You are on page 1of 25

NATIONAL CHILD DEVELOPMENT RESEARCH CENTRE

GARIS PANDUAN KANDUNGAN


KREATIF MEDIA UNTUK
KANAK-KANAK
BAWAH 6 TAHUN

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

PENDAHULUAN
National Child Development Research Centre (NCDRC) telah ditubuhkan dengan kebenaran Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2006
bagi tujuan pengendalian dan penganjuran penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Sebagai sebuah agensi
kerajaan NCDRC bertanggung jawab bagi memastikan peningkatan kualiti dan kesejahteraan
kanak-kanak di Malaysia melalui penyelidikan dan pelbagai program. Bagi melaksanakan tugasan
ini NCDRC mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta melalui Mesyuarat
Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan dan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan yang
bertemu 4 kali setahun untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak di
Malaysia. Antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Kali ke 4 Bil 2/2013 (13.6.2013) ialah isu
pendedahan kanak-kanak hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pelbagai
kandungan media. Setakat ini tidak ada satu badan yang bertanggungjawab untuk memantau dan
memberi panduan kepada para penyiar dan penerbit untuk memastikan setiap kandungan media
kreatif yang diterbitkan selaras dengan standard kandungan pembelajaran dan juga standard
kandungan penyiar.
Sehubungan dengan itu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (MJPPPKK) kali ke 4
Bil 2/2013 dan kali ke 5 Bil 3 /2013 telah bersetuju untuk membangunkan garis panduan kandungan media kreatif bagi memastikan semua
program yang diterbitkan untuk kanak-kanak adalah bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan mereka. Pihak NCDRC telah
menjemput pelbagai agensi dari pihak kerajaan dan swasta (KKM, RTM, JAKIM, EPU, KEMAS, KPM, dll) untuk bersama-sama berbincang dan
menyediakan garis panduang kandungan media kreatif untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Hasilnya satu kertas cadangan bagi Garis
Panduan Kandungan Media Kreatif untuk Kanak-kanak Bawah 6 Tahun Malaysia telah di bentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa
Penyelarasan Penyelidikan dan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan kali ke 6, Bil 1/2014.
2

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

TUJUAN
Untuk membina garis panduan bagi penerbitan kandungan media kreatif kanak-kanak di Malaysia bagi memastikan rancangan yang
diterbitkan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak, norma kehidupan dan juga budaya serta nilai moral yang bertepatan dengan
prinsip rukun negara.

LATAR BELAKANG
Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk
mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. Dasar Kanak-Kanak Negara
bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri,
berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni. Antara objektif utama Dasar KanakKanak Negara ialah untuk memastikan setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan
holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian dan setiap kanakkanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap
keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan
mereka. Bagi mencapai objektif ini strateginya adalah seperti memperluaskan akses kepada
maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan
hidup mereka.
Dasar Kanak-Kanak Negara ini juga menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang bersesuaian dan
berkualiti. Bagi tujuan ini kanak-kanak juga turut digalakkan menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab dan beretika
sebagai input dalam merangka program untuk mereka atau program yang berkaitan dengan kepentingan mereka (Dasar Kanak-Kanak Negara,
2013). Hak kanak-kanak dan media ini juga turut digariskan dalam Media and Childrens Right (2005) yang dikeluarkan oleh UNICEF.
Jika dahulu media yang dikenali masyarakat mungkin hanya surat khabar, radio dan televisyen tetapi pada masa kini kandungan media kreatif
adalah terdiri daripada integrasi media utama seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan internet yang dikenali sebagai multi media
3

