You are on page 1of 19

MAA TAKAFUL BHD

1.0 PENDAHULUAN
MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama strategik diantara MAA Holdings Berhad
(MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat Takaful yang
terbesar di dunia Arab.
Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi
membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan
perniagaan takaful.
Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali
Takaful untuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Holdings dan Solidarity dari
Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak
RM100 juta dan seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk
beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit.

2.0 PRODUK PRODUK YANG DITAWARKAN MAA TAKAFUL BHD


A. TAKAFUL KELUARGA
1. TAKAFULINK
Pelan Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus
untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil
membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya serendah RM50
sebulan, anda menjamin masa depan yang anda impikan serta perlindungan kewangan yang anda
perlukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
1.1 KELEBIHAN TAKAFULINK
i. Pelan ini memberikan Manfaat Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal yang
dijamin. Sekiranya berlaku Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK), Jumlah
Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta2 (PIA) akan dibayar dan perlindungan akan tamat.
ii. Perlindungan 24-jam di seluruh dunia
iii. Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahun, setengah tahun,
atau tahunan.
iv. Cara bayaran yang mudah: Tunai, Cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad
Kredit), Mesin ATM MAA Takaful, Pembayaran di Kaunter (Cawangan MAA Takaful atau di
Ibu Pejabat), BSN GIRO, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Sistem Potongan Gaji dan Perbankan
Internet.
v. Caruman yang dibayar layak untuk pelepasan cukai peribadi sehingga RM 6,000 setahun
(tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
vi. Perkongsian Lebihan Anda layak berkongsi lebihan sekiranya ada, daripada Akaun
Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) dengan Pengendali Takaful berdasarkan kepada nisbah
perkongsian 50:50.
vii. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, ditolak dengan Yuran Wakalah Tharawat (Yuran
Pengurusan Dana) akan kekal di dalam PIA untuk manfaat Peserta.Tiada perkongsian ke atas
sebarang keuntungan yang ada di dalam PIA dengan pemegang saham.

1.2 KELAYAKAN
Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 69 tahun.
Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.
1.3 MODEL WAKALAH
MAA Takaful Berhad beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku
agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan
sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru akan dimasukkan ke dalam PRIA
dimana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat
akan dibayar dari PRIA hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan dan bukanlah semasa Sijil
matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan
dikongsi di antara Peserta dan MAA Takaful Berhad mengikut nisbah 50:50. Keuntungan
daripada pelaburan yang diperolehi daripada PIA adalah berdasarkan kepada aset yang
disandarkan dan MAA Takaful Berhad akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Tharawat
(Yuran Pengurusan Dana) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam PIA
ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai akan kekal di
dalam PIA untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di
dalam PIA dengan pemegang saham.
1.4 MANFAAT MAKSIMUM YANG DIPEROLEHI MELALUI TAKAFULINK
i. Perlindungan
Peserta boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi.
Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan tertakluk kepada proses taja jamin semasa.
Sekiranya berlaku Kematian sebelum umur 80 tahun, kedua-dua Jumlah Asas yang Dilindungi
dan baki di dalam PIA akan dibayar. Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami
sebelum umur 70 tahun, kedua-dua Jumlah Asas yang Dilindungi dan baki di dalam PIA akan
dibayar. Nilai PIA akan berubah-ubah mengikut prestasi Dana Takafulink dan ianya tidak
dijamin.

