You are on page 1of 3

8.

REFLEKSI
Pengalaman yang saya perolehi semasa melaksanakan projek ini adalah
pengalaman yang berfokus kepada pengurusan makmal atau bilik sains. Pengurusan
makmal ataupun bilik sains ini adalah sangat penting terhadap semua guru sains tidak
kira samada di peringkat sekolah menengah ataupun rendah. Bilik sains pula perlu
mempunyai ciri-ciri yang tertentu agar proses pengajaran dan pembelajaran sains dapat
berjalan dengan baik dan sesuai dengan pembelajaran sains. Berdasarkan pemerhatian
saya, bilik sains di sekolah saya berpraktikum pada semesta ini secara keseluruhannya
adalah mengikut ciri-ciri bilik sains yang telah dispesifikasikan. Dari sini, saya juga dapat
belajar perbezaan di antara makmal sains dengan bilik sains. Bilik sains juga hendaklah
direka dan di hias sesuai dengan pengajaran moden, dapat memotivasikan murid serta
menggalakkan inkuiri murid.
Sebagai seorang guru sains juga, tugas untuk mentadbir bilik sains juga sangat
penting. Pengurusan bilik sains memerlukan kerjasama dari semua guru sains. Oleh itu,
tugas-tugas tertentu diagihkan untuk memudahkan pengurusan. Setiap guru sains yang
memegang jawatan tersebut perlu memainkan peranan masing-masing dalam
menjayakan pengajaran dan pembelajaran sains. Tanpa kerjasama dari semua guruguru sains atau di ambil remeh, organisasi ini tidak dapat bergerak dengan baik dan
pengurusannya akan menjadi tidak teratur.
Dalam temu bual bersama Ketua Panitia Sains tentang pengurusan belanjawan,
saya dapat mempelajari bagaimana sesuatu peralatan dan bahan sains dapat dipesan,
dibeli, disimpan dan dilupuskan. Dengan membuat carta alir bagaimana proses ini
berlaku, saya dapat melihat dengan jelas rentetan-rentetan proses bermula daripada
membuat pesanan sehinggalah proses pelupusan item tersebut. Sebelum itu,
perancangan belanjawan perlu diambil kira. Perancangan belanjawan ini perlu dibuat
dengan sangat teliti agar tiada pembaziran. Sebagai seorang guru sains juga, saya tidak
boleh memandang remeh terhadap keselamatan semasa berada di dalam bilik sains.
Peralatan dan bahan sains perlu disimpan dengan baik serta di tempat yang sesuai bagi
mengelakkan sebarang kecederaan terhadap murid ataupun guru sendiri.
Semasa membuat video interaktif untuk pembelajaran, saya dapat meningkatkan
kemahiran penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Software
yang digunakan ialah Power Director 9.0, dengan software ini saya dapat
66