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

atau integrasi media yang menjadikan teknologi digital sebagai platformnya. Justeru, dengan berlakunya perkembangan mendadak teknologi
digital, definisi media turut berubah dan ditambah dengan integrasi pelbagai media yang terkini (Nor Azah, 2014) mengikut perkembangan
teknologi.
Penggunaan media juga semakin berkembang sejajar dengan perkembangan masa. Di Amerika Syarikat, bagi keluarga yang mempunyai
anak-anak berumur 8 tahun ke bawah, terdapat peningkatan lima kali ganda dalam pemilikan peranti tablet seperti iPad, dari 8% daripada
semua keluarga pada tahun 2011 kepada 40% dalam 2013. Peratus kanak-kanak dengan akses kepada beberapa jenis peranti pintar mudah
alih di rumah seperti telefon pintar dan tablet melonjak daripada 52% kepada 75% daripada semua kanak-kanak dalam tempoh 2 tahun dari
tahun 2011 ke tahun. Namun begitu , televisyen masih menguasai media kanak-kanak pada masa kini, tetapi terdapat perubahan dramatik
terhadap cara menonton dan penggunaan media yang berbeza seperti DVD, permainan video, tablet dan telefon pintar 2013 (Zero to Eight,
2013). Ini menyebabkan kadar menonton televisyen berkurangan kepada satu setengah jam setiap hari tetapi ditambah dengan penggunaan
media yang berbeza. Perkembangan penggunaan media ini memberi kesan negatif kepada kanak-kanak yang membawa kepada
kebimbangan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat. Kajian Kamaruzaman Jusoff dan Nurul Nadiah Sahimi (2009) telah
menyatakan beberapa kesan negatif menonton antaranya attention disorder, masalah pembelajaran dan juga keganasan. Ini kerana kanakkanak yang terdedah pada keganasan dalam media menyebabkan mereka melakukan tindakan agresif dan hubungan antara media ganas
dengan jenayah pula makin meningkat secara konsisten sejak 1975 (Anderson, Berkowitz, Donnerstein,Huesmann, Johnson, Linz, Malamuth,
Wartella, 2003). Di atas faktor kebimbangan ini FOMCA (2008) juga telah menggariskan kaedah perlindungan kanak-kanak terhadap kesan
buruk media. Menurut agensi ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengawal selia media dan industri telekomunikasi bagi
melindungi anak-anak, sementara pihak industri pula harus meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan kebajikan kanak-kanak melebihi
faktor keuntungan.
Perlu disedari media elektronik adalah sebahagian daripada kehidupan dalam masyarakat kita dewasa ini dan tidak semua kajian menyatakan
kesan negatif media elektronik. Terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan yang positif seperti kajian Rice, Huston dan Tru gulio dan
Wright (1990; dalam Kamaruzaman Jusoff dan Nurul Nadiah Sahimi, 2009) yang menunjukkan perkembangan bahasa berlaku kepada kanakkanak berusia 24 bulan dan ke atas yang menonton Sesame Street. Begitu juga kajian (Uchikoshi, 2005; dalam Kamaruzaman Jusoff dan
Nurul Nadiah Sahimi,2009) yang menunjukkan peningkatan bahasa Inggeris oleh kanak-kanak yang menggunakan Spanish sebagai bahasa
ibunda. Justeru, kita harus memastikan rancangan yang ditonton oleh kanak-kanak adalah berkualiti yang boleh membawa kepada kesan yang
signifikan terhadap perkembangan dan pembelajaran mereka. Walaupun di negara kita telah ada rancangan televisyen pendidikan tetapi
masih kurang berkualiti dan kurang menarik minat kanak-kanak, serta kebanyakan program adalah dari luar negara yang tidak menunjukkan
sosial budaya setempat.
4

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

Oleh kerana kandungan media kreatif amat penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, langkah segera perlu diambil bagi
menghasilkan lebih banyak kandungan media kreatif yang berkualiti supaya kanak-kanak mendapat akses terhadap kandungan media yang
dapat memberikan faedah kepada mereka. Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan dan Pembangunan Kanak-kanak
Kebangsaan bersetuju menyediakan konsep garis panduan kandungan kreatif media kanak-kanak bawah 6 tahun bagi kegunaan badan
penyiaran yang akan menyediakan bahan media kreatif untuk kanak-kanak di Malaysia. Kanak-kanak adalah asset kepada negara, kerajaan
harus menggunakan peluang ini dalam usaha menghasilkan generasi yang lebih cemerlang yang bakal mewarisi negara kita dimasa hadapan.