ii. Akaun Pelaburan


Caruman anda selepas ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan untuk PIA, iaitu akaun
pelaburan yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan ke Dana
Shariah MAA Takaful. Tabarru bulanan akan dicajkan dari PIA ke PRIA. PRIA adalah dana
risiko terkumpul dimana para peserta akan membuat caruman berdasarkan Tabarru (derma).
Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal adalah dibayar daripada dana ini.
Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada Yuran Wakalah Tharawat ( Yuran Pengurusan Dana) iaitu
1%-1.5% setahun bergantung kepada jenis dana. Pada usia matang, PIA akan dibayar kepada
Peserta.
iii. Jumlah Fleksibiliti
Boleh memilih untuk berhenti membayar caruman anda dan tetap menikmati perlindungan
bernilai Takafulink, selama mana unit-unit mencukupi dalam PIA anda bagi membayar caj-caj
PRIA. Takafulink boleh menjadi milik anda melalui caruman serendah RM50 sebulan atau
RM600 setahun. Anda mempunyai fleksibiliti bagi membayar caruman dalam bulanan, suku
tahunan, setengah tahun atau tahunan.
iv. Pilihan yang ada
a. Pilihan 1: Tempoh Fleksibel Takafulink menawarkan tempoh perlindungan yang fleksibel.
Anda boleh memilih tempoh perlindungan sehingga tempoh sijil matang pada umur 80 tahun.
Kami menawarkan tempoh perlindungan fleksibel dari tempoh 20 tahun sehingga umur matang
iaitu 80 tahun. PIA akan dibayar setelah sijil matang.
b. Pilihan 2: Kenaikan secara berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi Dengan Takafulink,
bermula dari tahun sijil ke 2 sehingga sijil matang, Jumlah Asas Yang Dilindungi akan
meningkat secara berkala pada kadar 1% setahun daripada Jumlah permulaan Perlindungan Asas.
c. Pilihan 3: Penurunan secara berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi Dengan Takafulink,
bermula dari tahun sijil ke 2, Jumlah Asas Yang Dilindungi akan menurun secara berkala pada
kadar 1% setahun daripada Jumlah permulaan Perlindungan Asas. Corak penurunan ini akan

tamat sebaik sahaja Jumlah Perlindungan mencapai 50% daripada Jumlah permulaan
Perlindungan Asas. Seterusnya, Jumlah Perlindungan akan kekal pada tahap 50% sehingga sijil
matang.
1.5 YURAN & BAYARAN TAKAFULINK
Tabarru: Berdasarkan umur, jantina, Jumlah Asas Dilindungi dan Sumbangan tambahan jika
perlu.
Yuran Sigil: RM6 setiap bulan untuk cara pembayaran selain daripada tunai atau cek. RM7*
setiap bulan untuk pembayaran melalui tunai atau cek. Amaun Yuran Sijil yang akan ditolak
adalah bergantung kepada cara pembayaran sebenar untuk bulan tersebut.
Yuran Penukaran: Tiada bayaran untuk Penukaran dana sepanjang tahun sijil.
Yuran Penguatkuasaan Semula: RM50* bagi setiap Penguatkuasaan Semula.
Yuran Wakalah Tambah: 5% daripada jumlah Tambah Nilai Lazim dan Tambah Nilai Bukan
Lazim. Nilai Lazim dan Tambah Nilai Bukan Lazim
Yuran Perkhidmatan Tambah: RM25* bagi setiap Tambah Nilai Bukan Lazim. Nilai Bukan
Lazim 95% daripada jumlah peruntukan Tambah Nilai Bukan Lazim ditolak dengan RM25
disediakan untuk pelaburan di dalam PIA.
Yuran Wakalah Tharawat (Kos Pengurusan Dana): 1% - 1.5% secara tahunan, akan ditentukan
berdasarkan purata wajaran ke atas jumlah aset kasar bagi setiap Dana Shariah MAA Takaful.
Bayaran Serahan: TIADA
Caj Pengeluaran Separa: RM50* setiap pengeluaran.
1.6 YURAN WAKALAH
TAHUN SIJIL
1
2
3
4
5
6
Seterusnya

YURAN WAKALAH (%)


