You are on page 1of 17

Bmm 3103

topik 1 :
pendefinisian
dan Contoh

Pentaksiran
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah
satu proses pengumpulan maklumat oleh
guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar
sendiri tentang kemajuan mereka.
Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran
ialah
proses
untuk
mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan
pencapaian pelajar secara menyeluruh
berasaskan matlamat kurikulum.

Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran


dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi
sebahagian
daripada
proses
pengajaran
yang
diharapkan
dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar.
Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan
yang bersifat formatif melibatkan guru
sepenuhnya dan memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan penguasaan
mereka dalam kemahiran yang dipelajari,
yang tidak boleh ditaksir melalui ujian
bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai
digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.

Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai


pembelajaran
menggalakkan
seseorang
guru
menggunakan
kebijaksanaan
untuk
menilai
kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran,
dan
seterusnya
membuat
perancangan
untuk
memperbaiki pelajar.

Contohnya dalam kelas Matematik,


guru boleh menapis dan membuat
klasifikasi pelajar tentang tahap
kebolehan
semasa
proses
pengajaran
dan
pembelajaran
dijalankan.
Pelajar
menjalankan
aktiviti, dan sebagai guru, kita
menilai pada masa tersebut.

Pentaksiran pembelajaran biasanya


diadakan selepas suatu jangka masa
tertentu, misalnya selepas lapan
minggu sesuatu kursus dijalankan.
Tujuan pentaksiran ini adalah untuk
melihat sejauh mana objektif kursus
telah tercapai, dan sejauh mana
pengetahuan dan kemahiran telah
diperoleh oleh pelajar pada akhir
sesuatu program.

Pengujian
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah
satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah
laku
seseorang
individu
dan
menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.

Misalnya, skala bernombor seperti


angka
30/100
untuk
ujian
penglihatan, 100 untuk ujian darjah
kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi
ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula
seperti ekstrovert atau introvert
bagi ujian personaliti, atau rabun
warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan
pengujian
bagi
mengukur
perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros
(1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991) yang menegaskan
bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan
contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid di dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan.
Maklumat
yang
diperolehi
daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat
penilaian
atau
pengadilan.
(Raminah 1991:2)

Hasil
daripada
jawapan
yang
diberikan
yang
diberikan
oleh
pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markah akan diberikan
kepada
individu
berkenaan.
Pengujian
menjelaskan
keadaan
berapa baguskah prestasi murid
yang diuji.

Secara ringkas Pengujian merupakan


satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur perubahan tingkah laku.
Tujuan ialah menentukan pencapaian
murid dalam sesuatu pembelajaran.
Boleh dalam bentuk pemerhatian,
ujian lisan mahupun bertulis.

Pengukuran
Menurut
Dudi
Indrajit
(2007),
Pengukuran adalah membandingkan
nilai besaran yang diukur dengan
besaran sejenis yang ditetapkan
sebagai satuan.

Menurut Noraini Idris dan Azis Nik Pa (2008),


pengukuran merupakan landasan bagi
definisi operasi pengukuran. Secara kasar,
istilah pengukuran merujuk proses memberi
penjelasan berangka kepada atribut bagi
suatu benda, perkara, keadaan, orang, atau
peristiwa mengikut peraturan tertentu.
Dalam penyelidikan, hasil pengukuran
adalah satu himpunan pemerhatian yang
akan digunakan sebagai data kajian.

Penilaian
Penilaian adalah suatu istilah yang
boleh didefinisikan dengan banyak
cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv)
menyatakan penilaian sebagai the
process of delineating, obtaining, and
providing useful information for
judging
decision
alternatives.
Definisi ini menjangkau melepasi
daripada maksud pengujian dan
pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa


penilaian ialah satu proses yang
dianggap
sistematik
semasa
mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu
telah tercapai. Hal ini seterusnya
bagi membolehkan guru dapat
membuat
pertimbangan
atau
keputusan yang tepat berhubung
pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila


guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian
pelajar atau guru menilai pencapaian
pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh
mengatakan
bahawa
guru
sebenarnya mengukur pencapaian
pelajar melalui ujian yang dijalankan.
Dalam sesetengah keadaan penilaian
dibuat tanpa sebarang pengukuran
yang
melibatkan
ujian
terlebih
dahulu; tetapi hanya melibatkan
pertimbangan nilai semata-mata.

Secara
ringkasnya
Penilaian
merupakan satu proses membuat
pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran. Bertujuan memberikan
maklumat
tentang
pencapaian
murid, objektif pelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum.

You might also like