MATLAMAT
Diharapkan garis panduan yang disediakan menjadi panduan kepada semua yang terlibat dengan kanak-kanak dan juga badan penyiaran
yang membangunkan bahan kandungan media kreatif kanak-kanak.

JUSTIFIKASI PEMBINAAN GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF KANAK-KANAK


1. Kanak-kanak mencapai lima puluh peratus (50%) perkembangan menyeluruh di bawah usia 6 tahun iaitu hampir semua kemahiran
sama ada psikomotor, awal literasi dan kefahaman konsep sudah tercapai.
2. Garis panduan kandungan media kreatif bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun di Malaysia kurang memberi fokus kepada aspek
perkembangan kanak-kanak mengikut umur dan kebolehan.
3. Penerbit professional memerlukan maklumat terperinci mengenai perkembangan kanak-kanak bagi menerbitkan kandungan media
kreatif yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak.
4. Pihak akademik memahami perkembangan kanak-kanak tetapi kurang pengetahuan tentang kaedah penerbitan rancangan yang
memerlukan kreativiti dan kemahiran tertentu.
5. Ibu bapa memerlukan panduan yang jelas tentang kandungan media kreatif yang bersesuaian untuk anak-anak mereka bagi tujuan
pemantauan.

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

OBJEKTIF
1. Menyediakan satu garis panduan yang mudah difahami oleh semua pihak terutamanya penyiar dan penerbit rancangan media kreatif
kanak-kanak.
2. Memberi kefahaman tentang aspek-aspek penting perkembangan kanak-kanak bagi tujuan rujukan badan penyiar dan penerbit.
3. Menjadi bahan rujukan bagi badan penyiaran yang akan menyediakan program atau kandungan media untuk kanak-kanak di Malaysia.
4. Menggalakkan penghasilan kandungan media kreatif kanak-kanak yang bersesuaian dengan kanak-kanak bawah usia 6 tahun.
5. Memberi peluang kepada pendidik untuk menggunakan kandungan media kreatif yang berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP YANG MEMANDU GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF KANAK-KANAK


BAWAH 6 TAHUN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.


Menghormati kefahaman agama, budaya dan nilai moral masyarakat Malaysia.
Kandungan yang mempunyai unsur kreativiti dan inovasi yang tinggi.
Berunsurkan didik hibur yang seimbang.
Kandungan yang disediakan mampu mencapai standard antarabangsa.
Tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, seksualiti, tahyul, seram dan juga buli.
Kandungan yang disediakan tidak mempunyai agenda politik.
Kandungan yang disediakan menjaga kebajikan dan hak privasi kanak-kanak.

DEFINISI
Media
Media masa kini adalah media yang terdiri dari integrasi media utama seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan internet yang
dikenali sebagai multi media atau integrasi media. Integrasi media boleh didefinisikan sebagai gabungan pelbagai jenis media untuk tujuan
memberikan manfaat dan kesan terbaik kepada pengguna (Austin, 2002).

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

Kandungan Kreatif
Kandungan kreatif ini boleh didefinisikan dari pelbagai perspektif. Kandungan media kreatif pula boleh didefinisikan sebagai pemikiran yang
kreatif atau pemikiran yang keluar dari kepompong pemikiran biasa kepada daya tarikan yang luar biasa kepada pengguna media untuk
memahami sesuatu perkara seperti yang dilakukan oleh industri iklan, fesyen, filem, televisyen dan lain-lain (Nor Azah, 2014).

Kanak-kanak
Menurut Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu 1986, kanak-kanak didefinisikan sebagai
seseorang yang di bawah umur 18 tahun. Garis panduan ini merujuk kepada peringkat awal usia kanak-kanak iaitu lahir ke usia 6 tahun.