60
60
50
30
20
20
0

JUMLAH
240
Tiada caj akan dikenakan ke atas penyerahan penuh. Pengeluaran separa atau penyerahan
sepenuhnya boleh dilakukan dengan menebus unit di dalam PIA. Jumlah PIA akan turun naik
berdasarkan prestasi Dana Shariah MAA Takaful dan ianya tidak dijamin. Pengendali Takaful
mempunyai hak untuk menyemak yuran dan caj dengan memberi Peserta notis bertulis 3-bulan
sebelum sebarang perubahan dilakukan.
1.7 PENGECUALIAN
Pengecualian untuk Manfaat Kematian Kematian akibat membunuh diri dalam masa (1) satu
tahun dari tarikh mula, atau penambahan di dalam Jumlah Perlindungan,yang mana lebih
kemudian, sama ada Yang Dilindungi siuman atau tidak siuman, akan menghadkan liabiliti
Pengendali Takaful kepada jumlah Akaun Pelaburan Peserta (PIA) pada tarikh kematian dan
dikira mengikut harga unit pada Tarikh Penilaian yang yang seterusnya mengikut tarikh
kematian. Pengecualian untuk Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK)
a. Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke arahnya sewaktu siuman atau tidak
siuman;
b. Perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak semasa berada di
bawah arahan berupa peperangan atau pemulihan pemerintahan awam;
c. Memasuki, beroperasi atau berkhidmat, menaiki di dalam atau di atas, menaiki atau membawa
kecuali semasa Yang Dilindungi berada di dalam pesawat udara yang dikendalikan oleh
penerbangan penumpang komersial yang mengikut jadual penerbangan biasa atau melalui laluan
penumpang yang tetap.

2. TAKAFULINK EDUCATION
Takafulink Education adalah Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang
menyediakan cara untuk ibu bapa menyediakan pengumpulan dana pendidikan untuk anak-anak
mereka dan pada masa yang sama menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia
pramatang atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal bagi Orang Yang Dilindungi. Pelan ini
adalah pelan takaful keluarga yang direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta
memaksimakan jumlah pulangan dan berpeluang menabung simpanan yang lebih besar. Pada
tarikh matang, Orang Yang Dilindungi mempunyai pilihan untuk menukar Pelan Takafulink
Education kepada Pelan Takafulink yang lain tanpa sebarang keterangan terhadap
kebolehlindungan. Dengan Takafulink Education, terdapat 2 pilihan tersedia untuk pelanggan
iaitu, Takafulink Education dengan kadar kenaikan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi
dan Takafulink Education dengan kadar penurunan berkala ke atas Jumlah Asas Yang
Dlilindungi.
2.1 KELEBIHAN TAKAFULINK EDUCATION
i. Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal yang
dijamin. Sekiranya berlaku Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah
Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta2 (PIA) akan dibayar dan perlindungan akan tamat.
ii. Takafulink adalah pelan komprehensif yang menyediakan elemen perlindungan dan simpanan.
iii. Untuk membina pelan pendidikan yang sihat untuk anak anda dengan memilih mana-mana
Dana Syariah MAA Takaful yang telah diluluskan
iv. Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahunan, setengah
tahunan, atau tahunan.
v. Cara bayaran yang mudah: Tunai, Cek, Kad Kredit, Pembayaran Caruman Mudah, Auto Debit,
Mesin ATM MAA Takaful, Pembayaran di Kaunter (Cawangan MAA Takaful atau di Ibu
Pejabat), BSN GIRO, Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Sistem Potongan Gaji dan
Perbankan Internet.