menggabungkan video, audio dan visual selain dapat mengubahsuainya dengan


beberapa ciri tambahan yang terdapat di dalam software tersebut. Saya juga tidak
hanya menggunakan software tersebut tetapi menggabungkannya dengan software
editor yang lain seperti PhotoScape. Penggunaan teknologi sebagai media di dalam
pengajaran dapat membantu meningkatkan motivasi dan memudahkan guru untuk
melaksanakan pengajarannya. Lebih-lebih lagi ia menjadi satu kelebihan untuk
mengajar tajuk yang abstrak untuk difahami oleh pelajar contohnya perkara-perkara
yang berada di luar angkasa. Selain itu, masa dan bahan pengajaran dapat dijimatkan
kerana bahan-bahan pengajaran dapat dipaparkan sahaja. Walaupun dengan bantuan
teknologi, tidak bermaksud guru tidak memainkan peranan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Guru masih perlu membimbing murid untuk mencapai
objektif pembelajaran.
Tambahan lagi, saya juga dapat belajar tentang proses pengawetan.
Pengawetan pada haiwan dan tumbuhan tidak boleh dibuat sesuka hati. Terdapat dua
kaedah pengawetan iaitu pengawetan basah dan juga pengawetan kering. Kaedah
pengawetan yang dipilih perlulah sesuai dengan ciri-ciri haiwan dan tumbuhan tersebut
serta mengikut prosedur pengawetan dengan teliti. Proses pengawetan secara
keseluruhannya melibatkan penangkapan atau pengumpulan, pengawetan, penekanan,
pelabelan dan penyimpanan. Terdapat beberapa teknik penangkapan haiwan dan
teknik-teknik tersebut dapat digunakan untuk menangkap haiwan tertentu. Contohnya,
kebanyakan haiwan malam tertarik kepada cahaya. Oleh itu, perangkap cahaya lebih
sesuai untuk digunakan. Pelabelan perlu mengandungi beberapa maklumat seperti
nama spesis, lokasi penangkapan dan lain-lain. Spesimen yang telah di awet secara
pengeringan pula hendaklah disimpan dengan baik bagi mengelakkannya daripada
terkena cahaya matahari, suhu yang tinggi, terdedah kepada kelembapan dan serangan
daripada serangga kerana ia boleh merosakkan spesimen yang di awet. Spesimen yang
di awet secara basah pula disimpan di dalam balang yang kedap udara. Selain itu, cara
untuk mematikan haiwan sebelum di awet adalah berbeza bergantung kepada jenis
haiwan tersebut. Tugasan ini juga menjawab persoalan saya tentang apakah larutan
yang digunakan untuk mengawet mayat semasa lawatan ke hospital dahulu, larutan
tersebut dapat memedihkan mata dan baru saya tahu larutan tersebut adalah larutan
formalin. Saya juga dapat mempelajari tentang pengawetan mayat serba sedikit secara
tidak langsung melalui maklumat yang diperolehi.

67

Amali pemotongon kaca dapat membantu saya untuk membina sendiri peralatan
sains apabila berada di sekolah yang kekurangan peralatan. Kemahiran ini perlu
dikuasai bagi memudahkan saya membantu sekolah yang kekurangan bajet untuk
membeli peralatan tersebut. Selain itu, segala kemahiran pemotongan kaca dapat saya
gunakan untuk berkreativiti dengan mencipta sesuatu dengan bahan kaca tersebut. Ia
boleh menjadi satu seni untuk kepuasan sendiri atau hobi di masa lapang.
Dalam asyik melaksanakan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya
dihadapi. Antaranya adalah kekangan masa yang dihadapi untuk menyiapkan tugasan
ini. Tugasan Bahagian A dilaksanakan semasa praktikum di sekolah dan saya perlu
mengagihkan masa untuk urusan sekolah dan juga tugasan ini. Saya cuba untuk tidak
tidur setelah pulang dari sekolah walaupun berhadapan dengan kepenatan setelah
bekerja di sekolah. Namun, tanggungjawab harus di junjung. Saya cuba belajar untuk
mengadihkan masa dengan lebih efisien dan membuang sifat malas yang ada dalam
diri. Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk memahami pengurusan
belanjawan bilik sains dari segi pesanan sehinggalah pelupusan. Tambah lagi dengan
ketiadaan buku di perpusatakaan dan kekurangan sumber di internet untuk
mendapatkan maklumat yang spesifik berkenaan dengan pengurusan belanjawan bilik
sains. Namun, setelah saya berusaha untuk mencari dan meminjam buku dari kawan
serta menemu bual guru pembimbing, saya lebih faham bagaimana pengurusan itu
dilakukan bermula daripada membuat pesanan sehinggalah kepada proses pelupusan.
Dengan

segala

pembacaan,

temu bual,

pemerhatian

dan

sebagainya,

pengalaman yang saya perolehi bukan sekadar teori tetapi jelas di hadapan mata.
Tugasan ini juga meletakkan saya di dalam situasi sebenar bagaimana pengurusan bilik
sains itu dijalankan, teknik memotong kaca dan pengawetan dilakukan. Ini membuatkan
pembelajaran yang saya perolehi lebih bermakna dan holistik. Saya juga mendapat
keyakinan dalam menguruskan bilik sains setelah mempelajari sendiri bagaimana
pengurusan itu dilakukan dengan lebih lanjut dan jelas. Tugasan ini juga membantu
menyediakan saya dengan kemahiran penting yang diperlukan sebagai seorang guru
sains. Oleh itu, saya tahu apa tujuan saya belajar pengurusan bilik sains dan
kepentingannya terhadap diri saya.

68

You might also like