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

GARIS PANDUAN KANDUNGAN MEDIA KREATIF UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN MENGIKUT PERKEMBANGAN DAN
BIDANG PEMBELAJARAN

Kanak-kanak 0- 4 tahun
Objektif Standard:

Garis panduan Kandungan Media Kreatif adalah untuk:


1.
2.
3.
4.
5.

Mendapat pendedahan tentang dunia persekitaran.


Meningkat kefahaman dan kemahiran komunikasi dan interaksi.
Menggalakkan elemen bermain dalam kalangan kanak-kanak sebagai salah satu cara pembelajaran yang efektif.
Menggalakkan penerokaan dan meningkatkan perasaan ingin tahu kanak- kanak terhadap sesuatu peristiwa atau keadaan.
Merangsang semua bidang perkembangan pembelajaran kanak-kanak melalui pelbagai genre kandungan media kreatif yang menarik
minat kanak-kanak.
6. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memastikan anak-anak terdedah dengan bahan kandungan media kreatif yang mempunyai
nilai-nilai murni yang baik.
7. Meningkatkan keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa rasa malu.

UMUR

0-4 tahun

BIDANG
PERKEMBANGAN

Kognitif

BIDANG PEMBELAJARAN

Awal Matematik dan Pemikiran


Logik
Deria dan Pemahaman Dunia
Persekitaran

STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF


MEDIA

Mengenal objek dan ruang dalam persekitaran.


Mengesan dan membeza bunyi dan pergerakan.
Mengecam wajah orang-orang dalam lingkungan
persekitaran ibubapa, ahli keluarga, pengasuh.
Berupaya untuk meneroka dan memahami persekitaran.
8

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

UMUR

BIDANG
PERKEMBANGAN

BIDANG PEMBELAJARAN

2014

STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF


MEDIA
Berupaya untuk mengklasifikasi dan seriasi.

Sains dan Teknologi

Bahasa dan
Komunikasi

Sosio Emosi

Komunikasi
Literasi Awal
-

Mendengar

Bertutur

Membaca

menulis

Perapatan

Berupaya untuk mendemonstrasi pengetahuan


mengenai kuantiti dan pra-nombor.
Memperolehi maklumat mengenai persekitaran melalui
pemerhatian dan manipulasi.
Boleh membezakan ketinggian, saiz dan simbol
Mengenali corak mudah dan warna asas.
Boleh berfikir dan memberi alasan apabila berlaku
sesuatu terhadap diri mereka.
Mengeluarkan pelbagai bunyi dan perkataan mudah.
Bercakap dan berkomunikasi dalam ayat yang pendek.
Mendengar dan memahami percakapan/arahan.
Bertanya soalan berkaitan pengalaman yang dilalui.
Bercerita mengenai sesuatu yang dilihat/dengar.
Melahirkan perasaan dan pendapat tentang peristiwa
yang dialami.
Ingat pengalaman seharian yang dilalui.
Ingat semula apa yang dilihat/tonton.
Penambahan perbendaharaan kata melalui perbualan
harian
Rapat dengan ahli keluarga dan pengasuh/pendidik.
Memberi reaksi yang berbeza kepada individu yang
berlainan contohnya: sangat gembira bila bertemu
9

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

UMUR

BIDANG
PERKEMBANGAN

BIDANG PEMBELAJARAN

STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF


MEDIA

Interaksi

dengan ibu bapa atau ahli keluarga dekat; malu atau


tersipu-sipu bila ditegeur oleh orang asing.

Sifat kendiri

Mengenal diri dan ahli keluarga nama, jantina, status


dalam keluarga.
Bersikap positif boleh berkongsi, mengambil giliran.
Mencuba untuk berdikari dengan melakukan sesuatu
task dengan penuh keyakinan.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Menerima bahawa semua objek dalam persekitarnya
adalah hidup dan boleh berinteraksi.
Berkeyakinan dan kompeten dalam berinteraksi dengan
persekitaran dan rakan sebaya.
Memahami dan mengawal perasaan sendiri.
Bercakap dengan lemah lembut tetapi ada kalanya
menunjukkan rasa marah yang berlebihan untuk
mendapat perhatian.
Memahami reaksi orang marah, gembira
Prihatin terhadap rakan sebaya.