vi. Caruman yang dibayar layak untuk pelepasan cukai peribadi sehingga RM 3,000 setahun
(tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)).
vii. Perkongsian Lebihan Setiap Peserta layak berkongsi lebihan sekiranya ada, daripada Akaun
Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) dengan Pengendali Takaful berdasarkan kepada nisbah
perkongsian 50:50.
viii. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, ditolak dengan Yuran Wakalah Tharawat (Yuran
Pengurusan Dana) akan kekal di dalam PIA untuk manfaat Peserta.Tiada perkongsian ke atas
sebarang keuntungan yang ada di dalam PIA dengan pemegang saham.
2.2 KELAYAKAN
Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 15 tahun.
Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.
2.3 MODEL WAKALAH
MAA Takaful Berhad beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku
agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan
sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru akan dimasukkan ke dalam PRIA
dimana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat
akan dibayar daripada PRIA hanya untuk kerugian yang dilindungi,dan dan bukanlah semasa sijil
matang atau penyerahan sijil. Lebihan pada akhir setiap tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi
di antara Peserta dan MAA Takaful Berhad mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada
pelaburan yang diperolehi daripada PIA adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan
MAA Takaful Berhad akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan
Dana) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam PIA ditanggung sepenuhnya
oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai akan kekal di dalam PIA untuk manfaat
Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam PIA dengan
pemegang saham.

2.4 MANFAAT - TAKAFULINK EDUCATION


i. Perlindungan
Boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini
boleh ditambah atau dikurangkan tertakluk kepada proses taja jamin semasa. Sekiranya berlaku
Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal sebelum umur 25 tahun, kedua-dua Jumlah
Asas yang Dilindungi dan baki di dalam PIA akan dibayar. Nilai PIA akan berubah-ubah
mengikut prestasi Dana Takafulink Education dan ianya tidak dijamin.
ii. Akaun Pelaburan
Caruman anda selepas ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan untuk PIA, iaitu akaun
pelaburan yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan ke Dana
Shariah MAA Takaful. Tabarru bulanan akan dicajkan dari PIA ke PRIA. PRIA adalah dana
risiko terkumpul dimana para peserta akan membuat caruman berdasarkan Tabarru (derma).
Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal adalah dibayar daripada dana ini.
Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) iaitu
1%-1.5% setahun bergantung kepada jenis dana. Pada usia matang pada umur 25 tahun, PIA
akan dibayar kepada Peserta.
iii. Jumlah Fleksibiliti
Boleh memilih untuk berhenti membayar caruman anda dan tetap menikmati perlindungan
bernilai Takafulink Education, selama mana unit-unit mencukupi dalam PIA anda bagi
membayar caj-caj PRIA. Takafulink Education boleh menJadi milik anda melalui caruman
serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda mempunyai fleksibiliti bagi membayar
caruman dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

iv. Manfaat Elaun Pencapaian SPM


Nikmati ganjaran tambahan bagi pencapaian cemerlang anak anda dalam Peperiksaan SPM (atau
yang setaraf dengannya) Jadual Pembayaran adalah seperti berikut;
Keputusan SPM
5As
8As

Manfaat Dibayar (RM)


RM500
RM1,000

v. Pengecualian Caruman
Manfaat pengecualian caruman memastikan semua caruman akan datang untuk Pelan Takafulink
Education anak anda dikecualikan sekiranya anda Meninggal Dunia, Hilang Upaya Keseluruhan
dan Kekal atau didiagnosis mana-mana 46 Penyakit Kritikal.
vi. Dana Pendidikan
Membina dana pendidikan anak anda lebih cepat dengan Takafulink Education.
vii. Pelepasan Cukai
Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM3, 000 untuk Pelan Takaful Perubatan dan Pendidikan.
(tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri)

