini.

30

RUJUKAN

Briggs, F. & McVeity, N. (2000). Teaching Children To Protect Themselves. Crows


Nest NSW: Allen & Unwin.
Merki M.B. & Merki D. (1987). Health, A guide to wellness. Mission Hills, CA.
Glencoe Pub.Co.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San
Francisco, CA: Benjamin Cummings.
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan
kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar Learning.
Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate curriculum.
New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Nor Hasimah. H., & Yahya, C. L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS
Publication Sdn. Bhd.
31

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.


KPM.
Radzi, S., & Yusuff, I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur.
Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for
elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics.
Wuest, D.A., & Bucher, C.A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th
edition). Boston: WCB McGraw-Hill.
Zarina L.A., Abdul Latif A., Azali R., Norkhalid S., & Nur Akmal I. (2011). HBHE 1103
Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan.
PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

LAMAN WEB
URL:http://www.siecus.org/
URL:http://www.serc.mb.ca/

32

You might also like