Interpersonal
Intrapersonal
Urus diri

Kerohanian dan Moral

2014

Kepercayaan
Keimanan
Nilai-nilai murni

Melafaz doa mudah semasa aktiviti tertentu makan;


mandi, tidur dan lain-lain.
Membaca asas tulisan jawi.
Bercakap benar terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku
ke atas dirinya.
Menghormati orang lebih tua- bersalaman.
10

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

UMUR

BIDANG
PERKEMBANGAN

BIDANG PEMBELAJARAN

2014

STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF


MEDIA
Menghayati nilai murni sopan santun, kerjasama dan
berkongsi.
Membaca surah-surah pendek dalam Al-Quran.
Memahami konsep kebersihan diri, persekitaran dan
barang peribadi.

Fizikal

Motor kasar
Motor halus
Keselamatan
Kesihatan

Pendekatan
Pembelajaran

Ingin tahu
Inisiatif

Menggerakan anggota badan kearah bunyi /rangsangan.


Menggunakan tangan dan jari untuk bermain.
Bergerak, mencapai dan memegang objek yang
diberikan.
Mengawal keseimbangan badan.
Berjalan, berlari, melompat, memanjat dan menendang.
Menulis dan melukis.
Memungut, mengambil dan membaling objek.
Mengurus diri sendiri basuh tangan, pakai pakaian,
minum, makan dan ke tandas.
Memahami amalan keselamatan dan kebersihan yang
mempengaruhi kesihatan.
Menjaga kebersihan diri dan barangan peribadi.
Memahami arahan untuk tidak bercakap dengan orang
yang tidak dikenali.
Boleh mempelajari sesuatu perkara dan memperolehi
pengalaman yang baru.
Berinisiatif untuk mencapai kehendaknya seperti cuba
mendapatkan bola yang jatuh ke dalam longkang, atau
11

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

UMUR

BIDANG
PERKEMBANGAN

BIDANG PEMBELAJARAN
Penerokaan
Bermain
Kreatif dan inovasi

Kretiviti dan Estetika

Seni Visual
Seni Persembahan
Seni muzik

2014

STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN KREATIF


MEDIA
berusaha membuat sesuatu task sehingga selesai.
Menggunakan kreativiti sendiri dalam lukisan atau
menghasilkan sesuatu rekacipta.
Belajar daripada pengalaman berbeza.
Selesa dan gembira mendengar muzik yang ceria dan
rancak.
Gembira dengan permainan berwarna warni dan
mengeluarkan muzik.
Membezakan bunyi-bunyian.
Suka melihat gambar yang berwarna warni.
Suka main peranan dan berkebolehan meniru gaya dan
watak.
Berupaya menghasilkan bentuk-bentuk kreatif melalui
aktiviti melukis gambar atau membentuk doh.
Menghayati, melahirkan perasaan melalui muzik.

12

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN MENGIKUT
PERKEMBANGAN DAN BIDANG PEMBELAJARAN
Kanak-kanak 4 6 tahun
Objektif Standard:
1. Membina kecergasan badan.
2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6. Mempunyai kematangan emosi.
7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
10. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk
perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
12. Mengamalkan nilai murni.
13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

13

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

UMUR

4-6 tahun

TUNJANG DAN
PERKEMBANGAN

STANDARD KANDUNGAN

Tunjang Bahasa dan Komunikasi


Komunikasi
Literasi Awal
-

Mendengar

Bertutur

Membaca

Menulis

2014

STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF


MEDIA

Respon terhadap perbualan, permintaan, cerita dan


mampu untuk berkomunikasi dengan lancar.

Mengemukakan persoalan/idea untuk mendapat


kepastian melalui program/rancangan yang disiarkan.

Memainkan
peranan
mengikut
situasi
yang
digambarkan. Contohnya situasi positif dapat menjadi
ikutan kepada kanak-kanak mengadaptasikan dalam
kehidupan harian samada melalui pertuturan atau
perlakuan.