2.5 YURAN & BAYARAN TAKAFULINK EDUCATION


Tabarru: Berdasarkan umur, jantina, Jumlah Asas Yang Dilindungi dan caruman tambahan jika
perlu.
Yuran Sijil: RM6 setiap bulan untuk cara pembayaran selain daripada tunai atau cek. RM7 setiap
bulan untuk pembayaran melalui tunai atau cek. Amaun Yuran Sijil yang akan ditolak adalah
bergantung kepada cara pembayaran sebenar untuk bulan tersebut.
Yuran Penukaran: Tiada bayaran untuk Penukaran dana sepanjang tahun sijil.
Yuran Penguatkuasaan Semula: RM50 bagi setiap Penguatkuasaan Semula.
Yuran Wakalah Tambah Nilai Lazim dan Tambah Nilai Bukan Lazim: 5% daripada jumlah
Tambah Nilai Lazim dan Tambah Nilai Bukan Lazim.
Yuran Perkhidmatan Tambah: RM25 bagi setiap Tambah Nilai Bukan Lazim. Nilai Bukan
Lazim 95% daripada jumlah peruntukan Tambah Nilai Bukan Lazim ditolak dengan RM25
disediakan untuk pelaburan di dalam PIA.
Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana): 1% - 1.5% secara tahunan, akan ditentukan
berdasarkan purata wajaran ke atas jumlah aset kasar bagi setiap Dana Shariah MAA Takaful.
Bayaran Serahan : TIADA.
Caj Pengeluaran Separa : RM50 setiap pengeluaran.

2.6 PENGECUALIAN
Pengecualian untuk Manfaat Kematian Kematian akibat membunuh diri dalam masa (1) satu
tahun dari tarikh mula, atau penambahan di dalam Jumlah Perlindungan, yang mana lebih
kemudian, sama ada Orang Yang Dilindungi siuman atau tidak siuman, akan menghadkan
liabiliti Pengendali Takaful kepada jumlah Akaun Pelaburan Peserta (PIA) pada tarikh kematian
dan dikira mengikut harga unit pada Tarikh Penilaian yang seterusnya mengikut tarikh kematian.
Pengecualian untuk Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK)
a. Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke arahnya sewaktu siuman atau tidak
siuman;
b. Perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak semasa berada di
bawah arahan berupa peperangan atau pemulihan pemerintahan awam;
c. Memasuki, beroperasi atau berkhidmat, menaiki di dalam atau di atas, menaiki atau membawa
kecuali semasa Orang Yang Dilindungi berada di dalam pesawat udara yang dikendalikan oleh
penerbangan penumpang komersial yang mengikut jadual penerbangan biasa atau melalui laluan
penumpang yang tetap.

3. TAKAFULINK WANITA
Takafulink Wanita adalah Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang
berakhir pada Orang Yang Dilindungi - 801 tahun. Produk ini adalah produk unik yang
menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat pelaburan. Sebahagian daripada jumlah
caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Shariah MAA Takaful
mengikut dana pilihan anda. Takafulink Wanita telah dipakej bersama dengan manfaat tambahan
iaitu Perlindungan Penyakit Wanita (MTWI). Nilai Sijil Takafulink Wanita adalah tertakluk
kepada harga unit yang disandarkan, dimana ia adalah tertakluk kepada prestasi Dana Syariah
MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda. Dengan Takafulink Wanita, terdapat 3 pilihan tersedia
untuk pelanggan, Takafulink Wanita dengan Tempoh Fleksibel, Takafulink Wanita dengan kadar
kenaikan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi dan Takafulink Wanita dengan kadar
penurunan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi.
3.1 KELEBIHAN TAKAFULINK WANITA
i. Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal yang
dijamin. Sekiranya berlaku Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah Asas
Yang Dilindungi dan Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar dan perlindungan akan tamat.
ii. Perlindungan 24-jam di seluruh dunia
iii. Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahunan, setengah
tahunan, atau tahunan.
iv. Cara bayaran yang mudah: Tunai, Cek, Kad Kredit, Pembayaran Caruman Mudah, Auto
Debit, Mesin ATM MAA Takaful, Pembayaran di Kaunter (Cawangan MAA Takaful atau di Ibu
Pejabat), BSN GIRO, Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Perbankan Internet dan
fasiliti ePembayaran.
v. Caruman yang dibayar layak untuk pelepasan cukai peribadi sehingga RM6,000 setahun
(tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)).
vi. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, ditolak dengan Yuran Wakalah Tharawat (Yuran
Pengurusan Dana) akan kekal di dalam PIA untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas
sebarang keuntungan yang ada di dalam PIA dengan Pemegang Saham.

