You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada
pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum
ini seterusnya membentuk budaya dalam Malaysia. Budaya ini menjadi sebahagian daripada
budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu
bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa,
bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.
Subjek Budaya dan Pembelajaran ( EDU 3063 ) merupakan subjek yang
membawa individu terutamanya guru pelatih ke arah menganalisis kepelbagaian
sosiobudaya serta implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Kota Bharu telah mengambil inisiatif bagi
mengetengahkan kerja kursus pada kali ini dengan memberi tugasan dengan
melakukan temu bual berkenaan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dengan
beberapa buah guru.
Kerja kursus pada kali ini menggarapkan beberapa objektif yang ingin dicapai.
Antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk menunjukkan pengetahuan
mendalam berkaitan ketaksamaan peluang pendidikan serta mencadangkan
perubahan positif untuk menghapuskan peluang pendidikan secara realisitik.
Saya juga dikehendaki untuk memilih isu-isu berkaitan ketaksamaan peluang
pendidikan di Malaysia serta mencadangkan cadangan-cadangan yang boleh
dilaksanakan. Akhir sekali pada tugasan ini, dengan berpandukan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) saya dikehendaki untuk mencadangkan langkah
penambahbaikan untuk memastikan isu kepelbagaian budaya dan bahasa di
dalam bilik darjah dapat ditangani dengan efisyen serta efektif.
Saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat memahami dan mencapai objektif
utama kerja kursus ini yang telah digarap oleh pensyarah antaranya ialah dapat
mempelbagaikan
pendidikan.

sumber-sumber

tentang

konsep

ketaksamaan

peluang

RUMUSAN
Persekitaran pembelajaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting

untuk

membina suasana pembelajaran yang kondusif. Ia juga menjadikan sebuah sekolah berada
dalam keadaan selamat dengan adanya guru yang memiliki sikap keperhatinan yang tinggi
terhadap hubungan antara pelajar khususnya bagi pelajar-pelajar yang berlainan kaum,
bangsa dan kepercayaan yang berada dalam kelas yang sama.
Kewujudan kelas mesra budaya ini amat penting untuk menyedarkan murid-murid di
sekolah pedalaman agar saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa
mewujudkan diskriminasi antara kaum. Selain itu, pelan tindakan juga haruslah dirancang
dengan baik oleh guru agar setiap perancangan yang berkaitan untuk mewujudkan kelas
mesra budaya haruslah berjalan dengan lancar. Akhirnya, sebagai guru hendaklah
mewujudkan sikap tanggungjawab atas budaya yang dimiliki oleh setiap etnik di negara ini
dengan berusaha menjayakan pelaksanaan kelas mesra budaya.
Kesimpulannya, pelaksanaan kelas mesra budaya sangat wajib dilaksanakan di
negara kita Malaysia kerana penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk yang berbilang
bangsa. Selain itu, kelas mesra budaya merupakan salah satu strategi dalam pendidikan
untuk menyatukan perpaduan seluruh rakyat di negara ini. Justeru, saya cadangkan agar
pihak sekolah dan guru-guru seharusnya menitikberatkan pengurusan persekitaran kelas
mesra budaya ini terutamanya bagi sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman. Hal ini
kerana, saya dapati bahawa penduduk di pedalaman sangat kurang nilai sosial dalam diri
mereka.

You might also like