Mengenalpasti jenis simbol/huruf melalui media


elektronik, cetak dan sosial dan seterusnya mampu
untuk menjawab persoalan yang dikemukakan.

14

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

UMUR

TUNJANG DAN
PERKEMBANGAN

STANDARD KANDUNGAN

Tunjang Kerohanian, Akidah


sikap dan Nilai
Ibadah
Pendidikan Islam
Akhlak
Sirah

2014

STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF


MEDIA

Menerapkan pendidikan asas Islam dan unsur-unsur


keagamaan dalam rancangan/program sebagai
panduan untuk kanak-kanak.

Penerapan nilai-nilai murni dalam bahan media yang


dihasilkan.

Asas tulisan Jawi


Asas Bahasa Arab
Hemah tinggi
Hormat menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Keberanian
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
15

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

UMUR

TUNJANG DAN
PERKEMBANGAN

STANDARD KANDUNGAN

2014

STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF


MEDIA

Toleransi
Berdikari
Berdisiplin

Tunjang Ketrampilan
diri dan
Perkembangan Sosi0Emosi

Mengenali dan Mengurus Emosi


Sendiri.

Berkemahiran mengawal emosi dan bertindak dalam


kawalan diri sendiri.

Mencapai Emosi yang Positif

Berkemahiran untuk menunjukkan ekpresi diri melalui


bahan/rancangan yang dilihat terutama aura positif.

Berkemahiran mewujudkan keyakinan diri melalui


persekitaran semasa dan rakan sebaya.

Berkemahiran untuk menjalani pergaulan secara sihat


di kalangan rakan sebaya, keluarga dan komuniti.

Mempunyai tubuh badan yang sihat melalui amalan


kesihatan yang baik.

Mempraktiskan
keselamatan diri.

Mengenalpasti asas-asas penjagaan kesihatan diri.


Contohnya penjagaan kuku, rambut, BMI dan lain-

Membina Kemahiran Sosial

Tunjang
Perkembangan Fizikal
Dan Estetika Perkembangan Fizikal
Dan Penjagaan
Kesihatan

Kesihatan fizikal
Kesihatan Persekitaran
Keselamatan
Motor kasar
Motor halus

langkah-langkah

penjagaan

16

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

lain.

UMUR

TUNJANG DAN
PERKEMBANGAN

Tunjang
Perkembangan Fizikal
Dan Estetika Kreativiti

STANDARD KANDUNGAN

Seni Visual

Mengenalpasti penggunaan
kehidupan harian.

Mengenalpasti perkara-perkara yang negatif yang


ditonjolkan oleh media. Contohnya katakan tak nak
pada asap rokok, menolak pemberian atau
permintaan orang yang tidak dikenali yang
mempunyai niat jahat.

Berkebolehan mengikut instrumen seni


persembahan dan muzik yang dihasilkan.

Mengembangkan kreativiti dan inovatif melalui deria


lihat, dengar dan berfikiran kritis.

Berkemahiran melakukan pergerakan


instrument alunan muzik/lagu.

Berkebolehan meneroka dan menilai kemahiran


berfikir secara informative.

Berkebolehan
mengenal
penggunaan
nombor
matematik dengan baik dan boleh aplikasi dalam
kehidupan sebenar.

Berkemahiran dalam menggunakan ICT.

Seni Persembahan
Seni muzik
Pergerakan Kreatif

Tunjang Sains Dan


Teknologi Awal
Sains Dan Awal
Matematik

STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF


MEDIA

Sikap saintifik
Kemahiran Saintifik
Menyiasat Alam Sekitar
Menyiasat Alam Bahan

lima

deria

dalam

visual,

mengikut

17

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

Pengalaman Pranombor

2014

Berkemahiran menghargai alam sekitar.

Konsep Nombor

UMUR

TUNJANG DAN
PERKEMBANGAN

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN RANCANGAN KREATIF


MEDIA

Operasi Nombor

Berkemahiran untuk manipulasi bahan sedia ada.