3.2 KELAYAKAN
Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 16 tahun sehingga 69 tahun.
Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.
3.3 MODEL WAKALAH
MAA Takaful Berhad beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku
agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan
sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru akan dimasukkan ke dalam PRIA
dimana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat
akan dibayar daripada PRIA hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan dan bukanlah semasa
sijil matang atau penyerahan sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan
dikongsi di antara Peserta dan MAA Takaful Berhad mengikut nisbah 50:50. Keuntungan
daripada pelaburan yang diperolehi daripada PIA adalah berdasarkan kepada aset yang
disandarkan dan MAA Takaful Berhad akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Tharawat
(Yuran Pengurusan Dana) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam PIA
ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai akan kekal di
dalam PIA untuk manfaat peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di
dalam PIA dengan pemegang saham.
3.4 MANFAAT TAKAFULINK WANITA
i. Perlindungan
Boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini
boleh ditambah atau dikurangkan tertakluk kepada proses taja jamin semasa. Sekiranya berlaku
Kematian sebelum umur 80 tahun, kedua-dua Jumlah Asas yang Dilindungi dan baki di dalam
PIA akan dibayar. Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami sebelum umur 70
tahun, kedua-dua Jumlah Asas yang Dilindungi dan baki di dalam PIA akan dibayar. Nilai PIA
akan berubah-ubah mengikut prestasi Dana Takafulink Wanita dan ianya tidak dijamin.
ii. Akaun Pelaburan
Caruman anda selepas ditolak Yuran Wakalah akan diperuntukkan untuk PIA, iaitu akaun
pelaburan yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan ke Dana

Shariah MAA Takaful. Tabarru bulanan akan dicajkan dari PIA ke PRIA. PRIA adalah dana
risiko terkumpul dimana para peserta akan membuat caruman berdasarkan Tabarru (derma).
Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal adalah dibayar daripada dana ini.
Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) iaitu
1%-1.5% setahun bergantung kepada jenis dana. Pada usia matang pada umur 80 tahun, PIA
akan dibayar kepada Peserta.
iii. Perlindungan Penyakit Wanita (Manfaat Tambahan Pakej)
a. Kanser Wanita (Payudara, Uteri, Serviks, Tiub Fallopia, Vulva/Vagina, Ovari)
b. Karsinoma In-Situ Wanita diPayudara dan Uteri Serviks
c. Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis
d. Fibroid
e. Sista Ovari
f. Squamous Intraepithelial Lesion Gred Tinggi (HSIL) dengan Dysplasia yang teruk
g.

RM100 Pemeriksaan Kesihatan Wanita Tahunan (Pembayaran Balik) Pap-Smear

Mammogram Pelvis Ultra Sound Ujian Darah


h. Pembedahan rekonstruktif muka akibat kemalangan
i. Pemindahan kulit akibat terbakar dan Kanser Kulit
j. Pembedahan rekonstruktif payudara akibat kemalangan dan kanser
k. Keretakan tulang akibat osteoporosis
l. Artritis Reumatoid Dengan Komplikasi

iv. Perlindungan Wanita Hamil (Manfaat Tambahan Pilihan)


a. Elaun Kelahiran 1% daripada Jumlah Perlindungan manfaat tambahan atau RM500, yang
mana lebih rendah, maksima 3 kelahiran anak dan hanya untuk anak-anak yang hidup sekurangkurangnya 30 hari.
b. Kematian Ibu Akibat Kelahiran
i. Perlindungan Takaful sehingga 200%
c. Manfaat Kemasukan Hospital Akibat Komplikasi Kehamilan
i. Penyebaran Penggumpalan Intravaskular
ii. Kehamilan Ektopik
iii. Lahir Mati
iv. Kematian Neonatal
v. Mol Hidatidiform (Kehamilan Molar)
vi. Eklampsia
d. Penyakit Kongenital Bayi
i. Sindrom Down
ii. Spina Bifida
iii. Tetralogy Fallot
iv. Transposisi Pembuluh Utama
v. Kecacatan Ventrikular Septum
vi. Kecacatan Atrium Septum
e.

