You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING


1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa
(IHF ), Persekutuan Bola Baling Malaysia ( MHF ), Persatuan Bola Baling Sarawak ( SAHA ) dan
Peraturan - Peraturan AM MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan )
Tempoh Permainan
Secara Liga Kumpulan ( Pusingan Pertama )
20 minit setiap separuh masa permainan dengan 10 minit rehat
( 20:10:20:)
Kalah Mati ( Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir )
20 minit diberi untuk setiap masa permainan dengan 10 minit rehat (20:10:20)
Masa rehat
Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat ( Time Out ) sekali bagi setiap separuh masa.
Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan melayangkan KAD HIJAU
kepada penjaga masa ( Time Keeper )
Situasi yang tidak dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah :
a). Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol. (own goal line or outer goal
line)
b) Selepas pasukannya terkena jaringan gol.

3. PENDAFTARAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain, iaitu 7 orang pemain dengan 5 orang
pengganti.

4. SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Peraturan-peraturan AM (8 ) Edisi 1994 MSSM.
( bergantung kepada jumlah penyertaan dan akan dibincangkan semasa mesyuarat pengurus /
jurulatih pasukan pada .)

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN


Secara Liga
Cara Memberi Mata:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan
seperti berikut:
i. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira
menang.
ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
v. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
Secara Kalah Mati
5.2.2. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya masa
langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.
a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit.
b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar
tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi.
c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali dalam
perlawanan akhir.
d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak
mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.
5.2.3 Sistem balingan 7..
a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7m dengan cara balingan
berselang-seli oleh 5 orang pemain.
b) Jika masih seri, maka balingan 7 hendaklah diteruskan oleh pemain yang secara
berselang-seli dengan sudden death

c) Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 itu dijalankan.


d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.
e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan
dibenarkan membuat balingan penalti itu.
f) Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 dan penjaga gol pasukan lawan
mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
h) Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalti dijalankan.

6. PAKAIAN
Sila rujuk undang undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara berikut:Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama
sekali. ( Gelanggang rumput sahaja )
Kasut boot yang mempunyai 6 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yang dibenarkan
melebihi 12 mm. ( Gelanggang rumput sahaja )

7. GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang undang Bola Baling Antarabangsa (IHF )
Tiap tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang
permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2
meter dari garisan gol.

8. ALATAN ( BOLA )
Lelaki 18- saiz 3 IHF
Berat - 425 gm hingga 475 gm
Lilitan - 58 sm hingga 60 sm.
Perempuan 18,lelaki 15 & perempuan 15 ) - saiz 2 IHF.
Lelaki & perempuan 12 saiz 1
Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.

9. KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya
akan diberi kemenangan dengan 3 mata dan bilangan gol 3 0.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa
pertandingan dijalankan.
10.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan-pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh
pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan
seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis kepada pihak pengelola
kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan tatatertib dikecualikan.

11. SINGKIR ( KAD MERAH ) DAN BATAL


Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir dalam
satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali kedua, ia
tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain.
Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak dibenarkan
bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana
perlawanan sepanjang pesta tersebut.

12. YURAN PENDAFTARAN


13. BANTAHAN
13.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah diserahkan
kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu (1) jam selepas
tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya.
13.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah
dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Undang-Undang Persekutuan Bola
Baling Antarabangsa (IHF ), dan Peraturan Kejohanan Bola Baling ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk PeraturanPeraturan AM (23) MSSM.

You might also like