Nilai Wang

Berkemahiran membezakan waktu/masa sebenar.

Berkemahiran mengenal diri sendiri, keluarga, rakan


sebaya, komuniti, alam sekitar, warisan budaya dan
negara.

Mengemukakan elemen nilai menghormati


kebertanggungjawaban terhadap keluarga
masyarakat.

Konsep Waktu
Bentuk dan ruang
Pembinaan
Penggunaan ICT
Tunjang
Kemanusiaan

Diri Saya
Saya dan Keluarga Saya
Saya dan Sekolah
Saya dan Komuniti
Saya dan Alam Sekitar

dan
dan

Saya dan Warisan Budaya


Saya dan Negara Malaysia

18

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 0-6 TAHUN
MENGIKUT STANDARD PENYIARAN PROFESIONAL
Standard Penyiaran
Professional

Mematuhi Garis Panduan Lembaga Penapisan Filem, Kod Kandungan dan mana-mana garis panduan
yang berkaitan dengan Kandungan Kreatif Media Kanak-kanak contohnya:
JAKIM
NCDRC, UPSI
KKLIU
KPDNDK
KKM
BTP,KPM
Menghormati dan melindungi hak kanak-kanak mengikuti Konvesye Hak Kanak-kanak (CRC)

Tujuan Penerbitan

Proses penerbitan program kanak-kanak perlu mengambil kira semua aspek perkembangan
pembelajaran kanak-kanak:
Perkembangan Bahasa
Perkembangan Fizikal
Perkembangan Sosio-Emosi
Perkembangan Kognitif
Mengambil kira kefahaman serta keperluan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi mengalakkan kanak-kanak belajar secara langsung dan tidak langsung.
Memberi kesan dan tauladan yang baik pada kanak-kanak.
19

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

Mengalakkan kanak-kanak belajar secara sendiri atau secara bimbingan daripada orang
dewasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Menggalakkan kanak-kanak menjadi kreatif dan inovatif.
Menghargai agama, budaya dan nilai-nilai murni.
Membina jati diri.
Menonjolkan lebih banyak ciri positif.
Peka kepada nilai-nilai kemasyarakatan.

Bahasa

Menggalakkan penggunaan bahasa ibunda (Bahasa Melayu).


Jika menggunakan dwi bahasa sesuatu ayat hendaklah lengkap dalam setiap bahasa yang
digunakan.
Elakkan penggunaan bahasa rojak.
Penggunaan ayat ringkas dan mudah difahami kanak-kanak pada laras bahasa yang betul.
Tidak menggunakan bahasa/isyarat kesat, lucah, pasar dan bahasa yang memberi maksud
yang negatif.
Intonasi yang bersesuaian dengan situasi dan watak dan tidak keterlaluan.
Semasa penerangan, sentiasa mengekalkan eye contact serta pergerakan badan yang
bersesuaian.

20

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

Host/Talent/ Watak

2014

Pengacara hendaklah memainkan peranan membantu kanak-kanak dan ibubapa memahami objektif
dan kandungan program. Kriteria seorang pengacara ialah:
Peramah dan berbakat.
Penampilan yang menarik bersesuaian dengan watak.
Penyampaian yang menyokong tahap pemikiran, kefahaman dan umur kanak-kanak.
Sopan dan tidak menggunakan bahasa yang kasar.
Penyampaian dan penampilan tidak mempamerkan imej kecelaruan gender.
Pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan watak dan kandungan program.
Watak:
-

Menggunakan watak orang dewasa yang tegas tetapi lemah lembut apabila bercakap dengan
kanak-kanak.

Menggunakan watak kanak-kanak yang berkelakuan dan berperawakan seperti kanak-kanak dan
bukannya seperti orang dewasa.

Saiz badan tidak terlalu besar.

Intonasi suara yang lembut dan mudah difahami kanak-kanak.

Pergerakan pantas tetapi terkawal.

Senyum dan mesra.

21

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

Pentas atau studio:


Setting/ Props

Saiz yang bersesuaian dan mesra kanak-kanak.