Manfaat Kemasukan Hospital sebanyak RM200 sehari akan dibayar dengan jumlah

maksimum sebanyak 7 hari akibat komplikasi kehamilan.

v. Jumlah Fleksibiliti
Boleh memilih untuk berhenti membayar caruman anda dan tetap menikmati perlindungan
bernilai Takafulink Wanita, selama mana unit-unit mencukupi dalam PIA anda bagi membayar
caj-caj PRIA. Takafulink Wanita boleh menjadi milik anda melalui caruman serendah RM50
sebulan atau RM600 setahun. Anda mempunyai fleksibiliti bagi membayar caruman dalam
bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.
3.5 YURAN & BAYARAN TAKAFULINK WANITA
Tabarru: Berdasarkan umur, jantina, Jumlah Asas Yang Dilindungi dan caruman tambahan jika
perlu.
Yuran Sijil: RM6 setiap bulan untuk cara pembayaran selain daripada tunai atau cek. RM7 setiap
bulan untuk pembayaran melalui tunai atau cek. Amaun Yuran Sijil yang akan ditolak adalah
bergantung kepada cara pembayaran sebenar untuk bulan tersebut.
Yuran Penukaran: TIADA bayaran untuk Penukaran dana sepanjang tahun sijil.
Yuran Penguatkuasaan Semula: RM50* bagi setiap Penguatkuasaan Semula.
Yuran Wakalah Tambah. Nilai Lazim dan Tambah Nilai Bukan Lazim: 5% daripada jumlah
Tambah Nilai Lazim dan Tambah Nilai Bukan Lazim
Yuran Perkhidmatan Tambah Nilai Bukan Lazim:

RM25 bagi setiap Tambah Nilai Bukan

Lazim. 95% daripada jumlah peruntukan Tambah Nilai Bukan Lazim ditolak dengan RM25
disediakan untuk pelaburan di dalam PIA.
Yuran Wakalah Tharawat: 1% - 1.5% secara tahunan, akan ditentukan berdasarkan purata
wajaran ke atas aset kasar bagi setiap Dana Syariah MAA Takaful.
Bayaran Serahan: TIADA.
Caj Pengeluaran Separa: RM50* setiap pengeluaran.

3.6 PENGECUALIAN
Pengecualian untuk Manfaat Kematian Kematian akibat membunuh diri dalam masa (1) satu
tahun dari tarikh mula, atau penambahan di dalam Jumlah Perlindungan, yang mana lebih
kemudian, sama ada Orang Yang Dilindungi siuman atau tidak siuman, akan menghadkan
liabiliti Pengendali Takaful kepada jumlah Akaun Pelaburan Peserta (PIA) pada tarikh kematian
dan dikira mengikut harga unit pada Tarikh Penilaian yang seterusnya mengikut tarikh kematian.
Pengecualian untuk Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal
a. Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke arahnya sewaktu siuman atau tidak
siuman;
b. Perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak semasa berada di
bawah arahan berupa peperangan atau pemulihan pemerintahan awam;
c. Memasuki, beroperasi atau berkhidmat, menaiki di dalam atau di atas, menaiki atau membawa
kecuali semasa Orang Yang Dilindungi berada di dalam pesawat udara yang dikendalikan oleh
penerbangan penumpang komersial yang mengikut jadual penerbangan biasa atau melalui laluan
penumpang yang tetap.

4.0 RUJUKAN
1. https://www.maatakaful.com.my/?page_id=72 (MAA Takaful Berhad)
2. https://www.maatakaful.com.my/?page_id=68 (About Us)

You might also like