Berwarna warni dan menarik perhatian.
Boleh dilihat dan dicapai oleh kanak-kanak.
Memenuhi keperluan kanak-kanak supaya mudah bertindakbalas dan persekitaran yang
merangsang perkembangan kanak-kanak.
Lokasi Luar/ Outdoor
Menggunakan persekitaran / lokasi yang menarik minat kanak-kanak:
Zoo
Taman Permainan
Pantai
Taman Tema
Pusat Sains/ Pusat Pembelajaran
Kawasan Awam
Bas Stesen/ Keretapi
Pejabat Pos
Hospital
Dll

22

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

Muzik ringan.
Muzik/Bunyian

Mudah/ringkas dan menarik.


Lagu Instrumental.
Rentak / Muzik terkini.
Lagu-lagu rakyat.
Nursery rhymes.
Menggunakan kesan visual untuk menyokong corak persembahan menjadi lebih menarik.

Nilai
Estetika/Moral
Kerohanian

dan

Penggunaan teknologi multi media.


Berasaskan budaya setempat dan elemen global.
Sensitif terhadap keperluan dan perbezaan gender, kaum, agama dan bahasa dan budaya.
Kandungan hendaklah mengandungi nilai-nilai murni dan boleh dijadikan tauladan oleh kanakkanak.

Kesimpulan
Garis Panduan Kandungan Media Kreatif untuk kanak-kanak ini telah disediakan hasil kerjasama oleh pakar dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak dan pihak industri media kreatif. Hasil garis panduan ini memberikan pendedahan kepada keperluan perkembangan kanak-kanak
mengikut usia tertentu. Diharapkan garis panduan ini akan dapat membantu pihak industri media kreatif dalam menghasilkan program yang
bersesuaian mengikut target usia dan juga dapat mempertingkatkan kualiti program kanak-kanak di Malaysia untuk menghasilkan generasi
akan datang yang lebih cemerlang.

23

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

RUJUKAN
Anderson, C.A, Berkowitz, L., Donnerstein, E., Huesmann, L.R., Johnson, J.D., Linz,D., Malamuth, N. M., Wartella, E. (2003), The influence of
media violence on youth. Psychological Science in the Public Interest.
Dasar Kanak-Kanak Negara (2013), Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_kanak-kanak_negara&lang=bm.
FOMCA(2008), Lindungi Anak-anak Kita dari Risiko Pengaruh Media, www.fomca.org.my/v2.index.php/penerbitan
Hak Untuk Semua Kanak- Kanak: Panduan Media (2009), http://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child-rights-malay.pdf
Kamaruzaman Jusoff & Nurul Nadiah Sahimi (2009). Television and Media Literacy in Young Children: Issues and Effects in Early Childhood.
International Education Studies.Vol. 2, No.3
Nor Azah, A. A. (2014), Integrasi Media: Neo-perspektif. Dalam penerbitan.
Rice, M.L., Huston, A.C., Trugulio R. & Wright, J. (1990). Words from Sesame Street: Learning Vocabulary While Viewing. Developmental
Psychology, 26, 421-428.
Uchikoshi, Y. (2005). Narrative Development in Bilingual Kindergartners: Can Arthur Help? Developmental Psychology, 41(3), 464-478.
UNICEF (2003). The Media and Childrens Right. https://www.unicef.org
Zero to Eight: Childrens Media Use in America, Common Sense Media (2013), https://www.commonsensemedia.org/research/zero-to-eightchildrens-media-use-in-america-2013

24

GARIS PANDUAN KANDUNGAN KREATIF MEDIA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN

2014

Penghargaan kepada:

Universiti Pendidikan Sultan Idris


National Child Development Reseach Centre (NCDRC)
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Unit Perancang Ekonomi, Putrajaya
Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (E2L)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Rancangan Televisyen Malaysia (RTM)
Media Prima Berhad
RAPTOR Film Sdn Bhd
Kynite Sdn Bhd
Big Fish Media

25

You might also like